Anda di halaman 1dari 19

PMR 2011

ZULKIFLI BIN MOHD TOP


SBP INTEGRASI GOMBAK

Peningkatan Dua Q 1
Ingat 112 Kenapa?
Kertas 1 Kertas 2
 1-7 – kosa kata (5) Ringkasan 18/20
 8-14 – kenal pasti kesalahan (7) Pemahaman 08/10
 15-17 – kesalahan kata(2) Rangsangan 18/20
 18-21 - kesalahan ayat (2)
Respons terbuka 33/40
 22-24 – ayat sama maksud(3)
Novel 10/10
 25-27- perkataan banyak makna(2)
 28-30-peribahasa(2) Jumlah 87/100
 31-35- komsas(4)
 36-40- komsas(5)
 Jumlah (32/40)

Peningkatan Dual Q 2
Perincian
32 + 87 =119

119/140 x 100
= 85 % A
Peningkatan Dual Q 3
Soalan Ringkasan
Cara menulis jawapan Ringkasan:
1. Mulakan jawapan dengan kata kunci soalan.

2. Diikuti oleh penanda wacana selain itu, seterusnya, …juga…., pula, di


samping itu, bukan itu sahaja.(juga dan pula ialah kata keterangan)

3.Jangan gunakan kata hubung justeru, tambahan pula dan manakala


sebagai penanda wacana.

4. Anda boleh menulis 5 hingga 7 isi dengan syarat kepanjangan ringkasan


masih tidak melebihi 80 patah perkataan.

Peningkatan Dual Q 4
Soalan Contoh
Tulis ringkasan tentang langkah-langkah untuk meningkatkan hasil
pertanian di
negara kita tidak melebihi 80 patah perkataan.

Jawaban Contoh 1: (Anda memulakan jawapan dengan kata kunci soalan)



Langkah-langkah untuk meningkatkan hasil pertanian secara berganda ialah
petani perlu berusaha dengan lebih gigih dan bekerja lebih kuat. Selain itu,
petani mestilah menggunakan segala bentuk teknologi baharu dalam bidang
pertanian. Petani juga mestilah mengamalkan amalan yang terbaik dalam
bidang pertanian atau bersedia untuk melakukan perubahan. Seterusnya,
petani juga perlu berusaha untuk memasukkan nilai tambah dalam
pengeluaran dan hasil. Bukan itu sahaja, petani perlulah berusaha untuk
mencari pasaran yang menjamin harga terbaik kepada mereka. Di samping
itu, para petani hendaklah melihat pertanian seperti melihat model
perniagaan.

Peningkatan Dual Q 5
Sambungan…
Jawapan Contoh 2: (Anda tidak perlu memulakan jawapan
dengan kata kunci soalan)

Kerajaan menggalakkan aktiviti bidang pertanian diusahakan


secara berkelompok untuk meningkatkan pengeluaran
makanan di negara kita. Kerajaan juga telah menubuhkan
Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Selain itu,
kerajaan mengusahakan program pembangunan tanah terbiar.
Seterusnya, Kementerian Pertanian telah mewujudkan Ladang
Satelit bagi menampung keperluan. Kementerian Pertanian
juga melaksanakan Projek Padi 10 tan/hektar. Bukan itu
sahaja, projek integrasi sawah diperkenalkan. Di samping itu,
Jabatan Pertanian membangunkan dusun buah-buahan secara
nukleus.
Peningkatan Dual Q 6
Teknik Penulisan Karangan
Rangsangan
 
1. Tentukan Tema dan kata kunci soalan.

2. Tulis karangan sebanyak 4 perenggan yang terdiri daripada 3 isi.

3. Bahagian pengenalan cukuplah setakat dua ayat sahaja, iaitu ayat rangsangan
dan ayat arahan.

4. Perenggan isi pula hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat
Judul dan ayat yang lain sama ada ayat huraian, ayat contoh atau ayat penegas

5. Perenggan kesimpulan pula perlulah ditulis dua ayat sahaja seperti ayat cadangan,
Ayat pendapat, dan sebagainya.

6. Jangan lupa masukkan ungkapan yang menarik.

 Contoh jawapan murid

Peningkatan Dual Q 7
Soalan Kefahaman
 Soalan 1: Rangkai kata: elakkan memberikan maksud jawapan secara
huraian. Jawapan seringkas yang boleh dan dapat menggantikan
perkataan tersebut dalam konteks ayat. Contoh: masa lapang- waktu
terluang; bencana alam- malapetaka; bersifat materialistik-
berbentuk kebendaan.

 Soalan 2; Jawapan perlu diambil daripada petikan . Tidak perlu


menukar ayat-ayat tersebut kerana dikhuatiri berlainan
maksud.

 Soalan 3 ; Perlu menggunakan KBKK: jangan diambil daripada


petikan. Berikan 3 isi berkait dengan diri, keluarga, sekolah dan
masyarakat.

Peningkatan Dual Q 8
Nasihat kepada Calon PMR 2011
1. Jangan gunakan ungkapan "hal ini kerana", "selain daripada itu", "sehubungan itu", "menceritakan
tentang perkara itu", "salah satu daripada punca" dan sebagainya.

2. Gunakanlah ungkapan yang betul seperti "hal ini demikian kerana...", "selain itu", "Sehubungan
dengan itu.."menceritakan perkara itu", Satu daripada punca atau salah satu punca", dan sebagainya.

3. Jangan gunakan 2K untuk ejaan kata nama seperti "kebanyakkan", "kerancakkan", dan sebagainya.
Gunakan 1K sahaja seperti "kebanyakan", "kerancakan", dan sebagainya.

4. Elakkan penggunaan kata hubung seperti "justeru", "manakala" dan "tambahan pula" sebagai penanda
wacana.

5. Jangan lupa masukkan ungkapan yang menarik atau peribahasa dalam karangan anda sekurang-
kurangnya satu untuk setiap kata yang menarik, frasa yang menarik, ayat yang menarik, simpulan
bahasa, perumpamaan, kata-kata hikmat, bidalan, dan pepatah.

6. Elakkan ayat tergantung seperti ini "Bak kata pepatah,"kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya". Ayat yang betul ialah "Ibu bapa mestilah mendidik anak sejak kecil bak kata
pepatah,"kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya."

7. Karangan yang baik perlu ditulis antara 250 hingga 300 patah perkataan.

Peningkatan Dual Q 9
Sambungan..
8. Tulisan dan kekemasan kerja amat perlu diberikan perhatian untuk menarik minat pemeriksa.

9. Perancangan masa amat perlu diberikan perhatian.

10.Sila tentukan masa untuk menjawab setiap soalan.

11. Jangan tulis karangan Bahagian B, iaitu karangan rangsangan melebihi 120 patah perkataan.
12. Pastikan setiap perenggan menepati kehendak teknik penulisan yang telah diajarkan.

13. Faktor yang amat mempengaruhi pemeriksa ialah pengoalahan ayat dan penggunaan bahasa.
Oleh itu, pastikan pengolahan bahasa karangan anda dapat menarik perhatian pemeriksa.

14. Janganlah terlalu mempercayai soalan ramalan. Anggaplah soalan ramalan tersebut sebagai
panduan untuk anda membuat refleksi terhadap diri anda. Jika anda belum mengetahui soalan yang
diramalkan, berusahalah untuk mendapatkan maklumat yang terbaharu tersebut.

15. Harap tulis jumlah perkataan karangan atau ringkasan anda dengan betul. Jangan cuba menipu
tentang jumlah perkataan yang ditulis kerana pemeriksa tidak menyukai calon yang cuba menipu
mereka.

Peningkatan Dual Q 10
PENDAHULUAN

Latar belakang soalan


Huraian
Hala tuju soalan

Peningkatan Dual Q 11
Isi-isi/idea
Pernyataan/selain itu/di samping itu
Huraian/hal ini demikian/keadaan ini demikian
Kesan/impak/implikasi/natijah/sebagai akibat
Contoh/misal kata/umpama/buktinya
Konklusi/jelaslah/tuntasnya/

Peningkatan Dual Q 12
Penutup
Cadangan…(perancangan sahaja tidak cukup,
malahan..)
Harapan..(semoga langkah ini…
Pujukan…sesungguhnya…

Peningkatan Dual Q 13
Fokus Novel PMR
Soalan 1:

Huraikan tiga latar masyarakat dalam salah satu novel yang telah anda kaji
sama ada semasa tingkatan dua atau semasa tingkatan tiga.

Jawapan:

Novel yang telah saya kaji ialah `Pahlawan Pasir Salak”. Satu daripada latar
masyarakat dalam novel tersebut ialah masyarakat yang cinta akan tanah
air. Sebagai contohnya, penduduk kampung Pasir Salak bersatu untuk
mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pihak Inggeris kerana
cinta akan kampung halamannya daripada ancaman musuh. Selain itu, latar
masyarakat yang dipaparkan dalam novel ini ialah masyarakat kampung
tradisi. Sebagai contohnya, penduduk kampung di Pasir Salak masih
mengamalkan cara hidup sederhana dan suka bergotong-royong. Di samping
itu, terdapat juga masyarakat yang sanggup belot demi kepentingan diri.
Sebagai contohnya, Lamsah belot dan menjadi tali barut Inggeris.

Peningkatan Dual Q 14
Soalan 2:
Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam salah satu novel
yang telah anda kaji
Jawaban:

Berdasarkan novel yang telah saya kaji, iaitu Meniti Kaca, persoalan pertama yang terdapat dalam novel ini
ialah persoalan tentang semangat persaudaraan. Oleh sebab Mahyun gagal menunaikan tanggungjawabnya
sebagai ibu dan isteri, emak saudara Nazar, iaitu Mak Miah telah membantu memberikan pertolongan kepada
keluarga tersebut dengan menyediakan makanan dan lauk-pauk.

Seterusnya, novelm ini memaparkan persoalan tentang semangat muhibah antara kaum. Sebagai
contohnya, Kim Moi, Ah Seong dan Ah Leong telah keluar bersama-sama dengan Nazar untuk mencari Mahyun.

Selain itu, novel ini mengemukakan persoalan tentang semangat kejiranan antara sesama penduduk.
Sebagai contohnya, Sidang Seman, Nuar dan penduduk kampung telah keluar mencari Mahyun sewaktu Mahyun
hilang. Akhirnya mereka terjumpa dia mati tersepit.

Bukan itu sahaja, kesabaran dibalas dengan kejayaan merupakan persoalan seterusnya yang terdapat
dalam novel ini. Dalam hal ini, Nazar tetap bersabar walaupun tidak mendapat kasih sayang daripada seorang ibu.
Dia juga tetap bersabar walaupun difitnah oleh orang kampung. Namun demikian, Nazar akhirnya berjaya ke sekolah
asrama penuh.

Selain itu, persoalan tentang cara berfikir, kepercayaan dan amalan masyarakat kampung. juga terdapat
dalam novel ini.Ibu bapa Zainab telah melarang Zainab belajar berdua-duaan di dalam hutan.Ini menunjukkan
betapa mudah orang kampung membuat fitnah dan tohmahan kepada diri seseorang. (pilih mana-mana tiga isi)

Peningkatan Dual Q 15
Fokus Karangan PMR 2011
JIka anda telah menguasai tema karangan di bawah ini, saya yakin bahawa anda dapat menulis karangan
dalam PMR 2010 dengan baik.

1 . Kenaikan harga barang

2. Kokurikulum

3. Gejala sosial

4. Kehilangan kanak-kanak

5. Kesihatan

6. Keracunan Makanan

7. Membaca
 
8. Perpaduan

9. Modal Insan yang cemerlang

Peningkatan Dual Q 16
Tumpuan Kertas Bahasa Melayu
PMR 2011

Harap semua calon PMR 2010 telah bersedia untuk menghadapi PMR 2010 yang akan menjelang tidak lama lagi. Adakah
anda telah bersedia untuk menjawab soalan seperti ini:

1.Huraikan nilai kerjasama yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

2. Huraikan nilai kemanusiaan yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

3. Huraikan nilai tanggungjawab yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

4. Huraikan nilai kasih sayang yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

5. Huraikan nilai tolong-menolong yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

6. Huraikan nilai kemasyarakatan yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

7. Huraikan nilai kegigihan yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

8. Huraikan nilai keberanian yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel ya ng telah anda kaji

9. Huraikan nilai perpaduan yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.

10. Huraikan nilai baik hati yang dipamerkan oleh watak-watak dalam salah satu novel yang telah anda kaji.
 

Peningkatan Dual Q 17
Peningkatan Dual Q 18
Sekadar bingkisan
Bukan tualang sebarang tualang,
Tualang rimba menjadi paksi;
Bukan pulang sebarang pulang,
Pulang bersama-sama ilmu dikongsi.

Zulkifli bin Mohd. Top


013-5130388

Sekian, terima kasih


Teknik menjawab soalan pmr 19

Anda mungkin juga menyukai