Anda di halaman 1dari 32

Hakcipta Terpelihara : Laporan percuma Rahsia Di Sebalik Kad

Perniagaan ini adalah hak milik penuh saudara Wan Khairul Zarizi dan
saudara Muhammad Razif. Anda boleh memberikan kepada rakan-
rakan, keluarga, pelawat laman web anda dan sesiapa sahaja tanpa
perlu memohon kebenaran dari penulis. Sebarang peniruan dan
pengubahsuaian kepada laporan ini adalah tidak dibenarkan. Anda
hanya boleh mengedarkan panduan ini seperti bentuk asalnya tanpa
apa-apa perubahan. Sila Hormati hak penulis terhadap hasil penulisan
ini.

Penafian Penulisan : Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya


memastikan laporan yang diterbitkan ini mengandungi maklumat yang
tepat dan berautoriti dari segi subjek yang dibincangkan. Penerbit
laporan ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan,
perakaunan atau khidmat professional yang lain kepada pembaca. Anda
berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal
profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri
anda. Laporan khas ini hanya berupa maklumat dan panduan ringkas
tentang kad perniagaan. Segala hasil dan manfaat yang anda akan
perolehi dari kad perniagaan adalah bergantung kepada usaha yang
anda lakukan selepas membaca panduan ini.

Diterbikan Oleh:
Wan Khairul Zarizi aka Yoji
Muhammad Razif aka Razifmohd
Http//:www.Cheapest-BusinessCard.com

-2-
Isi kandungan

BAB 1: Pengenalan Kad Perniagaan

BAB 2: Sejarah Kad Perniagaan

BAB 3: Ciri-ciri Kad Perniagaan

BAB 4 : Cara Menggunakan Kad Perniagaan

BAB 5 : Kad Perniagaan Untuk Blogger


BAB 6 : Kesan Kad Perniagaan

BAB 7 : Jenis Percetakan : Offset vs Digital

BAB 8 : Tentang Kami

-3-
BAB 1
Pengenalan Kad Perniagaan

-4-
Apa Itu Kad Perniagaan

Sekeping kad perniagaan merupakan salah satu dari kempen pemasaran. Ia adalah
sejenis alat pemasaran eksekutif, serta ia bertindak sebagai salah satu cara
memperkenalkan perniagaan supaya dikenali ramai. Kad perniagaan sangat sesuai
untuk bisnes yang baru bermula. Ia juga bertindak sebagai alat perhubungan
dengan prospek yang kita temui dan kemungkinan kita akan dihubungi pada masa
akan datang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perniagaan yang kita
lakukan dan produk yang kita tawarkan.

Kad perniagaan memberikan impak pertama tentang latar belakang perniagaan


yang anda lakukan kepada penerima kad anda. Kad anda perlu mempunyai daya
tarikan supaya prospek anda mempunyai perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut
tentang perniagaan anda. Bagi yang anda melakukan perniagaan kecil ataupun
besar, anda lebih sesuai mengeluarkan kad perniagaan, daripada anda
menunjukkan gaya dan kemewahan anda. Ini kerana prospek anda akan lebih
yakin pada kad perniagaan yang mereka terima daripada anda.

Anda juga perlu bijak menggunakan kad bisnes contohnya dalam memilih kad,
anda perlu mencari corak yang bersesuaian dengan perniagaan yang sedang anda
jalankan.

Sebahagian daripada usahawan terutama yang baru menapak memandang remeh


tentang kad bisnes. Ok saya bagi satu contoh yang anda boleh lakukan sendiri.
Cuba anda tanya atau minta kad perniagaan pada kawan anda yang malakukan
perniagaan. Apa reaksi mereka? Saya pasti jawapannya “untuk apa kad
perniagaan, bukannya perniagaan juta-juta atau besar pun”.

- 5-
Ok, kita boleh tengok dari ayat di atas atau contoh yang anda telah lakukan yang
mengatakan tiada kad perniagaan. Apa yang saya nak terangkan bahawa kad
perniagaan memberi impak maksima (cam cerita plak) kepada perniagaan yang
anda sedang jalankan. Tidak mustahil dengan modal 10sen anda boleh mambawa
pulangan RM 10ribu atau lebih dari itu..

Jika anda rasakan anda tidak perlu gunakan kad perniagaan kerana anda
beranggapan yang perniagaan anda bukanlah perniagaan yang besar atau
membawa pulangan yang beribu-ribu mahupun berjuta-juta, ok saya faham.. Saya
nak Tanya 1 soalan,adakah anda hendak perniagaan anda sama seperti yang anda
lakukan sekarang atau hendak terus maju ? Mesti nak terus maju kan..ok.. 1 lagi
soalan, adakah anda hendak tunggu bisnes anda maju baru mencipta kad pertama
anda? Lu fikir lah sendiri bak kata nabil.. Bagi saya kita perlulah mulakan kad
bisnes dari permulaan perniagaan kerana orang mudah mengenali perniagaan yang
kita jalankan tidak kira perniagaan yang kita jalan kan itu kecil ataupun besar..

Saya mengambil satu petikan dari pakar motivasi terkenal Malaysia iaitu Dato’ Dr
Mohd Fadzhilah Kamsah mengatakan dan menyarankan agar kita memberikan kad
perniagaan apabila berjumpa dengan orang. Dengan memberi kad perniagaan,
orang akan melihat kita lebih professional dalam perniagaan dan juga orang akan
lebih ingat kepada kita. Kad perniagaan juga melambangkan tentang perniagaan
kita lakukan.

Lagipun takkan kita nak mengambil kad perniagaan orang lain je, nak bt koleksi
ke. Apa kata kad perniagaan anda pula yang menjadi koleksi kepada orang

- 6-
BAB 2
Sejarah Kad Perniagaan

- 7-
Sejarah Kad Perniagaan.

Kad perniagaan adalah kad lawatan pada asalnya. Pada abad ke 17 di Perancis, ia
dipanggil “visite biletes”. Ia seperti surat yang kecil kerana terdapat maklumat
seperti surat dan tandatangan pengirim. Selepas itu ia mula berkembang dengan
menjadi kad ucapan.

Kad pertama muncul di Perancis pada zaman pemerintahan Louis XIV-“Le Roi
Soleil”. Mereka bersungguh-sungguh memperkenalkan kad lawatan ke seluruh
pemeritahannya. Louis XIV, Raja Perancis, lahir pada tahun 1638 di St. Germain-
en-Laye Perancis. Dia memerintah dari 1643 hingga 1715 (satu pemeritahan yang
lama dalam sejarah moden eropah iaitu 72 tahun).

Selepas itu muncullah kad dagangan yang telah digunakan di seluruh wilayah
inggeris. Bentuk paling awal dijumpai untuk kad perdagangan ini pada awal abad
ke-17 di London. Ia digunakan sebagai pengiklanan dan juga sebagai penunjuk
arah kepada orang ramai untuk pergi kepada kedai pemilik kad berkenaan kerana
pada waktu itu tidak ada alamat yang sistematik seperti sekarang. Pada waktu itu
kad perdagangan sangat berkesan untuk perniagaan kerana tiada pengiklanan
seperti sekarang . Pada awalnya kad perdagangan dicetak di atas plat kayu atau
diukir di atas plat itu. Pada abad ke-18 penggunaan kad menjadi popular kerana
pengukiran plat berubah dari kayu kepada plat tembaga. Sehingga abad ke -19
perkembangan kad perdagangan semakin meningkat iaitu pada sekitar tahun 1830
perubahan dari kad perdagangan dicetak pada plat logam yang mempunyai warna.

Sepanjang abad ke-19 teknologi baru dan peningkatan komunikasi yang pantas
membuatkan kad perdagangan kurang di pratikkan kerana peranan media dan

- 8-
akbar-akbar lebih berkesan. Penggunaan kad perdagangan mula jatuh pada waktu
itu.

Selepas itu di Amerika Syarikat kad pelawat atau kad perniagaan menjadi salah
satu kepentingan bagi orang kelas pertengahan, wanita ataupun lelaki. Ia telah
menjadi suatu kewajipan dalam perniagaan serta menjadi kad yang paling efisien.
Namun, ianya kurang digunakan pada daerah-daerah terpencil dan orang yang
berkerja makan gaji pada waktu itu. Selepas itu kad perniagaan digunakan secara
meluas di kalangan masyarakat Amerika yang melakukan urusan perniagaan
ataupun makan gaji tanpa mengira golongan atasan mahupun bawahan dan akan
terasa terhina jika kad perniagaan tidak ada dalam tangan untuk diberikan kepada
orang ramai.

- 9-
BAB 3
Ciri-ciri Kad Perniagaan

- 10-
Ciri-ciri kad bisnes

Kad perniagaan yang kita berikan pada prospek hendaklah mempunyai ciri-ciri
tertentu untuk memberitahu prospek anda tentang perniagaan atau perkhidmatan
yang kita lakukan, lokasi perniagaan atau pejabat tempat perniagaan anda
beroperasi sekarang. Ciri-ciri yang ada pada kad perniagaan, menjadikan kad
perniagaan anda bukan sekadar kertas kosong tetapi sekeping kertas yang
menerangkan terlalu banyak tentang diri anda. Jika anda hendak mencipta kad
perniagaan, perkara utama yang anda perlu fikirkan adalah seperti:- Apakah benda
pertama yang akan diperhatikan oleh prospek? Apakah ciri yang paling menarik
prospek untuk membaca kad perniagaan anda? Kad perniagaan adalah seperti
iklan. Jika iklan anda menarik, pasti ramai yang ingin tahu dan secara tidak
langsung membuatkan nama anda akan sentiasa disebut-sebut. Ini akan
meningkatkan kredibiliti anda.

Saya akan terangkan ciri-ciri penting yang penting kepada anda :

1. Saiz. Berapakah size yang sesuai untuk membina kad perniagaan ini. Saiz
yang sesuai untuk membuat kad bisnes ini hendaklah mesra pengguna. Apa
yang saya maksudkan dengan mesra pengguna ini adalah kad yang anda
berikan kepada prospek anda mestilah senang dibawa dan senang disimpan.
Contohnya jika anda memberi kad perniagaan bersaiz kad raya, bagaimana
prospek anda hendak meletakkan dalam dompet atau poket. Ini membuatkan
prospek anda menjadi segan untuk membawanya dan akhir sekali kad anda
tersimpan di dalam tong sampah. Anda faham maksud saya? Bagus. Ukuran
size yang sesuai bagi kad perniagaan adalah 90mm x 54mm.

- 11-
1. Kertas berkualiti. Anda mesti mencipta kad yang mempunyai ketahanan,
jangan anda fikirkan murah sahaja. Saya bagi contoh lagi. Ok, jika kad anda
dibuat dari pada kad yang kurang berkualiti dan prospek anda terus simpan
di dalam dompet dan dijaga dengan baik. Tetapi suatu hari prospek anda
hendak membasuh seluar dan mungkin terlupa keluarkan dompet dari
seluar. Jadi air meresap masuk ke dalam dompet . Jadi anda boleh fikir
sendiri jika kertas terkena air jadi macam mana. Jadi, bahan yang paling
berkualiti adalah pvc kad. Ia sangat-sangat berkualiti tetapi harganya mahal
dari harga kertas biasa. Ok, salah satu contoh kertas yang berkualiti pula
adalah 260gsm art card. Jika anda hendak memberi ketahanan pada kad ini
anda cuma liminate pada kertas tersebut dan ianya akan mempunyai
ketahanan yang sama seperti kad pvc .

2. Warna.Warna pada kad anda juga penting untuk menarik prospek untuk
membaca lebih lanjut pada kad anda. Jika warna pada kad anda membuat
pembaca jadi menyampah, ia juga membuatkan prospek anda menyimpan
kad anda dalam tong sampah. Warna yang lebih sesuai yang saya boleh
cadangkan adalah warna merah kerana warna ini membuatkan prospek kita
lebih menarik perhatian prospek anda dan warna yang seangkatan
dengannya. Warna pada tulisan anda juga penting dan pastikan warna tulisan
tidak tenggelam oleh warna latar belakang.

Saiz tulisan. Saiz tulisan anda juga penting kerana jika saiz tulisan anda terlalu
kecil ia membuatkan orang tidak jelas dan jika terlampau besar ia membuatkan
kad perniagaan anda kelihatan kurang menarik dan tidak

- 12-
professional. Jadi saiz tulisan anda perlulah bersesuaian dengan saiz kad anda.
Saya cadangkan anda meletakkan saiz 9mm atau 10mm dan tulisan yang tebal.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Kad Perniagaan.

1. Gambar atau logo. Jika anda hendak memberi daya tarikan yang lebih
menarik pada kad anda, anda perlu meletakan gambar yang bersesuaian
dengan perniagaan yang sedang anda lakukan. Contohnya anda berniaga
ubat-ubatan, jadi gambar yang perlu anda letakkan gambar ubatan yang
anda tawarkan. Jika anda mempunyai logo, jadi anda gantikan gambar-
gambar lain dengan logo anda kerana ianya akan memberi daya penarik
yang lebih tinggi.

2. Maklumat peribadi/perniagaan. Maklumat yang perlu ada pada kad


perniagaan anda adalah nama anda, alamat syarikat anda atau tempat
perniagaan anda, nombor telefon , alamat email anda dan website anda
(penting bagi yang melakukan perniagaan secara online).

3. Bina slogan. Membina slogan ini penting kerana di sini anda boleh
member kesan kepada prospek anda samada untuk menghubungi anda
ataupun tidak. Jadi slogan ini sama jugak dengan surat jualan. Kalau anda
gunakan ayat-ayat maut, tentunya prospek akan beli produk anda. Faham
maksud sayakan? Bagus!

- 13-
BAB 4
Cara Penggunaan Kad Perniagaan

- 14-
Cara penggunaan kad perniagaan dengan berkesan

Sebelum keluar dari rumah, pastikan kad perniagaan anda berada dengan anda.
Dalam poket ke… dalam dompet ke… Dan jadikan kad perniagaan kad penting
seperti kad pengenalan atau lesen memandu anda.

Apabila anda menemui seseorang dalam sesuatu majlis (tidak kira majlis kawin
atau majlis perasmian), perjumpaan perniagaan, semasa sedang berjalan atau
perjumpaan ape saja , berikan sapaan. Contohnya assalamualaikum bagi orang
Islam atau hai dan sebagainya. Anda ajak bersembang dan di situ anda boleh
menghulurkan kad anda (peringatan jika waktu orang bergembira atau bersedih
jangan cerita lagi tentang perniaagaan anda, hanya hulurkan kad perniagaan anda
sahaja pada masa anda hendak berlalu).

Jika anda yang menerima kad dari seseorang, ucapkan terima kasih. Teliti dahulu
pada kad perniagaan yang anda terima, depan dan belakang. Banyak bertanyakan
dahulu apa yang pernigaan prospek itu buat. Bagi ia gembira dahulu selepas itu
baru anda mengeluarkan kad perniagaan anda dan anda pulak yang bercerita
tentang perniagaan anda.

Prospek yang sudah menerima kad daripada dan berminat dengan kad perniagaan
anda mungkin banyak persoalan tentang perniagaan anda, jadi anda perlu bersiap
sedia dan mengetahui lebih dalam tentang perniagaan anda, anda mungkin bertemu
dengan pakar atau ahli perniagaan yang mahir yang ingin mengetahui perniagaan

- 15-
yang sedang anda jalankan. Perkara ini tidak mustahil jika anda pergi ke majlis-
majlis perniagaan atau pameran-pameran perniagaan.

Meletakkan kad nama anda pada bil-bil pembayaran bulanan seperti bil elektrik,
bil air bil astro dan sebagainya. Anda mungkin kata mengarut, tetapi tahukah anda
orang di Amerika berjaya membuat seperti ini? Anda tentu tahu orang yang
menerima pembayaran bil anda pasti tertarik dengan kad anda, jika perniagaan
anda sesuatu yang dicari-carinya atau kawannya atau keluarganya selama ini. Anda
tentu tahukan situasi pekerjaan di pejabat? Sebaran dari mulut ke mulut adalah
suatu pemasaran yang paling berkesan. Jadi apa lagi jika membayar bil, selitkan
kad anda pada bil tersebut.

Walaupun anda yang menghulurkan kad nama, anda perlulah meminta juga dari
prospek . Jika prospek anda memberi kad kepada anda, terima dan buatlah seperti
yang kad prospek anda begitu berharga pada anda. Jangan pula anda hanya melihat
dalam 1 hingga 2 saat dan terus simpan. Kad anda pun akan jadi seperti itu juga
dan prospek tidak akan menghargainya. Jadi selepas anda menerima dan meneliti
apa yang ada pada kad prospek anda, simpan dalam dompet anda kerana dalam
dompet anda tempat menyimpan duit yang beribu-ribu jadi prospek beranggapan
yang kad perniagaan dia berada pada tempat berharga dan membuatkan dia berasa
penting.

Anda jangan sombong atau angkuh dengan perniagaan yang anda lakukan. Berikan
kad perniagaan anda kepada sesiapa pun yang anda jumpai. Terutama sekali ahli
keluarga dan kawan-kawan anda. Walaupun mereka sudah mengetahui apa yang
anda lakukan, mereka akan rasa dihargai oleh anda dan tidak mustahil akan

- 16-
menolong anda dalam memperkenalkan perniagaan anda pada kawan-kawan yang
lain. Saya tahu kebanyakan dari orang-orang yang mempunyai kad perniagaan ini
hanyalah untuk menunjuk dan bukan sebagai salah satu pemasaran mereka.
Betulkan apa yang saya katakan?

Meminta soalan daripada prospek anda selepas dari kad perniagaan anda diberikan.
Orang akan merasa lega jika ada soalan yang bermain-main dalam fikirannya dapat
dilepaskan dengan soalan-soalan yang boleh diajukan terus kepada anda. Anda
mesti pernah juga mengalami perasaan sepeti ini kan? Anda juga mesti tahu jika
soalan tidak dapat diajukan anda akan merasa kecewa. Anda juga perlu menjawab
dengan layanan yang ikhlas. Jangan menjawab secara sambil lewa .

Jika anda selalu menghadiri pertemuan seperti seminar atau sebagainya, ia adalah
satu kelebihan kepada anda kerana waktu ini anda berpeluang mengeluarkan kad
anda dan anda akan nampak lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan
perniagaan anda. Secara tidak langsung, anda akan bertambah diyakini. Walaupun
anda ada banyak persaingan, inilah dinamakan rahsia disebalik kad perniagaan!

Kad perniagaan ini juga berguna jika anda hendak mencari sponsor untuk bisnes
perniagaan anda. Anda akan menulis proposal tentang perniagaan yang anda
lakukan. Jadi anda perlu sertakan sekali kad perniagaan anda pada proposal
tersebut. Anda faham maksud saya? Ok, saya terangkan. Jika sponsor anda tidak
menerima untuk membiayai anda, anda tidak akan rugi kerana anda telah mendapat
prospek yang bernilai besar. Saya kata bernilai besar kerana anda mestilah mencari
sponsor yang terbaik, jadi di situlah nilai yang besar pada kad perniagaan.

Kad perniagaan juga perlu mempunyai slogan, kerana ia juga akan memberi impak
kepada prospek. Slogan yang anda buat mestilah menggunakan ayat-ayat maut

- 17-
yang boleh terasa sampai ke dalam hati pembaca iaitu prospek anda. Jangan pula
anda membina slogan yang maut tetapi perniagaan yang anda buat tidak sama
dengan slogan anda.

Anda juga boleh membuat kad anda berbeza dengan kad perniagaan yang biasa.
Kad perniagaan yang berbeza maksud saya adalah kad yang mempunyai tarikan
yang tersendiri seperti bentuk kad. Jika anda seorang doktor gigi contohnya, anda
boleh meletakkan lekuk-lekuk gigi pada kad perniagaan anda. Ia boleh
memberikan daya ingatan yang kuat pada prospek anda kerana keunikan yang
telah anda buat. Jangan jadikan kad bisnes anda sesuatu yang membosankan. Apa
kata anda mencuba sesuatu yang baru pada kad perniagaan anda, kerana ia boleh
memberi impak yang tinggi pada perniagaan anda.

- 18-
BAB 5
Kad Perniagaan Untuk Blogger

- 19-
Kenapa Blogger Harus Memiliki Kad Perniagaan?

Blogger yang serius dan professional dalam membuat blog, harus mempunyai kad
perniagaan untuk dibawa ke mana sahaja. Ini kerana blog pada masa sekarang telah
menjadi suatu informasi yang berguna kepada masyarakat. Blog menjadikan
masyarakat lebih dekat dengan blogger. Dengan kad perniagaan anda boleh
menarik pelawat yang sama dan tentunya anda boleh menjana kewangan dengan
blog anda , Maka ini adalah salah satu alat pemasaran yang paling mudah yang
dapat anda gunakan. Anda juga akan mendapat pelawat blog yang tepat dengan
niche blog anda.

Niche blog yang sesuai untuk kad perniagaan:

1. Teknologi
2. Makanan
3. Politik
4. Psikologi
5. Telekomunikasi (Handphone)
6. Fotografi
7. Pernikahan
8. Fesyen
9. Motivasi
10. Dan apa-apa yang anda rasakan sesuai.

- 20-
Jika anda memiliki kad perniagaan untuk blog anda, Ia adalah satu keunikan pada
diri anda kerana tidak ramai yang memiliki kad perniagaan untuk blog, tetapi
selalunya hanyalah untuk perniagaan.

- 21-
BAB 6
Kesan Kad Perniagaan

- 22-
Kesan Kad Bisnes Kepada Penerima

Dewasa ini kejayaan dalam perniagaan bukan lagi boleh diukur melalui cara anda
bersaing dengan pesaing-pesaing. Sekarang ini kejayaan yang tinggi dapat dicapai
dengan cara mendekatkan diri anda dengan pelangggan-pelanggan baru atau pun
pelanggan tetap. Dengan cara pemberian kad perniagaan, anda dapat merapatkan
hubungan anda dengan pelanggan. Dari 1 kad perniagaan, anda boleh mendapatkan
lebih dari 1 pelanggan, mungkin puluhan atau mungkin juga ratusan. Kenapa saya
cakap begitu? Kerana setiap manusia mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang
yang rapat dengannya seperti ibubapa dan kawan-kawan yang mempunyai minat
yang sama. Jadi di situlah anda dapat menambah bilangan pelanggan anda. Saya
harap anda faham di situ. Kad perniagaan memberi kesan yang begitu tinggi
kepada pelanggan anda. Kesan-kesan ini mungkin tidak terfikir oleh anda. Kesan-
kesan tersebut adalah.

Kesan pertama – Boleh Dipercayaai

Jika anda hendak mencari rakan perniagaan atau penaja kepada perniagaan anda,
mereka mestilah mengenali anda terlebih dahulu berbanding perniagaan yang anda
lakukan. Dari kad perniagaan ini mereka akan tahu anda memang serius dalam
perniagaan selepas mereka melihat maklumat dan pergi melawat tempat anda
berniaga untuk melihat potensi keuntungan yang bakal mereka akan dapat. Jika
perniagaan anda dapat memberikan keuntungan yang tinggi kepada mereka,
mereka akan bersetuju dengan anda. Di situ juga anda boleh berkongsi idea-idea
dan mendapatkan kepercayaan. Melalui pelanggan anda pula, bila mereka melihat
reka bentuk kad perniagaan anda kemas dan cantik, secara tidak langsung
kepercayaan akan terus bertandang di hati pelanggan anda.

- 23-
Kesan kedua- Menambahkan Ilmu

Dari kad perniagaan ini, anda boleh menimba ilmu secara tidak langsung dan
bermanfaat untuk anda kerana anda akan mengetahui cara yang betul untuk
berinteraksi dengan pelanggan dan menjadikan pertuturan anda lebih berkesan
semasa anda memberikan pemahaman dan maklumat tentang perniagaan anda.
Apabila pelanggan faham dengan maklumat perniagaan anda, jadi makin cepat
pelanggan akan mendapatkan produk anda. Ada seorang pakar mengatakan satu
persefahaman adalah asas bagaimana otak itu membantu anda belajar memperbaiki
kebolehan cara anda berinteraksi.

Kesan ketiga- Menjadi Seorang Pendengar

Ada juga sesetengah pelanggan yang malu atau segan untuk membeli produk anda,
tetapi dengan kad perniagaan, anda akan senang dihubungi dan anda akan menjadi
seorang pendengar yang akan memberi layanan selesa kepada pelanggan anda
yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk anda. Dengan layanan ini anda
akan boleh menambah strategi dan skil perhubungan yang berkesan. Jika anda
dihubungi, jangan pula anda mengelak untuk menjawab. Kerana pelanggan itu
adalah keuntungan kepada anda.

- 24-
BAB 7
Jenis Percetakan
Offset vs Digital

- 25-
Jenis-Jenis percetakan

Artikel sebelumnya banyak menceritakan tentang kepentingan kad perniagaan.


Pada artikel ini pula akan menceritakan tentang jenis-jenis percetakan pada kad
perniagaan. Kenapa saya menceritakan tentang percetakan? Kerana ia amat penting
untuk memilih kualiti kad perniagaan anda. Percetakan kad perniagaan ada 2 jenis
iaitu offset dan digital. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Di bawah saya ada ceritakan serba sedikit tentang apa itu cetakan offset dan
cetakan digital. Mungkin anda kurang faham tentang proses percetakan ini. Itu
tidak mengapa. Anggap ia sebagai pengetahuan.

Cetakan Offset

Selepas rekabentuk sesuatu kad perniagaan sudah siap dan telah pun disemak
(proofing) tiba masanya untuk proses mencetak .

Secara ringkasnya, proses percetakan offset adalah seperti berikut:

* Persiapan bahan kertas mengikut permintaan pelanggan (saiz dan jenis kertas)

* Pisah warna (color separation): proses ini adalah wajib untuk sesuatu
percetakan offset dengan print rekabentuk (design) yang telah siap dibuat ke atas
filem mengikut warna-warna asas iaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black
(CMYK)

- 26-
* Membuat Plate: filem yang telah diprint tadi akan dilekatkan pada plate
aluminium dan akan dimasukkan ke dalam alat khas. Setelah proses ini
selesai, imej yg berada pada filem tadi akan terhasil pada plate aluminium
pula.

* Proses cetak: setelah plate siap, plate2 ini akan dipasang pada mesin cetak
mengikut warna untuk proses mencetak.

Selalunya semua proses ini akan mengambil masa 1-2 jam untuk bahan cetak
berjumlah 1000 helai.

Cetakan Digital

Secara keseluruhannya teknologi digital adalah berbeza dengan offset. Selalunya


teknologi digital ini menggunakan dakwat atau toner yang terletak di dalam
cartridge. satu cartridge mempunyai satu warna. Jadi, setiap mesin cetak digital
akan mempunyai 4 toner cartridge mengikut warna-warna asas (CMYK). Untuk
menghasilkan imej mukasurat yang pertama selalunya ia akan mengambil masa
yang tidak sampai seminit. Teknologi ini memudahkan proses percetakan dan
berkeupayaan menghasilkan bahan cetak dalam masa yang singkat.

Kenapa perlu kepada teknik cetakan offset sedangkan cetakan digital lebih cepat
dan senang? Ok, ini jawapannya. Cetakan digital hanya sesuai digunakan untuk
mencetak bahan cetak dalam kuantiti yg sedikit. Sekiranya jumlah bahan cetak itu
menjangkau angka ribu atau puluh ribu, di sinilah kelebihan mesin cetak offset!
Tahukah anda ahkbar juga dicetak menggunakan teknologi offset? :)

- 27-
BAB 8
Tentang Kami

- 28-
Xtremedia ditubuhkan pada tahun 2004 dibawah akta Pendaftaran Perniagaan
1956, (Pindaaan 2001) dengan nama XTREMEDIA ENTERPRISE.

Syarikat ini beralamat di 366-E Bunut Payong, Batu 2 1/2 Jalan Kuala Krai, 15150
Kota Bharu Kelantan. Syarikat ini telah diasas dan ditubuhkan oleh En.
Muhammad Razif selaku tuan punya perniagaan. Beliau mendapat pendidikan
sehingga peringkat ijazah ( B.H.Sc. (Hons), IIUM ) dan seterusnya mendalami
ilmu perniagaan dengan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan-
badan kerajaan dan juga swasta.

Setelah beroperasi selama lebih kurang 5 tahun, Xtremedia telah mendapat


kepercayaan dari banyak pihak seperti Tabung Haji, syarikat-syarikat pelancongan,
syarikat-syarikat insuran, sekolah-sekolah dan syarikat persendirian kerana kualiti
kerja yang memuaskan serta memenuhi kehendak pelanggan hasil kerja dari
graphic designer yang berpengalaman dan terlatih.

Jutaan terima kasih kerana membantu dan menyokong perkhidmatan kami.

- 29-
Kesimpulan

Kad bisnes menyimpan maklumat hubungan tentang diri anda dan perniagaan
anda. Ia merupakan salah satu teknik pemasaran yang paling ekonomi dan
berkesan. Anda boleh mengagihkan kad bisnes anda kepada bakal pelanggan anda
supaya mereka boleh menghubungi anda dengan mudah. Walaupun ianya kecil,
namun jika direkabentuk dengan baik dan menarik akan memberi impak yang
besar kepada perniagaan anda. Bertindak sebagai agen kepada perniagaan anda,
ianya boleh membantu meluaskan identiti anda.

Dengan kami, anda boleh menempah kad bisnes menggunakan khidmat Internet
100%. Dengan pereka bentuk profesional serta cetakan offset yang berkualiti,
kepuasan anda adalah jaminan kami. Di samping menawarkan perkhidmatan
penghantaran terus ke pintu rumah anda secara PERCUMA, anda tentu dapat
menjimatkan masa dan kos!

Di Cheapest-BusinessCard.com, kami komited membantu anda!

- 29-
Harga setiap Kad kami

Ciri-Ciri Pemukaan Lamination Harga


Single Double
Sided Sided Tiada Ada
YES YES RM 80.00
1 orang x 300 unit YES YES RM 95.00
YES YES RM 90.00
YES YES RM 105.00
YES YES RM 90.00
1 orang x 500 unit YES YES RM 105.00
YES YES RM 100.00
YES YES RM 115.00
YES YES RM 110.00
1 orang x 1000 unit YES YES RM 125.00
YES YES RM 120.00
YES YES RM 135.00
YES YES RM 115.00
2 orang x 500 unit YES YES RM 145.00
YES YES RM 150.00
YES YES RM 180.00
YES YES RM 130.00
2 orang x 1000 unit YES YES RM 165.00
YES YES RM 170.00
YES YES RM 195.00
YES YES RM 135.00
4 orang x 300 unit YES YES RM 165.00
YES YES RM 170.00
YES YES RM 200.00
YES YES RM 115.00
5 orang x 100 unit YES YES RM 145.00
YES YES RM 150.00
YES YES RM 180.00
YES YES RM 135.00
5 orang x 200 unit YES YES RM 165.00
YES YES RM 170.00

Bandingkan harga yang kami tawarkan.


Segala kos penghantaran adalah PERCUMA!
http://www.cheapest-businesscard.com/tempahan.html

- 30-
Contoh-contoh Kad Perniagaan

- 31-

Anda mungkin juga menyukai