Anda di halaman 1dari 18

Konsep Kaunseling Dari Perspektif Islam Berteraskan 3 konsep utama

  

Asal usul kejadian manusia dan konsep citptaancitptaan-Nya Peranan manusia dimukabumi Matlamat akhir kehidupan di dunia

Definisi Kaunseling Dari Perspektif Islam


Satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seorang pakar dalam kaunseling (kaunselor) dan individu lain yang ditujukan kaunseling itu (kelayan). Dalam proses itu teknik dan kaedah teknikal yang profesional digunakan bagi tujuan menolong kelayan untuk menghadapi masalah dengan kaedah penyesuaian langsung, menolong memahami dirinya, kebolehan dan minatnya serta menggalakkan untuk menerima taqdir Allah kepadanya .

Rumusan Definisi
Satu perkhidmatan untuk kebajikan manusia supaya menerima kebenaran (al-haq) serta (almenuntut supaya bertanggungjawab untuk membimbing dan mengenali dirinya dalam mencari keredhaan Allah dan menguruskan kehidupan dunia ke arah kekhalifahan sambil membuat persiapan untuk kehidupan di akhirat kelah

Objektif Kaunseling Islam


lebih memahami dirinya dapat memperluaskan potensi dirinya. Lebih merasa yakin dalam pemikiran, perasaan dan tindakan Lebih berupaya untuk membuat keputusan dengan bijak dan hikmah Lebih bersikap mahu mengetahui dan melibatkan diri dalam mencari ilmu Lebih bersyukur dan berpuashati dengan usahanya. Lebih bersedia untuk membuat muhasabah diri.

Pendekatan Kaunseling Islam


Menentukan niat kerana Allah Berdoa memohon taufiq Membina hubungan kaunseling yang saling hormat dan mempercayai. Menggalakan klien bercakap dan membuat pendedahan kendiri Menunjukkan kefahaman dan empati Membimbing penerokaan kendiri dan membantu kelayan memahami dirinya. Membantu kelayan membina matlamat, meneroka alternatif dan merancang strategi Mengambil tindakan dengan bertawakkal kepada Allah. Kelayan memberi dan menerima respon dari kaunselor Menamatkan perhubungan kaunseling.

Satu proses

menolong individu kebenaran ( al-haq) al-

Mengendalikan Kehidupan

memahami diri

Konsep Dan Pengertian Kaunseling. Terdapat berbagai-bagai difinisi kaunseling yang telah dikemukakan oleh pakar dalam bidang perkhidmatan kaunseling antaranya ialah: 1. Erbuckle(1965) mengatakan bahawa kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat malah hal itu menolong klien memahami dirinya yang sebenar,apa kelebihan serta kekurangannya ,apa yang dibuat dengan mudah ,apa yang dapat dibuat tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak dapat dibuatnya langsung.

2. Shertzer dan Stone ( 1968 ) menyatakan bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya

3. Correy (1977) mengatakan bahawa kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan dan masalah baginya.Peneroka ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasi serta pilihan-pilihan yang ada padanya.Proses ini diharap dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan yang mengenalpasti bakat atau kebolehan untuknya hidup dengan lebih berkesan.

4. Patterson dan Eisenberg ( 1968 ) menerangkan bahawa kaunseling ialah proses pertemuan interaktif bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang akan mengakibatkan perubahan-perubahan berlaku pada klien. 5. Smith pula mengatakan bahawa kauseling ialah proses seorang kauselor membantu seorang individu atau klien mentafsir fakta-fakta yang berkaitan dengan sesuatu yang berkaitan dengan sesuatu pilihan,perbincangan atau penyesuaian yang perlu dibuat.

Pandangan teori-teori barat dan Islam berkaitan manusia.


1) Teori Freudian percaya bahawa manusia tiada kemahuan dan kebebasan sendiri. Manusia dikawal oleh keadaan tidak sedar yang lampau kerana kewujudan tenaga dalaman yang memberi tekanan kepada dirinya. Ini yang membentuk tingkahlaku manusia dan kecelaruan berlaku apabila kehendak masa lampau tidak dipenuhi.

2) Aliran tingkahlaku (behaviourisme)pula percaya bahawa manusia boleh diprogram untuk membentuk tingkahlakunya. Apa yang mahu dibentuk dan apa yang mahu dihapuskan boleh dilakukan berdasarkan bentuk rangsangan yang diberikan. Ini menunjukkan manusia tiada kebebasan dalam tingkahlaku dan perlakuannya dikawal oleh rangsangan persekitaran. Manusia dan persekitaran secara asasnya mempengaruhi antara satu sama lain.

3) Teori humanistik (kemanusiaan) pula percaya bahawa manusia berpotensi ke arah kesempurnaan diri dan ini menunjukkan manusia mempunya kebebasan menentukan hala tujunya. Manusia didapati memberi makna tersendiri kepada apa yang berlaku dalam kehidupannya. Kerana itu, manusialah yang bertingkahlaku ke arah pencapaian yang dikehendakinya

4) Teori kognitif percaya manusia bebas dalam memilih, mengawal dan mengubah tingkahlakunya jika terdapat keperluan ke arah itu. Manusia dianggap sebagai binatang rasional yang aktif dan dikawal oleh fikiran dan pengetahuan yang wujud dalam keadaan sedar. Manusia sentiasa melihat ke arah masa depannya kerana akal fikiran yang menentukan hala tujunya

5) Aliran Islam pula percaya secara fitrahnya manusia dilahirkan dengan sifat yang baik yang dianugerahkan oleh Penciptanya. Menurut Mustapaha Hj. Mohd Jar (1986), manusia dibekalkan dengan akal fikiran bertujuan membezakan antara tingkahlaku baik dan buruk. Manusia menerima Perjanjian Ketuhanan dengan Allah dalam segala hal perlakuan dan sikapnya. Lantaran itu, Allah mengangkat martabat manusia menjadi khalifah di muka bumi. Manusia turut dibekalkan nafsu rasional yang tinggi (al-nafs al natigah) dan nafsu haiwan yang rendah (al nafs al hayawaniyyah). Namun, apabila berinteraksi dengan persekitarannya manusia perlu membuat pilihan dan akhirnya ia bertanggungjawab atas apa yang menjadi pilihannya

Anda mungkin juga menyukai