Anda di halaman 1dari 5

Teknik menjawab Kertas 1 SPM 2011

Panduan untuk mendapat SKOR 26 – 30 MARKAH


( CEMERLANG ).
 Karangan menepati tema bahan rangsangan.
 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat.
Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
 Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan
menggunakan ungkapan yang menarik.

1
Teknik menjawab Kertas 1 SPM 2011

Cadangan Jawapan Pelajar.

BAHAGIAN A
CARA-CARA MENJALANI KEHIDUPAN YANG SIHAT

            Mafhum daripada sepotong hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud ,Jagalah masa
sihatmu sebelum tiba masa sakit”. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam
kehidupan. Kesihatan merupakan anugerah Allah yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik
membolehkan kita mengurus kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang
kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Justeru, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus
hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera dengan mengamakan penjagaan kesihatan yang signifikan.

            Asas kepada kehidupan yang sihat bermula daripada pemakanan. Oleh itu, untuk menjalani
kehidupan yang sihat, pemakanan seimbang perlu diamalkan. Pematuhan kepada piramid makanan
amat digalakkan. Hal ini membawa maksud, lebihkan makan buah-buahan dan ikan serta kurangkan
pengambilan gula, lemak dan makanan ringan. Sebaik-baiknya, makan di restoran atau kedai makan
perlu dielakkan. Hal ini kerana, kandungan yang terdapat dalam makanan tersebut tidak pasti asal
usulnya. Berkemungkinan juga makanan tersebut datang daripada sumber yang kotor seterusnya
meninggalkan impak yang tidak sihat kepada tubuh badan.

            Tubuh yang sihat juga mampu dizahirkan melalui aktiviti bersenam atau bersukan. Sebaik-
baiknya, aktiviti bersukan dan bersukan dilakukan pada setiap petang. Namun, jika tuntutan kerja tidak
membenarkan bersukan pada setiap petang, apalah salahnya bersenam empat kali dalam seminggu.
Janganlah kerja yang membukit dijadikan alasan. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa “Di mana ada
kemahuan di situ ada jalan”. Selain itu, ahli keluarga boleh dijadikan nukleus untuk bersama-sama
melakukan senaman. Banyak jenis senaman yang boleh dilakukan termasuklah berlari, taici dan aerobik.
Namun begitu, menanam pokok bunga juga merupakan senaman yang menyihatkan. Jika
berkesempatan, senaman boleh dilakukan di taman atau gimnasium. Selain dapat menyihatkan tubuh
badan, hubungan kekeluargaan turut dipereratkan antara sesama ahli keluarga.

            Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan untuk melengkapkan grafik penjagaan kesihatan
seharian. “Meminta pada yang ada, bertanya pada yang tahu”. Oleh itu, doktor boleh dijadikan medium
yang penting bagi mendapatkan tahap kesihatan diri. Dalam pada itu, kehadiran kita ke klinik atau
hospital membolehkan kita menambah pengetahuan yang sedia ada. Apa tidaknya? Berjuta-juta
maklumat yang terdapat di hospital. Terdapat juga papan tanda yang bermaklumat dan bewarna-warni
dihidangkan kepada kita. Sedikit bayaran pun tidak dikenakan untuk mendapatkan maklumat. Justeru,
mengapakah wujud sikap malas untuk bertemu doktor? Berpeganglah pada prinsip bukan senang
menjadi senang dan bukan susah menjadi susah.

            Kesimpulannya, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, kesihatan merupakan
elemen terpenting dalam kehidupan. Tanpa kesihatan yang baik, tidak mungkin tugasan seharian dapat
diselesaikan dengan baik. Jagalah kesihatan seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana, tiada satu
pun perkara di dunia ini boleh menandingi nikmat kesihatan kurniaan Allah. Jadilah manusia yang
bersyukur  atas pemberiaan Allah. Kita boleh menjadikan mafhum sepotong hadis yang menyatakan
bahawa “Kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru seluruh tubuh akan
berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam”. Hadis ini boleh menggambarkan bahawa kesihatan
boleh memain peranan penting dalam kehidupan. Jika tiada kesihatan yang baik, maka tempanglah
kehidupan. Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kesihatan yang baik.

2
Teknik menjawab Kertas 1 SPM 2011

Tips Menjawab Bahagian B - Kertas 1, Persediaan SPM 2011.

SKOR 80 – 100 MARKAH.


1. Idea yang relavan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan
dengan contonh yang sesuai.
2. Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
3. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
4. Ejaan dan tanda baca yang betul
5. Laras bahasa yang sesuai dengan tugasan.
6. Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi .
7. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
8. Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan yang sesuai.
9. Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan

3
Teknik menjawab Kertas 1 SPM 2011

Cadangan Jawapan PELAJAR  Berdasarkan Soalan Nombor 2.

                Dalam  melayari bahtera kehidupan sebagai seorang makhluk Tuhan bergelar manusia,
setiap daripada kita mempunyai  dua orang insan yang paling berharga dalam hidup kita. Insan ini sangat
istimewa dan telah mencorakkan kehidupan yang sebenar di alam ini kepada kita yang bergelar anak.
Mereka ialah ibu bapa kita. Merekalah yang sering mendodoikan kita sewaktu kita masih kecil di dalam
buaian dan telah memberikan kehidupan yang sempurna dan cukup indah kepada kita. Sebarang
kesilapan dan kerenah kita tidak pernah dirungut dan diungkit oleh mereka.  Namun demikian, terdapat
sebahagian daripada kita yang tidak mengerti  dan  menghargai kasih sayang yang telah dicurahkan oleh
mereka kepada kita. Pada era modenisasi ini, banyak berita  yang terpapar di rubik-rubik akhbar
menceritakan  kisah anak derhaka.  Mereka ini lupa, alpa serta leka akan tanggungjawab mereka sebagai
seorang anak.  Oleh yang demikian, sebagai anak, kita seharusnya menghayati tanggungjawab terhadap
ibu bapa masing-masing.

                Seorang anak yang dididik dengan nilai-nilai murni dan agama yang secukupnya sudah tentu
tidak akan melupakan segala jasa dan pengorbanan ibu bapa yang bersusah
payah  membesarkan mereka.  Insan bergelar anak mestilah menghormati ibu bapa mereka di mana-
mana sahaja dan menuruti setiap tutur kata dan arahan ibu bapa mereka selagi tidak bertentangan
dengan syarak.  Sebarang arahan yang diberi oleh ibu bapa akan dilakukan tanpa sebarang rungutan.
Sebagai contoh, sekiranya ibu bapa meminta tolong daripada kita untuk membelikan sesuatu barang di
kedai,  kita haruslah membantunya walaupun pada waktu itu kita sedang mengulangkaji pelajaran. Hal ini
sudah menjadi kewajipan kepada kita sebagai seorang anak. Rasulullah s.a.w juga menekankan
pengamalan akhlak mulia dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim. Janganlah kita
mengecilkan hati ibu bapa kerana sesungguhnya, keberkatan hidup kita terletak kepada restu ibu bapa.

                Sebagai  seorang anak yang baik, kita tidak boleh meninggikan suara ketika berkata-kata 
bersama ibu bapa. Menurut Datuk Dr Fadzilah Kamsah, setiap anak perlulah membahasakan diri dengan
panggilan yang paling baik dan bertutur dengan lemah lembut dengan ibu bapa. Kita tidak boleh
menggunakan bahasa yang kasar walaupun berkata ‘ah’ kepada ibu bapa sekiranya disuruh melakukan
sesuatu. Ucaplah bahasa yang sopan dan dengan nada yang rendah ketika berurusan dengan mereka.
Begitu juga sekiranya kita igin memaklumkan sesuatu perkara dan menjawab sesuatu soalan yang
ditanya oleh kedua-dua ibu bapa kita. Janganlah sekali-kali kita berbohong  demi kebaikan diri kita dan
juga mereka. Berkata-katalah dengan jujur kerana kejujuran dapat mengeratkan yang jujur dan ikhlas
seorang anak terhadap ibu bapanya. Keadaan ini amat perlu kita hayati kerana peranan yang penting ini
sewajarnya dilaksanakan.

                Seterusnya, kita tidak boleh menyakiti hati mereka kerana sedikit sahaja perasaan mereka
yang terguris akan memberikan kesan yang besar kepada diri kita dalam meniti kehidupan. Keredaaan
Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Hormati dan hargailah mereka sementara mereka masih wujud di
atas muka bumi ini supaya kita tidak menyesal di atas kesilapan kelak kerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Tunaikanlah segala kehendak mereka kerana ketika kita kecil lagi,
mereka telah menjaga dan membesarkan kita bagai menatang minyak yang penuh.

                Sebagi seorang anak, sekiranya kita telah berjaya, janganlah bersikap bangga diri dengan
kekayaan yang kita miliki berbanding kesusahan dan kemiskinan ibu bapa kita. Sebaliknya, kita perlu
mempelawa mereka tinggal bersama-sama kita serta menyediakan kehidupan yang selesa dan terbaik
kepada insan yang suatu ketika dahulu menjaga kita dengan penuh kasih sayang.  Namun, sekiranya
mereka enggan, kita perlulah sentiasa menziarahi mereka di kampung dan tidak bersikap bagai kacang
lupakan kulit. Kita haruslah sentiasa menelefon dan menanyakan khabar mereka kerana ibu bapa yang
menginjak usia tua akan merindui kasih sayang anak-anak mereka bukannya harta benda yang diberikan
oleh anak-anak.

                Anak-anaklah yang bertanggunjawab menjaga ibu bapa ketika usia mereka menginjak tua.
Kerja-kerja ini bukan terletak kepada tanggungjawab pengasuh atau orang gaji  mahupun jabatan-jabatan
kebajikan masyarakat. Walau sesibuk manapun menyiapkan kerja, tugas dan tanggungjawab di tempat

4
Teknik menjawab Kertas 1 SPM 2011

kerja, ibu bapa tidak boleh dilupakan oleh anak-anak. Kita sebagai anak seboleh-bolehnya perlu menjaga
ibu bapa sendiri dan tidak menghantar mereka ke rumah kebajikan orang tua. Sebagai ibu bapa,mereka
mendambakan perhatian dan kasih sayang anak-anak kandung mereka sendiri. “Seorang ibu dapat
mejaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu” ,
demikianlah petikan kata-kata yang sering kita dengar, namun tidak pernah diambil kisah oleh insan
bergelar anak kerana mereka mudah lalai dan leka. Jangan sesekali kita menjadi Si Tenggang yang
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

                Sekiranya kita berada berjauhan daripada mereka, kita hendaklah selalu mendoakan
kesejahteraan mereka agar merka sentiasa mendapat kebahagiaan. Sebagai seorang pelajar pula,
bersalam dan ciumlah tangan mereka untuk mendapatkan restu serta keberkatan ilmu yang bakal kita
perolehi. Kita tidak perlu malu untuk melakukan perkara ini kepada kedua ibu bapa kita. Sekiranya
mereka jatuh sakit, kita perlu menjaga mereka dengan sebaiknya dan memberikan sepenuh perhatian
dan semangat kepada mereka untuk sembuh. Keadaan ini sering kali dikaitkan kita akan menangis
pemergian orang yang tersayang tanpa kita sedari semasa hidup mereka tidak pernah kita hargai.

                Secara keseluruhan, sudah terang lagi bersuluh, segala tanggungjawab kita sebagai anak
perlulah ditunaikan dengan sebaiknya dan cukup sempurna kepada kedua-dua  ibu bapa yang telah
membesarkan kita. Usah jadikan mereka bagai melukut di tepi gantang, sebaliknya kita hargai mereka
bagai insan yang berjasa. .Anugerahi mereka dengan kejayaan yang cemerlang dan curahan kasih
sayang sebagai balasan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sejak kecil lagi. Sikap
tanggungjawab ini perlulah ditanam dalam jiwa dan diamalkan sejak kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah daripada rebungnya. Tanggungjawab ini perlulah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh
dan bukan seperti melepaskan batok di tangga. Ingatlah, tanpa mereka, siapalah kita. Tanpa kehadiran
insan murni , kita tidak akan wujud di atas muka bumi ini. 

Anda mungkin juga menyukai