Anda di halaman 1dari 10

Pola Perubahan + alasan bersama

Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan perubahan kekosongan jawatan mengikut sektor di Malaysia pada tahun 2002
hingga 2004, jelaskan mengapa wujud keadaan sedemikian.

Malaysia: Kekosongan Jawatan Mengikut Sektor Tahun 2002 hingga 2004


Sektor 2002 2003 2004
Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan Jumlah Peratusan
Pertanian, perhutanan 43805 27.77 29048 31.69 1373 2.28
dan perikanan
Perlombongan 321 0.20 121 0.13 47 0.08
Perkilangan 75655 47.96 34977 38.16 17769 29.47
Pembinaan 19001 12.05 3505 3.82 13818 22.92
Perkhidmatan 18954 12.02 24005 26.19 27287 45.26
Jumlah kekosongan 157736 100.00 91656 100.00 60294 100.00
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada LaporanJabatan Tenaga Rakyat, 2004)

CONTOH JAWAPAN: Pola Perubahan + Alasan bersama

Pendahuluan :
Jadual menunjukkan tentang perubahan kekosongan jawatan mengikut sektor di Malaysia pada tahun 2002
hingga 2004.

Isi 1:
Jumlah keseluruhan kekosongan jawatan adalah menunjukkan penurunan secara berterusan antara
tahun 2002 hingga 2004. (Ayat isi) Pada tahun 2002 sebanyak157736 kekosongan jawatan dan terus menurun
pada tahun 2004 menjadi 60294 kekosongan jawatan. Penurunan iniadalah sebanyak 97442 kekosongan atau
61.78%.Penurunan dalam kekosongan jawatan ini disebabkan perkembangan ekonomi dunia yang perlahan dan
kekosongan jawatan ini telah disis oleh graduan yang baru keluar dari pusat pengajian tinggi. (alasan bersama)

Isi 2:
Pola yang meningkat berterusan yang ditunjukkan dalam jadual ini adalah sektor perkhidmatan. (Ayat
isi) Sektor perkhidmatan mempunyai kekosongan jawatan sebanyak 18954 kekosongan pada tahun 2002 dan
meningkat menjadi 27287 kekosongan pada tahun 2004.  Peningkatan ini adalah sebanyak 8333 kekosongan
atau dari segi peratusannya telah meningkat sebanyak 43.96%.Peningkatan kekosongan dalam sektor
perkhidmatan adalah disebabkan oleh kerajaan menambah bilangan pekerja untuk memberi perkhidmatan yang
lebih baik kepada rakyat. (Alasan bersama)

Isi 3:
          Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan, perlombongan dan perkilangan menunjukkan penurunan
yang berterusan. (ayat isi) Kekosongan jawatan bagi sektor perkilangan pada tahun 2002 iaitu sebanyak 75655
jawatan dan telah menurun kepada 17769 jawatan pada tahun 2004. Penurunan ini adalah sebanyak 57886
jawatan atau 76.51%.Sebab penurunan dalam sektor perkilangan ialah banyak kilang menutup operasinya dan
dipindahkan ke negara lain seperti Vietnam dan Laos yang mempunyai kos tenaga buruh yang rendah.  (alasan
bersama)
Isi 4:
Sektor yang menunjukkan pola tidak konsisten ialah sektor pembinaan. (ayat isi) Sektor pembinaan
mempunyai 19001 kekosongan jawatan pada tahun 2002 dan menurun kepada 3505 kekosongan jawatan
pada tahun 2003. Penurunansebanyak 15496 jawatan atau 81.55%. Pada tahun 2004, kekosongan jawatan bagi
sektor ini meningkat semula kepada 13818 jawatan. Peningkatan sebanyak 10313 jawatan atau 294.24%
berbanding pada tahun 2003. Perubahan yang besar ini disebabkan oleh pada tahun 2003, kekosongan jawatan
telah diisi oleh warga asing yang datang kembali ke negara ini selepas program pemutinan.   Pada tahun 2004
pula, peningkatan yang besar berlaku kerana banyak projek perumahan telah dibina dan memerlukan banyak
tenaga kerja dalam sektor pembinaan.(alasan bersama)

Penutup:
(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)

CONTOH 2: Pola perubahan + alasan berasingan

Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan keadaan kebakaran yang berlaku pada tahun 2002 hingga 2004. Pada
pandangan anda, mengapakah kes kebakaran meningkat setiap tahun?

Punca Kebakaran Di Malaysia antara Tahun 2002 hingga 2004


Punca Kebakaran 2002 2003 2004
Kes Peratusa Kes Peratusa Kes Peratusan
n n
Elektrik 1926 18.5 1051 8.2 619 3.9
Puntung Rokok 2274 21.8 2875 22.5 3037 19.0
Percikan Api 431 4.1 959 7.5 545 3.4
Ubat Nyamuk dan lilin 250 2.4 359 2.8 395 2.5
Dapur gas dan minyak 794 7.6 731 5.7 687 4.3
Sengaja dibakar 3201 30.7 4871 38.2 7965 49.8
Tidak diketahui 1556 14.9 1905 14.9 2751 17.2
Jumlah 10432 100.00 12751 100.00 15999 100.00

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Bomba, 2004)

CONTOH JAWAPAN: Pola perubahan + alasan berasingan

Pendahuluan :
Jadual tersebut menunjukkan punca kebakaran di Malaysia antara tahun 2002 hingga 2004

Isi 1:
Jumlah keseluruhan bagi kes kebakaran menunjukkan pola peningkatan yang berterusan antara tahun
2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, kes kebakaran adalah sebanyak 10432 kes dan meningkat kepada 15999
kes pada tahun 2004. Peningkatan kes kebakaran adalah sebanyak 5567 kes atau 53.36% .
Isi 2:
Pola yang meningkat berterusan yang ditunjukkan dalam jadual ini adalah bilangan kes kebakaran yang
berpunca daripada puntung rokok, ubat nyamuk dan lilin, sengaja dibakar dan tidak diketahui. (Ayat
isi) Pada tahun 2002, bilangan kes kebakaran berpunca daripada puntung rokok ialah sebanyak 2274 kes dan
meningkat kepada 3037 kes pada tahun 2004.  Peningkatan ini adalah sebanyak 763 kes atau 33.55%.

Isi 3:         
Bilangan kes kebakaran berpunca daripada elektrik dan dapur gas dan minyak  menunjukkan pola
penurunan yang berterusan. Pada tahun 2002, bilangan kes kebakaran berpunca daripada elektrik ialah 1926 kes
menurun menjadi 619 kes pada tahun 2004. Penurunan ini adalahsebanyak 1307 kes atau 67.86%.

Isi 4:         
Bilangan kes kebakaran berpunca daripada percikan api  menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada
tahun 2002,bilangan kes kebakaran berpunca daripada percikan api ialah 431 kes meningkat kepada 959 kes
pada tahun 2003, iaitu meningkat sebanyak 528 kes atau 122.51%. Manakala pada tahun seterusnya, ia
mengalami penurunan sebanyak 414 kes atau 43.17% pada tahun 2004 berbanding dengan tahun 2003.

Isi 5: (alasan berasingan) _ Punca kes kebakaran meningkat setiap tahun


Kes kebakaran meningkat setiap tahun disebabkan oleh sikap kecuaian pengguna. Pengguna yang tidak
bertanggungjawab dan membuang puntung rokok di merata tempat dan telah menyebabkan kebakaran berlaku.

Isi 6: (alasan berasingan) _ Punca kes kebakaran meningkat setiap tahun


Selain itu, selalu berlakunya penipuan atau penyelewengan untuk menuntut insuran oleh sesetengah syarikat
yang menghadapi masalah kewangan. Ini telah menyebabkan kes kebakaran yang disengajakan semata-mata ingin
menuntut pampasan daripada syarikat insuran.

Penutup:
(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)

CONTOH 3: Pola perbandingan + alasan berasingan

Berdasarkan jadual di bawah, jelaskan keadaan kebakaran yang berlaku pada tahun 2002 hingga 2004. Pada
pandangan anda, mengapakah kes kebakaran meningkat setiap tahun?

Punca Kebakaran Di Malaysia antara Tahun 2002 hingga 2004


Punca Kebakaran 2002 2003 2004
Kes Peratusa Kes Peratusa Kes Peratusan
n n
Elektrik 1926 18.5 1051 8.2 619 3.9
Puntung Rokok 2274 21.8 2875 22.5 3037 19.0
Percikan Api 431 4.1 959 7.5 545 3.4
Ubat Nyamuk dan lilin 250 2.4 359 2.8 395 2.5
Dapur gas dan minyak 794 7.6 731 5.7 687 4.3
Sengaja dibakar 3201 30.7 4871 38.2 7965 49.8
Tidak diketahui 1556 14.9 1905 14.9 2751 17.2
Jumlah 10432 100.00 12751 100.00 15999 100.00

 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Jabatan Bomba, 2004)


CONTOH JAWAPAN: Pola perbandingan + alasan berasingan

Pendahuluan :
Jadual tersebut menunjukkan punca kebakaran yang berlaku di Malaysia pada tahun 2002 hingga 2004.

Isi 1:
Jumlah keseluruhan bagi kes kebakaran menunjukkan peningkatan antara tahun 2002 hingga 2004. Pada
tahun 2002, kes kebakaran adalah sebanyak 10432 kes dan meningkat sebanyak 5567 kes atau 53.36% pada tahun
2004 menjadi 15999 kes.

Isi 2:
Pada tahun 2002, jumlah kes kebakaran adalah sebanyak 10432 kes. (Ayat Isi) Daripada jumlah itu,
bilangan kes kebakaran yang tertinggi ialah kes yang berpunca daripada sengaja dibakar iaitu 3201 kes atau
30.7%. Manakalabilangan kes kebakaran yang berpunca daripada ubat nyamuk dan lilin menunjukkan
bilangan kes yang paling rendah iaitu 250 kes atau 2.4%  daripada jumlah keseluruhan. Bilangan kes kebakaran
yang berpunca daripada puntung rokok menunjukkan bilangan kes sederhana iaitu 2274 kes atau
21.8% daripada jumlah keseluruhan.

Isi 3:
Pada tahun 2003, jumlah kes kebakaran adalah sebanyak 12751 kes. (Ayat Isi) Daripada jumlah itu,
bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada sengaja dibakar menunjukkan bilangan kes yang paling
tinggi  iaitu 4871 kes atau 38.2%. Manakala bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada ubat nyamuk
dan lilin menunjukkan bilangan kes yang paling rendah iaitu 359 kes atau 2.8%daripada jumlah keseluruhan.
Bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok menunjukkan bilangan kes sederhana iaitu
2875 kes atau 22.5% daripada jumlah keseluruhan.

Isi 4:
Pada tahun 2004, jumlah kes kebakaran adalah sebanyak 15999 kes. (Ayat Isi) Daripada jumlah itu,
bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada sengaja dibakar menunjukkan bilangan kes yang paling
tinggi  iaitu 7965 kes atau 49.8%. Manakala bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada ubat nyamuk
dan lilin menunjukkan bilangan kes yang paling rendah iaitu 395 kes atau 2.5%daripada jumlah keseluruhan.
Bilangan kes kebakaran yang berpunca daripada puntung rokok menunjukkan bilangan kes sederhana iaitu
3037 kes atau 19.0% daripada jumlah keseluruhan.

Isi 5: (alasan berasingan) _ Punca kes kebakaran meningkat setiap tahun


Pada pandangan saya, kes kebakaran meningkat setiap tahun disebabkan oleh sikap kecuaian pengguna.
Pengguna yang tidak bertanggungjawab dan membuang puntung rokok di merata tempat dan telah menyebabkan
kebakaran berlaku.

Isi 6: (alasan berasingan) _ Punca kes kebakaran meningkat setiap tahun


Akhir sekali, selalu berlakunya penipuan atau penyelewengan untuk menuntut insuran oleh sesetengah
syarikat yang menghadapi masalah kewangan. Ini telah menyebabkan kes kebakaran yang disengajakan semata-mata
ingin menuntut pampasan daripada syarikat insuran.

Penutup:
(Membuat kesimpulan atau rumusan yang berkaitan dengan soalan yang dikemukan)
BAHAGIAN E
1.Huraikan perkembangan-alasan berasinagn
    Skop jawapan = 2 +2
    A.Perubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan
      -Peningkatan
      -Penurunan
      -Tidak konsisten

  B.Alasan berasingan

2. Huraikan perkembangan – alasan bersama


    Skop jawapan  = 4 +0
    A.Perubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Peningkatan + alasan
      -Penurunan + alasan
      -Tidak konsisten + alasan
   
3.Huraikan perubahan-alasan bersama
    Skop jawapan  = 4 +0
    A.Perubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Peningkatan + alasan
      -Penurunan + alasan
      -Tidak konsisten + alasan

4. Huraikan perubahan- alasan berasingan


    Skop soalan  = 2 + 2
    A.Peruubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan
      -Peningkatan
      -Penurunan
      -Tidak konsisten

    B.Alasan berasingan

5.  Huraikan pola perubahan – alasan berasingan


    Skop jawapan  = 2 +1+2/1+2+1/1+1+2
    A.Perubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan
      -Pola peningkatan
      -Pola penurunan
      -Tidak konsisten

    B. Perbandingan dalam tahun


        Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah
        Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah
        Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah

   B.Alasan berasingan
6.  Huraikan  pola perubahan – alasan bersama
    Skop jawapan  = 2 +2
    A.Perubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Peningkatan + alasan
      -Penurunan + alasan
      -Tidak konsisten + alasan
  
    B.Perbandingan dalam tahun
        Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah + alasan
        Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah + alasan
        Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah + alasan

7. Ulaskan (Bergantung kepada jadual)


    Skop jawapan  = 4 +0
    A.Perubahan antara tahun
      -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Paling tinggi/banyak + alasan
      -Paling rendah + alasan
      -Kedua tinggi/banyak + alasan
      -Ketiga tinggi/banyak + alasan
      
8. Tafsirkan (Bergantung kepada jadual)
    Skop jawapan  = 4 +0
    A.Perubahan antara tahun
       -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Peningkatan + alasan
      -Penurunan + alasan
      -Tidak konsisten + alasan

9. Taksirkan pola
    Skop jawapan  = 2+2
    A.Perubahan antara tahun
       -Pola perubahan keseluruhan + alasan
       -Peningkatan + alasan
       -Penurunan + alasan
       -Tidak konsisten + alasan

    B.Perbandingan dalam tahun


        Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah + alasan
        Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah + alasan
        Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah + alasan

10.Huraikan pola – alasan berasingan


    Skop soalan  = 2+1+1@ 1+2+1@1+1+2
    A.Perubahan antara tahun
       -Pola perubahan keseluruhan
       -Peningkatan
       -Penurunan
        -Tidak konsisten

    B.Perbandingan dalam tahun


        Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah
        Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah
        Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah
    C.Alasan berasingan

11. Huraikan pola – alasan bersama


      Skop jawapan : 2 + 2
      A.Perubahan antara tahun
       -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Peningkatan + alasan
       -Penurunan + alasan
       -Tidak konsisten + alasan

    B.Perbandingan dalam tahun


        Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah + alasan
        Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah + alasan
        Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah + alasan

12.Huraikan keadaan – alasan berasingan


     Skop soalan  = 2+1+1@ 1+2+1@1+1+2
     A.Perubahan antara tahun
        -Pola perubahan keseluruhan
        -Peningkatan
        -Penurunan
        -Tidak konsisten

    B. Perbandingan dalam tahun


         Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah
         Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah
         Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah

    C. Alasan berasingan

13. Huraikan keadaan – alasan bersama


      Skop jawapan : 2 + 2
      A.Perubahan antara tahun
       -Pola perubahan keseluruhan + alasan
      -Peningkatan + alasan
      -Penurunan + alasan
      -Tidak konsisten + alasan

    B.Perbandingan dalam tahun


       Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah + alasan
       Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah + alasan
       Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah + alasan

14. Huraikan mengapa keadaan


     Skop Jawapan 1 + 3
     A. Jumlah keseluruhan
     B. Sebab-sebab

15.Bandingkan pola /bandingkan –alasan bersama


     Skop soalan  = 2+2
     A.Perbandingan antara tahun
      -Perbandingan jumlah keseluruhan + alasan
      -Sektor paling tinggi antara tahun tahun yang dinyatakan = alsan
      -Sektor paling rendah dalam tahun tahun yang dinyatakan + alasan
      -Sektor yang menunjukan prestasi paling tinggi + alasan

     B.Perbandingan dalam tahun


       Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah + alasan
       Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah + alasan
       Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah + alasan
 

16. BAndingkan pola /bandingkan –Alasan berasingan


     Skop jawapan  = = 2+1+1@ 1+2+1@1+1+2
    A.Perbandingan antara tahun  
      -Perbandingan jumlah keseluruhan
      -Sektor paling tinggi antara tahun tahun yang dinyatakan
      -Sektor paling rendah dalam tahun tahun yang dinyatakan
      -Sektor yang menunjukan prestasi paling tinggi

    B.Perbandingan dalam tahun


       Tahun 1 –paling tinggi + paling rendah
       Tahun 2 – paling tinggi + paling rendah
       Tahun 3 – paling tinggi + paling rendah

    C.Alasan berasingan

17.Huraikan kadar pertumbuhan-alasan bersama


    Skop jawapan : 2+2
    A.Kadar pertumbuhan  antara tahun
      -Kadar pertumbuhan keseluruhan + alasan
      -Kadar pertumbuhan yang sentiasa negatif/positif + alasan
      -Kadar pertumbuhan yang pernah  negatif/positif + alasan
   
18.Huraikan kadar pertumbuhan – alas an berasingan
    Skop jawapan : = 2+2
    A.Kadar pertumbuhan  antara tahun
        -Kadar pertumbuhan keseluruhan
        -Kadar pertumbuhan yang sentiasa negatif/positif
        -Kadar pertumbuhan yang pernah  negatif/positif
     B. Alasan berasingan.

CONTOH SOALAN ALASAN BERSAMA


1.Berdasarkan jadual di bawah, nyatakan keadaan sector ekonomi di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2003 dan
huraikan mengapa wujudnya keadaan sedemikian

2.Berdasarkan jadual di bawah , jelaskan pola perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan dari tahun 2003
hingga 2005. Mengapakah keadaan sedemikian berlaku.
CONTOH SOALAN ALASAN BERASINGAN

1.Berdasarkan jadual dibawah, bandingkan pola jenayah siber  yang berlaku pada tahun2 yang dinyatakan menikut
jenis di Malaysia. Jelaskan punca-punca berlakunya jenayah siber

2. Berdasarkan  jadual dibawah jelaskan perubahan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut
punca kegiatan terpilih dari tahun 2005 hingga 20007. Kemukakan juga langkah langkah yang dilaksanakan oleh
kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara.

CONTOH SOALAN ALASAN BERASINGAN

1.Berdasarkan jadual dibawah, bandingkan pola jenayah siber  yang berlaku pada tahun2 yang dinyatakan menikut
jenis di Malaysia. Jelaskan punca-punca berlakunya jenayah siber

2. Berdasarkan  jadual dibawah jelaskan perubahan perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mengikut
punca kegiatan terpilih dari tahun 2005 hingga 20007. Kemukakan juga langkah langkah yang dilaksanakan oleh
kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara.
  

Malaysia : Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)


Mengikut Punca Kegiatan Terpilih dari Tahun 2005 hingga tahun 2007

Kegiatan 2005 (RM Juta) 2006 (RM juta) 2007 (RM juta)

Pertaniah, perhutanan dan perikanan 35 822 37 672 38 826


Perlombongan dan kuari 42 076 41 914 43 302
Pembuatan 138 014 147 756 152 390
Pembinaan 14 637 14 559 15 314
Perdagangan borong dan runcit 51 220 54 832 61 182
Pengangkutan dan peyimpanan 16 336 17 190 18 502
Kewangan dan insurans 45 065 48 555 53 748
Perkhidmatan kerajaan 30 507 33 498 35 042
Jumlah 373 677 395 976 418 306

Perangkaan Jenayah Siber di Malaysia Mengikut Jenis Kes


pada Tahun 2001 dan Tahun 2003

2001 2003
Jenis Kes
Jumlah % Jumlah %
Pembanjiran 5 0.5 1 0.03
Mesej sampah 82 8.8 2027 70.8
Pengacauan 24 2.6 22 0.8
Pemalsuan 10 1.1 21 0.7
Penggodaman 215 23.1 260 9.1
Virus 379 40.7 489 17.1
Nafi khidmat 19 2.0 4 0.1
Pencerobohan 198 21.2 39 1.4
Jumlah 932 100 2863 100
  

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Negara Membangun


dari Tahun 2004 hingga Tahun 2007

Kadar Pertumbuhan Ekonomi (%)


Negara
2004 2005 2006 2007
Singapura 6.4 7.7 7.7 8.2
Malaysia 7.5 5.2 5.8 6.3
Thailand 5.0 4.5 5.1 4.8
Filipina -0.7 5.1 5.4 7.3
Indonesia 4.0 5.6 -1.5 6.3

Anda mungkin juga menyukai