Anda di halaman 1dari 3

Tanda Kebenaran & Bukti Kerasulan (KAFA 20 May 2011 Kelas Tauhid 9 Tahun ke atas)

Soalan: Apakah dalil yang dibekalkan oleh Allah Taala kepada para rasul-Nya supaya manusia
tidak mendakwa mereka berbohong?

Jawapan: Dalil dan bukti yang menyokong kebenaran segala yang dituturkan oleh para rasul
dinamakan al-Quran sebagai Ayat atau tanda-tanda, dalil dan bukti. Manusia pula
menamakannya sebagai mukjizat.

Soalan: Apakah itu mukjizat?

Jawapan: Mukjizat (bayyinah, burhan atau ayat) adalah perkara yang tidak mampu dilakukan
oleh manusia biasa. Perkara ini hanya dikurniakan Allah swt kepada para nabi yang diutus-Nya
untuk menjadi bukti kebenaran pengakuan kenabian dan mensabitkan perutusan-Nya. Tidak ada
sesiapa dapat meniru mukjizat para rasul.

Firman Allah swt:

‫َّاس بِالْ ِق ْس ِط‬


ُ ‫وم الن‬
ِ ِ
َ ‫اب َوالْم َيزا َن لَي ُق‬
ِ ِ
َ ‫لََق ْد أ َْر َس ْلنَا ُر ُسلَنَا بِالَْبِّينَات َوأ‬
َ َ‫َنزلْنَا َم َع ُه ُم الْكت‬
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan
mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan
keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan

Soalan: Apakah contoh mukjizat yang dikurniakan Allah swt kepada para rasul-Nya?

Jawapan:

1. Nabi Ibrahim AS (Al-Anbiya:68-69):

ِِ ‫هِل‬
َ ‫انصُروا آ تَ ُك ْم إِن ُكنتُ ْم فَاعل‬
‫ني‬ ُ ‫قَالُوا َحِّرقُوهُ َو‬
(Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: Bakarlah dia dan belalah
tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!

‫يم‬ ِ ِ ‫يِن‬
َ ‫ُقْلنَا يَا نَ ُار ُكو َبْر ًدا َو َساَل ًما َعلَ ٰى إ ْبَراه‬
Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!

2. Nabi Musa AS (An-Naml: 12/Al-A’raaf:133)


ٍ ‫وأَد ِخل يد َك يِف جيبِك خَت رج بيضاء ِمن َغ ِ س‬ ۖ
‫وء‬ ُ ‫َ ْ َ ُْ ْ َْ َ َ ْ رْي‬ ََ ْ ْ َ
ِِ ِِ ِ ٍ ِ
َ ‫ۚإِن َُّه ْم َكانُوا َق ْو ًما فَاسق‬ ‫يِف ت ْس ِع آيَات إِىَل ٰ ف ْر َع ْو َن َو َق ْومه‬
‫ني‬

Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-
sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan
kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum
yang fasik (derhaka).

ِ ٍ ٍ ‫الض َف ِادع والد‬


َ ‫استَكَْبُروا َو َكانُوا َق ْو ًما جُّمْ ِرم‬
‫ني‬ َ َ َ َّ ‫فَأ َْر َس ْلنَا َعلَْي ِه ُم الطُّوفَا َن َواجْلََر َاد َوالْ ُق َّم َل َو‬
ْ َ‫َّم آيَات ُّم َفصَّاَل ت ف‬
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan dan belalang, dan kutu dan
katak dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap
berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

3. Nabi Isa AS (Al-Maidah:110)

ِ
ِ ‫ُّك بُِر‬
‫وح الْ ُق ُد ِس تُ َكلِّم النَّاس يِف‬
َ ُ َ ِ‫ك َو َعلَ ٰى َوال َدت‬
َ ‫ك إِ ْذ أَيَّدت‬ َ ‫يسى ابْ َن َم ْرمَيَ ا ْذ ُك ْر نِ ْع َميِت َعلَْي‬ ِ َّ ِ
َ ‫إ ْذ قَ َال اللهُ يَا ع‬
‫الْ َم ْه ِد َو َك ْهاًل‬ ۖ 

‫يل‬ ِِ ِ ِ َ ُ‫وإِ ْذ علَّمت‬ ۖ 


َ ‫ْمةَ َوالت َّْو َراةَ َواإْل جن‬
َ ‫اب َواحْل ك‬
َ َ‫ك الْكت‬ َْ َ
‫ني َك َهْيئَ ِة الطَّرْيِ بِِإ ْذيِن َفتَن ُف ُخ فِ َيها َفتَ ُكو ُن طَْيرا بِِإ ْذيِن‬
ِ ِّ‫وإِ ْذ خَت ْلُ ُق ِمن الط‬ ۖ 
ً َ َ
‫ص بِِإ ْذيِن‬ ُ ِ‫ َو ُترْب‬ ۖ 
َ ‫ئ اأْل َ ْك َمهَ َواأْل َْبَر‬
  ‫ِج الْ َم ْوتَ ٰى بِِإ ْذيِن‬ ِ
ُ ‫ َوإ ْذ خُتْر‬ ۖ 
ِ ِ ِ َّ ِ ِ ِ ِ ‫وإِ ْذ َك َف ْفت بيِن إِسرائِيل ع‬
ٌ ِ‫ين َك َفُروا مْن ُه ْم إِ ْن َهـٰ َذا إِاَّل س ْحٌر ُّمب‬
‫ني‬ َ ‫نك إ ْذ جْئَت ُهم بالَْبِّينَات َف َق َال الذ‬
َ َ َ َْ َ ُ َ
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: Wahai Isa Ibni Mariam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan
kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Rohulqudus (Jibril), iaitu engkau dapat
berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa
dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca dan hikmat pengetahuan, khasnya
Kitab Taurat dan Kitab Injil dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung
dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan
izinku dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku
dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu dan (ingatlah)
ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada
mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di
antara mereka berkata: Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.

Anda mungkin juga menyukai