Anda di halaman 1dari 5

Perkara PENGUMUMAN AWAL

KETIBAAN GURU-GURU

Keterangan Perhatian..Minta kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan Majlis Sambutan Hari Guru akan berlangsung sebentar lagi. Terima kasih. Rakan-rakan pelajar sekalian, marilah sama-sama kita memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua guru SMK Subang Bestari.

Catatan

Jalan ke darat berpilin-pilin Cuaca redup menawan duka Guru ibarat cahaya lilin Menyuluh hidup tiap ketika.

Istana kota sebelas tingkat Tempat baharu nakhoda pekan Sama kata sama sepakat Hari guru mari raikan. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi. Yang Berusaha Hjh Ruslina Bt Salleh, Pengetua SMK Subang Bestari Puan Badariatul Jamal B Mohd Hasnan, Penolong kanan Puan aliah Bt Ngah Tasir, Penolong Kanan Kokurikulum Cik Naganantany a/p Sinchiah, Penyelaras pendidikan khas Warga pendidik, kakitangan SMK, barisan pengawas dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru.

PEMBUKAAN

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan insan yang amat kita sanjungi dalam Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat SMK Subang Bestari bagi tahun 2011. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara Sebagai pembuka tirai, majlis pada hari ini. Dijemput para guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan lagu negaraku.

NYANYIAN

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin yang Dihormati, Bagi memberkati majlis pada pagi ini. Dipersilakan UStaz Hazlan Bin Omar untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakan ucapan terima kasih kepada Ustaz Hazlan diatas bacaan doa itu tadi. Anak kecil pergi berburu, Tidak terbiasa dengan kerja yang sia, Dari kecil di asuh guru, Agar dewasa menjadi manusia.

Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis menjemput perwakilan ketua pengawas selaku ketua murid SMK Subang Bestari Muaz bin Roslan untuk menyampaikan ucapan khas sempena hari guru. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Muaz atas ucapan sebentar tadi.

Putik baru mekar di laman, Kembang hidup kumbang terikat, Hargaiku sepanjang zaman, Agar hidup beroleh berkat. Para hadirin sekalian, seterusnya Majlis menjemput apula Prof. Dr. Dato Yang Dipertua PIBG mewakili ibu bapa untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

UCAPAN YDP PIBG

PEMBACAAN PERUTUSAN HARI GURU

Terima kasih diucapkan kepada (Ketua PIBG) atas ucapan itu tadi. Warga Subest sekalian, seterusnya dijemput pula Encik Nor Azman bin Md Hassan untuk membacakan teks ucapan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. . Terima Kasih Diucapkan. Seterusnya pula majlis menjemput Puan Aliah Bt Ngah Tasir untuk membacakan teks ucapan Menteri Pelajaran Malaysia .Dipersilakan. Terima Kasih diucapkan kepada Puan Aliah Bt Ngah Tasir.

Angin menderu dengan sepoinya, Di anak tangga duduk berperikan, Kasih guru akan muridnya, Masa dan tenaga rela korbankan. Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan Bonda Hajah Ruslina Bt. Salleh Pengetua SMK Subang Bestari bagi menyampaikan ucapan sempena perayaan hari guru depersilakan.. .. Terima Kasih di ucapkan kepada Puan Pengetua di atas ucapan itu tadi. Baiklah Hadirin Hadirat sekalian majlis kini menjemput Encik Rozhan bin Zakaria mengetuai bacaan ikrar guru. Mohon para guru berdiri di pentas. dan selepas itu, kita akan diperdengarkan oleh para guru nyanyian lagu hari guru. Lagu Guru Gemilang dan Kami Guru Malaysia. Guru-guru dan warga SUBEST sekalian. Seterusnya majlis mempersilakan Bonda Hajah Ruslina bt. Salleh, diiringi bersama Penolong Kanan-Penolong Kanan serta Ketua Bidang Ketua Bidang tampil naik ke pentas untuk acara memotong kek. Majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada para guru diatas kerjasama yang diberikan.

UCAPAN PUAN PENGETUA SMK SUBANG BESTARI

IKRAR HARI GURU

UPACARA PEMOTONGAN KEK HARI GURU

Penyampaian Hadiah Guru-guru dan warga SUBEST sekalian, untuk pengetahuan sempena hari guru pada tahun 2011 ini, penganjur telah mengadakan pelbagai anugeruh khas untuk memilih guru-guru bagi

memenangi anugerah khas tersebut. Pemilihan pemenang berdasarkan undian murid-murid dan sms. (TENTUKAN SIAPA YANG MENYAMPAIKAN ANUGERAH
Cikgu, saya perlukan teks ucapan untuk penyampaian anugerah, hadiah permainan, persembahan dan penutup. Harap cikgu dapat bantu. Ini tentatif program untuk rujukan cikgu.

7.30 pg

Perhimpunan Khas Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Selangor Nyanyian Lagu Sekolah Bacaan doa Ucapan Wakil Pelajar Ucapan YDP PIBG Pembacaan Perutusan Hari Guru Perutusan KPPM Perutusan Menteri Pelajaran Ucapan Puan Pengetua SMKSUBEST Ikrar Hari Guru Nyanyian Lagu Guru Malaysia Lagu Tema Hari Guru 2011 Pemotongan Kek Hari guru Penyampaian hadiah kepada guru-guru Rehat guru dan pelajar Sukaneka Persembahan pelajar Penyampaian hadiah untuk sukanekaq Bersurai

7.40 pg 7.45 pg

7.55 pg

8.25 pg 8.40 pg

8.55 pg 9.00 pg 9.30 pg 10.00 pg 11.00 pg 12.45 tgh 1.05 ptg

Anda mungkin juga menyukai