Anda di halaman 1dari 13

PROSEDUR PENDAFTAR PEMINDAHAN PEMILIKAN TANAH

(Pemindahan Kerana Penjualan atau Pemberian Percuma) Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan: 1. Geran hak milik tanah (bebas daripada segala sekatan). 2. Bukti pembayaran hasil tanah bagi tahun semasa resit bayaran. 3. Borang 14A Kanun Tanah Negara.(dijual di kaunter pejabat tanah dengan harga RM2.00 satu set dan perlu diisi sendiri oleh pelupus atau penerima milik tanah) 4. Kad-kad pengenalan pemilik-pemilik tanah. 5. Kad-kad pengenalan penerima-penerima pindah milik tanah. Prosedur: (Peringatan: Hanya pen dakwat basah boleh digunakan semasa mengisi semua borang.) 1. Attestation (menandatangan Borang 14A) mesti disempurnakan oleh kedua pihak di hadapan pengadil yang diwartakan DO, ADO, Peguambela dan Peguamcara, hakim. 2. Borang 14A yang telah disempurnakan mesti diserah kepada pihak Pendaftar Tanah tidak lewat daripada 3 bulan selepas tarikh penyempurnaan Attestation. 3. Setiap lot yang akan dipindah milik memerlukan satu Borang 14A jika tuan punya tanah yang asal merupakan orang yang berlainan. 4. Perlu mendapat anggaran nilai tanah yang berubah milik semasa oleh pihak penilaian di Pejabat Tanah berkenaan (S.O.); jika jumlah melebihi RM200,000.00, perlu mendapat penilaian oleh Pejabat Penilian setempat. 5. Pihak penerima pindah milik (lazimnya) akan menanggung segala kos yang berkaitan dengan pemindahan milik ini seperti berikut:1% nilai tanah berkaitan semasa dalam bentuk setem hasil yang hanya boleh dibeli di Pejabat Pos. Setem-setem hasil ini perlu ditampal di ruang berkaitan di atas Borang 14A. 6. Pihak penerima pindah milik (lazimnya) juga akan menanggung kos Bayaran Pendaftaran bagi setiap lot.(kadarnya ialah RM50.00 jika nilai tanah di bawah RM10000.00 dan RM120.00 jika nilai tanah di antara RM10000.00 dan RM50000.00) 7. Geran hak milik perlu diserah kepada bahagian Pendaftaran Tanah bersama Borang 14A yang telah disempurna dan disetemkan berserta resit bayaran pendaftaran untuk urusan pendaftaran. 8. Lazimnya proses pendaftaran oleh pihak Pendaftaran Tanah mengambil masa di antara 2 minggu hingga satu bulan.

PROSEDUR MENDAFTAR TUNTUTAN PESAKA KECIL


(Nilai Harta Peninggalan si mati Di Bawah RM1,000.000.00 )Sekiranya Nilai Harta Melebehi RM1,000.00.00 Tuntutan Pesaka Hendaklah Difailkan Di mahkamah Tinggi) Penyediaan:-Dapatkan semua cabutan harta tak-alih seperti cabutan pemilikan tanah dan rumah, serta kenyataan harta mudah alih seperti pemilikan saham, penyatan bank-bank, perniagaan, kenderaan dan sebagainya. Senaraikan semua ini di dalam borang tuntutan pesaka kecil, yang boleh diperolehi di pejabat-pejabat daerah. Senaraikan juga anak-anak pesaka serta dapatkan salinan fotostat Mykad mereka di ruangan berkaitan di dalam borang yang sama. Taraf anak pesaka:A) Isteri-isteri/suami, ibu dan ayah, anak-anak lelaki dan perempuan si mati, yang masih hidup. - Bahagian pesaka: 1. Ibu dan ayah berkongsi 1/6 2. Isteri-isteri - berkongsi 1/8 3. Setiap anak lelaki 2 bhg. 4. Setiap anak perempuan 1 bhg. B) Di mana si mati tidak mempunyai anak lelaki, anak-anak pesakanya ialah ibu dan ayah dan anak-anak perempuan serta saudara lelaki dan perempuan - Bahagian Pesaka: 1. Ibu ayah dan isteri-isteri spt di atas. 2. Anak-anak perempuan berkongsi dpd baki. 3. Saudara-saudara lelaki dan perempuan berkongsi daripada baki. C) Dimana si mati tidak mempunyai anak pembahagian harta peninggalannya ialah:1. Isteri-isteri berkongsi 1/8 daripada harta. 2. Ibu bapa berkongsi 1/3 dari pada harta. 3. Saudara-saudara lelaki dan perempuan berkongsi sama banyak bakinya. Pembahagian di atas setelah ditolak segala hutang dan wasiat si mati, dan ini mengikut hukum faraid. Sekiranya anak pesaka terutama anak lelaki redha harta boleh dibahagi sama banyak kecuali untuk isteri si mati. Mana-mana anak pesaka yang redha tidak menuntut pesaka boleh berbuat demikian dengan mengisi borang tertentu dan mengakuinya di hadapan Pengadil dan dia tidak akan dipanggil menghadiri perbicaraan pesaka ini

PENGERTIAN FARAID Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah: 1. Tanah 2. Bangunan (rumah). 3. Barang kemas (emas, perak dll). 4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak). 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah. 1. Ashabul-Furud Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu. 2. Asabah Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu: (a) Asabah Binafsih (b) Asabah Bil Ghoir (c) Asabah Maal Ghoir. (a) Asabah Binafsih Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa. (b) Asabah Bil Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan). 3. Dhawil-Arham Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu: Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman. (a) Hijab Nuqshon Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu. (b) Hijab Hirman Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11) Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masingmasingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa : 11)

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 12) Dan bagimu (para suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh satu perempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan bapa dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu sahaja) atau seorang saudara perempuan (seibu sahaja), maka bagi masing-masing dari kedua-dua jenis saudara itu satu perenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang satu pertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudarat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang sedemikian itu sebagai) syariat yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun. (an-Nisa :12)

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 176) Mereka meminta fatwa kepada kamu (tentang kalaalah). Katakanlah Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalaalah (iaitu): jika seorang meninggal dunia, dan dia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang lelaki, mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika dia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi kedua-duanya dua

pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri daripada) saudara lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara lelaki sebanyak dua bahagian saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu supaya kamu tidak sesat. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (an-Nisa : 176)

SENARAI AHLI-AHLI WARIS YANG LAYAK MENERIMA HARTA PUSAKA Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki seperti berikut: 1. Anak lelaki 2. Cucu lelaki dari anak lelaki 3. Bapa 4. Datuk 5. Saudara lelaki seibu sebapa 6. Saudara lelaki sebapa 7. Saudara lelaki seibu 8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa 9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa 10. Bapa saudara seibu sebapa 11. Bapa saudara sebapa 12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa 13. Sepupu dari bapa saudara sebapa 14. Suami 15. Hamba sahaya Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu: 1. Bapa 2. Anak lelaki 3. Suami Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Nenek sebelah ibu 5. Nenek sebelah bapa 6. Saudara perempuan seibu sebapa 7. Saudara perempuan seibu 8. Saudara perempuan sebapa 9. Isteri 10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak: 1. Anak perempuan 2. Cucu perempuan dari anak lelaki 3. Ibu 4. Saudara perempuan seibu sebapa 5. Isteri Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut: 1. Bapa 2. Ibu 3. Anak Lelaki 4. Anak Perempuan 5. Suami/Isteri

GAMBARAJAH HIRARKI WARIS YANG LAYAK Carta Waris ini adalah berdasarkan 25 waris yang layak di faraidkan. Klik pada kotak untuk mendapat penerangan lanjut...

Sila klik pada kotak berkaitan untuk melihat penerangan lanjut mengenai waris

1-Nenek Ibu dan nenek Bapa Si Mati mendapat 1/6 daripada harta peninggalan(dibahagi sama rata). Ibu dapat menghalangi Nenek Ibu dan Nenek Bapa manakala Bapa hanya dapat menghalang Nenek Bapa sahaja daripada mendapat harta peninggala. 2-Bapa sebelah ibu kepada simati tidak termasuk dalam 25 ahli waris yang layak difaraidkan.
3-Nenek Ibu dan Ibu kepada Bapa Si Mati mendapat 1/6 daripada harta peninggalan (dibahagi sama rata). Ibu dapat menghalangi Nenek Ibu dan Nenek Bapa manakala Bapa hanya dapat menghalang Nenek Bapa sahaja daripada mendapat harta peninggalan. 4-Bapa kepada bapa si mati atau datuk si mati mendapat bahagian sepertimana bahagian bapa. Dihalang oleh bapa kecuali apabila bersama dengan saudara-saudara .

5-Ibu Si Mati mendapat 1/6 dari harta peninggalan jika Si Mati mempunyai anak atau anak kepada Anak
Lelaki atau terdapat dua orang saudara atau lebih. Ibu mendapat 1/3 jika Si Mati tidak mempunyai anakdan anak kepada anak lelaki dan juga bilangan saudara si mati kurang dari dua. 6-Bapa mendapat 1/6 dari harta peninggalan jika ada bersamanya Anak Lelaki Si Mati atau

Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati. Bapa mendapat baki jika tiada bersamanya anak dan anak kepada anak lelaki(sama lelaki atau perempuan). Bapa mendapat 1/6 dan baki jika ada bersamanya anak perempuan atau Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati 7-Saudara Lelaki Kandung Bapa, pembahagiannya adalah ashobah binafsih. Akan mahjud(terhalang) apabila Si Mati meninggalkan Anak Lelaki, Cucu Lelaki(Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati), Bapa, Datuk, Saudara Lelaki kandung, Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Perempuan Kandung apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan, Saudara Perempuan Sebapa apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan(Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati), Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung dan Anak Lelaki Saudara Lelaki Sebapa. 8-Saudara Lelaki Sebapa bapa, pembahagiannya adalah ashobah binafsih. Akan mahjud(terhalang) apabila Si Mati meninggalkan Anak Lelaki, Cucu Lelaki(Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati), Bapa, Datuk, Saudara Lelaki Kandung, Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Perempuan Kandung apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan, Saudara Perempuan Sebapa apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan(Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati), Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung, Anak Lelaki Saudara Lelaki Sebapa Si Mati dan Saudara Lelaki Kandung Bapa. 9-Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung Bapa, pembahagiannya adalah ashobah binafsih. Akan mahjud(terhalang) apabila Si Mati meninggalkan Anak Lelaki, Cucu Lelaki(Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati), Bapa, Datuk, Saudara Lelaki Kandung, Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Perempuan Kandung apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan, Saudara Perempuan Sebapa apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan(Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati), Anak

Lelaki Saudara Lelaki Kandung, Anak Lelaki Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Lelaki Kandung Bapa dan Saudara Lelaki Sebapa Bapa. 10-Anak Lelaki Saudara Lelaki Sebapa Bapa, pembahagiannya adalah ashobah binafsih. Akan mahjud (terhalang) apabila ada Anak Lelaki, Cucu Lelaki (Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati), Bapa, Datuk, Saudara Lelaki Kandung, Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Perempuan Kandung apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan, Saudara Perempuan Sebapa apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan(Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati), Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung, Anak Lelaki Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Lelaki Kandung Bapa, Saudara Lelaki Sebapa Bapa atau Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung Bapa. 11-Saudara Lelaki dan Perempuan Seibu akan mendapat 1/6 dari harta peninggalan jika seorang dan mendapat 1/3 dari harta peninggalan (dibahagi sama rata) jika dua orang atau lebih(dicampur bersama lelaki dan perempuan). 12-Saudara Perempuan Sebapa akan mendapat 1/2 dari harta peninggalan jika seorang dan mendapat 2/3 dari harta peninggalan jika dua orang atau lebih(dengan syarat tiada waris yang dapat menghalanginya untuk mendapatkan harta). Akan mengambil baki harta apabila ada bersamanya Anak Perempuan atau Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati. Akan ditaksibkan oleh Saudara Lelaki Sebapa apabila Si Mati juga meninggalkan Saudara Lelaki Sebapa dengan nisbah 2:1, dengan dua bahagian untuk Saudara Lelaki Sebapa dan satu bahagian untuk Saudara Perempuan Sebapa. Dihalang dari mendapat harta oleh Anak Lelaki Si Mati, Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati, Bapa kepada Si Mati dan juga Saudara Lelaki Kandung Si Mati, seorang Saudara Perempuan Kandung yang ditaksibkan, dua orang atau lebih Saudara Perempuan Kandung apbila tidak ada bersamanya Saudara Lelaki Sebapa yang akan mentaksibkannya. 13-Saudara Perempuan Kandung Si Mati akan mendapat 1/2 dari harta peninggalan jika seorang, akan mendapat 2/3 dari harta peninggalan jika dua orang atau lebih. Akan mendapat baki harta jika ada bersamanya Anak Perempuan atau Anak Perempuan kepada Anak Lelaki. Akan ditaksibkan oleh Saudara Lelaki Kandung jika Si Mati terdapat Saudara Lelaki Kandung dengan dua bahagian untuk Saudara Lelaki Kandung dan satu bahagian untuk Saudara Perempuan Kandung. Dihalang oleh Anak Lelaki, Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati atau Bapa. 14-Saudara Lelaki Kandung Si Mati adalah dari golongan ahli waris yang asabah. Jadi tiada bahagian yang tetap untuk Saudara Lelaki Kandung Si Mati. Kemungkinan tidak dapat akan dapat apa-apa bahagian dari harta peninggalan sekiranya tidak ada baki harta setelah diambil oleh golongan ashabul furud. Dihalang oleh Anak Lelaki, Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati atau Bapa. 15-Saudara Lelaki Sebapa Si Mati adalah dari golongan ahli waris yang asabah. Jadi tiada bahagian yang tetap untuk saudara Lelaki Sebapa Si Mati. Kemungkinan tidak dapat akan dapat

apa-apa bahagian harta peninggalan sekiranya tidak ada baki harta setelah diambil oleh ashabul furud. Didinding oleh Anak Lelaki Si Mati, Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati, Bapa atau Saudara Lelaki Kandung Si Mati. 16-Saudara Lelaki dan Perempuan Seibu akan mendapat 1/6 dari harta peninggalan jika seorang dan mendapat 1/3 dari harta peningglan jika dua orang atau lebih (dibahagi sama rata). 17-Anak lelaki Saudara Lelaki Sebapa, pembahagiannya adalah ashobah binafsih. Akan mahjud(terhalang) apabila Si Mati meninggalkan Anak Lelaki, Cucu Lelaki(Anak Lelaki kepada Anak Lelaki), Bapa, Datuk, Saudara Lelaki Kandung, Saudara Lelaki Sebapa, Saudara Perempuan Kandung apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan(Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati), Saudara Perempuan Sebapa apabila menerima ashobah maal ghoir berserta Anak Perempuan atau Cucu Perempuan(Anak Perempuan kepada Anak Lelaki si mati), Saudara Lelaki Kandung, Saudara Lelaki Sebapa dan juga Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung. 18-Anak Lelaki Saudara Lelaki sebapa, pembahagiannya adalah ashobah binafsih. Akan mahjud(terhalang) apabila ada anak lelaki, cucu lelaki(anak lelaki kepada anak lelaki si mati), bapa, datuk, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, saudara perempuan kandung apabila menerima ashobah maal ghoir berserta anak perempuan atau cucu petrempuan, saudara perempuan sebapa apabila menerima ashobah maal ghoir berserta anak perempuan atau cucu perempuan(anak perempuan kepada anak lelaki si mati), Saudara Lelaki Kandung, Saudara Lelaki Sebapa dan juga Anak Lelaki Saudara Lelaki Kandung Si Mati. 19-Tiada penerangan lanjut.. 20-Anak Perempuan akan mendapat 1/2 dari harta peninggalan jika seorang, mendapat 2/3 dari harta peninggalan jika dua orang atau lebih(dibahagi sama rata). Apabila bersamanya seorang Anak Lelaki atau lebih, maka ia akan ditaksibkan oleh Anak Lelaki tersebut dengan dua bahagian untuk Anak Lelaki dan satu bahagian untuk Anak Perempuan. 21-Anak Lelaki adalah dari golongan ahli waris yang asabah. Jadi tiada bahagian yang tetap untuk anak
lelaki. Kemungkinan tidak dapat akan dapat apa-apa bahagian harta peninggalan sekiranya tidak ada baki harta setelah diambil oleh ashabul furud. 22-Anak Perempuan kepada Anak Lelaki Si Mati mendapat 1/2 dari harta peninggalan jika seorang dan mendapat 2/3 dari harta jika dua orang atau lebih. Apabila ada bersamanya seorang anak perempuan ia akan mengambil faraid sebanyak 1/6. Dihalang dari mendapat harta oleh Anak Lelaki Si Mati atau Anak Perempuan Si Mati jika Anak Perempuan tersebut lebih dari dua orang 23-Anak lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati adalah dari golongan ahli waris yang asabah. Jadi

tiada bahagian yang tetap untuk Anak Lelaki kepada Anak Lelaki Si Mati. Kemungkinan tidak dapat apa-apa bahagian harta peninggalan sekiranya tidak ada baki harta setelah diambil oleh ashabul furud. Didinding oleh Anak Lelaki Si Mati.

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak.. Bahagian Diperolehi 1/2 1/4 Suami kepada simati Tidak mempunyai anak ATAU Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian diperolehi 1/4 1/8

Isteri kepada simati Tiada anak ATAU Tiada cucu dari anak lelaki Mempunyai anak ATAU Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi 1/2 2/3 ASABAH BIGHAIRIH

Anak Perempuan Simati Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Bahagian Diperolehi 1/2 2/3 1/6

Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

ASABAH BIGHAIRIH

Bahagian Diperolehi 1/6

Bapa Simati Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari

anak lelaki 1/6 dan Asabah ASABAH Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi 1/6

Ibu Kepada Simati Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa

1/3

1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

Bahagian Diperolehi 1/2 2/3 ASABAH Terhalang oleh

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk. disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi 1/2

Saudara Perempuan Sebapa Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang

2/3

1/6 Asabah

menjadikannya Asabah Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk 1. Bapa 2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung 3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

Terhalang Oleh

Bahagian Diperolehi 1/6 1/3

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan) Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari Terhalang oleh anak lelaki

Anda mungkin juga menyukai