Anda di halaman 1dari 1

Kenapa dengan si Monica tu? Soal Jilinsia dengan penuh dramatik.

Aku hanya melihat sepintas lalu ke arah Monica dan Harrison. Memang jelas Monica kelihatan seperti cacing kepanasan, namun kepanasan itu tidak dapat melawan kepanasan hati aku pada waktu ini. Jari jemariku menggenggam erat marker pen yang hampir kekeringan ink. Bila la agaknya dia nak beli pen marker untuk kelas ni? Dulu janji nak beli. Cakap tak serupa bikinlah orang tua ni! Bentak hatiku bila melihat wajah lemau En Zanal di di depan. Kau rasa Harrison tu o.k tak Patt? Kali ini Jilinsia bertanya sambil mengangkat-angkat keningnya sambil jarinya mengusap dagu bagai ada janggut di situ. Kelakuannya tak ubah seperti Salleh Kamil, watak geng samseng zaman P. Ramlee. EntahlahKau rasa o.k kah ? Kalau o.k kenapa ? Kali ini giliran aku pula mengangkat-angkat keningku sambil mataku ku jegil sebesar-besar mungkin. Kau ni menakutkan la Patt! jerit Jilinsia sambil ketawa lalu meninggalkan aku termangu-mangu seorang diri. Tiba-tiba aku perasan sepasang mata memerhatikan aku dari arah tepi. Aku terus melihat ke arahnya. Rupa-rupanya Elizaberth sedang termenung panjang. Entah apa yang difikirkannya. Matanya lansung tidak berkelip, menandakan fikirannya jauh melayang. Keadaannya itu lansung tidak memberi kesan kepada Mila yang asyik bercakap di sebelahnya tanpa disedari bahawa sememangnya Mila sedang bercakap seorang diri, bukannya dengan Elizaberth!

Anda mungkin juga menyukai