Anda di halaman 1dari 16

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-

PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU PRASEKOLAH DI


DAERAH KUBANG PASU

ABSTRAK

Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mempertingkatkan


penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
bermula dari peringkat pendidikan prasekolah lagi. Usaha ini terus
dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer
dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.
Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan
komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian
dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru
prasekolah . Justeru itu, satu kajian kes telah dijalankan di
beberapa buah sekolah yang menawarkan kelas prasekolah dalam
Daerah Kubang Pasu. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 20
responden yang terdiri daripada guru-guru prasekolah di daerah
tersebut. Keputusan kajian mendapati bahawa faktor tahap
pengetahuan, sikap, personaliti, sokongan organisasi dan sifat-sifat
inovasi komputer didapati mempengaruhi penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru.

Kata kunci: Penggunaan komputer, Aktiviti pengajaran-


pembelajaran, Generasi celik komputer, Sifat inovasi,
Perkembangan teknologi
PENGENALAN

Faharol Razi (1998) dalam Abdul Wahab, Kamaliah dan Hasrina


(2006) menyatakan istilah Komputer Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa
Inggeris iaitu Computer-Based Instruction (CBI) yang bermaksud
pengajaran terancang berasaskan komputer. Criswell (1989) pula
mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam
menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara
aktif serta membolehkan maklum balas. Penggunaan komputer
untuk pengajaran adalah dalam bentuk tutorial, latih tubi, simulasi
dan penilaian pelajar .Pelajar boleh terus belajar melalui komputer
melalui pakej-pakej yang disediakan. Pakej tersebut mempunyai
objektif tertentu mengikut tahap kemampuan kognitif pelajar

Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000),


komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana
komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media
pembelajaran yang lain sebelum zaman computer (Abdul Wahab,
Kamaliah dan Hasrina, 2006). Antara keistimewaan tersebut adalah
seperti berikut:

Hubungan Interaktif : Komputer membolehkan wujudnya


hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan komputer
dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat.

Pengulangan: Komputer membolehkan pengguna


mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran
dan memperbaiki ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan
kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1995).

Maklum Balas Dan Peneguhan: Media komputer


membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap
pembelajaran secara serta merta. Peneguhan positif yang diberi
apabila pelajar memberikan jawapan dapat memotivasikan pelajar.

KERANGKA KAJIAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2008) bertujuan


memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga
enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Perancangan dan penggubalan kurikulum ini juga mengambil


kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-
kanak, psikologi dan perkembangan kanak-kanak serta trend
pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori
kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran. Sebagai contoh, di
dalam Tunjang Sains dan Teknologi juga menyediakan peluang
kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk melakukan
tugasan tertentu. Namun begitu, kandungan yang diperuntukkan
untuk penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas sahaja.
Ini bermakna, guru-guru wajar peka dan bersedia
menggunakan komputer sebagai salah satu media dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kemantapan dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi
maklumat bergantung kepada keupayaan dan kebolehan yang ada
pada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengetahui tahap penerimaan


komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor
yang mempengaruhinya dalam kalangan guru-guru prasekola.
Faktor-faktor yang dilihat dalam kajian ini adalah faktor pengetahuan,
sikap, personaliti, sifat-sifat inovasi, sokongan organisasi dan faktor-
faktor demografi seperti jantina dan umur.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik


berstruktur digunakan sebagai instrumen utama kajian ini. Sampel
kajian terdiri daripada guru-guru yang dipilih dari beberapa buah
sekolah kebangsaan dalam daerah kubang Pasu iaitu SK Laka
Selatan, SK Wan Kemara, SK Bukit Tangga, SK Bukit Kayu Hitam,
SK Bandar Baru Sintok, SK Hosba, SK Kodiang, SK Batu Lapan, SK
Syed Nahar, SK Tunjang, SK Tunku Bendahara, SK Si Puteh, SK
Padang Perahu dan SK Putat, SK Pulau Nyior. Rekabentuk kajian
yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan kuantitatif. Borang
soal selidik yang diedarkan, sebanyak 20 (100%) telah
dikembalikan. Memandangkan Daerah Kubang Pasu mempunyai
bilangan guru lelaki hanya seorang sahaja, responden telah
dimonopoli oleh guru wanita iaitu 19 orang berbanding seorang
lelaki.

Analisis Data Dan Penemuan Kajian

Ciri-ciri Demografi Responden

Hasil kajian berdasarkan Jadual 1 menunjukkan bahawa majoriti


responden adalah guru wanita berbanding lelaki, di mana bilangan
responden wanita ialah 19 orang (95%) manakala bilangan
responden lelaki hanya seorang (5%).

Taburan kekerapan tertinggi bagi umur adalah bagi kategori


26 hingga 35 tahun iaitu seramai 9 orang (45%), diikuti oleh kategori
umur antara 36–45 tahun iaitu seramai 7 orang (35%) dan kategori
umur lebih 45 tahun adalah seramai 4 orang (20%). Manakala tidak
terdapat responden yang mewakili kategori umur kurang daripada
26 tahun.

Seterusnya, kaum Melayu adalah majoriti mewakili


responden kajian ini iaitu seramai 20 orang (100%). Dari segi status
perkahwinan pula, majoriti responden iaitu telah berumah tangga
(100%).

Taburan kekerapan mengikut pengalaman menjadi guru


menunjukkan majoriti responden iaitu seramai seorang (10%)
berpengalaman menjadi guru antara satu hingga lima tahun.
Jadual 1 : Taburan Kekerapan bagi faktor demografi
Ciri-ciri Demografi Kekerapan (n) Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 1 5
Perempuan 19 95
Jumlah 20 100
Umur
Kurang dari 26 tahun - -
26 – 35 tahun 9 45
36 – 45 tahun 7 35
Lebih dari 45 tahun 4 20
Jumlah 20 100
Kaum
Melayu 20 100
Cina - -
India - -
Lain-lain - -
Jumlah 20 100
Status Perkahwinan
Belum Berkahwin - -
Sudah Berkahwin 20 100
Lain-lain - -
Jumlah 20 100

Seterusnya diikuti pula oleh mereka yang berpengalaman


lebih dari 20 tahun juga seramai seorang (5%), 8 orang (40%)
berpengalaman antara 6 hingga 10 tahun, 3 orang (15%)
berpengalaman antara 16 hingga 20 tahun dan 7 orang (35%)
berpengalaman antara 11 hingga 15 tahun.

Ciri-ciri Demografi Kekerapan Peratusan


(n) (%)
Pengalaman 1 – 5 tahun 1 5
Menjadi Guru 6 – 10 tahun 8 40
11 – 15 tahun 7 35
16 – 20 tahun 3 15
21 tahun ke atas 1 5
Jumlah 20 100
Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PP)

Jadual 2 menunjukkan analisis crosstab antara jantina dan


penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (PP).
Guru perempuan mencatatkan penggunaan komputer yang iaitu
sebanyak 13 orang berbanding guru lelaki iaitu sebanyak 1 orang.

Jadual 2 : Crosstab antara jantina dan penggunaan komputer

Jantina Adakah anda menggunakan


komputer dalam PP?
Ya Tidak Jumlah
Lelaki 1 - 1
Perempuan 13 6 19
Jumlah 14 6 20

Jadual 3 menunjukkan analisis crosstab antara kategori umur


dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Keputusan menunjukkan responden yang berumur di antara 26
hingga 35 tahun merupakan kategori umur yang mencatat bilangan
penggunaan komputer yang tertinggi iaitu sebanyak 7 orang atau
77.8% (7 daripada 9 orang yang menggunakan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran). Responden yang berumur lebih
daripada 45 tahun mencatatkan peratusan yang paling kurang
menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu
hanya sebanyak 25% (1 daripada 4 orang). Ini mungkin disebabkan
responden yang berada dalam kategori umur ini lebih selesa dan
berpengalaman dengan pengajaran dan pembelajaran secara
tradisional.
Jadual 3 : Crosstab antara umur dan penggunaan komputer

Jantina Adakah anda Jumlah


menggunakan
komputer dalam PP?
Ya Tidak
Lelaki 1 - 1
Perempuan 13 6 19
Jumlah 14 6 20

Jadual 4 menunjukkan tujuan utama responden


menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Majoriti responden iaitu 100% (20 orang) menyatakan bahawa
tujuan utama mereka menggunakan komputer adalah bagi
pengurusan data dan maklumat. Ini diikuti 80% (16 orang) pula
menggunakannya bagi tujuan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, 70% (14 orang) bertujuan
menghasilkan penyampaian yang lebih kemas dan pembentangan
pengajaran, 60% (12 orang) bertujuan mencari sumber pendidikan,
40% (8 orang) bertujuan untuk hiburan dan permainan dan 5% bagi
lain-lain tujuan.

Jadual 4: Tujuan utama menggunakan komputer

Tujuan Penggunaan Frekuensi Peratusan (%)


Pencarian sumber pendidikan 12 60
Pengurusan data atau maklumat 20 100
Pembentangan pengajaran 14 70
Hiburan/Permainan 8 40
Menjadikan proses PP lebih menarik 16 80
Penyampaian lebih kemas 14 70
Lain-lain 5 25

Jadual 5 menunjukkan faktor utama yang mendorong


responden menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. Majoriti responden iaitu 45% (9 orang) menyatakan
bahawa faktor utama yang mendorong mereka menggunakan
komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusnya
diikuti 40% (8 orang) didorong oleh faktor minat, 30% (6 orang)
didorong oleh faktor persekitaran, 25% (5 orang) didorong oleh
faktor imej.

Jadual 5 : Faktor utama yang mendorong menggunakan komputer

Faktor Frekuensi Peratusan (%)


Minat 8 40
Keperluan akademik 9 45
Melambangkan imej 5 25
Pengaruh persekitaran 6 30
Lain-lain 4 20

Jadual 6 menunjukkan faktor utama yang mendorong


responden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. Majoriti responden iaitu 100% (20 orang)
menyatakan bahawa faktor utama yang mendorong mereka tidak
menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah disebabkan oleh kemudahan yang tidak
mencukupi. Ini diikuti 60% (12 orang) disebabkan tidak bersedia
untuk menggunakannya, 40%

Jadual 6 : Faktor utama yang mendorong tidak menggunakan


komputer.

Faktor Frekuensi Peratusan (%)


Tidak minat 3 15
Tidak pandai 6 30
Tidak bersedia 12 60
Tidak berkeyakinan 8 40
Membebankan 7 35
Kemudahan tidak mencukupi 20 100
Lain-lain 2 10
(8 orang) disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 35% (7
orang) merasa komputer sesuatu yang membebankan, 30% (6
orang) disebabkan tidak pandai menggunakannya, dan 15% (3
orang) tidak berminat untuk menggunakannya.

Jadual 7 menunjukkan individu atau pihak yang mendorong


responden menggunakan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran. Majoriti responden iaitu 70% (14 orang) didorong
oleh faktor organisasi iaitu pihak sekolah. Ini diikuti 40% (8 orang)
didorong oleh rakan sekerja, 35% (7 orang) didorong oleh pegawai
atasan (Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD), 25% (5 orang) didorong oleh rakan dan
20% (4 orang) didorong oleh ahli keluarga.

Jadual 7 : Pendorong responden menggunakan komputer

Faktor Frekuensi Peratusan (%)


Pegawai atasan 7 35
Organisasi 14 70
Rakan sekerja 8 40
Rakan 5 25
Keluarga 4 20
Lain-lain 3 15

PERBINCANGAN

Penggunaan Komputer Dalam pengajaran dan Pembelajaran

Aspek penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran


menunjukkan 70% (14 orang) daripada responden menggunakan
komputer sebagai salah satu alat bantuan mengajar. Kesemua
responden iaitu 100% (20 orang) menyatakan bahawa komputer
paling banyak digunakan untuk tujuan pengurusan data dan
maklumat prasekolah yang perlu dilaksanakan sebagai salah satu
komponen terpenting dalam pengurusan prasekolah.
Hampir 80% (16 orang) guru prasekolah bersetuju bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik kerana kemampuan
komputer tidak dapat disangkal lagi mempunyai ciri-ciri audio, visual
dan aplikasi yang dapat melibatkan sebahagian besar deria kanak-
kanak untuk menguasai isi pelajaran. Proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan
penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti
berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian
(networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan
alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta
meransangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap
dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan
pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996;
Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999 dalam Johari &
Fazliana, 2009).

Kajian juga menunjukkan bahawa 45% (9 orang)


menggunakan komputer disebabkan keperluan akademik dan minat
40% (8 orang). Manakala pengaruh dan melambangkan imej
masing-masing 30% dan 25% (6 dan 5 orang). Guru-guru
prasekolah menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat
dan bahan-bahan akademik yang menarik yang ditawarkan oleh
teknologi maklumat dan komunikasi. Hal ini telah meningkatkan
minat guru-guru untuk membentuk sikap inovasi dan kreatif
seterusnya memberi impak yang baik dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Masalah-Masalah Penggunaan Komputer

Hasil kajian ini mendapati 100% responden mengatakan masalah


mereka dalam penggunaan komputer adalah kerana infrastruktur
tidak mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer. Pihak pentadbiran sekolah dan pihak atasan
perlu menyediakan peralatan teknologi yang mencukupi untuk
melaksanakan pengajaran berbantukan komputer ini di kelas-kelas
prasekolah sama ada di bandar atau luar bandar.

Di samping 60% (12 orang) tidak bersedia, 40% tidak


berkayakinan, 35% (7 orang) membebankan, 30% (6 orang) dan
15% (3 orang) tidak minat yang merupakan faktor-faktor intrinsik
dan personaliti guru-guru prasekolah sendiri. Situasi ini perlu
ditangani segera oleh pihak-pihak yang terlibat bagi
mentransformasikan persepsi guru-guru prasekolah dalam
penggunaan komputer dalam pendidikan. Menurut Nor Hayati
(2003) Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun pernah bertitah,
“bahawa tugas guru-guru masa kini semakin mencabar, di mana
pembelajaran secara konvensional telah mengalami anjakan
paradigma dengan wujudnya pembelajaran yang dilengkapkan
dengan kemudahan komputer. Walau bagaimanapun tugas dan
tanggungjawab daripada guru masih diperlukan sebagai perantara
antara murid dengan mata pelajaran”. (Harian Metro, Selasa, 3 Julai
2001: A5).
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia


(a) Meningkatkan pengetahuan komputer guru-guru prasekolah
melalui latihan atau kursus secara formal.
(b) ‘Menggalakkan’ korperat-korperat menjalankan
tanggungjawab sosial mereka.
(c) Kementerian Pendidikan boleh mendirikan Pusat iT
Pendidikan Malaysia (PITPM) yang akan menumpukan
perhatian pada pembangunan perisian.

Pihak Prasekolah
a) Perbanyakkan kursus dalaman untuk meningkatkan
pengetahuan komputer di kalangan guru yang Iemah.
b) Menambahkan bilangan komputer di sekolah. Sediakan
ruangan yang sesuai dan selesa untuk memudahkan guru
menggunakan komputer di samping rangkaian talian internet
yang memudahkan guru-guru prasekolah mengakses
maklumat yang bersesuaian dengan isi pelajaran.
c) Menggalakkan guru menggunakan komputer dengan
mengadakan pelbagai pendekatan dan kaedah.
d) Pihak pengurusan harus menekankan sikap positif dalam
kalangan guru-guru prasekolah terhadap perkembangan dan
penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Pihak Guru
a) Para guru tanpa mengira umur, latar belakang, pengalaman
mengajar perlu mempertingkatkan pengetahuan dan
kemahiran komputer.
b) Gunakan sepenuh peluang yang ada, sama ada melalui
kursus atau perbincangan dengan rakan sebaya, untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan
komputer.
c) Guru-guru seharusya menyumbangkan tenaga dengan
berusaha bersama-sama untuk menjayakan program
komputer dalam pendidikan dan seterusnya menjayakan
hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat yang
berorientasikan teknologi makiumat.
d) Guru-guru patut memperuntukkan masa untuk merancang,
memilih perisian atau laman web yang sesuai untuk kanak-
kanak mereka.

Pihak Masyarakat.
a) Badan-badan korporat perlu bekerjasama menganjurkan
kursus komputer kepada guru prasekolah, menderma
komputer kepada institusi pendidikan atau perpustakaan.
Tindakan bukan sahaja menunaikan tanggungjawab sosial
tetapi pada masa yang sama juga mengharumkan nama
syarikat.
b) Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru-guru
prasekolah berkenaan dengan penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya proses pendidikan
dapat dijalankan dengan lancar.
PENUTUP

Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa faktor


pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan
sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan
penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan guru-guru. Di samping itu faktor demografi seperti jantina,
umur didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Skop kajian boleh diperluaskan bukan sahaja terhadap guru-


guru di Daerah Kubang Pasu tetapi guru-guru di daerah-daerah
mahupun di negeri lain juga. Selain itu, skop terhadap jumlah jantina
juga perlu lebih seimbang berbanding dengan kajian ini yang
memperolehi responden seorang sahaja guru lelaki berbanding
dengan 19 orang guru wanita. Tambahan pula, selain daripada
kaedah tinjauan melalui soal selidik, kaedah temuduga juga boleh
dijalankan untuk mengukuhkan serta mendapatkan maklumat
tambahan mengenai keputusan kajian.

Kajian terhadap guru-guru adalah penting berikutan dasar


kerajaan ketika ini untuk menuju ke era e-pembelajaran dan e-
kerajaan. Oleh itu, guru-guru perlu bersedia menerima penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat
melahirkan generasi yang celik komputer. Ini bagi melahirkan
generasi yang akan datang tidak kekok dengan perkembangan
teknologi yang berlaku saban hari secara berterusan.

Anda mungkin juga menyukai