Anda di halaman 1dari 11

Soalan : Bincangkan bidang psikologi sosial.

Kenal pasti dan huraikan sifat-sifat dan teras bidang


displin dan fokus bidang psikologi sosial.Bandingkan juga dengan bidang- bidang lain seperti
anthropology dan sosialogi. Apakah perbezaan psikologi sosial dan bidang lain.

Pengenalan.

Bidang psikologi sosial menurut Rozmi Ismail (2011) merupakan sebahagian cabang ilmu
psikologi yang memfokuskan kepada pemahaman terhadap ringkah laku manusia dalam konteks
sosial. Definisi bidang psikologi sosial mempunyai ruang lingkup yang luas dan berkembang
pesat sepanjang zaman.Antara tokoh yang yang terkenal dalam memperkatakan tentang
psikologi sosial ini ialah Herman Melvile yang merupakan novelis terkenal.Beliau pernah
menyebut bahawa:

“ We cannot live for ourselves alone.Our lives are connected by a thousand invisible threads.”

Berdasarkan kenyataan tersebut, Herman Melvile menganggap kehidupan manusia tersambung


oleh tali atau jaringan yang tidak nampak .Mencerminkan bahawa kehidupan manusia
sebenarnya dipengaruhi oleh orang lain yang kirta sedari.

Berdasarkan tulisan Romzi juga menyatakan terdapat sarjana psikologi sosial lain seperti
Myers (1993) mendefinasikan psikologi sosial sebagai kajian yang saintifik tentang bagaimana
orang berfikir tentang orang lain , saling mempengaruhi antara satu sama lain dan berhubung
antara satu sama lain. Feldman ( 2001) pula menyatakan psikologi sosial adalah kajian saintifik
tentang bagaimana fikiran , perasaan, dan kelakuan manusia dipengaruhi oleh orang lain .
Manakala Allport (1985), dan Franzoi (2003) memberi definisi psikologi sosial sebagai satu
diplin yang menggunakan kaedah saintifik yang cuba memahami dan menjelaskan bagaimana
fikiran, perasaan, dan tingkah laku individu dipengaruhi oleh orang lain sama ada secara hakikat
atau imiginasi atau kesan kehadiran orang lain.Seterusnya, Baron & Byrne (2004) pula
mendefinisikan psikologi sosial sebagai satu bidang saintifik yang bertujuan memahami sifat dan
punca kepada tingkah laku , perasaan dan pemikiran individu dalam konteks sosial.Ia merujuk
kepada sejauh mana fikiran, perasaan dan tingkah laku individu dipengaruhi oleh orang lain.

1
Kesimpulannya, beberapa definisi yang telah disebut oleh beberapa tokoh psikologi
sosial tersebut dapatlah dirumuskan bahawa psikologi sosial ialah satu bidang yang
menggunakan kaedah saintifik dalam memahami tingkah laku manusia dalam konteks sosialnya .
Seperti apa yang difikirkan, dirasai, dan dilakuakannya adalah akibat kehadiran orang lain.

SIFAT DAN TERAS BIDANG PSIKOLOGI SOSIAL.

a. Psikologi sosial bersifat saintifik.

Berdasarkan rujukan daripada tulisan Rozmi Ismail (2011), Psikologi sosial dianggap satu
bidang sains yang merujuk kepada pendekatan yang digunakan. Pendekatan yang digunakan
untuk memahami fenomena sosial adalah berdasarkan pendekatan sains yang biasa diamalkan
dalam bidang sains tulen yang mementingkan ketepatan dan kesahan data.Antara perkara yang
dipentingkan dalam melakukan proses penyelidikan psikologi sosial ialah yang pertama adalah
ketepatan, keboleh percayaan dan kesahan.Iaitu dalam proses memperolehi data dan maklumat
ahli psikologi sosial sangat mengutamakan aspek kesahan seperti menilai kesahan maklumat
tentang dunia sosial yang dikaji dengan menggunakan peralatan tertentu ( terbukti sah dan boleh
percaya ) dan mengelakkan wujudnya bias dan kesilapan manusia.

Seterusnya , psikologi sosial juga mementingkan keobjektifan.Ia merujuk kepada satu


komitmen , iaitu penyelidik akan menilai sama ada maklumat dan data yang diterima adalah
benar dan sahih serta bebas daripada sebarang bentuk bias.Manakala septikel juga merupakan
salah satu perkara yang dipentingkan dalam menjalankan proses penyelidikan .Ini merujuk
kapada usahaa untuk memastikan maklumat yang diterima itu tidak diterima bulat-bulat dan
sebagai pengamal kaedah sains, mereka yang terlibat dalam proses penyelidaikan psikologi
sosial ini perlu meragui sebarang maklumay yang tidak sahih serta tidak jelas sumbernya dan
berusaha memastikan ianya diuji dari segi ketepatan terlebih dahulu.

Akhir dalam menjalankan proses penyelidikan ahlinya perlulah mementingkan


ketebukaan.Ia merujuk kepada sikap dan amalan yang lebih terbuka terhadap sebarang perkara
dan maklumat baru yang dirasakan lebih tepat dan lebih baik.Ia mesti tidak rigid dan sentiasa
terbuka terhadap sebarang cadangan dan dapatan baru yang lebih tepat.

2
b. Psikologi sosial menfokus kepada manusia.

Psikologi sosial menfokus kepada manusia sebagai objek kajiannya dan bukannya kepada
binatang atau objek yang tidak bernyawa.Bagi sesetngah pengkaji psikologi mereka mungkin
menumpukan kajiannya terhadap binatang seperti tikus , monyet dan anjing untuk diaplikasikan
kepada manusia.Sedangkan psikologi sosial mengkaji manusia untuk diaplikasikan kepada
manusia juga .Ahli psikologi sosial mengkaji dan megenal pasti faktor yang mempengaruhi
tingkah laku sosial sesaorang dan juga meneliti kesannya jika ia menjadi ahli sesuatu kumpulan,
budaya atau etnik tertentu.

c. Psikologi sosial menfokus kepada fikiran.

Paikogi sosial juga kepada aspek kognitif manusia sebagai aspek penting dan penentu kepada
tiingkah laku.Ini selari dengan kepesatan pengaruh aliran kognitif dalam disiplin psikologi yang
menunpukan proses kognitif manusia .Walaupun wujud perdebatan hangat tentang penentu
tingkah laku sama ada dipengaruhi oleh proses mental atau persekitaran.Pada hari ini, ramai ahli
psikologi sosial berwependapat bahawa aspek kognitif dan proses pemikiran perlu diambil kira
sebagai penentu tingkah laku sesaorang.

d. Psikologi sosial menfokus kepada perasaan.

Kompenan perasaan atau emosi adalah kompenan penting dalam pengkajian psikologi
sosial.Misalnya, apa yang kita rasa, suka dan tidak suka dikaji secara mendalam.Beberapa
matode juga dicipta untuk mengukur emosi manusia apabila terdedah atau berada dalam keadaan
yang tertentu .Contohnya daripada penggunaan ujian psikometrik bertukar kepada penggunaan
ukuran fisilogi yang lebih canggih dan objektif seperti EEG, GSR, tekanan darah, aktiviti dalam
otak, denyutan nadi dan sebagainya.Misalnya, sejauh manakah persekitaran luaran seperti
kepanasan, kesesakkan dan bau boleh membangkitkan raksi fisiologi dan akhirnya
mempengaruhi emosi sesaorang.

e. Psikologi sosial menfokus kepada tingkah laku.

Psikologi sosial menfokus kepada pengkajian tentang tingkah laku manusia .Dalam hal ini ,
terdapat banyak tingkah laku manusia yang boleh dijadikan bahan kajian, misalnya tingkah laku
membeli - belah di pasar raya , mengunjunggi perpustakaan, menonton filem di panggung

3
wayang, memberi dan mengutip derma , kebersihan, keselamatan dan sebagainya.Kesemua
tingkah laku ini boleh dikaji dan dilihat khususnya untuk memahami bagaimana ianya terbentuk
hasil daripada pengaruh orang lain.

PERBANDINGAN PSIKOLOGI SOSIAL DENGAN BIDANG – BIDANG LAIN.

Pemahaman berkaitan berbezaan yang terdapat diantara bidang psikologi dan biadang lain
memerlukan pemahaman dan maklumat berkaitan bidang yang ingin di bandingkan.Untuk itu
pemahaman berkaitan bidang – bidang tersebut seperti antropology dan sosiologi adalah perlu.

a. Bidang sosiologi.

Bidang sosiologi merupakan satu displin yang luas bidang skop kajiannya.Bidang sosiologi
memberi penekanan kepada dan tumpuan kepada perhubungan manusia antara kelompok dan
juga di kalangan institusi masyarakat. Bahan kajian utama ialah masyarakat manusia, iaitu
tentang pola dan susunan masyarakat , proses bagaimana masyarakat berkembang dan berubah,
dan bagaimana proses tersebut memberi kesan kepada tingkah laku individu dan kelompok.
(Rohana Yusof.2006)

Beberapa takrifan telah telah diberikan oleh ahli-ahli sosiologi berkaitan bidang ini. Neil
J.Smelser mentakrifkan sosiologi sebagai satu kajian saintifik tentang masyarakat dan hubungan
sosialnya. Mananakala De Fleur dan D’ Antonio mentafsirkan sosilogi sebagai satu percubaan
untuk meneliti tingkah laku sosial manusia secara sistematik . Ia bertujuan untuk memahaminya,
meramal tingkah laku tersebut dan juga untuk berbuat sesuatu tentangnya. Manakala
Prof.Soediman pula mengatakan bidang sosiologi sebagai ilmu pengetahun yang mempelajari
gejala-gejala dalam pergaulan hidup manusia.

Perpektif sosiologi adalah lebih kepada tingkah laku sosial dan masyarakat. Perpektif sosiologi
beroperasi dalam dua tahap iaitu makro dan mikro.Makrosiosiologi menerangkan masalah yang
lebih besar dan kompleks.Contohnya seperti institusi, sistem sosial termasuk peperangan,
pengangguran penceraian , kemiskinan, dan sebagainya.Mikrososiologi pula menerangkan satu
aspek reality yang kecil atau skil kecil.Contohnya seperti masalah sosial terhadap golongan tua,
pekerja-pekerja yang menganggur dan sebagainya.

4
Kaedah –kaedah yang digunakan oleh ahli sosiologi untuk mendapatkan maklumat adalah seperti
tinjauan, kerja luar, penyelidikan sejarah dan juga makmal.

a. Bidang antropologi.

Menurut Norazit Selat (1993) Antropologi secara umumnya merupakan kajian tentang manusia
dan segala aspek kehidupan mereka.Perkataan antropologi berasal dari Perkataaan Greek , iaitu
authropos (manusia) dan logia ( kajian).Antropologi umumnya menumpukan kajian kepada
masyarakat primitif dan tani sama ada diluar bandar dan negara-negara bukan Barat .
Antropologi juga dikatakan sebagai cabang sosiologi. Sebagai satu bidang ilmu , antropologi
telah dibahagikan kepada dua aliran , iaitu aliran antropologi budaya dan aliran antropologi
sosial. Aliran antropologi budaya umumnya dikaitkan dengan antropologi aliran Amerika,
sementara aliran antropologi sosial pula dikaitkan dengan aliran British dan Perancis.

Manakala definisi antropologi dipetik dari laman Wikipedia pula mengatakan bahawa
bidang ini merupakan kajian berkenaan kemanusiaan. Manakala Thomas Hylland Eriksen yang
dipetik dari jurnal Jabatan Antropologi UKM , menyatakan Antropologi terdiri daripada dua
patah perkataan Greek, anthropos dan logos, yang boleh diterjemahkan kepada ‘manusia’ dan
‘huraian’. Oleh itu antropologi bermakna ‘huraian tentang manusia’ atau ‘pengetahuan tentang
manusia’. Sosial antropologi pula bermakna pengetahuan tentang manusia dalam masyarakat.

Istilah culture (budaya) yang sangat penting dalam disiplin antropologi berasal daripada
perkataan Latin colere, iaitu kata kerja yang bermakna ‘mencambah’ (cultivate). (Perkataan
Inggeris colony juga mempunyai asal usul yang sama). Tetapi dalam hal ini apa yang
dimaksudkan dengan perkara yang ‘dicambah’ itu ialah ‘budaya’, yang merupakan aspek
kehidupan yang menjelma bukan secara semula jadi. Proses ini mesti dilalui dan dicapai oleh
seseorang individu sebelum ia menjadi anggota sesuatu masyarakat. Oleh itu dalam antropologi
ungakapan ‘mencambah budaya’, dalam pengertian yang lebih luas, membawa maksud
‘menanam kemampuan berbudaya seseorang manusia’. Antropologi budaya pula bermakna
‘pengetahuan berkenaan dengan manusia yang dicambah dengan budaya.’

5
Dalam penggunaannya dalam bahasa Inggeris istilah culture atau ‘budaya’ merupakan salah satu
daripada dua atau tiga perkataan yang sangat rumit dan sangat bermasalah dari segi huraiannya
(Williams 1981, h. 87). Pada awal 1950an Clyde Kluckhohn dan Alfred Kroeber (1952) telah
mengemukakan tidak lebih daripada 161 takrifan budaya. Tidak mungkin dapat dibincangkan di
sini sebahagian besar daripada takrifan tersebut; lagipun mujurlah sebilangan besar daripadanya
mempunyai makna yang agak sama. Buat permulaan, biarlah kita mentakrifkan budaya sebagai
tindak tanduk oleh seseorang sebagai anggota masyarakat, baik dari segi keupayaan melakukan
sesuatu, kefahaman serta pola perlakuan, yang mesti dipelajari olehnya dan yang bukan muncul
bersamanya secara semula jadi. Takrifan seperti ini sebenarnya merangkumi pandangan Tylor
dan Geertz (walaupun Geertz pada hakikatnya lebih menekankan dari segi ‘makna’ daripada
‘perlakuan’). Takrifan ini jugalah yang biasanya dipakai oleh kebanyakan antropologis.

Namun demikian konsep budaya itu pada dasarnya membawa beberapa makna yang agak
kabur. Dari satu segi, setiap manusia memang berbudaya; iaitu dalam erti kata bahawa istilah
budaya itu sendiri merujuk kepada persamaan asas yang sedia terdapat pada setiap orang. Pada
sudut yang lain pula, manusia secara berasingan mempelajari dan mempunyai keupayaan dan
kebolehan yang berlainan, serta kefahaman dan pandangan yang berbeza dan sebagainya; justeru
itu sesama merekapun terdapat perbezaan semata-mata kerana pengalaman budaya masing-
masing yang berlainan. Oleh yang demikian, perkara penting yang harus kita ingat ialah budaya
merujuk kepada persamaan asas dan juga kepada perbezaan yang sistematis di kalangan
manusia.

Satu takrifan ringkas antropologi boleh berbunyi seperti berikut: "Antropologi ialah
kajian perbandingan mengenai budaya dan kehidupan sosial. Metod atau kaedah kajiannya yang
paling penting ialah pemerhatian ikutserta (participant observation), yang terdiri daripada kerja
lapangan yang memakan masa yang lama, yang dijalankan dalam sebuah persekitaran sosial
yang khusus." Pendekatan dalam disiplin ini ialah membandingkan aspek-aspek tertentu yang
terdapat di kalangan masyarakat yang berlainan, serta terus berusaha mencari unsur-unsur lain
yang boleh dijadikan asas perbandingan. Sebagai contoh, jika kita memilih untuk menulis
monograf berkenaan dengan sebuah masyarakat di kawasan tanah tinggi New Guinea, biasanya
cara terbaik untuk berbuat demikian ialah dengan menggunakan beberapa konsep tertentu
(seperti kekerabatan, gender dan kuasa) bagi memerihalkannya; iaitu konsep yang membolehkan

6
kita membuat perbandingan dengan perkara-perkara yang sama dalam masyarakat yang
berlainan.

Selanjutnya, disiplin ini menekankan betapa pentingnya kita melakukan kerja lapangan,
iaitu pemerhatian terperinci terhadap sesuatu persekitaran sosial dan budaya, yang biasanya
memerlukan kehadiran penyelidik untuk satu tempoh masa yang agak lama, biasanya satu tahun
atau lebih. Jelaslah bahawa antropologi mempunyai banyak persamaan dengan disiplin lain
dalam sains sosial dan kemanusiaan. Bahkan, satu persoalan yang agak rumit yang sering
ditimbulkan ialah menentukan sama ada antropologi itu tergolong dalam bidang sains atau
bidang kemanusiaan.

Bidang antropologi merupakan suatu bidang yang sangat luas meliputi bidang sosial ,
ekonomi, fizikal, psikologi dan politik.Antropologi sosial memberikan tumpuan kepada kajian
sistem sosial sesuatu masyarakat.Kajian yang dilakukan bukan sahaja terhad kepada struktur
sistemnya tetapi juga fiungsi dan perkaitan antara kompenan-kompenan didalam sistem sosial
tersebut.Sistem sosial yang dimaksudkan ialah institusi sosial seperti ekonomi, kekeluargaan,
politik dan lain-lain aktiviti kehidupan dan nilai mengawal kehidupan manusia.Amnya bidang ini
menekankan pendekatan yang berbentuk persatuan, semantik dan transformasi.

Pendekatan yang berbentuk persatuan tertumpu kepada cara manusia berhubung antara
satu sama lain .Bentuk yang utama ialah Networks atau rangkaian sosial dan korporasi.Struktur
sosial sesuatu masyakarakat pula memberikan bentuk kepada bermacam-macam aktiviti seperti
ekonomi, politik, undang-undang agama , perubatan, dan lain-lain.Aktiviti ini dianggap
mempunyai hubungan yang berfungsi.Masyarakat boleh dibezakan antara satu sama lain melalui
jenis rangkaian sosial, korporasi dan cara hubungan tersebut dijalankan.

Penekanan dari segi semantic pula mencuba menentukan struktur makna, logic, situasi
sosial,mitos, upacara amal dan lain-lain yang dicipta oleh manusia. Ditahap organisasi yang lebih
abstrak , bidang ini cuba mengkaji kebudayaan. Makna boleh diperolehi daripada suatu sistem
hubungan , jika hubungan tersebut dilihat sebagai suatu sistem yang lengkap dan bukannya
pecahan-pecahan yang berasingan.Pendekatan ini membolehkan bukan sahaja penyelidik
memahami pentingnya tindakan yang dianggap tradisional atau konvensional , tetapi juga
memberi makna dan kefahaman kepada perasaan manusia tentang perubahan teknologi .

7
Pendekatan berbentuk tranformasi pula umumnya adalah berbentuk sejarah.Tujuannya
ialah untuk melihat bagaimana sesebuah masyarakat mengalami perubahan dalam jangka waktu
yang panjang.Contohnya dari masyarakat primitive kepada masyarakat feudal.Darripada
masyarakat petani dan lain-lain.

Perbezaan diantara bidang psikologi dengan bidang sosiologi dan antropologi .

Bidang psikologi sosial mempunyai perbezaan dengan bidang – bidang sains sosial yang lain
seperti bidang antropologi dan sosiologi . Secara umumnya perbezaan yang boleh dilihat antara
bidang psikologi sosial dengan bidang – bidang sains sosial yang lain ialah berkaitan aspek
pengkajian , aras analisis yang dibuat dan metod yang dipraktikkan .

Bidang psikologi secara umumnya berkaitan dengan persoalan perasaan , motivasi,


personaliti, dan seumpamanya.Manakala sosiologi secara umumnya cenderung memikirkan
persoalan kemasyarakatan.Manakala bidang antropologi pula menjurus kepada kajian tentang
manusia dan segala aspek kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan yang mempelajari manusia
sebagai makhluk masyarakat dan meninjaunya dari dua segi iaitu manusia sebagai, makhluk
sosial dan makhluk biologi .Kajian utama psikologi adalah pada persoalan personaliti, mental ,
tingkah laku, , tingkah laku dan dimensi yang lain yang ada dalam diri manusia sebagai
individu . Sosiologi lebih menjurus kajian kepada budaya dan struktur sosial yang
mempengaruhi interaksi , tingkah laku dan personaliti. Manakala antropologi secara umumnya
menumpukan kajian kepada masyarakat primitif dan petani.Kajian dalam bidang ini terdiri dari
dua aliran.Iaitu yang pertama aliran Amerika yang menekankan kajian kepada aspek budaya dan
aliran British dan Perancis yang membentuk satu kaedah analisis dan definisi struktur sosial yang
jitu yang dikenali sebagai pendekatan struktur .

Seterusnya , Ahli psikologi menekankan pengaruh situasi sosial terhadap proses


psikologikal seperti persepsi, kognisi, sosial , emosi dan sebabagainya.Manakala ahli sosiologi
lebih menekankan kepada bagaimana budaya dan struktur sosial mempengaruhi tingkah laku
dan interaksi pada individu dalam konteks sosial dan bagaimana pola tingkah laku dan interaksi
tadi mengubah budaya dan struktur sosial.Manakala ahli antropologi pula menekankan
pendekatan yang berbentuk persatuan, semantik dan transformasi seperti yang telah dinyatakan
dalam tajuk bidang antropologi sebelum ini.Dalam erti kata lain bidang antropologi menekankan

8
budaya sesuatu masyarakat , dan menanggap manusia tidak dapat berdiri sendiri, namun
merupakan bagian yang integral dari budaya masyarakat.Pembelajaran manusia dan budaya
dilakukan secara holistik (menyeluruh) dengan mencari keterkaitan variabel-variabel dalam
sistem budaya. (scribd. http://www.scribd.com/Darundiyo)

Psikologi sosial lebih cenderung memusatkan kepada atribut-atribut yang bersifat


dinamis daripada dalam diri sesaorang, misalnya fikiran, proses kognitif, emosi dan tret
sedangkan sosiologi kan menumpukan kepada atribut dan kedinamikan seseorang seperti tingkah
laku, interaksi, struktur sosial , dan budaya sebagai faktor yang saling mempengaruhi satu sama
lain.Psikologi sosial lebih menfokuskan kepada tingkah laku individu dan pengaruh kumpulan
kepada individu. Dalam konteks ini , semua masyarakat di dunia melihat fenomena yang sama
dari pesrpektif yang berbeza .Contohnya , dalam aspek tingkah laku cinta dan perkahwinan ,
keganasan dan seumpamanya dilihat berbeza .Di Barat, hidup bersama tanpa berkahwin dilihat
fenomena yang biasa , tetapi bagi masyarakat Timur ia dianggap luar biasa.Begitu juga aspek
ketentuan Illahi , takdir dan nasib sesaorang.Misalnya , seorang Asia seperti Malaysia sering
mengaitkan sesuatu peristiwa malang sebagai nasib, sementara orang Barat mengaitkannya
sebagai perbuatan atau kesilapan diri sendiri.Ini adalah sebahagian daripada contoh bahawa
pengaruh budaya sangat mempeengaruhi apa yang difikirkan oleh individu tersebut.

Oleh sebab itulah psikologi sosial tidak menolak adanya kemungkinan pengaruh budaya
dan konteks individu sebagaimana yang ditekankan dalam sosiologi .Apa yang berbeza
penekanan psikologi sosial adalah menumpukan kepada aspek memahami faktor yang
mempengaruhi pembentukan fikiran, perasaan dan tingkah laku individu dalam situasi
sosialnya.Ini menunjukkan bahawa disiplin sosiologgi banyak persamaan dengan psikologi
sosial, namun penekanannya tidak merangkumi pemikiran dan tingkahlaku individu sebagai unit
penelitian .Sebaliknyya ahlli sosiologi mengkaji kumpulan manusia atau masyarakat
keseluruhannya. Sebagai contoh , walau pun psikologi sosial dan sosialogi sama-sama mengkaji
fenomena jenayah dan keganasan, psikologi sosial menfokuskan kepada faktor dan sebab dan
punca sesaorang terlibat dalam tingkah laku ini .Sementara sosiologi mengkaji keperbezaan
kadar kadar jenayah antara kelompok masyarakat tertentu , misalnya masyarakat desa dan kota
atau masyarakat pendapatan tinggi dan rendah.

9
Satu aspek lagi yang membezakan psikologi sosial daripada sain sosial yang lain ialah
dari segi kaedah kajian Psikologi sosial lebih banyak bergantung kepada kaedah eksperimen
untuk menjawab keobjektifan data yang dihasilkan adalah bebas daripada sebarang bias pengkaji
atau pemerhati yang biasanya masalah ini wujud dalam bidang lain.Oleh itu, kita dapati konsep
dan teori yang dihasilkan dalam psikologi sosial dibina daripada kaedah eksperimen.

Selain itu Psikologi sosial juga mempunyai perbezaan dari segi aspek tujuan utamanya
dengan disiplin yang lain. Iaitu untuk memahami dan mengenal pasti seberapa banyak faktor
atau sebab terhadap pembentukkan tingkah laku dan pemikiran sesaorang dalam konteks sosial
mereka.Ini termasuk pengaruh , sifat dan tingkah laku individu yang lain , budaya sesuatu
masyarakat , aspek biologi dan faktor genetic, kepercayaan dan pemikiran kognitifnya, perasaan ,
tahap ingatan, keadaan persekitaran semasa dan sebagainya.

Rumusan

Kesimpulan daripada perbincangan diatas, dapatlah dirumuskan bahawa psikologi sosial


merupakan cabang ilmu psikologi yang berbeza daripada bidang sains sosial yang lain kerana
bertujuan untuk memahami tingkah laku manusia (individu ) dalam konteks sosial .Sebagai satu
bidang yang menggunakan kaedah saintifik, psikologi sosial bertujuan memahami tingkah laku
manusia dalam konteks sosial . Iaitu apa yang difikir, dirasai dan dilakukan oleh sesaorang itu
kebanyakkannya adalah akibat daripada kehadiran orang lain.

Bidang kajian psikologi sosial memberi tumpuan kepada memahami dan mengenal pasti
seberapa banyak faktor atau sebab terhadap pembentukkan tingkah laku dan pemikiran seseorang
dalam konteks sosial mereka.Dalam memahami sesuatu pembentukkan tingkah laku bidang
psikologi sosial mengambil kira dari segi pengaruh yang berlaku disekeliling sesaorang itu
seperti pengaruh , sifat dan tingkah laku individu lai, budaya sesuatu masyarakat, aspek biologi
dab faktor genetik, kepercayaan dan pemikiran kognitifnya,perasaan, tahap ingatan, keadaan
persekitaran semasa dan sebagainya.

Bidang psikologi sosial berorientasikan orientasi saintifik ( Wan Rafie Abdul Rahman
dan Abdul Halim Othman.2006)Ini bermakna proses-proses psikologi kebanyakkannya
merupakan proses kaji hayat , penyelidikan-penyelidikan hanya boleh berorientasikan saintifik.

10
RUJUKAN

1. Rozmi Ismail.2011.Psikologi Sosial.Penerbit Universiti Kebangsaan


Malaysia.Bangi.Selangor.
2. Norazit Selat.1993.Konsep Asas Anttropologi.Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.
3. Thomas Hylland Eriksen.2001.Penterjemah.Mohamed Yusoff Ismail. Pengantar
Antropologi Sosial dan Budaya Jabatan Antropologi dan Sosiologi.Universiti
Kebangsaan Malaysia.
4. scribd. http://www.scribd.com/Darundiyo
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Antropologi
6. http://folk.uio.no/geirthe/Antropologi_sosial.html

11

Anda mungkin juga menyukai