Anda di halaman 1dari 16

KESIHATAN LELAKI : BAGI MEREKA YANG BELUM

BERKAHWIN

1.0 Mukadimah

Firman Allah Taala dalam surah Ar-Rum ayat 21:

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya adalah Allah telah


menciptakan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, agar kamu merasa tenteram
dengannya kemudian Allah menjadikan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya
di dalam hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaanNya) bagi orang-orang
yang mahu berfikir.”

Allah menjadikan perkahwinan antara lelaki dan wanita bertujuan menjadikan


kehidupan manusia berpasang-pasangan untuk merasai nikmat kasih sayang dan
melahirkan zuriat umat manusia di muka bumi.

Dalam menjalani kehidupan berkeluarga, penjagaan kesihatan diri merupakan antara


perkara penting yang ditekankan oleh Islam. Sebagai seorang lelaki yang diamanahkan
sebagai ketua rumah tangga, kesihatan diri perlu dijaga rapi agar keharmonian hidup
berkeluarga dapat dikekalkan dalam keadaan aman dan tenteram. Seterusnya, matlamat
untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan masyarakat yang sihat akan tercapai.

Justeru itu, penulisan ini bukanlah bertujuan untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk
tetapi hanyalah merupakan salah satu usaha untuk memberikan pengetahuan serba
sedikit kepada bakal pengantin lelaki setakat yang diketahui dan dipelajari.Ianya khusus
bagi mereka yang akan mula melangkah ke gerbang perkahwinan agar tidak menyesal di
kemudian hari. Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar adalah terletak di tangan
anda.SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MEMIKUL TANGGUNG JAWAB DAN
BERGELAR SUAMI ?
1.1 Kepentingan Menjaga Kesihatan

1) Lahiriah

Dari segi fizikal, seseorang lelaki haruslah mempunyai tubuh badan yang sihat
yang mana perjalanan darahnya teratur dan setiap sendi tubuh haruslah kental dan
kenyal. Oleh itu, lelaki yang sihat ataupun normal mampu mengeluarkan benih dengan
baik dan berkualiti serta dapat memuaskan nafsu isterinya lebih sempurna daripada lelaki
yang bermasalah. Oleh itu, seseorang lelaki wajiblah ke atasnya untuk menjaga tubuh
badan yang diamanahkan oleh Allah kepadanya. Sebagaimana kata-kata Ibnu Sina dalam
Tibbun Nabawi “Barangsiapa yang tidak menjaga kesihatan tubuh badannya dengan baik
maka ia akan dihinggapi dengan penyakit otak (majnun), was-was dan lemahnya tenaga
ataupun tubuh badan.

2) Batiniah

Seseorang lelaki hendaklah menjaga hatinya daripada tipu daya syaitan serta menjaga
hawa nafsunya dengan sebaik mungkin agar ia tidak jatuh ke dalam jurang yang lebih
hina. Oleh itu haruslah sentiasa mendekatkan diri pada Allah SWT dan memperbanyakkan
solawat ke atas Rasulullah SAW. Selain hendaklah menjaga pemakanan yang halal dan
janganlah campur dengan yang haram kerana ia mengakibatkan benih yang kotor dan
menghasilkan zuriat yang kurang baik.

1.2 Gejala atau Permasalahan Yang Menimpa Seseorang Lelaki

1) Peringkat Pertama 18 – 30 tahun

1.2.1 Keinginan yang tinggi terhadap seks

Pada peringkat umur seumpama ini, keinginan terhadap seks amatlah tinggi kerana
suhu badan seseorang yang normal akan menyebabkan hormon yang dikeluarkan buli-
buli jantina ke dalam tabung darah yang mana pergerakannya menghala ke otak. .
1.2.2 Pengaruh alam sekitar

Ia berkaitan dengan pengaruh rakan –rakan dan media-media. Pada peringkat ini
kerap kali berlaku onani yang menyebabkan rosaknya sel-sel pada zakar.

1.2.3 Sakit kepala tanpa sebab dan kerap

Perkara ini berlaku kerana kepakatan air mani dan kepanasannya naik sehingga ke
otak melalui tulang belakangnya. Hal ini menyebabkan seseorang itu tidak dapat
menumpukan perhatiannya terhadap sesuatu dengan sepenuhnya dan melakukan aktiviti
dengan tenang.

1.2.4 Kurangnya nafsu

Pada peringkat ini terhentinya buat seketika pengaliran darah pada sel jantina dan
pengilangan air mani. Oleh itu menyebabkan kurangnya kecenderungan bernikah tetapi ia
lebih suka menumpukan sesuatu yang dikerjakan. Dalam peringkat ini seseorang lelaki itu
akan mengambil endah tak endah tentang seorang wanita tetapi lebih melebihkan
kerjayanya.

1.2.5 Mati pucuk

Perkara ini berlaku kerana kekerapan onani dan juga cara pembuangan najis yang
tidak betul serta cara pemakaian yang tidak sesuai dan sihat. Masalah ini bukan hanya
berlaku pada orang yang sudah bernikah, tetapi kadang-kadang berlaku juga pada
mereka yang sudah berumah tangga. Perkara ini haruslah diambil perhatian yang serius
kerana ia melibatkan antara 2 pihak. Cara mengatasinya ialah:

i) Urutan

Ambil air liur basi dari langit-langit dan dari dua tepi mulut (kanan dan kiri dengan
jari telunjuk dan ibu jari). Kemudian urut zakar dengan dua jari tadi, iaitu bahagian atas
dan bawah zakar dengan jari pangkal hingga ke kepala. Apabila tiba di hujung, picit kepala
zakar dan tarik. Setelah itu urut bahagian kanan dan kiri zakar yang bermula dari pangkal.
Urut perlahan-lahan hingga hujung, picit kepala zakar dan tarik sedikit ke hadapan. Akhir
sekali gerakkan zakar dengan tangan ke bawah, atas, kiri dan kanan.

ii) Senaman sebagaimana pada lampiran

c) Memakan makanan campuran herba iaitu ubat-ubatan.

Perhatian!!!!

Mengetahui kekuatan zakar.

Terbahagi kepada 2 zakar yang kuat dan zakar yang lemah.

Zakar yang normal

–ㄱ Apabila zakar tegang, ia menegak ke atas lebih daripada 45 darjah


–ㄴ Apabila ia membuang air kecil, pancutannya lebih laju dan jauh serta
mempunyai buih yang banyak.
–ㄷ Apabila ia tegang, kepala zakar, akan kemerah-merahan dan berkilat.

Zakar yang lemah

-ㄱ Ketegangan yang tidak melebihi 45 darjah tetapi berada di pertengahan atau di


bawah.
-ㄴ Kencing dalam keadaan yang lemah dan pancutannya dekat dan kurang
berbuih.

Tanda-tanda lemah

-ㄷ kerap kencing pada waktu tengah malam


-ㄹ kedudukan zakarnya bengkok
-ㅁ terasa gatal di kepala zakar dan juga seakan-akan berkulat.

Dan perkara-perkara di atas ini boleh menyebabkan mati pucuk.


1.3 Buasir

1.4 Lenguh-lenguh badan

1.5 Angin uluran / pasang


Penyakit ini biasanya menyerang orang yang agak berumur tetapi tidak mustahil
menghinggapi pada kaum muda . tanda awalnya buah zakar besar sebelah atau labuh
sebelah yang agak ketara jauhnya.

1.6 Tidak tenteram / perasaan berbolak-balik

1.7 Kencing tidak lawas

1.8 Lenguh di bahagian pinggang

1.9 Bisa-bisa badan

*Perhatian :

Pengawalan terhadap mereka yang bermasalah (serius) mengambil masa kira-kira


setahun dan manakala mereka yang kurang serius mengambil masa kira-kira 6 bulan
sebelum bernikah.

9) Peringkat Kedua 31– 40 tahun

-ㅂ Kurangnya nafsu dan hanya mementingkan pada karier sahaja

ii) Peringkat Ketiga 41 ke atas

-ㅅ Mula kembali seperti zaman remaja sekiranya tidak mendapat kepuasan seksual
daripada isteri.
2.0 Simptom-simptom

2.1 Selalu lesu dan tidak bermaya

2.2 Pucat pada tapak tangan dan kaki

2.3 Tapak tangan dan kaki selalu berpeluh tanpa sebab

2.4 Selalu sugul dan murung

2.5 Sukar tidur malam

2.6 Fikiran melayang dan tidak mampu menumpukan perhatian

2.7 Sentiasa berada di dalam keadaan takut dan hatinya gelisah.

3.0 Amalan Yang Sihat

3.1 Tidur waktu malam

Bagi seorang lelaki, haruslah mempunyai tidur yang cukup pada waktu malam
sekurang-kurangnya 4 hingga 8 jam sehari. Jika lebih daripada tempoh ini akan
menyebabkan penyakit. Cara tidurnya bagi seorang lelaki dilarang sama sekali tidur
meniarap. Hadis Rasulullah SAW:

‫عن يعيش بن طخفة الغفارى قال قال أبى بينما أنا مضطجع فى المسجد على بطنى إذا رجل يحركنى‬
‫برجله فقال أن هذه ضجفة يبغضها اهلل قال فنظرت فإذا رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم (رواه أبو داود‬
1
)‫بإسناد صحيح‬

Maksudnya: Daripada Ya’ish Bin Thihfah Al-Ghifari, beliau berkata: “Ayahku


telah berkata , “Sedang aku berbaring di dalam masjid di atas perutku (meniarap)
tiba-tiba seorang lelaki menggerakkanku dengan kakinya lalu berkata, “Ini adalah

1
Riadhus Solihin Imam Nawawi
baringan yang dimurkai oleh Allah.” Lalu berkata ayahnya: “Aku melihatnya maka
ia adalah Rasulullah SAW.”

Pada waktu malam, seseorang lelaki dilarang sama sekali memakai seluar dalam
atau seluar yang ketat ketika tidur. Ini akan menyebabkan ‘adiknya’ tidak akan mendapat
oksigen yang cukup.

3.3 Cara berpakaian

Tidak harus memakai pakaian yang sempit dan ketat. Selain itu pakaian yang boleh
membunuh sel badan seperti pakaian berwarna hitam atau warna yang menyerap haba.
*Ini salah satu sebab kemandulan.

3.4 Peminuman dan pemakanan

Seseorang lelaki haruslah mengamalkan cara pemakanan dan peminuman


yang sihat contohnya setiap tubuh badan manusia memerlukan sekurang-
kurangnya 10 cawan air suam sehari bagi mengimbangi kepanasan suhu badan.
Bagi seseorang lelaki yang mempunyai angin, lenguh-lenguh badan dan kurangnya
lawas dan kencing tidak meminum minuman yang berangin yang bersifat sejuk.
Contohnya teh , air batu, nescafe, dan minuman yang mempunyai kafein. Makanan
yang dilarang seperti nasi yang terperam dingin (terperam sehari semalam). Selain
itu timun, bunga kobis dan tembikai.

Elakkan makanan yang berminyak dan berkuah.Manakala bagi mereka


yang cepat terpancut air mani, cuba amalkan makan nasi tanpa berkuah selama 40
hari. Jangan makan sambil minum air tetapi tahanlah selama 10 minit kemudian.
Jauhkan minum air panas bercampur dengan air sejuk dan jangan minum selepas
jam 11 malam kerana ia akan melemahkan otot-otot pinggang dan sengal-sengal
badan.

4.0 Saranan dan Cadangan


Makanan Minuman

Madu
Bunga Halba
Cengkih Pudina
Kayu Manis Sahlab
Telur ayam Tongkat
kampung Ali
Gergil Bakawali
Habbatus Cekur
Sauda’ Halia /
Bawang halia bara
putih dan bawang merah Lempoyan
Buah Air suam
pelaga Akar
Bunga Terung
lawang belada.
Khumus
Buah tamar
Beras
dimasak bersama susu
lembu.

4.1 Senaman

Senaman terbahagi kepada 2 bahagian:

i) Fizikal

Bangkit daripada tidur

-ㅇ Angkat kaki ke atas dan kemudian tarik nafas perlahan-lahan dan ditahan pada
perut.
-ㅈ Baca surah Al-Ikhlas 7 kali senafas
-ㅊ Jatuhkan kaki dan bangkit tanpa berpegang pada sesuatu.

Cara Buang Air Kecil

- Selepas membuang air kecil, ibu jari tangan kiri di bawah zakar dan jari telunjuk di
atasnya dan cengkam kemudian tarik kehadapan sehingga terasa senak dan ulangkan
sebanyak 3 kali. Kemudian cekak di atas 2 biji zakar dan ditarikkan kebawah sehingga
terasa senak sebanyak 3 kali.

Cara Buang Air Besar

-ㅋ Pastikan mana yang dahulu.


-ㅌ Semasa membuang air besar, kacipkan gigi dan sebaik-baiknya gigit kain tuala
ketika meneran.
-ㅍ Janganlah ditahan ketika terasa ingin membuang air besar.
-ㅎ Selepas membuang air besar, urut pada pangkal peha kiri dan kanan ke atas.

Sarapan pertama

-ㄱ Amalkan memakan kulit kayu manis ataupun bunga cengkih sebelum anda
bersarapan.
-ㄴ Memakan madu satu sudu kecil tanpa air. Pastikan madu adalah asli.

* Sila rujuk lampiran Cara Senaman untuk lelaki.

ii) Dalaman.

Senaman Pernafasan.

Senaman ini haruslah mendapat tunjuk ajar yang sebenarnya daripada orang yang
arif tentang senaman ini.

4.2 Urutan
Bagi seseorang lelaki yang belum bernikah ataupun hendak bernikah, disarankan
melalui ‘medical check-up’ secara tradisional daripada hujung kaki sehingga pinggang
sahaja kerana ia akan mengesan masalah yang dihadapi oleh seseorang lelaki. Manakala
bagi yang sudah bernikah, urutan seluruh badan perlulah dibuat selepas 2 minggu
perkahwinan ataupun sebulan perkahwinan bagi ‘mengemaskinikan’ semula urat saraf.
Urutan ini boleh juga dilakukan dengan sendiri tetapi hanya pada tempat tertentu iaitu di
tapak kaki, zakar,bahagian tengkuk, bahagian urat belakang, kanan dan kiri hingga
kepala, belikat kanan dan kiri diurut perlahan-lahan hingga ke bawah, bahagian perut,
bahagian pusat hingga ke hulu hati.
0 sila lihat lampiran 2

5.0 Permasalahan Yang Berlaku Selepas Perkahwinan

5.1 Nafsu yang terlalu tinggi

Lelaki yang mempunyai nafsu yang tinggi ia sentiasa memerlukan perhubungan


seks dengan isterinya sekali sehari tidak mencukupi bahkan ia memerlukan kekerapan
yang lebih lagi. Perkara ini boleh terjadi lebih teruk apabila isteri mempunyai nafsu yang
rendah. Ini akan menyebabkan isteri merasa rendah diri, berdosa, bersalah dan berasa
telah mengabaikan tangguungjawabnya dan si isteri merasa risau takut-takut suaminya
‘makan di luar’. Dalam dilema sebegini si isteri terpaksa mengikut kehendak suami
walaupun hari dan badan tidak merelakan.

5.2 Kurangnya nafsu

Lelaki yang mempunyai seks yang rendah jarang sekali mengadakan perhubungan
seks. Ia lebih suka jika perhubungan seks tidak dilakukan langsung. Walaupun begitu ia
memerlukan layanan dan kemesraan dari isteri. Lelaki sebegini mampu memberikan kasih
sayang dan kemesraan kepada isterinya dan dia juga seorang yang bertanggungjawab
dan berkorban untuk isterinya. Sekiranya ia selera seks yang rendah maka
rumahtangganya bahagia tetapi jika sebaliknya maka rumah tangga menjadi porak-
peranda.

5.3 Mudah mengalah dan cepat terpancut air mani


Keadaan ini berlaku apabila seorang lelaki dalam keadaan penat, lesu dan
bebanan pemikiran yang ketara serta jiwa yang tidak tenteram. Dalam keadaan ini
seorang suami haruslah mencari sesuatu ‘bahan’ untuk mengekalkan kesegaran
badannya.

5.4 Tiadanya kemesraan dalam segala segi

Seorang suami haruslah memahami keadaan isteri begitu juga dengan seoarng
isteri. Perkahwinan haruslah berdasarkan kepada kasih sayang dan agama kerana ia
boleh mengikat satu-satu perkahwinan itu degan lebih kekal dan harmoni. Oleh itu
janganlah jadikan dasar perkahwinannya adalah kerana semata-mata untuk melepaskan
nafsu dan keseronokan sebab Sabda Nabi SAW:
‫إن اهلل ال يحب الذواقين والذواقات‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melepaskan nafsu
kerana keseronokan begitu juga dengan wanita yang melepaskan nafsu untuk
keseronokan.”

6.0 Sedikit Pantang Larang Yang Perlu Diketahui

6.1 Jangan amalkan tidur selepas Subuh sebelum matahari naik dan
selepas
Asar. Ia membingungkan fikiran dan mengeraskan hati.
6.2 Jangan makan terlalu kenyang.
6.3 Jangan makan makanan yang haram.
6.4 Kurangkan minum air batu, ia menyejukkan urat dan mudah geli
ketika
bersetubuh.
6.5 Jangan mengeluarkan air mani dengan tangan.
6.6 Jangan mengamalkan hidup dengan berzina kerana ia akan mudah
lemah bila berdepan degan isteri yang halal.
6.7 Haram membayangkan lelaki atau perempuan yang lain ketika
berjimak.
6.8 Jangan mengeluarkan najis bersama air kencing dan cuba
berhentikan
tabiat merokok kerana ia boleh menyebabkan kurangnya kualiti air mani.

7.0 Rahsia Sifat-sifat Wanita

7.1.1 Seseorang wanita yang mempunyai bulu roma yang lebat pada
lengannya menunjukkan nafsu yang kuat.
7.2 Apabila seseorang wanita mempunyai bau badan, ia menunjukkan
nafsu
yang kuat.
7.3 Jika seseorang wanita itu pergelangan tumitnya tercekik ke dalam, ia
menunjukkan sukar dipuaskan nafsunya.
7.4 Seseorang wanita itu mempunyai jari yang panjang yang mana
jengkalannya lebih daripada jengkalan anda. Ia menunjukkan anda sudah
mestinya tidak akan terdaya untuk memuaskan.
7.5 Jika seseorang wanita yang mempunyai saiz mulut yang besar, ia
sukar
dipuaskan nafsunya.
7.6 Jika seseorang wanita yang mempunyai saiz mulut yang kecil, ia
senang
dipuaskan nafsunya.
7.7 Tumit yang kemerahan menunjukkan seorang wanita yang cantik.
7.8 Jika seseorang wanita jika tidak segan silu bercerita atau bercakap
tentang seks, maka ketahuilah hawa nafsunya kuat dan menyenangkan ketika
bersetubuh.
7.9 Jika seseorang wanita itu malu membicarakan tentang seks dan
mengambil sikap biasa sahaja, maka nafsunya adalah sederhana. Wanita jenis
ini, anda kena ‘kejutkan’ dia dan bersahaja memberikan perlawaan tetapi ianya
setia dalam percintaan.
8.0 Renungan

‫ والناكح‬،‫ الفاعل والمفعول‬: ‫ ادخلوا النار مع الداخلين‬: ‫سبعة ال ينظر اهلل إليهم يوم القيامة وال يزكيهم ويقول‬
‫يده وناكح البهيمة وناكح المرأة فى دبرها وجامع المرأة وأبناتها والزانى بحليلة جاره والمؤذى حاره حتى يلعنه‬
“ Ada tujuh golongan orang yang pada hari kiamat kelak Allah tidak akan sudi melihat
mereka dan membersihkan mereka dari dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman:
“Masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama orang lain yang dimasukkan
kedalamnya”!! 7 golongan itu ialah 1) Kaum homoseks 2) Orang-orang yang melakukan
melancap 3) Orang-orang yang melepaskan nafsunya dengan haiwan 4) Mereka yang
menyetubuhi dubur isterinya 5) Mereka yang mengahwini perempuan dan anak tirinya 6)
Mereka yang bezina dengan perempuan jirannya 7) Mereka yang menggangu
tetangganya sehingga ia dikutuk olehnya.” (hadis riwayat Thabarani)

‘Dalam hal keduniaan, lihatlah kepada orang-orang yang berada di bawahmu. Dan
dalam hal keagamaan lihatlah kepada orang yang berada di atasmu. Dengan demikian
engkau akan beruntung mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.’

9.0 Penutup

Alhamdulillah , selesai sudah pembentangan kertas kerja ini , saya berharap ianya
dapat menyelesaikan serba sedikit masaalah yang kebanyakannya di hidapi oleh kaum
ADAM, penulisan ini adalah berdasarkan pengajian ,pengaduan serta penceburan diri
dalam bidang At-Tibb tradisional di tanah air , sebelum pulang ke tanah tumpah darah
dapatlah mencurahkan sedikit-sebanyak ilmu dan pengalaman untuk faedah para
mahasiswa.,ianya bertujuan untuk membantu serba sedikit mengenai persediaan
seseorang lelaki untuk memasuki ke alam perkahwinan.

Dengan penulisan kertas kerja ini, mudah-mudahan ianya dapat membantu dan
meringankan bagi mereka yang mempunyai permasalahan kesihatan khususnya tentang
tenaga batin. Justeru, jika terdapat salah dan silap dan kekurangan dalam penulisan ini,
kemaafan dipohoni dan semoga Allah memberikan kesihatan yang mutlak kepada kita
semua dalam menjalani dan mendirikan serta memakmurkan ‘masjid’ yang diamanahkan
kepada setiap lelaki.
Rujukan-rujukan :

1. Perkara-perkara yang anda ingin tentang lelaki dan seks tetapi anda malu
untuk bertanya oleh Gabungan Perunding-Perunding Profesional Malaysia
terbitan EPS Publishing House
2. Permata yang hilang
3. Mutiara Perkahwinan Menurut Islam
4. Mengenali Lelaki

LAMPIRAN 1

Senaman Lelaki

SENAMAN TENAGA
BATIN
Lampiran 2

Urutan Refleksi

Kelenjar getah bening (perut)

Rahim dan kelenjar prostat

Zakar, faraj dan saluran


kencing

Kelenjar peranakan
(lindung telur testis)
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai