Anda di halaman 1dari 2

Balasan suratmu Hawa, dariku Adam.

Ya Hawa...
Tidak pernah terlintas hati ini untuk marah tatkala membaca teguranmu. Sesungguhnya Hawa aku
tidak pernah berasa sesal kerana memintamu sebagai temanku.Engkau penghilang kesunyian
hatiku, tiada ruang untuk aku menafikannya.

Aku kenal benar bengkokmu kerana engkau adalah dariku. Aku juga tidak pernah lari dari amanah
untuk membimbingmu kerana pesonganmu bererti pesonganku jua.

Hawa...Maha hebat Allah dalam penciptaan-Nya yang mentakdirkan bilangan kaumku kurang
berbanding kaummu. Jika bilangan kaumku mengatasi kaummu nescaya kaburlah matamu untuk
mendampingi rusuk-rusuk disisiku, dunia dibanjiri tangisan air matamu, Hawa sesama Hawa
bermusuhan kerana Adam.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Yusuf dan Zulaikha sehinggalah pada zaman keturunannya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri
lebih daripada satu tetapi tidak lebih daripada empat pada satu waktu.

Hawa...Bukan kerana ramai isteri yang menyusahkanku. Bukan juga kerana ramainya bilanganmu
yang mencabarku. Tapi, aku risau , gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dahulu
lagi sudah tahu bahawa aku mesti membimbingmu ketika menjadi suamimu.

Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...

Hawa...Kau juga pasti tahu bahawa al-Quran juga menyatakan tanggungjawab kaum Hawa dalam
mematuhi kaum Adam. Kau diberi amanah untuk mendidik zuriatku, kau diberi tanggungjawab untuk
menjaga aku, memerhati & mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku & Tuhanmu.

Tapi Hawa, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaummu kini, kamu dan kaummu telah
ramai menderhakaiku. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan. Asalnya Allah
mengkehendaki kamu tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan
tempatmu. Jika terpaksa kamu keluar dari rumah mesti berizin dan seluruh tubuhmu mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.

Tapi.. realitinya kini, Hawa...kau telah lebih dari sepatutnya.

Hawa... Mengapa kamu begini? Aku jadi guru kaupun menjadi guru. Aku berceloreng ke perbatasan,
kau meyingsing lengan sama-sama keperbatasan. Kekadang aku duduk bersahaja, memerhati
gelagat kaummu... Ku perhatikan saja kau panjat tangga di pejabat bomba, kainmu tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Bukan niatku tidak mahu bekerja tapi katamu ”kau boleh
buat semua perkara”. Kenapakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
hormatmu terhadapku?
Hawa…Aku tidak pernah marah mahupun sakit hati andainya aku yang dipersalahkan. Kenapa?
Mengapa begitu Hawa? Benar…ramai orang berkata anak jahat itu anak si bapak, jika murid nakal,
ustat yang tidak pandai mengajar! Hawa, kau selalu berkata, Adam memang ego, sombong tidak
mahu dengar teguran, kepala angin. Pada hemat diriku yang lemah ini, Hawa, seharusnya kau tanya
dirimu, Apakah ketaatanmu terhadapku sama seperti ketaatan Khadijah kepada Rasulullah? Adakah
engkau Hawa melayan aku sama seperti layanan Fatimah kepada Ali karamAllahhuwajjhah? Adakah
kata-kata dan perilakumu Hawa boleh dijadiakan penenang dan penyejuk mata kaum Adam?

Hawa...Aku sedar diriku imam dan engkau makmum, aku adalah pemimpin kerana engkau perlukan
pimpinan. Jika kau taat, maka mudahlah urusanku. Jika kau berkeras, keraslah lidahku
menasihatimu. Kau dicipta nafsu beribu, aku dicipta nafsu nan satu.

Akalmu satu, nafsumu beribu. Aku...nafsuku satu akalku bercelaru! Dari itu Hawa...genggamlah
tanganku, kerana aku juga sering lupa, lalai dan alpa, sering aku terlepas genggamanku dirasuk oleh
akal yang bercelaru dan ber-ibukan nafsu.

Taatilah daku untuk memudahkan aku memimpinmu, perdengarkanlah kata-kata manismu agar
sejuk mataku. Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahid kekasih Allah.

Hawa…andainya kau masih hanyut dibelai sembilan nafsumu, masih acuh mengikuti langkah para
mujahidah, masih megah berkata keramat “aku boleh buat apa yang kamu boleh buat” maka kita
tunggu dan lihat, dunia ini akan hancur apabila kaummu yang akan memerintah. Malulah engkau
Hawa, malulah engkau kepada diriku, semalulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang engkau agungkan itu..

Wallahu a'lam..

Anda mungkin juga menyukai