Anda di halaman 1dari 32

Hakcipta Terpelihara : Laporan percuma Rahsia Di Sebalik Kad Perniagaan ini adalah hak milik penuh saudara Wan

Khairul Zarizi dan saudara Muhammad Razif. Anda boleh memberikan kepada rakanrakan, keluarga, pelawat laman web anda dan sesiapa sahaja tanpa perlu memohon kebenaran dari penulis. Sebarang peniruan dan pengubahsuaian kepada laporan ini adalah tidak dibenarkan. Anda hanya boleh mengedarkan panduan ini seperti bentuk asalnya tanpa apa-apa perubahan. Sila Hormati hak penulis terhadap hasil penulisan ini.

Penafian Penulisan : Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan laporan yang diterbitkan ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti dari segi subjek yang dibincangkan. Penerbit laporan ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat professional yang lain kepada pembaca. Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Laporan khas ini hanya berupa maklumat dan panduan ringkas tentang kad perniagaan. Segala hasil dan manfaat yang anda akan perolehi dari kad perniagaan adalah bergantung kepada usaha yang anda lakukan selepas membaca panduan ini.

Diterbikan Oleh: Wan Khairul Zarizi aka Yoji Muhammad Razif aka Razifmohd Http//:www.Cheapest-BusinessCard.com

-2-

Isi kandungan

BAB 1: Pengenalan Kad Perniagaan BAB 2: Sejarah Kad Perniagaan BAB 3: Ciri-ciri Kad Perniagaan BAB 4 : Cara Menggunakan Kad Perniagaan BAB 5 : Kad Perniagaan Untuk Blogger BAB 6 : Kesan Kad Perniagaan BAB 7 : Jenis Percetakan : Offset vs Digital BAB 8 : Tentang Kami

-3-

BAB 1
Pengenalan Kad Perniagaan

-4-

Apa Itu Kad Perniagaan


Sekeping kad perniagaan merupakan salah satu dari kempen pemasaran. Ia adalah sejenis alat pemasaran eksekutif, serta ia bertindak sebagai salah satu cara memperkenalkan perniagaan supaya dikenali ramai. Kad perniagaan sangat sesuai untuk bisnes yang baru bermula. Ia juga bertindak sebagai alat perhubungan dengan prospek yang kita temui dan kemungkinan kita akan dihubungi pada masa akan datang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perniagaan yang kita lakukan dan produk yang kita tawarkan. Kad perniagaan memberikan impak pertama tentang latar belakang perniagaan yang anda lakukan kepada penerima kad anda. Kad anda perlu mempunyai daya tarikan supaya prospek anda mempunyai perasaan ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perniagaan anda. Bagi yang anda melakukan perniagaan kecil ataupun besar, anda lebih sesuai mengeluarkan kad perniagaan, daripada anda

menunjukkan gaya dan kemewahan anda. Ini kerana prospek anda akan lebih yakin pada kad perniagaan yang mereka terima daripada anda. Anda juga perlu bijak menggunakan kad bisnes contohnya dalam memilih kad, anda perlu mencari corak yang bersesuaian dengan perniagaan yang sedang anda jalankan. Sebahagian daripada usahawan terutama yang baru menapak memandang remeh tentang kad bisnes. Ok saya bagi satu contoh yang anda boleh lakukan sendiri. Cuba anda tanya atau minta kad perniagaan pada kawan anda yang malakukan perniagaan. Apa reaksi mereka? Saya pasti jawapannya perniagaan, bukannya perniagaan juta-juta atau besar pun. untuk apa kad

- 5-

Ok, kita boleh tengok dari ayat di atas atau contoh yang anda telah lakukan yang mengatakan tiada kad perniagaan. Apa yang saya nak terangkan bahawa kad perniagaan memberi impak maksima (cam cerita plak) kepada perniagaan yang anda sedang jalankan. Tidak mustahil dengan modal 10sen anda boleh mambawa pulangan RM 10ribu atau lebih dari itu.. Jika anda rasakan anda tidak perlu gunakan kad perniagaan kerana anda beranggapan yang perniagaan anda bukanlah perniagaan yang besar atau membawa pulangan yang beribu-ribu mahupun berjuta-juta, ok saya faham.. Saya nak Tanya 1 soalan,adakah anda hendak perniagaan anda sama seperti yang anda lakukan sekarang atau hendak terus maju ? Mesti nak terus maju kan..ok.. 1 lagi soalan, adakah anda hendak tunggu bisnes anda maju baru mencipta kad pertama anda? Lu fikir lah sendiri bak kata nabil.. Bagi saya kita perlulah mulakan kad bisnes dari permulaan perniagaan kerana orang mudah mengenali perniagaan yang kita jalankan tidak kira perniagaan yang kita jalan kan itu kecil ataupun besar.. Saya mengambil satu petikan dari pakar motivasi terkenal Malaysia iaitu Dato Dr Mohd Fadzhilah Kamsah mengatakan dan menyarankan agar kita memberikan kad perniagaan apabila berjumpa dengan orang. Dengan memberi kad perniagaan, orang akan melihat kita lebih professional dalam perniagaan dan juga orang akan lebih ingat kepada kita. Kad perniagaan juga melambangkan tentang perniagaan kita lakukan. Lagipun takkan kita nak mengambil kad perniagaan orang lain je, nak bt koleksi ke. Apa kata kad perniagaan anda pula yang menjadi koleksi kepada orang

- 6-

BAB 2
Sejarah Kad Perniagaan

- 7-

Sejarah Kad Perniagaan.


Kad perniagaan adalah kad lawatan pada asalnya. Pada abad ke 17 di Perancis, ia dipanggil visite biletes. Ia seperti surat yang kecil kerana terdapat maklumat seperti surat dan tandatangan pengirim. Selepas itu ia mula berkembang dengan menjadi kad ucapan. Kad pertama muncul di Perancis pada zaman pemerintahan Louis XIV-Le Roi Soleil. Mereka bersungguh-sungguh memperkenalkan kad lawatan ke seluruh pemeritahannya. Louis XIV, Raja Perancis, lahir pada tahun 1638 di St. Germainen-Laye Perancis. Dia memerintah dari 1643 hingga 1715 (satu pemeritahan yang lama dalam sejarah moden eropah iaitu 72 tahun). Selepas itu muncullah kad dagangan yang telah digunakan di seluruh wilayah inggeris. Bentuk paling awal dijumpai untuk kad perdagangan ini pada awal abad ke-17 di London. Ia digunakan sebagai pengiklanan dan juga sebagai penunjuk arah kepada orang ramai untuk pergi kepada kedai pemilik kad berkenaan kerana pada waktu itu tidak ada alamat yang sistematik seperti sekarang. Pada waktu itu kad perdagangan sangat berkesan untuk perniagaan kerana tiada pengiklanan seperti sekarang . Pada awalnya kad perdagangan dicetak di atas plat kayu atau diukir di atas plat itu. Pada abad ke-18 penggunaan kad menjadi popular kerana pengukiran plat berubah dari kayu kepada plat tembaga. Sehingga abad ke -19 perkembangan kad perdagangan semakin meningkat iaitu pada sekitar tahun 1830 perubahan dari kad perdagangan dicetak pada plat logam yang mempunyai warna. Sepanjang abad ke-19 teknologi baru dan peningkatan komunikasi yang pantas membuatkan kad perdagangan kurang di pratikkan kerana peranan media dan

- 8-

akbar-akbar lebih berkesan. Penggunaan kad perdagangan mula jatuh pada waktu itu. Selepas itu di Amerika Syarikat kad pelawat atau kad perniagaan menjadi salah satu kepentingan bagi orang kelas pertengahan, wanita ataupun lelaki. Ia telah menjadi suatu kewajipan dalam perniagaan serta menjadi kad yang paling efisien. Namun, ianya kurang digunakan pada daerah-daerah terpencil dan orang yang berkerja makan gaji pada waktu itu. Selepas itu kad perniagaan digunakan secara meluas di kalangan masyarakat Amerika yang melakukan urusan perniagaan ataupun makan gaji tanpa mengira golongan atasan mahupun bawahan dan akan terasa terhina jika kad perniagaan tidak ada dalam tangan untuk diberikan kepada orang ramai.

- 9-

BAB 3
Ciri-ciri Kad Perniagaan

- 10-

Ciri-ciri kad bisnes


Kad perniagaan yang kita berikan pada prospek hendaklah mempunyai ciri-ciri tertentu untuk memberitahu prospek anda tentang perniagaan atau perkhidmatan yang kita lakukan, lokasi perniagaan atau pejabat tempat perniagaan anda beroperasi sekarang. Ciri-ciri yang ada pada kad perniagaan, menjadikan kad perniagaan anda bukan sekadar kertas kosong tetapi sekeping kertas yang menerangkan terlalu banyak tentang diri anda. Jika anda hendak mencipta kad perniagaan, perkara utama yang anda perlu fikirkan adalah seperti:- Apakah benda pertama yang akan diperhatikan oleh prospek? Apakah ciri yang paling menarik prospek untuk membaca kad perniagaan anda? Kad perniagaan adalah seperti iklan. Jika iklan anda menarik, pasti ramai yang ingin tahu dan secara tidak langsung membuatkan nama anda akan sentiasa disebut-sebut. Ini akan meningkatkan kredibiliti anda.

Saya akan terangkan ciri-ciri penting yang penting kepada anda : 1. Saiz. Berapakah size yang sesuai untuk membina kad perniagaan ini. Saiz yang sesuai untuk membuat kad bisnes ini hendaklah mesra pengguna. Apa yang saya maksudkan dengan mesra pengguna ini adalah kad yang anda berikan kepada prospek anda mestilah senang dibawa dan senang disimpan. Contohnya jika anda memberi kad perniagaan bersaiz kad raya, bagaimana prospek anda hendak meletakkan dalam dompet atau poket. Ini membuatkan prospek anda menjadi segan untuk membawanya dan akhir sekali kad anda tersimpan di dalam tong sampah. Anda faham maksud saya? Bagus. Ukuran size yang sesuai bagi kad perniagaan adalah 90mm x 54mm.

- 11-

1. Kertas berkualiti. Anda mesti mencipta kad yang mempunyai ketahanan, jangan anda fikirkan murah sahaja. Saya bagi contoh lagi. Ok, jika kad anda dibuat dari pada kad yang kurang berkualiti dan prospek anda terus simpan di dalam dompet dan dijaga dengan baik. Tetapi suatu hari prospek anda hendak membasuh seluar dan mungkin terlupa keluarkan dompet dari

seluar. Jadi air meresap masuk ke dalam dompet . Jadi anda boleh fikir sendiri jika kertas terkena air jadi macam mana. Jadi, bahan yang paling berkualiti adalah pvc kad. Ia sangat-sangat berkualiti tetapi harganya mahal dari harga kertas biasa. Ok, salah satu contoh kertas yang berkualiti pula adalah 260gsm art card. Jika anda hendak memberi ketahanan pada kad ini anda cuma liminate pada kertas tersebut dan ianya akan mempunyai ketahanan yang sama seperti kad pvc .

2. Warna.Warna pada kad anda juga penting untuk menarik prospek untuk membaca lebih lanjut pada kad anda. Jika warna pada kad anda membuat pembaca jadi menyampah, ia juga membuatkan prospek anda menyimpan kad anda dalam tong sampah. Warna yang lebih sesuai yang saya boleh cadangkan adalah warna merah kerana warna ini membuatkan prospek kita lebih menarik perhatian prospek anda dan warna yang seangkatan dengannya. Warna pada tulisan anda juga penting dan pastikan warna tulisan tidak tenggelam oleh warna latar belakang.

Saiz tulisan. Saiz tulisan anda juga penting kerana jika saiz tulisan anda terlalu kecil ia membuatkan orang tidak jelas dan jika terlampau besar ia membuatkan kad perniagaan anda kelihatan kurang menarik dan tidak

- 12-

professional. Jadi saiz tulisan anda perlulah bersesuaian dengan saiz kad anda. Saya cadangkan anda meletakkan saiz 9mm atau 10mm dan tulisan yang tebal.

Apa Yang Perlu Ada Dalam Kad Perniagaan.


1. Gambar atau logo. Jika anda hendak memberi daya tarikan yang lebih menarik pada kad anda, anda perlu meletakan gambar yang bersesuaian dengan perniagaan yang sedang anda lakukan. Contohnya anda berniaga ubat-ubatan, jadi gambar yang perlu anda letakkan gambar ubatan yang anda tawarkan. Jika anda mempunyai logo, jadi anda gantikan gambargambar lain dengan logo anda kerana ianya akan memberi daya penarik yang lebih tinggi.

2. Maklumat peribadi/perniagaan. Maklumat yang perlu ada pada kad perniagaan anda adalah nama anda, alamat syarikat anda atau tempat perniagaan anda, nombor telefon , alamat email anda dan website anda (penting bagi yang melakukan perniagaan secara online).

3. Bina slogan. Membina slogan ini penting kerana di sini anda boleh member kesan kepada prospek anda samada untuk menghubungi anda ataupun tidak. Jadi slogan ini sama jugak dengan surat jualan. Kalau anda gunakan ayat-ayat maut, tentunya prospek akan beli produk anda. Faham maksud sayakan? Bagus!

- 13-

BAB 4
Cara Penggunaan Kad Perniagaan

- 14-

Cara penggunaan kad perniagaan dengan berkesan


Sebelum keluar dari rumah, pastikan kad perniagaan anda berada dengan anda. Dalam poket ke dalam dompet ke Dan jadikan kad perniagaan kad penting seperti kad pengenalan atau lesen memandu anda. Apabila anda menemui seseorang dalam sesuatu majlis (tidak kira majlis kawin atau majlis perasmian), perjumpaan perniagaan, semasa sedang berjalan atau perjumpaan ape saja , berikan sapaan. Contohnya assalamualaikum bagi orang Islam atau hai dan sebagainya. Anda ajak bersembang dan di situ anda boleh menghulurkan kad anda (peringatan jika waktu orang bergembira atau bersedih jangan cerita lagi tentang perniaagaan anda, hanya hulurkan kad perniagaan anda sahaja pada masa anda hendak berlalu). Jika anda yang menerima kad dari seseorang, ucapkan terima kasih. Teliti dahulu pada kad perniagaan yang anda terima, depan dan belakang. Banyak bertanyakan dahulu apa yang pernigaan prospek itu buat. Bagi ia gembira dahulu selepas itu baru anda mengeluarkan kad perniagaan anda dan anda pulak yang bercerita tentang perniagaan anda. Prospek yang sudah menerima kad daripada dan berminat dengan kad perniagaan anda mungkin banyak persoalan tentang perniagaan anda, jadi anda perlu bersiap sedia dan mengetahui lebih dalam tentang perniagaan anda, anda mungkin bertemu dengan pakar atau ahli perniagaan yang mahir yang ingin mengetahui perniagaan

- 15-

yang sedang anda jalankan. Perkara ini tidak mustahil jika anda pergi ke majlismajlis perniagaan atau pameran-pameran perniagaan. Meletakkan kad nama anda pada bil-bil pembayaran bulanan seperti bil elektrik, bil air bil astro dan sebagainya. Anda mungkin kata mengarut, tetapi tahukah anda orang di Amerika berjaya membuat seperti ini? Anda tentu tahu orang yang menerima pembayaran bil anda pasti tertarik dengan kad anda, jika perniagaan anda sesuatu yang dicari-carinya atau kawannya atau keluarganya selama ini. Anda tentu tahukan situasi pekerjaan di pejabat? Sebaran dari mulut ke mulut adalah suatu pemasaran yang paling berkesan. Jadi apa lagi jika membayar bil, selitkan kad anda pada bil tersebut.

Walaupun anda yang menghulurkan kad nama, anda perlulah meminta juga dari prospek . Jika prospek anda memberi kad kepada anda, terima dan buatlah seperti yang kad prospek anda begitu berharga pada anda. Jangan pula anda hanya melihat dalam 1 hingga 2 saat dan terus simpan. Kad anda pun akan jadi seperti itu juga dan prospek tidak akan menghargainya. Jadi selepas anda menerima dan meneliti apa yang ada pada kad prospek anda, simpan dalam dompet anda kerana dalam dompet anda tempat menyimpan duit yang beribu-ribu jadi prospek beranggapan yang kad perniagaan dia berada pada tempat berharga dan membuatkan dia berasa penting. Anda jangan sombong atau angkuh dengan perniagaan yang anda lakukan. Berikan kad perniagaan anda kepada sesiapa pun yang anda jumpai. Terutama sekali ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Walaupun mereka sudah mengetahui apa yang anda lakukan, mereka akan rasa dihargai oleh anda dan tidak mustahil akan

- 16-

menolong anda dalam memperkenalkan perniagaan anda pada kawan-kawan yang lain. Saya tahu kebanyakan dari orang-orang yang mempunyai kad perniagaan ini hanyalah untuk menunjuk dan bukan sebagai salah satu Betulkan apa yang saya katakan? Meminta soalan daripada prospek anda selepas dari kad perniagaan anda diberikan. Orang akan merasa lega jika ada soalan yang bermain-main dalam fikirannya dapat dilepaskan dengan soalan-soalan yang boleh diajukan terus kepada anda. Anda mesti pernah juga mengalami perasaan sepeti ini kan? Anda juga mesti tahu jika soalan tidak dapat diajukan anda akan merasa kecewa. Anda juga perlu menjawab dengan layanan yang ikhlas. Jangan menjawab secara sambil lewa . Jika anda selalu menghadiri pertemuan seperti seminar atau sebagainya, ia adalah satu kelebihan kepada anda kerana waktu ini anda berpeluang mengeluarkan kad anda dan anda akan nampak lebih bersungguh-sungguh dalam melakukan perniagaan anda. Secara tidak langsung, anda akan bertambah diyakini. Walaupun anda ada banyak persaingan, inilah dinamakan rahsia disebalik kad perniagaan! Kad perniagaan ini juga berguna jika anda hendak mencari sponsor untuk bisnes perniagaan anda. Anda akan menulis proposal tentang perniagaan yang anda lakukan. Jadi anda perlu sertakan sekali kad perniagaan anda pada proposal tersebut. Anda faham maksud saya? Ok, saya terangkan. Jika sponsor anda tidak menerima untuk membiayai anda, anda tidak akan rugi kerana anda telah mendapat prospek yang bernilai besar. Saya kata bernilai besar kerana anda mestilah mencari sponsor yang terbaik, jadi di situlah nilai yang besar pada kad perniagaan. Kad perniagaan juga perlu mempunyai slogan, kerana ia juga akan memberi impak kepada prospek. Slogan yang anda buat mestilah menggunakan ayat-ayat maut pemasaran mereka.

- 17-

yang boleh terasa sampai ke dalam hati pembaca iaitu prospek anda. Jangan pula anda membina slogan yang maut tetapi perniagaan yang anda buat tidak sama dengan slogan anda.

Anda juga boleh membuat kad anda berbeza dengan kad perniagaan yang biasa. Kad perniagaan yang berbeza maksud saya adalah kad yang mempunyai tarikan yang tersendiri seperti bentuk kad. Jika anda seorang doktor gigi contohnya, anda boleh meletakkan lekuk-lekuk gigi pada kad perniagaan anda. Ia boleh memberikan daya ingatan yang kuat pada prospek anda kerana keunikan yang telah anda buat. Jangan jadikan kad bisnes anda sesuatu yang membosankan. Apa kata anda mencuba sesuatu yang baru pada kad perniagaan anda, kerana ia boleh memberi impak yang tinggi pada perniagaan anda.

- 18-

BAB 5
Kad Perniagaan Untuk Blogger

- 19-

Kenapa Blogger Harus Memiliki Kad Perniagaan?


Blogger yang serius dan professional dalam membuat blog, harus mempunyai kad perniagaan untuk dibawa ke mana sahaja. Ini kerana blog pada masa sekarang telah menjadi suatu informasi yang berguna kepada masyarakat. Blog menjadikan masyarakat lebih dekat dengan blogger. Dengan kad perniagaan anda boleh menarik pelawat yang sama dan tentunya anda boleh menjana kewangan dengan blog anda , Maka ini adalah salah satu alat pemasaran yang paling mudah yang dapat anda gunakan. Anda juga akan mendapat pelawat blog yang tepat dengan niche blog anda.

Niche blog yang sesuai untuk kad perniagaan:

1. Teknologi 2. Makanan 3. Politik 4. Psikologi 5. Telekomunikasi (Handphone) 6. Fotografi 7. Pernikahan 8. Fesyen 9. Motivasi 10. Dan apa-apa yang anda rasakan sesuai.

- 20-

Jika anda memiliki kad perniagaan untuk blog anda, Ia adalah satu keunikan pada diri anda kerana tidak ramai yang memiliki kad perniagaan untuk blog, tetapi selalunya hanyalah untuk perniagaan.

- 21-

BAB 6
Kesan Kad Perniagaan

- 22-

Kesan Kad Bisnes Kepada Penerima


Dewasa ini kejayaan dalam perniagaan bukan lagi boleh diukur melalui cara anda bersaing dengan pesaing-pesaing. Sekarang ini kejayaan yang tinggi dapat dicapai dengan cara mendekatkan diri anda dengan pelangggan-pelanggan baru atau pun pelanggan tetap. Dengan cara pemberian kad perniagaan, anda dapat merapatkan hubungan anda dengan pelanggan. Dari 1 kad perniagaan, anda boleh mendapatkan lebih dari 1 pelanggan, mungkin puluhan atau mungkin juga ratusan. Kenapa saya cakap begitu? Kerana setiap manusia mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang yang rapat dengannya seperti ibubapa dan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama. Jadi di situlah anda dapat menambah bilangan pelanggan anda. Saya harap anda faham di situ. Kad perniagaan memberi kesan yang begitu tinggi kepada pelanggan anda. Kesan-kesan ini mungkin tidak terfikir oleh anda. Kesankesan tersebut adalah. Kesan pertama Boleh Dipercayaai Jika anda hendak mencari rakan perniagaan atau penaja kepada perniagaan anda, mereka mestilah mengenali anda terlebih dahulu berbanding perniagaan yang anda lakukan. Dari kad perniagaan ini mereka akan tahu anda memang serius dalam perniagaan selepas mereka melihat maklumat dan pergi melawat tempat anda berniaga untuk melihat potensi keuntungan yang bakal mereka akan dapat. Jika perniagaan anda dapat memberikan keuntungan yang tinggi kepada mereka, mereka akan bersetuju dengan anda. Di situ juga anda boleh berkongsi idea-idea dan mendapatkan kepercayaan. Melalui pelanggan anda pula, bila mereka melihat reka bentuk kad perniagaan anda kemas dan cantik, secara tidak langsung kepercayaan akan terus bertandang di hati pelanggan anda.

- 23-

Kesan kedua- Menambahkan Ilmu Dari kad perniagaan ini, anda boleh menimba ilmu secara tidak langsung dan bermanfaat untuk anda kerana anda akan mengetahui cara yang betul untuk berinteraksi dengan pelanggan dan menjadikan pertuturan anda lebih berkesan semasa anda memberikan pemahaman dan maklumat tentang perniagaan anda. Apabila pelanggan faham dengan maklumat perniagaan anda, jadi makin cepat pelanggan akan mendapatkan produk anda. Ada seorang pakar mengatakan satu persefahaman adalah asas bagaimana otak itu membantu anda belajar memperbaiki kebolehan cara anda berinteraksi.

Kesan ketiga- Menjadi Seorang Pendengar Ada juga sesetengah pelanggan yang malu atau segan untuk membeli produk anda, tetapi dengan kad perniagaan, anda akan senang dihubungi dan anda akan menjadi seorang pendengar yang akan memberi layanan selesa kepada pelanggan anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk anda. Dengan layanan ini anda akan boleh menambah strategi dan skil perhubungan yang berkesan. Jika anda dihubungi, jangan pula anda mengelak untuk menjawab. Kerana pelanggan itu adalah keuntungan kepada anda.

- 24-

BAB 7
Jenis Percetakan
Offset vs Digital

- 25-

Jenis-Jenis percetakan
Artikel sebelumnya banyak menceritakan tentang kepentingan kad perniagaan. Pada artikel ini pula akan menceritakan tentang jenis-jenis percetakan pada kad perniagaan. Kenapa saya menceritakan tentang percetakan? Kerana ia amat penting untuk memilih kualiti kad perniagaan anda. Percetakan kad perniagaan ada 2 jenis iaitu offset dan digital. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Di bawah saya ada ceritakan serba sedikit tentang apa itu cetakan offset dan cetakan digital. Mungkin anda kurang faham tentang proses percetakan ini. Itu tidak mengapa. Anggap ia sebagai pengetahuan.

Cetakan Offset Selepas rekabentuk sesuatu kad perniagaan sudah siap dan telah pun disemak (proofing) tiba masanya untuk proses mencetak . Secara ringkasnya, proses percetakan offset adalah seperti berikut: * Persiapan bahan kertas mengikut permintaan pelanggan (saiz dan jenis kertas) * Pisah warna (color separation): proses ini adalah wajib untuk sesuatu percetakan offset dengan print rekabentuk (design) yang telah siap dibuat ke atas filem mengikut warna-warna asas iaitu Cyan, Magenta, Yellow dan Black (CMYK)

- 26-

* Membuat Plate: filem yang telah diprint tadi akan dilekatkan pada plate aluminium dan akan dimasukkan ke dalam alat khas. Setelah proses ini selesai, imej yg berada pada filem tadi akan terhasil pada plate aluminium pula. * Proses cetak: setelah plate siap, plate2 ini akan dipasang pada mesin cetak mengikut warna untuk proses mencetak. Selalunya semua proses ini akan mengambil masa 1-2 jam untuk bahan cetak berjumlah 1000 helai.

Cetakan Digital Secara keseluruhannya teknologi digital adalah berbeza dengan offset. Selalunya teknologi digital ini menggunakan dakwat atau toner yang terletak di dalam cartridge. satu cartridge mempunyai satu warna. Jadi, setiap mesin cetak digital akan mempunyai 4 toner cartridge mengikut warna-warna asas (CMYK). Untuk menghasilkan imej mukasurat yang pertama selalunya ia akan mengambil masa yang tidak sampai seminit. Teknologi ini memudahkan proses percetakan dan berkeupayaan menghasilkan bahan cetak dalam masa yang singkat. Kenapa perlu kepada teknik cetakan offset sedangkan cetakan digital lebih cepat dan senang? Ok, ini jawapannya. Cetakan digital hanya sesuai digunakan untuk mencetak bahan cetak dalam kuantiti yg sedikit. Sekiranya jumlah bahan cetak itu menjangkau angka ribu atau puluh ribu, di sinilah kelebihan mesin cetak offset! Tahukah anda ahkbar juga dicetak menggunakan teknologi offset? :)

- 27-

BAB 8
Tentang Kami

- 28-

Xtremedia ditubuhkan pada tahun 2004 dibawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956, (Pindaaan 2001) dengan nama XTREMEDIA ENTERPRISE. Syarikat ini beralamat di 366-E Bunut Payong, Batu 2 1/2 Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu Kelantan. Syarikat ini telah diasas dan ditubuhkan oleh En. Muhammad Razif selaku tuan punya perniagaan. Beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat ijazah ( B.H.Sc. (Hons), IIUM ) dan seterusnya mendalami ilmu perniagaan dengan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh badanbadan kerajaan dan juga swasta. Setelah beroperasi selama lebih kurang 5 tahun, Xtremedia telah mendapat kepercayaan dari banyak pihak seperti Tabung Haji, syarikat-syarikat pelancongan, syarikat-syarikat insuran, sekolah-sekolah dan syarikat persendirian kerana kualiti kerja yang memuaskan serta memenuhi kehendak pelanggan hasil kerja dari graphic designer yang berpengalaman dan terlatih.

Jutaan terima kasih kerana membantu dan menyokong perkhidmatan kami.

- 29-

Kesimpulan Kad bisnes menyimpan maklumat hubungan tentang diri anda dan perniagaan anda. Ia merupakan salah satu teknik pemasaran yang paling ekonomi dan berkesan. Anda boleh mengagihkan kad bisnes anda kepada bakal pelanggan anda supaya mereka boleh menghubungi anda dengan mudah. Walaupun ianya kecil, namun jika direkabentuk dengan baik dan menarik akan memberi impak yang besar kepada perniagaan anda. Bertindak sebagai agen kepada perniagaan anda, ianya boleh membantu meluaskan identiti anda. Dengan kami, anda boleh menempah kad bisnes menggunakan khidmat Internet 100%. Dengan pereka bentuk profesional serta cetakan offset yang berkualiti, kepuasan anda adalah jaminan kami. Di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran terus ke pintu rumah anda secara PERCUMA, anda tentu dapat menjimatkan masa dan kos! Di Cheapest-BusinessCard.com, kami komited membantu anda!

- 29-

Harga setiap Kad kami


Ciri-Ciri Pemukaan Single Sided
YES YES YES YES

Lamination Double Sided Tiada


YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES YES

Harga

Ada
RM 80.00 RM 95.00 RM 90.00 RM 105.00 RM 90.00 RM 105.00 RM 100.00 RM 115.00 RM 110.00 RM 125.00 RM 120.00 RM 135.00 RM 115.00 RM 145.00 RM 150.00 RM 180.00 RM 130.00 RM 165.00 RM 170.00 RM 195.00 RM 135.00 RM 165.00 RM 170.00 RM 200.00 RM 115.00 RM 145.00 RM 150.00 RM 180.00 RM 135.00 RM 165.00 RM 170.00

1 orang x 300 unit

1 orang x 500 unit

YES YES

1 orang x 1000 unit

YES YES

2 orang x 500 unit

YES YES

2 orang x 1000 unit

YES YES

4 orang x 300 unit

YES YES

5 orang x 100 unit

YES YES

5 orang x 200 unit

YES YES

Bandingkan harga yang kami tawarkan. Segala kos penghantaran adalah PERCUMA! http://www.cheapest-businesscard.com/tempahan.html

- 30-

Contoh-contoh Kad Perniagaan

- 31-

Anda mungkin juga menyukai