Anda di halaman 1dari 40

EDU 3103 MURID & ALAM BELAJAR

TAJUK : TEORI KOGNITIF JEAN PIAGET & IMPLIKASI TERHADAP P&P


AHLI KUMPULAN : IZYAN DIYANA BT NEEMAT NOOR SYUHAIDAH BINTI RAMLI NORMAHARA BINTI NORLIAS NUR ILHAM BINTI IBRAHIM WAN ROSNANI BINTI WAN AHMAD

SIAPAKAH JEAN PIAGET?


Jean Piaget (1896-1980) seorang ahli psikologi Switzerland Menjelaskan tentang kaedah mempersepsi ilmu dan hipotesis Menghuraikan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu Mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan (Ramlah & Mahani,2002)

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF


Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahanperubahan yang berlaku di persekitaran mereka

Terdapat 4 faktor yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu :


1) Kematangan biologi Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor genetik/baka 2) Interaksi individu dengan persekitaran Individu perinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati

3) Pengalaman sosial Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orangorang persekitaran : ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dsb 4) Keseimbangan Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami

PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN


 Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka  Individu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi, menyelesaikan sesuatu kekusutan.  Setiap kali individu memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda dan membentuk 1 sistem yang dipanggil skema

 Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil organisasi  Pembentukan skema bermula sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan  Ia bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks  Cth : Bayi membentuk skema untuk mencapai sesuatu objek, kanak-kanak membina skemaskema untuk mengkategori sesuatu benda/skema untuk mengenal huruf. Anda membentuk skema untuk memandu/memasak

 Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi yang baru  Cth : Kanak-kanak yang telah mengenal huruf berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf tersebut membentuk perkataan. Anda yang mempunyai skema untuk memasak nasi putih akan buntu sekiranya diminta memasak nasi tomato.

 Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu asimilasi dan akomdasi.  Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skemaskema yang telah sedia ada  Cth : Dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada

 Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru  Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru.  Dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b

 Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan  Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan  Konklusinya, jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi/pengalaman yang baru dan ia berjaya, maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru tersebut

PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF


Piaget mencadangkan 4 peringkat dalam perkembangan kognitif :
1) 2) 3) 4) Peringkat sensorimotor (sejak lahir 2 tahun) Peringkat pra operasi (2 7 tahun) Peringkat operasi konkrit (7 11 tahun) Peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

PERINGKAT SENSORIMOTOR (BAYI : 0-2TAHUN)

 Peringkat permulaan dalam perkembangan kognitif  Bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya  Skema-skema yang terbentuk adalah hasil dari interaksi fizikal bayi dengan persekitaran  Cth : Menggunakan mulut untuk merasa objek, mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai objek

 Kanak-kanak pada peringkat ini akan merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap juga berminat dengan objek yang berada di persekitarannya  Kepuasan akan terhasil apabila mereka berupaya mengenakan tindakan terhadap objek  Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan tindakan tersebut berulang-ulang  Cth : Menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi, bunyi yang dihasilkan akan mendatangkan kepuasan yang menyebabkan kanak-kanak mengulang perbuatan tersebut

 Selain itu, mereka juga mula menunjukkan permulaan pemikiran logik  Aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah  Cth : Kanak-kanak yang telah mencapai tahap ini dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh

 Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak boleh melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan  Cth : Meniru perlakuan melambaikan tangan, memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan  Semakin kanak-kanak ini membesar, tindakan perlakuan ini akan menjadi semakin tepat  Kanak-kanak akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori  Sebelum ini berlaku, kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka out of sight, out of mind

Kebolehan fizikal dan kognitif kanak-kanak peringkat sensorimotor


FIZIKAL Daripada aksi refleks kepada aktiviti bermatlamat Saiz dan kompleksiti otak bertambah Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6-8 bulan) Menunjukkan autonomi dan kekuatan pergerakan Mula perkembangan otot halus : menggenggam dan mengkoordinasi antara tangan dan mata KOGNITIF Mengkoordinasi maklumat deria dengan pergerakan motor Kepuasan mengenakan tindakan terhadap objek Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti-aktiviti mudah Mula menggunakan imitasi, memori dan pemikiran Konsep pengekalan objek

PERINGKAT PRA OPERASI (2-7TAHUN)

 Pada peringkat ini, kanak-kanak akan beralih ke peringkat di mana mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru  Kanak-kanak boleh menggambarkan dan merancang pergerakan/aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema

 Perkembangan berlaku apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental  Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat, gambar dsb  Simbol digunakan untuk menyatakan objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh kanakkanak  Cth : Mewakili imej sebenar buku dengan perkataan buku atau dengan menggunakan gambar. Proses ini dinamakan fungsi semiotik. Perkembangan bahasa akan berlaku dengan pesat

 Antara kebolehan lain yang diperolehi pada peringkat ini ialah permainan membayangkan (pretend play) seperti mengambil watak kartun/karektor kegemaran (superman,tuan puteri) atau menjadi ibu,ayah atau doktor  Mereka memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup (animisme) seperti hari hujan sebab hari menangis, kereta minum bila menuang minyak dll

 Pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini lebih bersifat intuitif iaitu pemahaman kanakkanak mengenai objek bergantung pada ciriciri yang nampak jelas dan nyata  Mereka masih belum berupaya berfikir secara logik dan rasional  Ciri-ciri ini dikatakan sebagai centered / permusatan. Oleh itu, mereka masih tidak dapat menguasai proses transformasi, keterbalikan dan menaakul

 Menurut Piaget, kanak-kanak peringkat ini juga menunjukkan sikap egosentrik  Sikap egosentrik kanak-kanak membawa maksud mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri  Mereka selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka  Cth : Seorang kanak-kanak yang suka melihat 1 siri kartun beranggapan semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya

Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak peringkat pra operasi :


FIZIKAL Memegang objek-objek besar dan memanipulasi objek-objek kecil Menunggang basikal roda tiga Melompat dan berlari Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan mudah KOGNITIF Mula menggambarkan dan merancang skema Mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu dengan bahasa, gambar/isyarat Berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membanding dua peristiwa yang berlaku Permainan membayangkan (pretend play) Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak yang jelas dan nyata

PERINGKAT OPERASI KONKRIT (7-11TAHUN)

 Kanak-kanak peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit  Mereka sepatutnya memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul  Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation)

 Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai 3 prinsip asas : 1) Prinsip identiti Mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah/dikurangkan, bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah 2) Prinsip ganti rugi (compensation) Mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain 3) Prinsip keterbalikan Pelajar boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada asal semula

 Mereka juga menguasai proses pengelasan  Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri  Cth : Pengelasan mengikut ciri warna, saiz dsb  Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini  Dalam proses ini juga pelajar boleh membuat susunan logik seperti A<B<C

 Penguasaan kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri menunjukkan pelajar pada peringkat ini telah mencapai satu peringkat pemikiran logik  Walaubagaimanapun sistem pemikiran ini masih terikat dengan situasi fizikal di mana pelajar boleh menyusun, mengelas, memanipulsi dalam situasi yang berbentuk konkrit

 Mereka berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered / objektif (Salvin,1997)  Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka  Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain/ membuat aktiviti bersama  Pelajar-pelajar pada peringkat ini masih tidak boleh membuat hipotesis dan menyelesaikan soalan-soalan yang abstrak/masalah yang melibatkan penggabungjalinan faktor yang kompleks

Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak peringkat operasi konkrit :


FIZIKAL Pertumbuhan dan perkembangan kemahirankemahiran psikomotor. Psikomotor halus lebih baik. Psikomotor kasar lebih cekap Pertumbuhan gigi kekal bermula Kanak-kanak menghampiri akil baligh KOGNITIF Berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit Sudah boleh menguasai konsep pengekalan (conservation) Kanak-kanak pada peringkat ini juga menguasai proses pengelasan Proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun juga merupakan satu pencapaian dalam peringkat ini Mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain/membuat aktiviti bersama

PERINGKAT OPERASI FORMAL (12 THN KE ATAS)  Kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan membuat jangkaan/ andaian berdasarkan fakta  Pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahanbahan konkrit  Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti  Cth : Mereka boleh berhipotesis dan memberi idea tentang masalah pencemaran alam sekitar di dunia/apa yang akan berlaku di Malaysia pada tahun 2020

 Mereka boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut  Antara ciri-ciri pemikiran formal ialah : i) Berfikir secara abstrak Kanak-kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Contoh : 4x+x=10. Apakah nilai x?

ii) Berfikir secara sistematik Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contoh : sekiranya anda pergi bercuti dengan hanya membawa 3 helai kemeja-T, 3 helai blaus dan 3 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang anda boleh dapat dari set ini?

iii) Boleh membuat hipotesis Mereka juga boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada khusus.  Egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi  Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri, susah untuk menerima pandangan dan pendapat orang lain serta mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang lain

Perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak peringkat operasi formal :


FIZIKAL Kadar perkembangan dan perkembangan pesat. Perubahan fizikal mula ke arah dewasa Mencapai akli baligh Perubahan dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan lelaki semasa akil baligh lebih lama KOGNITIF Mereka juga boleh berfikir secara sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian Boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif penyelesaian masalah. Mereka boleh menaakul secara induktif dan deduktif Egosentrik remaja muncul pada peringkat ini

IMPLIKASI TERHADAP P&P


PRA OPERASI (2-7 TAHUN) i) Menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contoh : Kanak-kanak menggunakan bahan-bahan maujud seperti guli, batu, batang aiskrim untuk belajar kemahiran menambah dan menolak. ii) Arahan yang diberikan haruslah pendek dan disertai dengan contoh. Contoh : Arahan untuk beratur di luar kelas/bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti diberi dengan menggunakan ayat yang mudah dan jelas. Guru juga boleh demonstrasi cara melakukan sesuatu dan menyatakan mengikut langkah yang sistematik dan teratur.

iii) Mereka susah memahami sesuatu perkara daripada sudut pendangan orang lain. Contoh : Penjelasan tentang nilai/nasihat harus diberikan dalam ayat yang mudah difahami kanak-kanak dan harus mempertimbangkan daripada sudut pandangan kanak-kanak tersebut. iv) Beri peluang kepada kanak-kanak melakukan hands-on terhadap sesuatu kemahiran. Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri mereka. Contoh : Membentuk perkataan dengan potongan-potongan huruf.

OPERASI KONKRIT (7-11 TAHUN) i) Beri peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. Bimbing kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Biarkan mereka mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari. Contoh : Membuat eksperimen dalam subjek sains seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

ii) Gunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar perkara-perkara yang lebih kompleks. Kaitkan pengalaman mereka seperti program televisyen yang mereka gemari/pengalaman seharian mereka dengan pengajaran. Pengalaman membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. iii) Perkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang memerlukan pemikiran logik dan analitik. Tunjukkan jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang mudah dan sistematik.

OPERASI FORMAL (12 TAHUN KE ATAS) i) Gunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih kompleks. Contoh : penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks. ii) Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada penyelesaian yang dikemukan. Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukan. iii) Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta-fakta. Biarkan pelajar meneroka dan mengkaji sendiri konsep tersebut. Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai