Anda di halaman 1dari 10

FOLIO PENDIDIKAN

JASMANI DAN
KESIHATAN
NAMA: MUHAMMAD ALIF MUSTAQIM
BIN AZMURI
KELAS: 4 BENEVOLENT
PERMAINAN: HOKI
PENGENALAN
Hoki adalah sukan yang
popular bagi lelaki dan wanita di
kebanyakkan negara seluruh
dunia. Terdapat dua jenis hoki,
iaitu satu jenis yang dimain di
atas padang rumput, dan sejenis
lagi yang dimain di dalam
gelanggang ais. Di sesetengah negara hoki ais kurang
menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam
padang rumput. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis
iaitu “hoquet” yang kemudiannya diterjemahkan kepada
bahasa Inggeris menjadi “hockey”.

SEJARAH PERMAINAN HOKI


Terdapat catatan yang telah kenal pasti mengesahkan bahawa
permainan ini menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya di
katakan sebagai permulaan bagi permainan hoki sekarang bermula
berabad yang lalu. Menurut catatan yang telah diperolehi, ia
dimainkan oleh orang-orang Greek, Parsi, dan Rom sejak tahun 2000
s.m lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap, sehinggalah
pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.

Permainan ini pada ketika itu begitu mengujakan dan menarik


minat dan semangat masyarakat di negara tersebut. Oleh sebab
permainan ini masih tidak mempunyai sebarang undang-undang dan
peraturan yang khusus, maka pelbagai teknik dan kreografi di
hasilkan untuk menjadikan permainan ini lebih unik. Bagaimanapun,
keadaan ini menyebabkan sering berlakunya kekecohan dan
pergaduhan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.

Dengan erti kata yang lain permainan yang tidak tersusun dan
teratur boleh mendatangkan risiko yang membahayakan kepada para
pemain. Setelah meneliti kesan daripada keadaan ini maka pihak
atasan British telah pun mengharamkan permainan ini. Dalam pada
itu, hoki mula mendapat tempat oleh banyak negara dunia setelah
undang-undang permainan mula direka khusus.

Meskipun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia telah


memberikan peluang yang besar untuk permainan ini menapak
bersaing dengan permainan yang lain. Dengan adanya peraturan dan
undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur
dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin
mengenalinya dan mempelajarinya. Dahulunya sukan ini hanya
dikenali dengan pelbagai nama dan panggilan. Contohnya di Wales, ia
dikenali dengan nama banty atau bandy.

Lain pula apabila di Perancis nama permainan ini di panggil


sebagai hoquet. Akhirnya difahamkan perkataan hoki telah diambil
sempena perkataan Perancis tersebut dan telah pun di Inggeriskan
menjadi hockey. Setelah itu bermulanya satu era baru bagi permainan
itu apabila hoki mula diterima semula oleh pihak Britain malah ia
bukan sahaja di mainkan oleh orang lelaki sahaja tetapi kaun wanita
juga turut mengambil bahagian.
Pasukan hoki yang pertama telah pun ditubuhkan di negara
tersebut pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di Selatan London
dianggap pasukan hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini telah
menubuhkan pasukan hokinya pada tahun 1861.

Kelab ini juga turut memperkenalkan undang-undang permainan


hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan
yang terhad dan menggenakan hukuman kepada pemain yang
melakukan kesalahan. Berikutan dengan itu, undang-undang hoki
telah pun di gubal serta diperkemaskan dalam satu mesyuarat di
London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon
Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan
kemas untuk permainan ini. Pada tahun 1886, sukan hoki mula
diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia.
SEJARAH PERMAINAN HOKI DI
MALAYSIA
Adalah dipercayai iaitu permainan hoki diperkenalkan ke negara
kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada
tahun 1892. Namun pada peringkat awal ini, ia hanya berjaya menarik
minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di sini.
Penduduk tempatan masih belum dapat menerimanya pada peringkat
ini. Pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri pertama kali
diadakan di negara kita, iaitu di antara Selangor dan Singapura.

Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat


penduduk tempatan. Dari sehari ke sehari bilangan mereka yang
mempelajari dan bermainnya mulai meningkat. Kini hoki berjaya
menjadi salah satu acara sukan yang diminati di negara kita.Semua
peringkat umur bermainnya lelaki dan juga perempuan. Pada tahun
1926, perlawanan hoki pertama melibatkan penduduk tempatan , iaitu
di antara Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri
Selat. Tidak berapa lama kemudian, negara kita berjaya menubuhkan
pasukan hokinya sendiri.

Ini terjadi pada tahun 1923, iaitu sebagai usaha mengadakan


perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India yang
mengadakan lawatan ke negara kita. Ketika itu pasukan India baru
sahaja memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Perlawanan itu juga
telah mendorong pasukan hoki kita untuk mengadakan perlawanan
seterusnya. Beberapa tahun selepas itu, pasukan hoki kita telah
mengadakan lawatan sambil bermain ke Hong Kong dan Macao.

Pasukan kita memenanagi semua perlawanan persahabatan yang


diadakan di sana. Pasukan hoki Macao pula
telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan
dua perlawanan. Dalam kedua-dua perlawanan itu pasukan kita
menumpaskan mereka. Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada
tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura
dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF)


ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita.
Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahli
gabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada
pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan
antarabangsa. Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah
Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki
pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini .
Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF (1957)
beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk
pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak.
Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini
berjaya dianjurkan. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF
telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada
MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara
kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat
kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah
DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF
juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat
antarabangsa.

Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah


mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawanan ulangan
pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan
mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita.

Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara


kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian
dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki
tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian.
Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Piala Dunia. Pada
tahun 1975, negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia,
di mana kita menduduki tempat keempat.Manakala dalam Sukan Asia
kita sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan,
dan dalam sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat
negara kita.

PENEKANAN PERMAINAN
HOKI
Beberapa penekanan perlu diambil kira oleh seseorang jurulatih
selaras dengan matlamat dan objektif permainan
untuk menghasilkan pemain-pemain yang berkaliber, mantap,
berwibawa, berpengetahuan dan seimbang dalam
menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni.
Ini merangkumi aspek-aspek :-
i. penguasaan kemahiran
ii. pengembangan pengetahuan
iii. pembentukan moral

BILANGAN PEMAIN DAN CARA


PERMAINAN
Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya
bola sepak dan ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang
mengandungi 11 orang pemain setiap pasukan. Tujuan utama
permainan permainan ini ialah memasukkan bola ke dalam gol lawan.
Bola hendaklah dipukul dengan kayu yang dibentuk khas untuk
permainan ini. Pemain tidak dibenarkan menyepak, melontar atau
mengenakan bola kepada mana-mana bahagian badannya kecuali
penjaga gol dengan mematuhi undang-undang tertentu.

KAWASAN PERMAINAN
Padang hoki berbentuk rata dan saiznya memainkan peranan
utama dalam permainan ini. Jika ianya terlalu sempit, pemain-pemain
akan penuh sesak dan kemungkinan reka tidak dapat melakukan
pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta
memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu pemain agak
sukar untuk melakukan kemahiran-kemahiran lain seperti
menggelecek dan mencedok bola. Sebaliknya jika kawasan
padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam satu
kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran
menghantar bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka
diantara satu sama lain agak jauh.
Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan permainan
hoki antarabangsa, padang hoki hendaklah berbentuk segiempat bujur
yang berukuran 91.4 meter dan lebarnya 54.7 meter. Permukaannya
hendaklah berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda seperti yang
diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau
lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk
pertandingan. Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis
berumput tiruan atau astroturf adalah lebih baik dari padang berumput
biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan bola boleh bergerak
dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa terdapat
terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat
padang yang berumput panjang.

KAYU HOKI
Kebiasaannya diperbuat daripada ash atau
mulberry. Undang-undang hoki telah menyatakan
bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan
kayu yang mempunyai permukaan rata dibahagian
kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak wujud
dalam permainan hoki.
Permukaan kayu hoki serta bentuknya digambarkan seperti berikut:-
# Panjang kayu hoki adalah bergantung kepada bentuk badan dan

juga kedudukan pemain dalam permainan.


# Panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian
seseorang pemain dalam permainan.

# Panjang kayu hoki adalah antara 0.89 meter hingga 0.94 meter

dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g untuk wanita dan
antara 510g hingga 794g untuk lelaki.

Kayu hoki hendaklah disimpan di tempat yang berhawa


sederhana serta kurang lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu
digosok dengan minyak untuk menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki
yang pecah pada mana-mana bahagian tidak digalakkan
menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya.

JANGKAMASA PERMAINAN
Jangkamasa permainan sesebuah perlawanan hoki adalah 70
minit, dengan setiap separuh masa mengambil masa sebanyak 35
minit. Perlawanan akan ditamatkan tepat 70 minit dan tiada masa
kecederaan diberikan, berikutan masa dihentikan setiap kali bola
keluar atau pemain mengalami kecederaan.

Anda mungkin juga menyukai