Anda di halaman 1dari 15

PROJEK WAQAF KEBUN GETAH DI KEMBOJA

Kerjasama: JK PENAJA AL-KHOR & AKADEMI IMA M SYAFIE

Umat Islam di Kemboja: Pengenalan


Umat Islam di Kemboja telah ramai terkorban semasa pemerintahan Rejim Pol Pot kerana aqidah mereka, terutama Ulama dan cendikiawan Islam. Keadaan pulih setelah kemaraan tentera Vietnam yang telah membawa kejatuhan Rejim Pol Pot. Dianggarkan 90,000 umat islam terkorban dan sehingga hari ini, peduduk Islam mencecah 1 juta daripada keseluruhan 13 juta penduduk. Kesan peperangan masih boleh dilihat dengan kedhaifan infrastruktur dan kemudahan asas, air bersih dan elektrik. Umat Islam Kemboja ketinggalan jauh dari segi pendidikan dan keupayaan untuk maju dengan hanya berharap bantuan kewangan dari segelintir masyarakat Islam dunia yang bersimpati.

Misi Pendidikan: Pengenalan


Perspektif misi ini menjurus kepada pembangunan pendidikan umat Islam Kemboja bagi membina landasan untuk mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Pendidikan akan membuka mata masyarakat Islam Kemboja untuk mengubah nasib mereka melalui aktiviti ekonomi dan politik bagi memastikan hak orang Islam terbela. Misi ini bermula dengan menekankan pembangunan dari sudut infrastruktur dan pengisian. Fasa pertama misi adalah lebih berbentuk pembangunan infrastruktur termasuklah, sekolah (peringkat menengah), perpustakaan, asrama, rumah guru, dewan makan dan peralatan persekolahan. Sukatan pelajaran yang bakal digunapakai adalah gabungan sukatan Kementerian Pelajaran Kemboja & Sukatan Pendidikan Islam Malaysia (Sijil Menengah Ugama & Sijil Tinggi Agama Malaysia) Untuk fasa pertama perbelanjaan mencecah USD215,000.

WAQAF: KENAPA DI KEMBOJA?


Saudara-saudara Islam kita di Kemboja hidup dalam keadaan yang amat daif dan menyedihkan. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari hakikat ini, JAWATANKUASA PENAJA AL-KHOR & AKADEMI IMAM SYAFIE di atas nama KEBAJIKAN mengambil inisiatif menggerakkan Skim Waqaf untuk memastikan kesinambungan MISI PENDIDIKAN UMAT ISLAM KEMBOJA berterusan dan dapat membangunkan generasi akan datang. Waqaf ini bertujuan untuk: Membeli kebun getah yang telah matang untuk ditoreh. Hasil dari kebun getah ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan aktiviti pendidikan yang digerakkan oleh Akademi Imam Syafie di Kemboja. Pendapatan dari hasil waqaf membolehkan aktiviti pendidikan ini berdikari dimasa hadapan.

LADANG/KEBUN GETAH DI KEMBOJA


Kawasan getah yang subur & telahpun diusahakan kebanyakannya terletak di Wilayah Kg Cham. Harga jualan Kebun/Ladang Getah yang telah matang untuk ditoreh antara USD10,000 USD15,000 per hektar. Harga bergantung kepada lokasi. Keluasan kebun/ladang yang telah dilawati: 5 hektar, 10 hektar, 15 hektar, 20 hektar & 30 hektar. Untuk Fasa pertama, AIS bercadang membeli/waqaf 5 hektar.

JANGKAAN PENDAPATAN
MUSIM Hujan & Sejuk Panas $216,000.00 60 $12,960,000.00 $20,000.00 $1,200,000.00 $11,760,000.00 $13,416,000.00 $3,049.09

Pendapatan harian $29,200.00 Bil Hari/Musim 180 Jumlah Pendapatan/Tahun $5,256,000.00 JANGKAAN KOS BURUH/Hari $20,000.00 BURUH/Tahun $3,600,000.00 PENDAPATAN/TAHUN $1,656,000.00 JUMLAH PENDAPATAN/Hectar/Tahun Pendapatan dalam USD

WAQAF: LAWATAN TAPAK, WILAYAH KG CHAM.

WAQAF: LAWATAN TAPAK, WILAYAH KG CHAM.

WAQAF: LAWATAN TAPAK, WILAYAH KG CHAM.

WAQAF: LAWATAN TAPAK, WILAYAH KG CHAM.

10

Struktur Penyelarasan Waqaf


PEWAQAF Laporan

Waqaf JK PENAJA DI QATAR Pemantauan & Kawalan

Laporan

JK AIS (DANA KEMBOJA)

Laporan

Beli Kebun Getah PEMEGANG AMANAH Pemantauan & Kawalan AIS - Akademi Imam Syafie KEBUN GETAH Pindah milik kepada trustee. di Kemboja.

11

JK PENAJA-QATAR
Sebarang maklumat lanjut atau maklum balas mengenai misi ini, sila hubungi Jawatankuasa seperti berikut: HAJI ., Pengerusi,EMAIL,PHONE. BBBB NNNN KKKK

12

JK AIS-DANA KEMBOJA
Sebarang maklumat lanjut atau maklum balas mengenai misi ini, sila hubungi Jawatankuasa Misi Pendidikan Umat Islam Kemboja, Akademi Imam Syafie seperti berikut: Us. Mohd Zamerey Bin Abdul Razak, Pengerusi, angahyie@yahoo.co.uk, +012-2942574. Us. Mohd Sukki Bin Othman, AJK, shauqi02@yahoo.com, +6019-3241364. Us. Rahimi Bin Md Saad, AJK, rahimisaad@um.edu.my, +6012-6706655. Dr. Zawawi Bin Ismail, AJK, awie97@yahoo.com, +6013-3515884 Us. Sulaiman (Saan Layman) (Kemboja), AJK, +85516638010

13

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (al-Baqarah : 261

14

Email: akademimamsyafie@gmail.com Facebook: www.facebook.com/akademiimamsyafie

15

Anda mungkin juga menyukai