Anda di halaman 1dari 5

QASIDAH

Oleh:Ustaz Haniff Ibn Abu Talib

Definisi Qasidah

Qasidah adalah merupakan rangkap-rangkap syair yang indah lagi mempesonakan yang dibaca
dan meniti di bibir jutaan umat Islam yang mengungkapkan kecintaan mereka terhadap
Rasulullah SAW.Keindahan dan keunikan Qasidah ini adalah bukti tanda mutiara syair cinta
para Ulama’ Sufi kepada Sayyiduna Rasulullah SAW. 

Galakan Ulama’ dengan Pembacaan Qasidah

Amalan tradisi membaca Qasidah Sufi ini telah pun lama diamalkan oleh Ulama’-Ulama’ yang
faqih,alim dan hebat ilmu mereka di negara Mesir,Yaman,Maghribi,Syria,Makkah dan
Madinah.Qasidah atau puji-pujian ini disebarkan dalam usaha membuahkan rasa kasih terhadap
kekasih kita Nabi yang mulia Sayyiduna Muhammad SAW.Di antara Qasidah Sufi yang terkenal
adalah Qasidah Imam Al-Busairi.Al-Muhaddith Dr. Ahmad Umar Hasyim pernah berkata:
“Qasidah al-Burdah al-Imam Busairi R.A. merupakan qasidah yang terbaik dan besar hikmah
bagi sesiapa yang membacanya.

Seorang ‘Alim Makkah Al-Mukarramah yang digelarkan dengan Wangi-Wangian dari Bumi
Hijaz,Al-Muhaddith Al-Musnid Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi Al-Maliki pernah menyarankan
kepada kita supaya mempelajari bidang qasidah selepas belajar al-Quran.Ini kerana qasidah atau
syair adalah merupakan suatu ilmu yang seni dalam melontarkan ketenangan apabila kita
menghayatinya,lebih-lebih lagi apabila mengingati Rasulullah SAW.Al-‘Allamah Syeikh Yusof
Isma’il al-Nabhani mengatakan lagi: “Jalan beramal yang paling mudah di zaman ini ialah
dengan menyebut dan memuji Rasulullah SAW”.

Qasidah atau puji-pujian ke atas Baginda SAW yang begitu indah tidaklah sampai ke tahap
menyamakan kedudukan Baginda SAW dengan kedudukan Allah SWT sebagaimana yang
didakwa oleh sesetengah pihak yang buta terhadap kebenaran yang nyata.

Allah s.w.t. sendiri memuji Rasulullah s.a.w. di dalam kalam-Nya yang mulia:
Bermaksud: “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” 

Imam Abi Abdillah Muhammad Ibn Sa’id Al-Busairi sendiri pernah mengingatkan dengan kata-
katanya:

‫ﺪﻉ ﻤﺎ ﺍﺪﻋﺗﻪ ﺍﻟﻨﺼﺎﺭﻯ ﻓﻲ ﻧﺑﻴﻬﻢ‬

‫ﻮﺍﺤﻜﻡ ﺑﻤﺎ ﺷﺋﺖ ﻤﺪﺣﺎ ﻓﻴﻪ ﻭﺍﺤﺗﻜﻡ‬

Bermaksud: “Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjung Nabi mereka (Nabi
Isa AS) iaitu jangan katakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu mempunyai sifat-sifat
ketuhanan.Selepas itu,terserlah kepada kamu untuk memuji Baginda S.A.W dengan sesuka hati”.

‘Alim al-Hadith dari Hijaz,Al-Muhaddith al-Musnid Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki
pernah menyatakan bahawa bukanlah suatu pekerjaan kufur dan syirik dalam memuliakan
Rasulullah SAW selama mana tidak menyifatkan Baginda SAW dengan sifat-sifat
ketuhanan.Inilah jalan untuk membesarkan dan mendekatkan kita kepadanya. 

Qasidah pada zaman Rasulullah

Memuji Rasulullah adalah suatu tuntutan yang terpuji.Nabi SAW pernah mendengarkan para
penyair di dalam Masjid al-Nabawi dan memperbolehkan mereka melakukan di
dalamnya.Bahkan penyair Rasulullah SAW yang terkenal lagi masyhur pada zaman baginda
SAW,Sayyiduna Hasan ibn Thabit memiliki satu mimbar yang khas untuk bersyair dalam Masjid
al-Nabawi.Beliau akan mengalunkan qasidah-qasidah dengan suaranya yang sangat merdu. 

Selain itu,terhadap sebuah kisah seorang penyair pada zaman Jahilliyyah yang bernama Ka’ab
ibn Zuhair ibn Abi Sulma.Sebelum memeluk Islam,beliau telah menulis puisi serta syair yang
menghina dan mengejek Rasulullah SAW.Apabila Rasulullah SAW mengetahui akan hal
itu,baginda telah mengarahkan beberapa sahabatnya membunuh orang yang menghina
baginda.Ka’ab ibn Zuhair mempunyai seorang saudara yang bernama Bujair.Beliau amat
mengasihi Ka’ab dan memujuk beliau agar memeluk Islam serta memohon maaf kepada
Rasulullah SAW.Ka’ab pun menerima cadangan adiknya,Bujair.

Ketika Ka’ab menemui Rasulullah S.A.W,baginda menyambutnya dengan penuh mesra dan
tersenyum,malah memaafkan segala kesalahannya.Lantas,Sayyidina Ka’ab ibn Zuhair pun
berqasidah dan memuji Rasulullah S.A.W dengan puji-pujian yang indah.Hati Rasulullah SAW
berasa riang dan tenang apabila mendengar syair yang dibacakan oleh Ka’ab.Kemudian baginda
S.A.W memberikan kepadanya sehelai selendang yang dipakai olehnya. 

Qasidah Menurut Pandangan Ulama’ Sufi

Menurut Syeikh Sayyid Ibnu Idris Ibn Sayyid Hasan Al-Idrisi mengatakan seni kata qasidah
mengisahkan sesuatu sama ada menangisi yang hilang atau berupa sindiran halus,meratapi
perpisahan atau yang berjauhan,begitu juga kesedihan atas sesuatu yang terlepas atau dahagakan
sesuatu yang bakal tiba.

Menurutnya lagi,diriwayatkan bahawa Dzun Nun al-Misri,seorang Ulama’ Sufi,ketika datang ke


Baghdad telah dikerumuni oleh golongan Tasawwuf bersama-sama dengan seorang Qauwal
(pembaca Qasidah).Mereka meminta Dzun Nun Al-Misri membenarkan Qauwal menyampaikan
qasidah di hadapannya.Selepas mendapat keizinannya,Qauwal pun memulakan qasidahnya:

Yang bermaksud:

Panggilan cintamu menyiksaku


Bagaimana pula jika ia menggoda
Engkau mengambil daripada hatiku
Cinta yang dahulunya bersama
Marilah mengasihi yang duka nestapa
Ketika yang tidak bermasalah ketawa
Dia menangis

Dzun Nun Al-Misri bangun lalu jatuh tersembam hingga darah mengalir di dahinya.

Menurut Syeikh Ibnu Idris lagi,qasidah terus berkembang,maksud dan temanya semakin jelas,
sama ada memuliakan dan memuji-muji Allah,memuji Nabi SAW,memfokuskan
sejarah,kesusasteraan dan etika bangsa,memuji-muji kelebihan dan keistimewaan,menggalakkan
qiamullail dan bermunajat pada waktu tengah malam atau memperlihatkan keadaan para imam
tariqat yang bermujahadah,mengalami penderitaan dan beristiqamah.

Sementara peranan terbesar yang dimainkan oleh qasidah ialah menanam perasaan cintakan
Allah dan Rasul-Nya dalam jiwa para pendengar.

Hal ini berdasarkan hadith:

Yang bermaksud: “Daripada Nabi SAW bersabda: “Terdapat tiga perkara yang sesiapa
memilikinya akan menikmati kemanisan iman.Antaranya ialah Allah dan Rasul-Nya lebih
dicintai daripada segala yang lain.”

Qasidah juga mendorong manusia bertaqwa kepada Allah,bersabar dan teguh mentaati-
Nya,zuhud,tidak mementingkan hal-hal keduniaan dan merangsang keinginan mereka kepada
nikmat yang kekal dan balasan yang terbaik daripada Allah SWT.Hal ini berdasarkan firman
Allah SWT:

Yang bermaksud: “Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu
(bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa
yang telah mereka kerjakan.” 

Dengan itu,segala usaha mereka bermujahadah,menempuh penderitaan,berpuasa dan bersolat


menjadi ringan dan mudah sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Sorsori dalam qasidahnya:

Yang bermaksud:

Dengan keazaman sebenar,segala kesusahan,


Bukan halangan bagi matlamat,
Ancaman maut menjadi mudah,
Demi segala-gala yang diingini. 

Al-Sima’ Qasidah menurut pandangan Ulama’

Menurut Syeikh Ibnu Idris Al-Hasani,al-Sima’(mendengar) Qasidah-Qasidah meninggalkan


kesan dalam tarbiah.Ketika majlis diiringi pelbagai irama dan rentak lagu qasidah,akan
dihinggapi perasaan lupa dan hilang nafsu lantas seluruh anggota bergerak memberi reaksi
kepada dendangan qasidah.Melupakan nafsu adalah satu daripada matlamat pendidikan
tasawwuf.Hal ini kerana nafsu merupakan hijab yang menghalang hubungan hamba dengan
Tuhannya.Antara sebab yang membawa kepada suasana meleburkan ingatan kepada nafsu ini
ialah wujudnya hubungan yang benar-benar serasi antara para hadirin tanpa kehadiran orang lain
yang tidak sehaluan dengan mereka.Justeru mereka mensyaratkan majlis ini mesti mempunyai
tempat,masa dan ahli yang khusus.

Majlis Al-Sima’ qasidah atau majlis ilmu yang diselitkan bacaan Qasidah di dalamnya hendaklah
bebas daripada jiran dan penguasa yang boleh mengganggu mereka serta penguasaan suasana
ketika itu adalah pemilikan penuh setiap orang daripada anggota majlis al-Sima’( seperti majlis
ilmu yang disertai dengan mendengar Qasidah) yang tidak dipertikaikan oleh sesiapa
pun.Sementara ahli yang mendengar qasidah sebagaimana yang dinyatakan ialah tidak terdapat
dalam kalangan mereka orang asing yang tidak diingini.Setelah semua syarat ini lengkap,ketika
waktu hening bersih dan keadaan majlis benar-benar serasi,seseorang akan melupai
dirinya.Dalam keadaan inilah datangnya perasaan tawadhu’,jiwa yang bebas dan tanpa kepura-
puraan.Ketika itu juga nafsu dipecahkan,lalu terkeluar daripada keangkuhan,kepura-puraan dan
kembali menurut fitrahnya.Hal ini adalah kerana perasaan sedar diri akan menghalang seseorang
pendengar daripada menyatakan reaksi dan kesan yang mempengaruhi jiwanya. 

Syeikh Tasawwuf dan Qasidah 

Menurut Syeikh Ibnu Idris,sesetengah Ahli Tasawwuf menganggap bahawa para Syeikh yang
membidangi tasawwuf mempunyai jiwa seni yang indah,justeru qasidah tasawwuf bertukar
menjadi seakan-akan lagu yang diiringi pula dengan alat-alat muzik.Dalam hal ini,hanya senikata
yang membezakan keadaan.Senikata puji-pujian sebagaimana yang diketahui dan yang telah
dinyatakan,adalah untuk tujuan-tujuan yang mulia.Walaubagaimanapun,tidak semua tariqat
tasawwuf mengamalkannya bahkan terbatas kepada sebahagiannya sahaja.

Sebahagian Syeikh Tasawwuf menganggap cara(pembacaan qasidah) ini boleh menarik orang
untuk bertaubat.Mereka datang untuk tujuan nyanyian qasidah tetapi pada akhirnya berubah
menjadi ahli masyarakat yang baik,mendengar kata-kata yang mulia daripada bait-bait yang
terdapat dalam qasidah itu,terpengaruh dengan persekitaran yang baik lalu meninggalkan amalan
dan perangai buruk mereka yang terdahulu,bertaubat nasuha kepada Allah S.W.T.,membuat
akuan perjanjian dengan Syeikh dan beriltizam dengan menjalani Tariqat Tasawwuf.

Syeikh Abdul Ghani Al-Nablusi dalam qasidahnya menyebutkan tentang nyanyian qasidah ini
yang diiringi dengan penggunaan alat-alat bunyian:

Yang bermaksud: “Dan kami ialah suatu golongan yang mana apabila kami mahu,kami
membimbing (manusia) dengan gendang dan rebana(di dalam bacaan Qasidah)”.

Pembacaan Qasidah juga merupakan salah satu cara berdakwah dan boleh memperkenalkan
tasawwuf kepada masyarakat umum serta meluaskan bidangnya lagi.Para Ulama’ dan Masyaikh
Tasawwuf tidak pernah jemu dalam usaha menyebarkan haruman kasih sayang terhadap
Rasulullah S.A.W. di hati kita dan salah satu jalan yang diambil oleh mereka adalah dengan
mengarang beberapa qasidah seterusnya dijadikan sebagai suatu amalan dan bacaan khususnya
di dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh mereka.

Anda mungkin juga menyukai