Anda di halaman 1dari 3

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

(rujukan: poster

terbitan era minda sdn. bhd.)

Takbiratul ihram - Allah Maha Besar

Doa iftitah Allah Maha Besar, sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyakbanyaknya. Kuhadapkan wajahku kepada yang mjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku daripada golongan yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, kuserahkan hanya kpd Allah seru sekalian alam. Sekalikali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dgn demikian aku ditugaskan, dan aku adalah daripada golongan orang-orang Islam.

Bacaan Taawwuz - Aku berlindung dgn Allah daripada syaitan yang direjam

Al-Fatihah Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Yang bersifat pengasih dan penyayang. Yang berkuasa pd hari pembalasan. Hanya Engkau sahaja wahai Tuhan kami yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau sahaja tempat kami minta tolong. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, iaitu jalan-jalan orang yang terdahulu yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat. Perkenankanlah permohonan kami.

Rukuk - Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dgn sifat kepujian-Nya

Bacaan Itidal -

Allah Maha Mendengar orang yang memuji-Nya.

Tuhan Kami, bagi-Mu segala puji.

Sujud Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya

Duduk antara dua sujud Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Tahiyyat Awal Segala ucapan selamat yang berkat-berkat dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atsmu wahai nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Alah yang baik-baik. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bhw Nabi Muhammad itu utusan Allah. Ya Allah Anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad.

Tahiyyat Akhir Segala ucapan selamat yang berkat-berkat dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Selamat sejahtera atsmu wahai nabi dan rahmat Allah dan keberkatan-Nya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Alah yang baik-baik.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bhw Nabi Muhammad itu utusan Allah.

Ya Allah Anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan ats Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga

Muhammad. Seperti yang engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

Salam - Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah

Doa Qunut

Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan berkatilah bagiku apa-apa yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku daripada kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau qadhakkan (hukumkan).

Maka bahawasanya Engkau yang menghukun bukan yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi.Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagi-Mu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan.

Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepada Engkau. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Anda mungkin juga menyukai