Anda di halaman 1dari 5

‫ نحمده ونستعينه ونستهديه‬،‫إن الحمد لله‬

‫ ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن‬،‫ونستغفره‬


‫ من يهده الله فل مضل له‬،‫سيئات أعمالنا‬
.‫ومن يضلله فلن تجد له وليا مرشدا‬
‫أشهد أن ل إله إل الله وحده ل شريك له‬
.....‫ أم بعد‬.‫وأشهد أن محمدا عبده ورسوله‬
‫فيا أيهاالمؤمنون اتقوا الله أوصيكم وإياي‬
:‫بتقوى الله العظيم وطاعته لقوله عز وجل‬

‫أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬


‫) وجعلنا الليل والنهار ءايتين فمحونا ءاية‬
‫الليل وجعلنا ءاية النهار مبصرة لتبتغوا فضل‬
‫من ربكم ولتعلموا عدد السنين والحساب وكل‬
12: ‫( السراء‬.‫شيئ فصلنه تفصيل‬

Maksudnya : “Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang
membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu
(sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-
benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan
kamu dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab
(bulan dan hari) dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk
dunia dan agama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam
Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya”

Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekelian,

Jelaslah kepada kita di dalam ayat tadi bahawa malam dan siang itu adalah
tanda atau bukti kekuasaan Allah yang tidak dapat ditandingi. Ia menjadi
kemudahan bagi manusia untuk menyusun dan mengatur kehidupan mereka
di muka bumi Allah ini. Demikian juga dengan kejadian alam semesta dengan
pelbagai fenomena yang berlaku di dalamnya adalah lambang kewujudan dan
kekuasaan Allah Ta’ala ke atas makhluknya. Gerhana bulan adalah satu
daripada kejadian alam yang memperlihatkan kebijaksanaan Penciptanya dan
menjadi iktibar kepada sekelian manusia.

Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan
kebesaran Tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini
adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Ta’ala melakukannya.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekelian,


Seringkali kita sebagai hamba Allah lupa akan kewajipan kita sebagai khalifah
di muka bumi ini lantas membuat kesilapan dan kesalahan yang mengundang
kemurkaan Allah Ta’ala. Kita lalai melaksanakan suruhan dan perintah-
perintahNya sehingga ada di antara kita yang leka dengan kemaksiatan dan
kemungkaran dalam kehidupan sehari-hari. Tanpa kita sedar dosa dan
kesalahan kita hari demi hari semakin bertambah dan bintik-bintik hitam
semakin menghilangkan cahaya keimanan di hati kita ini. Usia kita semakin
hampir menemui ajalnya, sedang kita belum lagi membuat periapan dan
persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi hari tersebut.

Perkara-perkara itu perlulah menjadi tanda tanya kepada diri kita sekelian.
Sejauh manakah periapan dan bekalan yang telah kita siapkan dalam
mengharungi perjalanan ke akhirat nanti ? sebanyak manakah ibadat yang
telah kita laksanakan bagi menyucikan diri dan sanubari kita? Dan apakah
usaha kita bagi memastikan keluarga dan masyarakat Islam sentiasa tunduk
dan patuh kepada hukum-hukum Allah Ta’ala.

Sidang hadirin sekelian,

Tidak ada seorang insanpun di muka bumi ini yang tidak melakukan
kesalahan atau kesilapan. Setiap dari kita pasti membuat pekara-prkara yang
boleh menyebabkan Allah Ta’ala murka, baik yang disengajakan mahupun
tidak, kesalahan yan besar mahupun yang kecil. Tiada manusia yang boleh
mengatakan diri mereka ma’sum atau tidak mempunyai sebarang dosa
mahupun kesalahan. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda
yang bermaksud :

“Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang


membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat”.

Dari hadith ini dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa bertaubat dan
menginsafi diri kita dari segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan,
merupakan suatu kewajipan kepada kita sekelian. Hanya dengan bertaubat
sahajalah kita dapat mensucikan diri kita dan menerima pengampunan serta
mendapat kejayaan di sisi Allah Ta’ala.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Pada malam yang indah ini, marilah kita menginsafi diri kita dan mereka yang
berada di bawah tanggungjawab kita, agar bertaubat kepada Allah Ta’ala dari
segala kesalahan dan kesilapan serta menyesali segala kemungkaran dan
kemaksiatan yang telah kita lakukan. Kita bertaubat kepada Allah Ta’ala
dengan taubat nasuha. Marilah kita bedoa kepada Allah agar kita semua,
sama ada pemimpin mahupun yang dipimpin melaksanakan amanah dan
tanggungjawab mereka, sekiranya ada yang lalai dan tersesat agar kembali
ke pangkal jalan dan bertaubat kepada Allah. Ini sebagaimana yang
diperintahkan Allah dalam fimanNya dalam Surah Ali Imran ayat 133 yang
berbunyi :
‫أعوذ بالله من الشيطان الرجيم‬
‫وسارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها‬
.‫السموت أعدت للمتقين‬

Maksudnya : “Dan bersegeralah kamu kepada kampunan dari Tuhanmu dan


syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-
orang yang bertaqwa…”.

Kaum muslimin yang berbahagia,

Dalam usaha untuk memperbanyakkan amal kebajikan, supaya kehidupan


kita tidak sia-sia, Allah Ta’ala telah memberikan galakan dan perangsang
supaya umat manusia membuat kebaikan dengan firmanNya di dalam Surah
al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud :

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan


Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha
Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Ayat ini memberi fahaman kepada kita betapa banyaknya pahala yang
diberikan kepada orang-oang yang gemar mendermakan hartanya ke jalan
Allah, iaitu sehinga tujuh ratus kali ganda banyaknya. Ini menunjukkan
berlipat gandanya pahala dari Allah bagi orang-orang yang bersifat dermawan
dan pemurah dan dengan ayat ini juga mudah-mudahan terbukalah
kesempatan yang baik bagi orang-orang yang hendak berbuat baik. Dalam
kesempatan untuk beribadat kepada Allah demi menjamin keutuhan iman dan
kekayaan jiwa, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadith
Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi dan Ibnu Majah yang
bermaksud :

“Wahai anak Adam, sediakanlah kelapangan buat beribadat kepada Allah,


nescaya Aku penuhi dadamu dengan kekayaan jiwa, dan aku tutupi apa-apa
jua kekuranganmu, tetapi jika engkau tidak kerjakan sesuatu kebaikan di
waktu yang terluang itu, nescaya Aku penuhi di waktu-waktumu itu dengan
kesibukan yang berbagai, dan Aku tidak menutupi apa-apa jua
kekuranganmu”.

‫بييارك اللييه لييي ولكييم بييالقرءان العظيييم‬


‫ونفعنييي وإييياكم بمييا فيييه ميين اليييات والييذكر‬
‫الحكيم وتقبل مني ومنكم تلوته إنه هو السميع‬
.‫العليم‬
‫أقول قول هييذا وأسييتغفر اللييه العظيييم لييي‬
‫ولكم ولسائر المسلمين والمسيلمات والميؤمنين‬
‫والمؤمنات‪ ،‬فاستغفروه فيييا فييوز المسييتغفرين‬
‫ويا نجاة التائبين‪.‬‬

‫َ‬
‫ن‬‫ذي ْ َ‬ ‫ها ال ّي ِ‬ ‫ي‪َ ،‬ياأي ّ َ‬ ‫عَلى الن ّب ِ ّ‬ ‫ن َ‬ ‫صّلو َ‬ ‫ه يُ َ‬ ‫مل َئ ِك َت َ ُ‬ ‫و َ‬ ‫ه َ‬ ‫ن الل َ‬ ‫إِ ّ‬
‫عَلى‬ ‫ل َ‬ ‫ص ّ‬
‫م َ‬ ‫ه ّ‬‫ما‪َ .‬الل ّ ُ‬ ‫سل ِي ْ ً‬‫موا ت َ ْ‬ ‫سل ّ ُ‬ ‫و َ‬ ‫ه َ‬ ‫عل َي ْ ِ‬ ‫صّلوا َ‬ ‫مُنوا َ‬ ‫آ َ‬
‫ت‬ ‫ص يل ّي ْ َ‬‫مييا َ‬ ‫د كَ َ‬ ‫مي ٍ‬ ‫ح ّ‬ ‫م َ‬ ‫دَنا ُ‬ ‫س يي ّ ِ‬‫ل َ‬ ‫عَلى آ ِ‬ ‫و َ‬ ‫د َ‬ ‫م ٍ‬‫ح ّ‬ ‫م َ‬ ‫دَنا ُ‬ ‫سي ّ ِ‬ ‫َ‬
‫م‬ ‫هي ي َ‬ ‫دَنا إ ِب َْرا ِ‬ ‫س يي ّ ِ‬
‫ل َ‬ ‫عل َييى آ ِ‬ ‫و َ‬ ‫م َ‬ ‫هي ي َ‬ ‫دَنا إ ِب َْرا ِ‬ ‫س يي ّ ِ‬ ‫عل َييى َ‬ ‫َ‬
‫د‬
‫مي ٍ‬ ‫ح ّ‬ ‫م َ‬ ‫دَنا ُ‬ ‫س يي ّ ِ‬ ‫ل َ‬ ‫عل َييى آ ِ‬ ‫و َ‬‫د َ‬ ‫م ٍ‬ ‫ح ّ‬ ‫م َ‬ ‫دَنا ُ‬ ‫سي ّ ِ‬ ‫عَلى َ‬ ‫ك َ‬ ‫ر ْ‬ ‫وَبا ِ‬ ‫َ‬
‫دَنا‬ ‫سييي ّ ِ‬‫ل َ‬ ‫علييى آ ِ‬ ‫َ‬ ‫و َ‬ ‫م َ‬ ‫هي َ‬ ‫دَنا إ ِب َْرا ِ‬ ‫سي ّ ِ‬ ‫على َ‬ ‫َ‬ ‫ت َ‬ ‫ْ‬
‫ما َباَرك َ‬ ‫ك َ‬ ‫َ‬
‫د‪.‬‬‫جي ٌ‬ ‫م ِ‬ ‫ميدٌ َ‬ ‫ح ِ‬ ‫ك َ‬ ‫ن إ ِن ّ َ‬ ‫مي ْ َ‬ ‫عال َ ِ‬ ‫فى ال َ‬ ‫م ِ‬ ‫هي َ‬ ‫إ ِب َْرا ِ‬
‫ّ‬
‫ن‬‫من ِي ْ َ‬
‫ؤ ِ‬ ‫وال ْ ُ‬
‫مي ْ‬ ‫ت َ‬ ‫ما ِ‬ ‫سيل ِ َ‬‫م ْ‬ ‫وال ْ ُ‬‫ن َ‬ ‫مي ْ َ‬ ‫سيل ِ ِ‬ ‫م ْ‬ ‫فيْر ل ِل ْ ُ‬ ‫غ ِ‬‫ما ْ‬ ‫ه ّ‬‫َالل ّ ُ‬
‫َ‬ ‫ت‪ ،‬ا ْل َ ْ‬
‫ع‬
‫مي ْ ٌ‬‫سي ِ‬ ‫ك َ‬ ‫ت‪ .‬إ ِن ّ ي َ‬ ‫وا ِ‬ ‫مي َ‬‫وا ْل ْ‬ ‫م َ‬ ‫ه ْ‬ ‫من ْ ُ‬ ‫ء ِ‬ ‫حَيا ِ‬ ‫مَنا ِ‬ ‫م ْ‬
‫ؤ ِ‬ ‫وال ْ ُ‬ ‫َ‬
‫ت‪.‬‬‫جا ِ‬ ‫حا َ‬ ‫ْ‬
‫ى ال َ‬ ‫ض َ‬ ‫قا ِ‬ ‫و َ‬ ‫ت َ‬ ‫وا ِ‬ ‫ع َ‬‫ب الدّ ْ‬ ‫جي ْ ُ‬‫م ِ‬‫ب ُ‬ ‫ري ْ ٌ‬ ‫ق ِ‬‫َ‬

‫مْين‬
‫سل ِ ِ‬ ‫وسا َئ َِر ب ِل َِد ال ْ ُ‬
‫م ْ‬ ‫زَيا َ‬ ‫ماِلي ِ‬‫ل َ‬‫ع ْ‬‫ج َ‬ ‫ما ْ‬
‫ه ّ‬ ‫الل ّ ُ‬
‫ة‪.‬‬‫خي ّ ً‬
‫ة َر ِ‬ ‫مطْ َ‬
‫مئ ِن ّ ً‬ ‫ة ُ‬‫من َ ً‬
‫ة آ ِ‬‫طَي ّب َ ً‬
‫َ‬
‫خي ُْر‬
‫ت َ‬ ‫وأن ْ َ‬ ‫ق َ‬ ‫ح ِ‬ ‫مَنا ِبال ْ ّ‬ ‫و ِ‬ ‫ن َ‬
‫ق ْ‬ ‫وب َي ْ َ‬ ‫ح ب َي ْن ََنا َ‬ ‫فت َ ْ‬‫َرب َّنا ا ْ‬
‫ب‬
‫ه َ‬
‫و َ‬ ‫هدَي ْت ََنا َ‬ ‫عدَ إ ِذْ َ‬ ‫قُلوب ََنا ب َ ْ‬ ‫ع ُ‬‫ز ْ‬‫ِ‬ ‫ن‪َ .‬رب َّنا ل َت ُ‬ ‫فاِتحي ْ َ‬ ‫ال ْ َ‬
‫ة‪ ,‬إن ّ َ َ‬ ‫ن ل ّدُن ْ َ‬
‫هاب‪.‬‬ ‫و ّ‬ ‫ت ال َ‬ ‫ك أن ْ َ‬ ‫م ً ِ‬ ‫ح َ‬‫ك َر ْ‬ ‫ل ََنا ِ‬
‫م ْ‬

‫قَنا‬
‫و ِ‬
‫ة َ‬
‫سن َ ً‬
‫ح َ‬
‫ة َ‬ ‫فى ا ْل َ ِ‬
‫خَر ِ‬ ‫و ِ‬
‫ه َ‬
‫سن َ ً‬
‫ح َ‬
‫فى الدّن َْيا َ‬ ‫َرب َّنا آت َِنا ِ‬
‫ب الّنار‪.‬‬ ‫ذا َ‬‫ع َ‬ ‫َ‬

‫ء‬
‫وإ ِي َْتا ِ‬‫ن‪َ ,‬‬ ‫سا ِ‬ ‫ح َ‬ ‫وال ِ ْ‬ ‫ل َ‬ ‫عد ْ ِ‬ ‫مُر ِبال َ‬ ‫ه َيأ ُ‬‫ن الل َ‬ ‫ه‪ ,‬إ ِ ّ‬ ‫عَبادَ الل ِ‬ ‫ِ‬
‫ي‬
‫غ ِ‬ ‫والب َ ْ‬ ‫ر َ‬ ‫من ْك َ ِ‬‫وال ْ ُ‬‫ء َ‬ ‫شا ِ‬ ‫ح َ‬ ‫ف ْ‬ ‫ن ال ْ َ‬ ‫ع ِ‬ ‫هى َ‬ ‫وي َن ْ َ‬‫قْرَبى َ‬ ‫ِذى ال ْ ُ‬
‫م‬‫عظِي ْ َ‬ ‫ه ال ْ َ‬ ‫فاذْك ُُروا الل َ‬ ‫ن‪َ .‬‬ ‫و َ‬‫م ت َذَك ُّر ْ‬ ‫عل ّك ُ ْ‬‫م لَ َ‬ ‫عظُك ُ ْ‬ ‫يَ ِ‬
‫َ‬
‫ن‬
‫م ْ‬ ‫وهُ ِ‬ ‫سأل ُ ْ‬ ‫وا ْ‬ ‫م َ‬ ‫زدْك ُ ْ‬‫ه يَ ِ‬‫م ِ‬ ‫ع ِ‬ ‫عَلى ن ِ َ‬ ‫وهُ َ‬ ‫شك ُُر ْ‬ ‫وا ْ‬ ‫م َ‬ ‫ي َذْك ُُرك ُ ْ‬
‫ضل ِه يعطك ُم ول َذك ْر الل َ‬
‫ما‬ ‫عل َ ُ‬
‫م َ‬ ‫ه أك َْبر‪ .‬والل ُ‬
‫ه يَ ْ‬ ‫ِ‬ ‫ف ْ ِ ُ ْ ِ ْ َ ِ ُ‬ ‫َ‬
‫ن‪.‬‬
‫و َ‬
‫ع ْ‬
‫صن َ ُ‬
‫تَ ْ‬

Anda mungkin juga menyukai