Anda di halaman 1dari 7

KERTAS 1 Lima puluh minit

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga jawapan pilihan A, B, dan C atau empat jawapan pilihan A, B, C, dan D. Antaranya, ada satu jawapan saja yang betul. Pilih jawapan itu. Soalan 1 hingga Soalan 17 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 dan Soalan 2 berdasarkan Gambar 1
Gambar 1

A tumpuan B pemusatan C penilaian D keputusan Soalan 5 berdasarkan Gambar 3


Gambar 3

5. Juliana berkongsi dengan keluarganya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan mendeklamasikan sajak bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan. A keindahan C kegembiraan B kepakaran D kenikmatan 6. Dia gambar berukuran pasport bersama-sama dengan borang pendaftaran tersebut. A disertai B menyertai C penyertaan D menyertakan Soalan 7 berdasarkan Gambar 4
Gambar 4

1. kencang penyerang pasukan bola sepak itu gagal ditepis oleh penjaga gol pasukan lawan. A Rembatan B Hayunan C Rejaman D Hantaran 2. Sejak layak memasuki peringkat akhir kejohanan peringkat daerah, pasukan bola sepak sekolah kami tidak lagi oleh mana-mana pasukan lawan. A diperkecil B dikecil-kecilkan C diperkecil-kecilkan 3. Perasaannya apabila impiannya untuk merangkul pingat emas dalam acara lontar peluru itu gagal. A haru-biru B kacau-bilau C gundah-gulana D remuk-redam Soalan 4 berdasarkan Gambar 2
Gambar 2

7. Budak lelaki itu jatuh apabila dia terpijak kulit pisang. A terduduk B terbaring C terjelepok D terperosok Soalan 8 berdasarkan Gambar 5
Gambar 5

4. Hanafi tidak dapat memberikan pada pengajaran guru kerana dia berkhayal ketika guru mengajar.

8. Mimi Adilah membantu wanita buta itu melintas jalan dengan tangannya. A menarik C mengheret B menuntun D memegang 9. Andainya kalian malas belajar dari sekarang, kalian akan menyesal kemudian hari, kata Tuk Amin kepada cucucucunya. A dan B lalu C nescaya D kecuali 10. sudah banyak kali dimarahi oleh ibunya, sikapnya yang mudah

lalai itu tetap tidak berubah. A Kendatipun...walhal B Walaupun...padahal C Sungguhpun...namun D Walau bagaimanapun...malahan 11. Sungguhpun gaji Encik Gopal agak lumayan, namun perbelanjaan bulanannya tidak kerana dia banyak berhutang. A mencukupkan B berkecukupan C secukupnya Soalan 12 hingga Soalan 14 berdasarkan Gambar 6
Gambar 6

12. , rajinnya Ah Kim membantu ayahnya mencuci kereta! A Hoi B Cis C Hai D Amboi 13. Ayah Ah Kim menyambungkan pada paip air untuk memudahkan pembasuhan. A batang paip B getah paip C baldi air 14. Mereka mencuci kereta berbualbual. A sambil B lalu C dan 15. Tauke kedai komputer itu memberikan penerangan cara-cara memasang meja komputer itu kepada Puan Hamidah. A seperti C tentang B dengan D daripada

Soalan 16 berdasarkan Gambar 7


Gambar 7

16. Di dalam pinggan itu ada lima sate dan dua kuih lapis. A batang...biji B potong...hiris C cucuk...potong

D bilah...ketul 17. Sudah lama Encik Kamar merantau. Kini, beliau ingin ke kampung kelahirannya pula. A beralih angin B makan angin C masuk angin D ambil angin Soalan 18 Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan ayat yang diberikan. 18. Oleh sebab Velapan melakukan suatu perkara yang salah, dia mudah perasan apabila Daim menyindirnya. A melentur buluh biarlah dari rebungnya B siapa makan lada, dialah yang berasa pedas C biar putih tulang, jangan putih mata D alang-alang mandi, biarlah basah Soalan 19 Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris. 19. Puan Amilia sudah menduga bahawa pasu bunga itu dipecahkan oleh anak bongsunya. A menjangka B mengetahui C memastikan D memahami Soalan 20 Pilih lawan kata bagi kata yang bergaris. 20. Selepas menggulung sejadah, ibu bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan. A membuka B menghamparkan C merungkai Soalan 21 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

21. Bolehkah kamu memulangkan buku cerita ini kepada Jessica? A Sudah tentu. Memang saya berjanji untuk bertemu dengannya petang ini. B Pasti boleh. Lagipun, saya sudah lama mengenalinya. C Boleh juga. Pasti ibu dan ayah saya tidak keberatan. D Jika boleh, Jessica mahu kamu memulangkan buku itu sendiri. Soalan 22 Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan. 22. Saya kurang pasti yang mana Pak Amid, tetapi rasa saya dia memang bekerja di kilang ini. A Adakah awak kenal dan yakin bahawa Pak Amid ada di sini? B Pak Amid bekerja di kilang yang mana? C Adakah awak mengenali Pak Amid, salah seorang pekerja kilang ini? D Bagaimanakah awak tahu bahawa Pak Amid memang bekerja di sini? Soalan 23 dan Soalan 24 Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 23. Mesyuarat itu terpaksa ditangguhkan kerana ahli-ahlinya tidak mencapai kata sepakat. A Oleh sebab gagal mendapat kata sepakat, mesyuarat itu ditangguhkan. B Ahli-ahli mesyuarat itu meminta supaya mesyuarat itu ditangguhkan kerana tiada kata sepakat yang dapat diambil.

C Ahli-ahli mesyuarat itu tidak berjaya mencapai kata sepakat hinggalah mesyuarat itu ditangguhkan. D Ahli-ahli yang gagal mencapai kata sepakat itu mengambil keputusan untuk menangguhkan mesyuarat lagi.

24. Walaupun kehidupan mereka dihimpit kemiskinan, namun mereka tidak pernah meraih simpati sesiapa. A Mereka tidak pernah bersimpati kepada sesiapa meskipun kemiskinan menghimpit mereka. B Oleh sebab mereka dihimpit kemiskinan, mereka tidak akan meraih simpati daripada sesiapa. C Mereka tidak pernah mengharapkan simpati orang lain meskipun hidup mereka miskin. D Kemiskinan yang menghimpit mereka menyebabkan mereka enggan meminta simpati daripada orang lain. Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul. 25. I Rosli sedang menggosok lantai rumahnya yang kotor itu. II Setiap pagi, Alia menggosok giginya sebelum mandi. III Kalau tidak ada orang yang menggosoknya, tentu dia tidak akan jadi begitu marah.

IV Aladin menggosok limau nipis itu pada badannya. A I dan III saja B II dan IV saja C I, II, dan III saja D I, II, III, dan IV 26. I Sejak di sekolah rendah lagi, Jasliah sudah cenderung terhadap permainan pentas. II Barang-barang permainan adik bertaburan di atas tangga. III Menangkap ular menjadi permainannya. IV Permainan yang paling digemarinya ialah bola sepak. A I, II, dan III saja B I, III, dan IV saja C II, III, dan IV saja D I, II, III, dan IV 27. I Kerajaan akan melancarkan kempen derma darah secara besar-besaran. II Mereka akan melancarkan peluru-peluru berpandu ke kawasan persembunyian tentera pemberontak itu. III Kumpulan itu mengadakan perjumpaan setiap minggu bagi melancarkan perjalanan kelab mereka. IV Ibu mengambil beberapa jenis ubat bagi melancarkan kesihatannya. A I, II, dan III saja B I, III, dan IV saja C II, III, dan IV saja D I, II, III, dan IV Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang betul. 28. I Sejak pagi lagi adik asyik menuntun televisyen. II Pada pandangan saya, perkara itu tidak benar

sama sekali. III Semasa Razif datang tadi, saya sedang mendengar berita di radio. IV Kakaknya sedang melanjut pelajaran di luar negara. A I dan II saja B II dan III saja C II dan IV saja D II, III, dan IV saja 29. I Gunung Kinabalu merupakan gunung yang paling tinggi di Malaysia. II Baju yang berwarna ungu itu sedang untuk ibu saya. III Rasa sedih hatinya kerana gagal dalam ujian kelayakan itu. IV Buku tebal itu terlepas daripada pegangnya. A I dan II saja B I dan III saja C II, III, dan IV saja D I, II, III, dan IV 30. I Semoga tragedi ombak besar itu menjadi pengajaran buat kita. II Gulai ayam itu sudah basi dan tidak boleh dimakan lagi. III Saya geram melihat perangainya yang keanak-anakan itu. IV Abang saya akan menghadiri kursus keusahawanan di Labuan. A I, II, dan III saja B I, III, dan IV saja C II, III, dan IV saja D I, II, III, dan IV Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya.

Permainan gasing masih tetap popular di Kampung Budaya, Cherating meskipun permainan ini semakin pupus dan tidak diminati lagi oleh generasi muda. Bagi menghidupkan permainan warisan nenek moyang ini, sekumpulan pemain gasing di perkampungan itu, menjadikan permainan gasing sebagai aktiviti harian pada waktu senggang. Usaha memperkenalkan gasing di kalangan pelancong asing yang mengunjungi perkampungan budaya itu masih diteruskan. Sungguhpun permainan tradisional ini dianggap ketinggalan zaman, namun pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara masih berminat untuk mencubanya. Para pelancong bukan saja seronok melilit tali gasing, melemparkan gasing, dan menguis gasing, malah mereka berminat untuk mengetahui sejarah permainan itu dan cara-cara menghasilkannya. Sehubungan dengan itu, pertunjukan permainan gasing yang diadakan pada setiap minggu pertama dan minggu ketiga di perkampungan itu banyak memberikan manfaat kepada para pengunjung. Penggiat seni gasing di perkampungan itu turut menyediakan beberapa jenis gasing seperti gasing uri, gasing telur, gasing jantung, dan gasing pangkah untuk diperkenalkan kepada pengunjung. Selain berpeluang mengenal dan mencuba permainan tersebut, pelancong berpeluang juga membeli gasing dari Kampung Budaya untuk dijadikan kenang-kenangan.

31. Apakah usaha yang dilakukan oleh sekumpulan pemain gasing Kampung Budaya, Cherating? A mempopularkan semula permainan gasing B mengajar pelancong asing bermain gasing C membuat dan menjual gasing tradisional D menjadi pereka gasing di perkampungan itu 32. Rangkai kata waktu senggang dalam petikan bermaksud... A masa bekerja. B masa lapang. C waktu selepas musim menuai. D hujung minggu. 33. Semua yang berikut merupakan gasing yang dihasilkan oleh kumpulan pemuda di Kampung Budaya, Cherating, kecuali... A gasing telur. C gasing gantung. B gasing pangkah. D gasing uri. 34. Pelancong memperoleh ilmu tentang permainan gasing melalui... A sesi mencuba sendiri permainan gasing. B sesi penerangan tentang sejarah gasing. C sesi jual beli gasing buatan setempat. D sesi suai kenal dengan ahli kumpulan pencinta gasing. 35. Pada pendapat anda, mengapakah minggu pertama dan minggu ketiga dipilih sebagai hari bersama dengan pengunjung? A kerana pengunjung hanya berminat dengan gasing pada minggu tersebut B kerana kebanyakan negeri bercuti pada hari tersebut

C kerana perkampungan tersebut tidak dibuka pada minggu lain D kerana tidak banyak maklumat yang diperoleh pada hari-hari lain

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya. Mei Ling masih ingat lagi peristiwa yang berlaku tatkala menjelangnya Tahun Baru Cina yang lalu. Ketika itulah mamanya dirawat di hospital kerana menjalani pembedahan apendiks. Pada Tahun Baru Cina kali ini, mamanya sudah sihat. Mei Ling sangat gembira. Mama, tahun ini rasa-rasanya tiada orang datang menginap di rumah penginapan kita. Selalunya pada Tahun Baru Cina, banyak pelanggan yang mahu menginap di sini dan kita sibuk sekali. Kali ini, kita tidak perlu susah-susah memasak, ya mama! Kita makan di luar saja! kata Mei Ling. Ya, cadangan itu bagus juga. Kita berehat sekali-sekala. Malam tahun baru, kita ke tokong. Siang harinya kita berehat di rumah dan kita keluar makan kalau lapar, kata Puan Siew. Mei Ling tersenyum gembira. Sejak papa Mei Ling meninggal dunia, mamanyalah yang bertungkus-lumus mengurus rumah penginapan milik papanya itu. Pelanggan datang dari jauh dan dekat. Setiap tahun mamanya sibuk dan pada tahun ini, Mei Ling mahu supaya mamanya berehat.

Namun, harapan Mei Ling kian musnah. Ketika mereka pulang dari makan malam pada malam tahun baru, ada orang yang sudah menunggu di rumah mereka. Ada dua orang bapa, dua orang ibu, dan lima orang anak kecil. Puan Siew segera mendapatkan mereka yang pada pandangannya dalam kesusahan. Sejurus kemudian, mama tersenyum kepadanya. Fahamlah Mei Ling bahawa rancangan mereka pada tahun baru kali ini terbantut. Mei Ling muram. Bersabarlah, Mei Ling. Tuhan tahu apa-apa yang terbaik untuk kita. Kita bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menolong orang. Mama berharap agar kamu tidak kecewa, Mei Ling tunduk membisu mendengar kata-kata emas mamanya itu. 36. Mengapakah Mei Ling sangat gembira pada Tahun Baru Cina kali ini? A kerana dia dan mamanya dapat berehat panjang B kerana mamanya sudah sembuh daripada penyakitnya C kerana tahun lalu mamanya menjalani pembedahan D kerana dia mahu menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana meriah 37. Apakah rancangan Mei Ling dan ibunya pada Tahun Baru Cina kali ini? A Mereka mahu berehat daripada sebarang aktiviti. B Mereka enggan memasak dan mahu makan di luar saja.

C Mereka tidak mahu menerima pelanggan baru. D Mereka tidak mahu membuka rumah penginapan itu. 38. Mei Ling berasa kecewa kerana... A dia dan ibunya dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali tatkala mereka hendak bergembira. B harapannya agar tiada pelanggan mendatangi rumah penginapan mereka tidak kesampaian. C ibunya masih mahu menerima tempahan pelanggan rumah penginapan mereka. D dia berasa letih melayan pelanggan ibunya. 39. Semua yang berikut merupakan nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ini, kecuali... A kasih sayang. B hormat-menghormati. C tidak mementingkan diri sendiri. D setia kawan. 40. Pada pendapat anda, mengapakah Puan Siew masih mahu menerima tetamu meskipun dia bercadang untuk tidak berbuat demikian pada awalnya? A kerana dia lebih suka bekerja daripada berehat B kerana dia hanya mementingkan wang daripada rehat C kerana dia kasihan melihat tetamunya yang memerlukan penginapan D kerana dia tidak mahu disalah anggap oleh Mei Ling

Anda mungkin juga menyukai