Anda di halaman 1dari 2

Terimalah Seadanya

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu. Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah
dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu, apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat

Jika kamu telah memiliki

sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu,

mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa
kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,

cuba membandingkannya dengan yang lain, terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal

Anda mungkin juga menyukai