Anda di halaman 1dari 17

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI

TAMAN KAMARIAH , GOMBAK .

SAMT SULTAN SALAHUDDIN


ABDUL AZIZ SHAH

“Kajian Geografi Tempatan”

Nama :Balqis Binti Azhar


Kelas : 3 IbnuRusyd
I/C : 960409-03-5574
Guru :Encik Hairunnur Bin Hairuni
1.0 TAJUK KAJIAN

PENCEMARA
N ALAM
SEKITAR DI
TAMAN
KAMARIAH ,
GOMBAK .
2.0 SENARAI KANDUNGAN
Bil Isi Kandungan Muka surat

1.0 Tajuk Kajian 2

2.0 Senarai Kandungan 3

3.0 Penghargaan 4

4.0 Pendahuluan 6

5.0 Objektif Kajian 8

6.0 Kawasan Kajian 9

7.0 Kaedah Kajian 13

8.0 Dapatan Kajian 15

9.0 Rumusan 28

10.0 Lampiran 29

11.0 Rujukan 35

12.0 Penilaian umum 36

3.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya,
maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2011 dengan

jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya

dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Tn Hj Darail Bin Haji Anuar dan guru pembimbing

saya iaitu Encik Hairunnur Bin Hairuni dan guru-guru geografi yang lain kerana tidak jemu-

jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian

mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan

membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya

iaitu ayahanda Azhar Bin Abdul Malik dan bonda Wan Sharifah Binti Wan Yusoff yang turut

membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak

dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja

kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat

setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh

dalam memberikan buah fikiran dan semangat, cadangan serta rujukan di beberapa kawasan

kajian.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga

kepada penduduk di Taman Kamariah terutamanya sahabat ibunda saya Pn Hazura Long,

Tuan Imam Masjid Asy-syakirin, penghulu mukim, bilal, dan lain-lain yang menjadi

responden atau orang sumber kerana banyak membantu saya dengan memberi pelbagai

maklumat terkini tentang penduduk di kawasan ini.


Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada saya,

…………………………………

( BALQIS BINTI AZHAR )

4.0 PENDAHULUAN

Saya membuat kajian di kawasan Taman Kamariah ,Gombak, Selangor .

4.2 - Mengapa Kawasan Kajian Ini Dipilih

Kawasan kajian ini dipilih oleh saya atas sebab-sebab berikut:


(a) Kawasan ini berhampiran dengan tempat saya tinggal dan memudahkan kerja- kerja

kajian yang perlu saya buat.

(b) Kos kajian murah kerana saya tidak perlu menaiki bas atau teksi untuk pergi ke

kawasan kajian sebaliknya saya cuma pergi menaiki basikal

(c) Sambutan dan sokongan penduduk tempatan di sini agak baik, ramah dan mudah

mesra. Mereka memberi galakan dan perhatian kepada saya dalam kes kajian ini.

4.3 Tempoh Masa Kajian Dijalankan Di sini

Kajian yang dijalankan di sini melibatkan tempoh masa kira-kira 2 minggu semasa cuti
sekolah dan 3 hari semasa cuti semester 1. Kajian dibuat secara berkumpulan dengan adik
saya dan sahabat di Sekolah Seri Gombak, Batu Caves, Selangor untuk mempercepatkan
masa supaya kajian dapat dihasilkan secepat mungkin. Tempoh pembahagian masa adalah
seperti dibawah:

(a) 2 hari menjalankan kerja-kerja pemerhatian di kawasan kajian.

(b) 3 hari menjalankan kerja-kerja temu bual, temu ramah dengan penduduk kampung,
imam, penghulu, ketua kampung dan bilal mengenai pecemaran alam sekitar di kawasan
kajian, kesan dan langkah mengatasi masalah akibat daripada pencemaran alam sekitar yang
berlaku di kawasan kajian.

(d) 3 hari membuat rujukan, kerja-kerja lakaran, menanda, kumpul data, merumus
data, dan membina peta.

(e) 5 hari mengurus isi-isi dan nota-nota kajian, menjalankan kerja-kerja menulis isi-isi
kajian kerja kursus.

(f) 7 hari menjalankan kerja-kerja menaip kerja kursus dan semakan terakhir untuk

diserahkan kepada guru penilai.

Apa yang boleh saya rumuskan, Bandar Gombak merupakan sebuah perempatan
bandar dan pola petempatan yang berpusat. Bandar Gombak dipengaruhi oleh beberapa
faktor iaitu bentuk muka bumi dan juga kemudahan prasarana yang disediakan. Begitu juga
Gombak berfungsi sebagai sebuah petempatan perniagaan dan kemudahan awam. Namun di
sebalik fungsi dan faktor yang yang mempengaruhi petempatan Gombak, terdapat juga
masalah yang dihadapi oleh penduduk disini. Antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan
kekurangan peluang pekerjaan. Tetapi kerajaan telah mengambil tindakan di atas setiap
masalah tersebut iaitu meluaskan jalan raya dan menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk di sini.

Oleh itu, saya amat bersyukur dan berasa amat selesa tinggal di Gombak walaupun
ia merupakan pekan yang kecil namun terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan . Ini
adalah peringkat pertama bagi memajukan Negara kita supaya setaraf dengan negara maju
lain yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang .

5.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk:

5.1 Untuk mengenalpasti konsep pencemaran yang terdapat di kawasan kajian saya iaitu
Taman Kamariah, Gombak, Selangor.

5.2 Untuk menghuraikan dengan lebih jelas jenis pencemaran alam sekitar.

5.3 Untuk mengetahui dengan lebih jelas punca pencemaran alam sekitar berlaku.

5.4 Untuk mengenalpasti kesan-kesan pencemaran alam sekitar terhadap kawasan kajian.

5.5 Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang perlu diambil mengurangkan kesan

pencemaran alam sekitar terhadap kawasan kajian..

5.6 Menerapkan unsur patriotisme dalam diri dan nilai dalam dapatan kajian .

Melalui kajian ini saya berasa bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih jelas

mengenai pencemaran alam sekitar yang terdapat di kawasan kajian saya seperti jenis-jenis

pencemaran yang ada dan sebab-sebab ianya terjadi .

6.0 KAWASAN KAJIAN

6.1 Keterangan Kawasan Kajian


Kajian ini dijalankan di kawasan Taman Greenwood yang terletak di daerah Gombak,

Selangor. Taman ini terletak berhampiran dengan Batu Caves di sebelah barat, Universiti

Islam Antarabangsa (UIA) di sebelah utara, Setapak di sebelah timur dan Sentul di sebelah

selatan. Di Taman Kamariah juga terdapat sebuah sungai yang mengalir daripada Sungai

Klang , dan Sungai Gombak .

Jarak di antara Taman Greenwood dengan Batu Caves ialah kira-kira 2 kilometer. Jarak

Taman Greenwood ke bandaraya Kuala Lumpur adalah lebih kurang 5 km. Taman

Greenwood dihubungkan dengan jalan raya dan lebuh raya ke Kuala Lumpur dan boleh di

lalui dari Setapak, Sentul, Batu Caves dan UIA.

Luas kawasan Taman Kamariah adalah lebih kurang 5 km per segi dan keseluruhan kawasan

kajian terdiri daripada kawasan rata penuh dengan perumahan, kedai, sekolah dan jalanraya

bertingkat. Kawasan ini telah pesat membangun di mana di sini terdapat pusat membeli-

belah seperti Pasaraya Giant, kedai, petrol stesen, pasar malam, pasar tani , balai polis ,stesen

LRT (PUTRA ) , masjid , dewan serbaguna dan lain-lain berbanding masa dahulu. Jalan-

jalan raya juga telah banyak dibina untuk menghubungkan kawasan kajian dengan kawasan-

kawasan sekitar dan kawasan-kawasan lain.

Kebanyakan daripada penduduk Taman Greenwood menggunakan jalan raya untuk pergi ke

tempat kerja atau ke sesuatu tempat yang ditujui . Pengangkutan awam yang boleh digunakan

di Taman Greenwood ialah bas awam seperti Rapid KL atau Metrobus, dan teksi awam.
PETA DAERAH

PETA NEGERI
7.0 KAEDAH KAJIAN

1. TEMU BUAL
Saya telah menemu bual 20 orang responden yang tinggal di Taman Kamariah
mengenai pencemaran yang telah terjadi di kawasan kajian .

2. SOAL SELIDIK
Saya telah mengedarkan 20 risalah yang mengandungi soalan-soalan berkaitan kepada
20 buah rumah . Mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan di dalam risalah
tersebut.

3. PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian mengenai pandang darat fizikal di kawasan kajian
serta telah memerhati keadaan sekeliling juga bentuk pencemaran yang telah berlaku
terhadap kawasan kajian.

4. INTERNET
Saya mencari beberapa maklumat di Internet , seperti peta, bilangan penduduk , dan
sebagainya.

8.0 DAPATAN KAJIAN


6.2 Peta Daerah Kawasan Kajian (Taman Greenwood, Gombak)

Peta Daerah Kawasan Kajian (Gombak) Sumber : Internet


7.0 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

a) Pemerhatian: Meninjau dan memerhati jenis kenderaan yang terlibat.

b) Rujukan: Internet untuk mendapat maklumat-maklumat yang berkaitan seperti

pencemaran alam sekitar, data-data mengenai pencemaran di Taman Kamariah , dan

pelbagai maklumat yang lain.

c) Buku teks tingkatan 2 dan 3

Pelbagai kaedah kajian telah dibuat untuk mengkaji jaringan sistem pengangkutan di kawasan

kajian. Antaranya ialah:-

7.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti jenis-jenis sistem

pengangkutan, petempatan, bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan dengan kajian

saya. Semua yang dilihat akan dicatat dalam buku catatan untuk digunakan semasa membuat

laporan kajian nanti.

Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan kawasan kajian.

Pemerhaian dibuat terhadap jenis pencemaran yang berlaku di Taman Kamariah dari 14 Mac

hingga 18 Mac.
7.2 Kaedah Temu Bual

Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan, meminta pandangan atau

pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan secara tidak langsung atau secara langsung

apabila bertemu dengan seseorang. Temu bual sering dibuat di rumah responden, di restoran

dan kedai makan, di perhentian bas dan teksi dan di mana-mana sahaja yang difikirkan boleh

mendatangkan faedah. Biasanya temu bual ini dibuat dengan orang ramai , tuan imam,

penghulu, orang tua, dan penduduk di kawasan kajian.

7.3 Kaedah Rujukan

Kaedah rujukan ialah dengan cara membaca pelbagai bahan bacaan, menggunakan maklumat

yang terdapat dalam peta, atlas dan rujukan peta di pejabat penghulu. Bahan-bahan bacaan

yang dibaca ialah buku teks, majalah, buku rujukan, akhbar, atlas dan jurnal. Orang sumber

seperti Penghulu dan Imam, saudara mara, sahabat ibu bapa yang tinggal juga digunakan

untuk memperoleh maklumat yang terkini tentang kawasan kajian. Maklumat yang diperoleh

itu dicatat dan kemudian dianalisis untuk dijadikan bahan dan isi kandungan kerja kursus.

Rujukan daripada orang sumber amat penting dan banyak membantu untuk mengenali latar

belakang kawasan kajian secara lebih terperinci.

Anda mungkin juga menyukai