Anda di halaman 1dari 6

FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

ATHIRAH
NURUL SYAZWANIE
SITI HAJAR AISYAH
KONSEP, PRINSIP DAN FUNGSI
• Falsafah Pendidikan Timur boleh digolongkan dalam tiga aliran fahaman
yang utama, iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan
internasionalisme (India), dan falsafah pendidikan Islam.

Konfusianisme
• Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran
Confucius (551-479 SM) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-
289 SM), Xunzi (313-238 SM) dan Hanyu (768-824) dan negeri China.
Dan pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di
antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina
tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia,
mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.
• Ahli-ahli konfusianisme berpendapat bahawa pendidikan merupakan
alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat,
dan seterusnya pula mengekalkan kebudayaan masyarakat yang
penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian
kehidupan. Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai
murni baik hati, dan nilai baik hati ini dapat diperkembangkan melalui
proses pendidikan. Bagaimanapun, untuk menjadikan manusia yang
sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan
masyrakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan
dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah
menghafal kelima-lima buku klasiks yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh
cendikiawan dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah,
buku elemen, buku upacara dan buku annals.
• Wang Shouren (1472-1528), seorang ahli falsafah dalam dinasti Ming,
berpendapat ilmu intuitif adalah terkandung dalam jiwa mental setiap
individu.
Oleh itu, beliau menentang penggunaan kaedah inkuiri untuk memperolehi
ilmu. Sebaliknya, pelajar hendaklah menggunakan ilmu inkuitif yang berada
dalam jiwa mentalnya untuk mengkaji perkara-perkara alam sekitar. Beliau
pula menentang hukum dera dan mengurungkan kanak-kanak sebagai
pendekatan pengajaran. Sebaliknya, beliau menyarankan teknik peneguhan
dan motivasi digunakan untuk menimbulkan minat terhadap aktiviti dalam
pembelajaran.
• Sehingga tahun 1911, aliran fahaman konfucianisme menjadi falsafah
pendidikan yang berpengaruh di dalam sistem pendidikan di negeri China.
Sejak tahun 1911, iaitu masa Koumintang mengambil alih tempat
perintahan,
falsafah pendidikan barat mula mempengaruhi sistem pendidikan China,
terutama apabila Hushi (1891-1962), seorang pengikut Dewey,
memperkenalkan idea-idea pragmatyisme dan progresivisme dalam
kurikulum sekolah negeri China. Beliau menyarankan kaedah induktif
digunakan untuk mengkaji tatabahasa dan mengutarakan pendekatan
”berani membentuk hipotesis, berhati mencari bukti”. Beliau pula
menyarankan persepaduan matapelajaran kemanusian dengan sains
supaya
mengembangkan potensi individu secara keseluruhan.
• Pendidikan untuk internasionalime adalah bertujuan memupuk perhubungan
• baik, persahabatan, dan keamanan di antara semua negara di dunia, dan
pendidikan ini harus berlandaskan pengetahuan yang tepat dan tidak berbelah
bagi yang diperolehi dengan cara pengkajian dan perhubungan langsung
dengan adat-istiadat dan tradisi, sejarah dan kebudayaan orang-orang di
negara lain.

• Pendidikan untuk perkembangan individu adalah bertujuan membentuk kuasa


• dan sikap individu sepenuhnya.
• Pendidikan untuk perkhidmatan social dan kecekapan adalah bertujuan
• mengarahkan tenaga-tenaga dan kebolehan individu kepada kebajikan
masyarakat dan negara, dan juga untuk membolehkan individu tersebut agar
hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-
baik dan menghormati antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai