Anda di halaman 1dari 25

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

JENIS-JENIS PEMIKIRAN
Disediakan oleh:

MUHAMAD FADIR BIN IBRAHIM (HB100242)

NORAISHAH BINTI KADIR (HB100087)

SITI NOR HANY BINTI AMIR HUSSIN (HB100027)

SITI MARIAM BT NORMANKIAS (HB 100118)

NURUL HUDA BINTI OMAR (HB100066)


PEMIKIRAN
 Konsep pemikiran
 Pemikiran dalam Islam
 Pemikiran Reflektif
 Pemikiran Konvergen(pemikiran berpusat)
 Pemikiran Divergen(pemikiran menyimpang)
KONSEP PEMIKIRAN
 Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu.

 Terdapat banyak teori dan definisi pemikiran dikemukakan sejak


kurun ke-20.

 Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental


dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

 Menurut Guilford (1976) pemikiran merupakan suatu jenis


kebolehan atau keupayaan yang mempunyai pelbagai kemahiran
berfikir.

 Roger Sperry (1970) menghuraikan otak manusia menggunakan


bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya
berfikir secara kreatif.
Samb…
 Kebolehan berfikir dengan berkesan sangat penting dalam
dunia yang semakin kompleks.

 Mayor (1977) mentafsirkan pemikiran sebagai pengelolaan


operasi-operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan
untuk menyelesaikan masalah.

 Davidoff (1979) pemikiran merupakan penggunaan simbol,


gambar, perkataan, pengamatan, dan konsep.

 Melalui pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria


akan ditafsirkan dengan penggunaan perkataan atau simbol
untuk membentuk konsep terhadap rangsangan tersebut.
PEMIKIRAN DALAM ISLAM
Maksud Pemikiran Islam

 Cara berfikir yang berteraskan wahyu dan


sunnah iaitu berpandukan Al-Quran dan Hadis
 Berasal dari wahyu oleh Allah s.w.t dan bukan
daripada akal fikiran manusia.
 Diamalkan oleh pemikir-pemikir Islam atau
ulama' untuk menjawab persoalan-persoalan
manusia dan masyarakat.
Sejarah Pertumbuhan dan
Perkembangan Pemikiran Islam
1. Pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup dan wahyu masih diturunkan, umat Islam
merujuk sebarang persoalan kepada wahyu atau pun mendapatkan penjelesan dari
Rasulullah s.a.w sendiri. Jadi tidak timbul pada masa itu usaha- usaha untuk
mendapatkan jawapan dengan pemikiran sendiri.

2. Setelah Rasullah SAW wafat, wujud sedikit kekecohan pada era pemerintahan khalifah
Saidina Abu Bakar dan Umar tetapi dapat diselesaikan sebaik mungkin oleh kedua-
duanya.

3. Selepas khalifah Uthman dibunuh dan SaidinaAli dilantik sebagai khalifah, keadaan
menjadi semakin serius dan berlakulah perang saudara sesama Islam- berlaku
perkembangan perbezaan pandangan, khilaf, perbezaan politik dan membawa kepada
kemunculan aliran akidah- bermula perkembangan pemikiran Islam secara drastik
hampir dalam semua bidang.

4. Perkembangan pemikiran Islam ini kepada tiga peringkat: Peringkat Kemunculan,


Peringkat Membina Kembali Masyarakat Islam dan Peringkat Pemikiran Islam Semasa
Peringkat Kemunculan Pemikiran
Islam
 lahir berbagai-bagai aliran atau mazhab seperti aliran akidah, aliran fiqah, sufi,
falsafah dan tafsir
 Kelahiran aliran dalam bidang akidah disebabkan perselisihan pendapat dalam
pemilihan ketua negara (Imamah)
 Setiap aliran mengemukakan dalil-dalil atau bukti-bukti mereka masing-masing yang
berbentuk pemikiran yang menyentuh masalah Imamah
 kelahiran aliran falsafah dan tafsir pula ialah akibat meresapnya pengaruh pemikiran-
pemikiran asing
 Kelahiran mazhab-mazhab fiqh pula adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat di
antara fuqaha mengenai hukum- hukum cabang dan bukannya asas-asas hukum dalam
Islam.
 Akhirnya hanya empat Imam Mazhab sahaja yang diterima umum untuk diikuti yang
secara kebetulan pada masa itu masih hidup dan mempunyai ramai pengikutnya iaitu
Imam Hanafi (660 – 728 M), Imam Malik (712 – 802 M), Imam Syafi’ (767 – 830 M)
dan Imam Ahmad bin Hanbal (782- 856 M).
Peringkat Membina Kembali Islam
 Melahirkan golongan yang fanatik kepada mazhabnya lebih daripada fanatiknya terhadap agama
Islam itu sendiri.
 Berlaku perkembangan unsur-unsur negatif seperti berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam
akibat perbezaan pendapat dalam masalah-masalah akidah, lahirnya sikap Taqlid dan sikap ta’sub
terhadap mazhab, lahirnya aliran Batiniyyah dan ajaran-ajaran sesat, penafsiran al-quran melalui
ijtihad yang tidak menepati syarat-syarat yang digariskan dan pelbagai masalah lain yang turut
timbul. Faktor-faktor ini menjadi antara punca yang membawa kepada kelemahan umat Islam
kemudiannya.
 Kejatuhan kota Baghdad dan pada masa yang sama, umat Islam juga menghadapi peperangan
dengan umat Kristian Eropah dalam siri peperangan yang diberi nama perang salib.
 Oleh kerana fakta-fakta inilah lahir ahli-ahli fikir Islam yang merasa terpanggil untuk merubah
keadaan ini. Antara usaha-usaha yang telah mereka laksanakan ialah:
 Menghindarkan sifat fanatik terhadap sesuatu mazhab. Menyeru umat Islam supaya kembali kepada
ijtihad dan menolak Taqlid serta cuba menghormati pandangan ulama-ulama lain dalam masalah-
masalah cabang.
 Cuba memperjelaskan serta membezakan ajaran-ajaran serta pandangan hidup Islam yang
sebenarnya dari yang bukan Islam dengan cara kembali kepada ajaran Al-Quran dan sunnah yang
sahih serta menjadikan kedua- dua sumber tadi sebagai asas berfikir dan asas dalam
menyelesaikan masalah-masalah kehidupan umat Islam.
Pemikiran Islam Semasa
 Dari perspektif islam sebagai tindakbalas yang bersifat intelektual kepada persoalan-
persoalan manusia dan masyarakat semasa.
 Faktor-faktor yang melahirkan pemikiran islam semasa ialah:

 Pertembungan masyarakat islam dengan kebudayaan dan peradaban barat.


 Rasa terpanggil untuk menegakkan yang hak dan melenyapkan yang batil serta
lahirnya rasa rindu umat islam sendiri untuk menghayati cara hidup islam seperti
zaman rasullah saw dan para sahabat.
PEMIKIRAN REFLEKTIF
(PR)
 Pemikiran reflektif membawa maksud pemikiran yang
mengabungkan pelbagai idea berdasarkan PENGALAMAN yang sedia
ada bagi MENYELESAIKAN SESUATU MASALAH yang timbul secara
menyeluruh.

 Pemikiran ini juga disebut sebagai PENYELESAIAN MASALAH.

 Campbell-Jones (2002) - pemikiran reflektif merupakan satu proses


perbincangan dengan diri sendiri mengenai sesuatu keadaan yang
mana individu tersebut akan menggunakan PENGALAMAN,
kepercayaan dan tanggapan dirinya sendiri untuk tujuan tersebut.
5 TAHAP PR
1. Wujudnya perasaan TIDAK PASTI
2. Pemikir mengenal pasti MASALAH
3. Pemikir mencari penyelesaian berpandukan
PENGALAMAN lampau dan membuat HIPOTESIS
4. Pemikir dapat membuat DEDUKSI-memikirkan
implikasi-implikasi yang mungkin terjadi apabila
melaksanakan hipotesis
5. Pemikir dapat MEMBUAT KEPUTUSAN – sama ada
menerima atau menolak (betul/salah)
 Dewey. J (1910) didefinisikan PR sebagai satu proses
yang aktif, berlaku secara BERULANG-ULANG, dan
melibatkan pertimbangan yang teliti mengenai apa-apa
jua kepercayaan atau bentuk andaian mengenai
pengetahuan yang bersangkutan dengannya, dan
kecenderungan kepada rumusan tertentu.

 Griffith, Brian A.& Frieden, Gina (2000)


mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai suatu bentuk
pemikiran yang aktif, penilaian terhadap sesuatu teori
secara BERTERUSAN, kepercayaan, dan tanggapan yang
mana membantu seseorang untuk memahami sesuatu
isu atau permasalahan.
CARA-CARA MENINGKATKAN PR
 Menyedari dan mengenal pasti masalah yang dihadapi. Ini
dapat dibantu dengan mengemukakan SOALAN-SOALAN
berkaitan masalah. Ini mengalakan pelajar berfikir membuat
rujukan membaca, dan menyelidik.

 Menganalisis maklumat , setelah mengenal pasti


masalah,langkah seterusnya adalah membuat ANALISIS
MASALAH, mencari maklumat yang berkaitan dan mencari
kemungkinan cara-cara penyelesaian.
Samb…
 MENILAI CADANGAN / cara penyelesaian : setiap
cadangan yang dipilih tadi dinilai oleh pelajar.

 Menggalakan pelajar MENYUSUN MAKLUMAT dan


bahan mengikut urutan masa. Kaedah-kaedah
analisis seperti membuat graf dan jadual - perlu di
catatkan.
PEMIKIRAN KONVERGEN
(pemikiran berpusat)
Pemikiran konvergen sebagai daya berfikir yang membolehkan
seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan
integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau
jawapan yang lazim.
(Guilfort 1976)

Pemikiran konvergen - iaitu kesimpulan yang logik dan paling


betul atau kesimpulan yang terbaik mengikut kebiasaan.
Manusia biasanya memiliki dua pola pemikiran, iaitu secara
divergen dan konvergen. Pola pemikiran konvergen ini dapat
didefinasikan sebagai pola pemikiran terarah (fokus) atau
khusus (specifik)
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KONVERGEN:
Proses ini mengurangkan kepelbagaian jawapan kepada hanya satu jawapan bagi
sesuatu masalah

Jawapan adalah tertumpu berdasarkan pemikiran atau logik akal.

Tidak suka meneka dan tidak akan mencuba menjawab


sesuatu yang tidak pasti.

Sesuai diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains


CONTOH YANG MELIBATKAN PEMIKIRAN
KONVERGEN:

Cth 1: Murid-murid di sekolah menggunakan hukum-


hukum dan rumus-rumus untuk menyelesaikan
masalah Matematik dan Fizik adalah menggunakan
pemikiran konvergen.

Cth 2: Seorang jurutera awam perlu mencari sebab


keretakan sesebuah bangunan berdasarkan
pengetahuan serta pengalamannya. Jadi, jurutera
itu dikatakan menggunakan pemikiran konvergen.
PEMIKIRAN DIVERGEN
 Telah dicipta oleh J.P Guilford iaitu seorang ahli psikologi
pada awal tahun 1950-an sewaktu menerangkan dua
cara berfikir yang sangat berbeza.

 Bercorak kreatif, selalunya tidak tertumpu kepada satu


titik fokus tetapi mencapah ke pelbagai arah.

 Pemikiran ini akan menggunakan segala sumber


maklumat atau idea dalam usaha menyelesaikan
sesuatu masalah.

 Dengan kata lain, pemikiran divergen dapat


menghasilkan pelbagai idea berkenaan sesuatu perkara
atau beberapa penyelesaian bagi satu masalah.
 Pemikiran divergen adalah salah satu cara menjana idea
yang baik. Pelajar bebas menonjolkan pendapat, idea dan
pandangan yang difikirkan logik.

 Jenis pemikiran seperti ini turut menggalakkan pemikiran


kreatif. Pemikiran jenis ini banyak digunakan dalam
pelajaran sains, matematik dan teknologi.

 Utk konsep P&P di sekolah, untuk menjadi seorang pelajar


yang cemerlang, seseorang itu perlulah mempunyai
kemahiran bertanyakan soalan.

 Utk meningkatkan kemahiran bertanyakan soalan, pelajar


boleh menggunakan soalan berbentuk divergen. Soalan
divergen ialah soalan yang membuka ruang pemikiran,
bukannya mengecilkan konteks pemikiran. Soalan divergen
digunakan untuk meluaskan konteks dan aspek sesuatu
yang dipelajari.
 Utk menggalakkan pemikiran divergen, guru harus
sentiasa menggunakan soalan-soalan terbuka di
dalam bilik darjah.

 Contohnya, jika seseorang pelajar diminta untuk


memberi cadangan tentang penggunaan sebatang
pensel, dia berupaya menyenaraikan cadangan-
cadangan berikut:
Cara Pemikiran Divergen

Sebagai Alat Permainan Menulis dan Melukis

Penggunaan
Sebatang
Pensel

Sebagai Senjata Menebuk Lubang


Pada Kertas
 Berdasarkan jawapan yg diberikan, seseorang berupaya
memikirkan jawapan yg logik.

 Jawapan yang diberi mungkin terlalu personal atau unik


berasaskan keupayaan meneroka mindanya yang kreatif.

 Guilford telah mengenal pasti 4 ciri pemikiran divergen


seperti yang ditunjukkan dalam di bawah:
Ciri- Ciri Penerangan
1) Kelikatan (Fluidity) Mampu memberi penjelasan dengan
mengemukakan banyak idea dan contoh.
2) Kelenturan Menjana pelbagai idea dan cara bagi
(Flexibility menyelesaikan masalah.
3) Keaslian Mampu memikirkan idea- idea baru yang
(Originality) bernas dan unik.
4) Terperinci (Details Mampu menjelaskan idea- idea dengan
panjang lebar dan terperinci.
Cara- cara meningkatkan Pemikiran Divergen Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran

a) Memberi soalan- soalan bercapah yang menekankan pelbagai jawapan


dan cadangan atau cara penyelesaian.

b) Memberi kebebasan murid menggunakan cara sendiri menyelesaikan


masalah terbuka.

c) Menggunakan teknik penyoalan terbuka atau bercapah.

d) Menggunakan kaedah kumpulan, kaedah perbincangan dan sumbang


saran sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran.

e) Menggalakkan murid mengeluarkan idea kreatif diri sendiri.

f) Mendengar, menerima dan memuji cadangan dan idea luar biasa daripada
murid.
 
SEKIAN…
TERIMA KASIH
SOALAN??

Anda mungkin juga menyukai