Anda di halaman 1dari 8

HAKIKAT MUHAMMAD KEDUDUKANNYA DALAM TASAWWUF 1.

Pengenalan Kesangsian terhadap Hakikati Muhammadiah umumnya terletak pada beberapa sudut: 1. Ketidakupayaan untuk menjangkau bahawa ia adalah suatu yang berada dan berasa skan Islam. Justeru perlu ditelah pada sudut al-Quran dan sunnah dan bukan dari sumber lain. Aspek ini telah pun diungkap pada penulisan yang terawal. 2. Ketidakupayaan untuk memahami apa yang di istilahkan sebagai Hakikat Muhammad dan kedudukannya dalam kontek ke Islaman keseluruhannya. Seperti apa yang diist ilahkan sebagai Al-Bayan dalam tafsir, 'illah dalam qias dan lain-lain lagi, Hak ikat Muhammad dalam tasawwuf memang ada, cuma perlu dinampakkan bagi tujuan aked emik. 3. Ketidakupayaan untuk membeza dan menyatukan perkaitan Hakikat Muhammad(Nur) d engan Nabi Muhammad s.a.w (manusia) pada tempat yang semestinya. Seandainya Hakikati Muhammadiah memang merupakan satu aspek KeIslaman yang tetap , bukan dibuat-buat, maupun sebagai bida'ah hasanah, maka penolakkan terhadap ke dudukannya secara terus akan 'mencacatkan' pegangan seseorang muslim, tanpa kita meletak sebarang hukum terhadap 'kecacatan' berkenaan. Sementara menghukum buka n satu ciri dalam tasawwuf, memperbaiki kecacatan amat diberi penekanan. Sekop p erbincangan seterusnya adalah pada prespektif tasawwuf dan bukan tafsir maupun f ekah. Justeru penekanan adalah pada pemahaman, pegangan dan isi. 2. Tasawwuf dan Hakikat Kejadian Bila golongan tasawwuf menjelaskan bahawa, "Awal-awal ugama mengenal Allah," pen dirian ini sebenarnya ialah satu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang l agi, berbanding dengan firman Allah s.w.t: "Tidak Kami jadikan jin dan manusia, melainkan beribadah kepada Ku (Surah 51:56) Diamati secara halus ayat di atas, jika Tuhan tidak jadikan manusia dan jin, mus tahil makhluk-makhluk ini akan dapat mengenal Tuhan. Seterusnya, betapa banyak p ula dari manusia dan jin yang beribadah kepada yang lain daripada Allah s.w.t. I ni adalah kerana mereka tidak mengenali tuhan mereka. Dalam kontek ini mengenal adalah satu syarat pertama, jika tidak utama, untuk beribadah kepada Tuhan. al-Baghawi(Ma alam al-tanzil, 5.230): Mujahid [ibn Jabr al-Makki (m. 104H)], berka ta, " ...melainkan beribadah kepada Ku" bermaksud, 'melainkan untuk mengenal Aku '. Agak menghairankan seorang tabiun yang terawal dan dekat sekali dengan zaman para sahabat berpendirian sebegini, jika tidak ia satu pendirian yang benar. Ini adalah kerana zaman para sahabat berakhir antara 90H-100H. Sahabat yang terakhi r di Kufah adalah pada 86H atau 87H. Yang terakhir di Madinah, Sahl ibn Sa'd al Sa'idi, meninggal pada 91H. Yang terakhir di Basrah ialah Anas bin Malik meningg al pada 91H atau 93H, sementara di Damsyik ialah Abdullah bin Yusr. Sahabat yang terakhir ialah 'Amir ibn Wathilah ibn 'Abd Allah (Abu Tufayl), meninggal pada 1 00 AH. Semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat kepada semuanya, Al-Fatihah. Seterusnya ayat di atas menegaskan bahawa kejadian jin dan manusia tidak mempuny ai tujuan lain, kecuali beribadah semata-mata kepada Allah s.w.t. Tasawwuf menek ankan terhadap setiap perlakuan yang didzahirkan oleh manusia dan jin tidak bole h terkeluar daripada peribadahan dan setiap perlakuan itu adalah ibadah. Satu ta nggungjawab yang sungguh berat terhadap mereka yang telah dijadikan oleh Allah s .w.t; tanpa alternatif dan tanpa tidak.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. Dan sesia pa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya. (Surah 99:7-8) Langsung, syarat selepas mengenal, ialah apa dan bagaimanakah beribadah kepada A llah. Persekitaran masaalah ini mempunyai dua senario yang berbeza : 1. Bagaimana hendak di ibadahkan semua perlakuan agar menjadi satu ibadah yang t idak terputus-putus; atau sebaliknya; 2. Memahami hakikat bahawa kesemua yang terdzahir daripada kejadian jin dan manu sia itu adalah sebenarnya suatu ibadah yang tidak putus-putus kepada PenciptaNya . Kedua-dua senario ini ada kesahihannya, akan tetapi yang mana satukah yang benar ? Sementara yang pertama menitikberat terhadap mengibadahkan kejadian manusia da n jin itu sendiri, yang kedua pula menitikberat kepada mengibadahkan kepercayaan , faham, dan persepsi terhadap kejadian itu sendiri. Atau, mungkinkah kedua-duan ya adalah benar? Persoalan yang sama pernah dibangkit suatu masa dahulu oleh satu makhluk lain ya ng Allah s.w.t jadikan: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku henda k menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak m enjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, pad ahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman : "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".( Surah 2 :30) Kedua-dua syarat mengenal dan bagaiman beribadah adalah untuk merealisasikan ket etapan Allah s.w.t bahawa manusia dan jin itu dijadikan semata-mata untuk beriba dah kepada Allah s.w.t dan tidak lain daripada itu. Pun begitu, yang pasti, haki kat kejadian itu adalah untuk beribadah kepada Allah s.w.t 3. Tasawwuf dan Hakikat Ibadah Peribadahan yang sempurna mesti merangkum apa yang menjadikan manusia atau jin i tu, termasuk akal dan fikiran; percakapan, pandangan dan pendengaran; pergerakan dan tingkah laku; perwatakan dan perangai; serta tanggapan dan persepsi. Kesemu a ini mesti dikaitkan kepada peribadahan terhadap Penciptanya. Secara statik, prespektif ibadah yang paling komprehensif adalah Iman, Islam dan Ehsan. Sementara Iman adalah peribadahan melalui pegangan dan kepercayaan; Isla m pula adalah peribadahan melalui perlakuan. Walaupun sebahagian muslim tidak me nitikberatkan Ehsan, lewat tasawwuf, ia adalah peribadahan terhadap akhlak. Keti ga-tiga komponen ini saling mengukuh di antara satu sama lain dalam mengabdikan diri kepada Penciptanya. Berpegang kepada Ehsan adalah lebih selamat berbanding dengan tidak, kerana Ehsa n membentuk sedardiri (self-conscience) terhadap segala perlakuan dan niat, dan rendahdiri terhadap Penciptanya. Ia adalah 'ilmu rasa' yang sama luas bidang pen gkajiannya seperti Iman dan Islam itu sendiri. Ulama masakini mengistilahkan Ehs an sebagai peribadahan saikologi. Prespektif pengibadahan ini secara temporal(masa) pula, bertitik tolak dari mula kejadian manusia dan jin, kepada adanya manusia dan jin, sehinggalah ke akhir at kelak. Berhubung dengan kedudukan akhirat dalan kontek beribadah adalah keran a yang Tuhan jadikan itu masih ada sehingga ke akhirat, dan perintahNya terhadap kejadian ini adalah tetap "......melainkan beribadah kepada Ku". Jarang sekali, ataupun mungkin tidak, ada ulama masakini yang pernah mengupas hukum-hakam bers abit dengan peribadahan semasa di akhirant kelak sebagai persediaan; baik di syu rga maupun di neraka, wallahu a'lam.

Justeru, dari segi hakikat, tasawwuf memandang bahawa perlakuan manusia dan jin sehingga pada akhirat kelak adalah sebahagian daripada ibadah dan bukan ganjaran dari ibadah itu. Persoalan ganjaran tidak timbul kerana hakikat beribadah adala h kerana: 1. kenalnya kepada Allah s.w.t semata-mata; dan bukan yang lain; 2. kenalnya akan hakikat kejadiannya untuk beribadah; dan bukan pula kerana ganj aran. Tuhan berfirman: "Katakanlah, "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan semesta alam." (Surah 6:162) Hakikat kenalnya kita kepada Allah s.w.t. dan menerima bahawa Dialah yang menjad ikan kita serta tujuan kita semata-mata untuk beribadah kepadaNya disamping meng elak diri kita dari golongan yang lain dari pegangan ini, tergaris nyata dalam p engakuan kita dalam sembahyang, pada doa iftitah. Disini kita memperkukuhkan nia t dan pendirian kita seperti juga NabiAllah Ibrahim a.s, dan mengikuti jejak lan gkah baginda dengan membuat pengakuan; " Sesungguhnya aku menghadapkan muka dan diriku kepada Yang menjadikan langit da n bumi, sedang aku tetap (pada dasar tauhid), dan bukanlah aku terdiri dari oran g yang musyrik (Surah 6:79) dan seterusnya; "Sesungguhnya sembahyangku dan ibada hku, hidupku dan matiku adalah kerana Tuhan semesta alam." Mustahil tasawwuf boleh menidakkan syariat, memandangkan perlunya kita menegakka n iktikad dan niat terhadap peribadahan di atas kejadian kita sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Tasawwuf juga tidak menidakkan pegangan shariat terhadap isu bur uk-baik, dosa-pahala dan syurga-neraka kerana ia juga adalah sebahagian dari iba dah. Dalam menegakkan shi'ar Islam, manusia perlu diajak untuk mengenal Pencipta nya, keperluan untuk beribadah kepada Penciptanya dan nikmat terhadap keabdianny a kepada Allah s.w.t dan bukan yang lain dariNya. Disamping itu juga norma-norma perlakuan dari segi tahap dan syarat peribadahan telahpun ditetapkan dalam shar iat. Perbezaan terletak dari segi penekanan. Pada shariat, wajib adalah kemestian yan g tidak dapat tidak dan sunat adalah suatu yang digalakkan. Sebaliknya bagi tasa wwuf, wajib adalah satu kelayakkan minima, sementara sunat adalah satu keperluan yang mesti mengikuti yang wajib untuk sempurna. Ringkasnya, akhlak pengabdian b ukanlah setakat melepas batuk ditangga. Akhlak pengabdian ialah menjerumus selur uh diri kedalamnya semata-mata kerana Allah s.w.t. Tidak menghairankan jika seorang sufi melakukan 200 rakaa'at sehari, atau berdzi kir purata sebanyak 4000 sehari dan sebagainya. Malah ini adalah rasionale' Muha mmad s.a.w. tidak jemu-jemu beribadah ke hadrat Allah s.w.t. Begitulah usaha ham ba dalam keabdian. Pun begitu, pendirian ini sebenarnya adalah satu pendirian ya ng amat sederhana, mungkin kurang lagi. Wallahu a'lam. ".......Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak m engetahuinya".( Surah 2:30) 4. Muhammad s.a.w dan Hakikat Mengenal Bagaimanakah kita tahu(kenal) semua ini? .......... Al-Quran. Bagaiman kita boleh mengenal Al-Quran? ....... Muhammad.(s.a.w.) Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta beriman kepad a yang diturunkan kepada Muhammad (s.a.w) - yang ialah kebenaran dari Tuhan mere ka, - Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, dan menjayakan keadaan mereka.(Surah 47:2) Hakikat kenal adalah agak komplex untuk difahami kerana ia melibatkan beberapa a spek yang saling berkaitan antara satu sama lain, sehingga mungkin menenggelam p

engkaji di dalam kancahnya. Dihujung rantaian mengenal ialah mengenal Allah s.w .t. Kesempuranaan mengenal Allah ialah tidak menyengutui Dia dengan yang lain, j usteru, kita juga kenal apa yang mustahil Dia. Hakikat mengenal juga menterjemah diri kepada peribadahan kepadaNya. Ia adalah terjemahan kejadian diri, kepada p engabdian diri kepada Penciptanya. Kesemua ini adalah agak membinggungkan kerana hakikat kejadian ialah beribadah, dan hakikat beribadah ialah mengenal dan buka n sebaliknya. Justeru, perlu kita melangkah satu tapak kebelakang, agar pandangan kita terhada p apa yang diteropong dengan dekat nampak pada prespektif yang lebih luas dan te rang. Hakikat mengenal nampaknya seakan-akan merangkum kesemua aspek perbincanga n iaitu: 1. 2. 3. 4. Pencipta, kejadian, tujuan penciptaan, dan perkaitan di antara Pencipta dengan yang dijadikan.

Ini adalah kerana hakikat mengenal bukanlah satu aspek malah kesemua aspek dan h akikat mengenal bukanlah berkenaan aspek tetapi berkenaan seorang yang dinamai Muhammad s.a.w. Kesempurnaan mengenal itu cuma terletak pada nya. Melalui bagind alah datangnya Al-Quran Karim dan pada bagindalah terletak Sunnah perlakuan yang disanjung. Pada sudut ini bolehlah dirumuskan jika seseorang itu mengenali haki kat ketuhanan maka: 1. kenal akan ia pada Allah s.w.t dan tidak menyengutuiNya, 2. menerima hakikat kejadiannya adalah semata-mata beribadah kepada Penciptanya, 3. dengan sebaik-baik contoh keimanan, keislaman dan keehsanan, dan 4. mengabdikan diri dengan sesempurna peribadatan hingga ke akhirat, pasti tidak akan ada satu mukhluk pun yang layak berdiri pada kedudukan ini mela inkan Muhammad s.a.w; hakikat mengenal dan kesempurnaan mengenal. al-Baghawi(Ma al am al-tanzil, 5.230): Mujahid [ibn Jabr al-Makki (m. 104H)], berkata, " ...melai nkan beribadah kepada Ku" bermaksud, 'melainkan untuk mengenal Aku'. Hakikat mengenal tidak dapat dibuktikan dengan penganalisaan deria maupun akal, melainkan peringatan terus dari Pencipta Yang Maha Mengetahui terhadap bagaimana Dia boleh dikenali. Tasawwuf menerima bahawa aql' boleh menjadi penghalang terh adap diri dalam beribadah seandainya ia tidak menerima 'input' yang semperna. Lo gik aql' melalui proses kenal, tahu, terima dan tunduk dan ini adalah satu prose s melalui masa. Tidak keterlaluan juga jika dikatakan bahawa firman Allah s.w.t, bahawa "tiada paksaan dalam berugama' adalah lebih bersesuaian untuk digunakan terhadap diri sendiri daripada terhadap orang lain, bagi kontek ini. Pengenalan yang sempurna lagi tepat datangnya dari Allah s.w.t sendiri, melalui perantaraan malaikat, dalam bentuk kitab dan suhuf kepada Pesuruh-pesuruhNya. Mu hammad s.a.w. adalah penhujung rantaian peringatan dan khabar gembira sejak Adam a.s hingga keakhirat kelak. Jika golongan jin dimasukkan ke dalam topik perbinc angan, ia akan menjangkau lebih awal lagi dari Adam a.s, pun bagitu, bagi memuda hkan topik perbincangan, sewajarnya dihadkan setakat itu, wallahu a'lam. Baginda adalah hakikat mengenal dan 'khotamal nabiyin', yang membenarkan peringa tan sebelum baginda dan pengenap semua peringatan ini terhadap ADAnya Tuhan dan peribadahan terhadap NYA. Hakikat khatam tidak harus dipandang cuma sebagai akhi r, kerana jika dicontohkan seseorang itu cuma membaca juzuk ke 30 Al-Quran dan k ita terima bahawa dia telah khatam Al-Quran maka ini adalah satu tanggapan yang menyeleweng sebagai dia telah sempurna pengajian Al-Quran. Khatam Al-Quran, sese orang itu mestilah kenal, tahu, dan telah membaca keseluruhan al-Quran dan 'upa cara' khatam adalah cuma satu formaliti yang mengenapkan seluruh pengajian belia

u. Pada masa yang sama tiap-tiap juzuk dan surah itu mempunyai keunikan yang ter sendiri yang mesti dihayati oleh pembaca sebelum khatam. Bukanlah Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebena r bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesuda han segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah 33:40) Begitu jugalah pendiriannya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Pendzahiran Muhammad s .a.w. adalah untuk menyempurna hakikat kenabian dan kerasulan dan hakikat mengen al iaitu untuk memberi peringatan atau memberi tahu kepada kemanusiaan (manusia dan jin) terhadap hakikat Ketuhanan. Kita tidak seharusnya menafikan bahawa tiap -tiap rasul dan nabi, masing-masing mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri. Pada masa yang sama tiap-tiap satu adalah terhad pada jangka waktu tertentu dan kepada sesuatu kaum tertentu sahaja. Sebaliknya Muhammad s.a.w adalah kemuncak peringatan dan semestinya pengakhir dan yang datang sebelum baginda adalah landa san kepada kemuncak ini. Baginda ialah nabi disebalik kenabian, rasul disebalik kerasulan. "Ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi; perjanjian setia mereka, dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, s erta. Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian set ia yang teguh ;" (Surah 33:7) Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang t erakhir diutuskan." (al-Khasa is al-kubra, ms. 3). Sahih Bukhari Jld. 4, Bk. 55, No. 555: Diriwayatkan oleh Abu Said: Rasullullah s.a.w berkata, " Nuh a.s dan kaumnya aka n datang (pada Hari Akhirat dan Allah s.w.t akan bertanya kepadanya), " Adakah e ngkau sampaikan (Peringatan Kami)? Dia menjawab, "Ya, wahai Tuhanku," Kemudian A llah s.w.t. akan bertanya kepada kaumnya," Adakah Nuh a.s menyampaikan Peringat anKu kepada kamu?" Mereka menjawab," Tidak, tiada nabi yang datang kepada kami." Kemudian Allah s.w.t akan bertanya kepada Nuh a.s.,"Siapakah yang akan menjadi saksi bagi kamu?" Dia akan menjawab," Muhammad dan pengikutnya." Maka aku dan pe ngikutku akan berdiri sebagai saksi baginya." Itu adalah,(tafsiran) bagi firman Allah s.w.t:" Dan demikianlah, Kami jadikan kamu satu umat yang terpilih lagi ad il, supaya kamu menjadi orang yang memberi keterangan kepada sekelian umat manus ia ........... (Surah 2:143) Tegasnya, jika Muhammad s.a.w adalah hakikat mengenal, maka semestinyalah bagind a adalah keislaman disebalik Islam, keimanan disebalik Iman dan keehsanan diseba lik Ehsan. Ini jelas kerana baginda adalah sunnah disebalik Al-Quran, mashaAllah . Pun bagitu, baginda adalah tetap basyar akan tetapi basyar yang teristimewa; Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah ) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan sesiapa yang berbalik maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) All ah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (Surah 3:144) Sebelum menutup bab ini, elok juga kita memperingati diri kita bahawa pada akhir zaman kelak akan kembali Isa Al-Masih a.s. dan Imam Al-Mahdi. Pun bagitu, ia ti dak sekali-kali memansuhkan pendirian kita setakat ini kerana berdasarkan hadit h-hadith yang bersabit dengan kedatangan kedua-duanya, masing-masing akan tegak dan menegakkan syariat Muhammad s.a.w. Pada ayat Surah 33:7 di ataspun, jelas be rkenaan pendirian ini. 4. Hakikat Muhammad dan Islam Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang mengingati A

llah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pul a memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kam i! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah 3:190-191) Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirk an dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya keliha tan kembalinya pula ke peringkat awalnya - seperti tandan yang kering. Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masi ng. (Surah Yaasin:38-40) Pada peredaran matahari dan bulan dan silih bergantinya malam dan siang dari sud ut tasawwuf bukanlah ilmu alam maupun geografi akan tetapi ketetapan Tuhan, huku m Tuhan. Manusia cuma baru sedar bahawa matahari dan bulan itu mempunyai 'orbita l'nya apabila Tuhan menjelaskannya dalam surah Yaasin kurang lebih 1400 tahun da hulu. Secara akal, baru kurang lebih 400 tahun melalui Galileo. Pun bagitu bulan dan matahari bukan baru menjelajahi orbital masing-masing setakat 1400 tahun ya ng lalu, atau setelah turunnya Surah Yaasin, malah lebih awal dari itu. Pada mas a dan ketika Allah s.w.t mensyariatkan hukum berkenaan terhadap matahari dan bul an. Dari segi hakikat, tidak boleh dikatakan hanya manusia dan jin sahaja yang berib adah kepada Allah s.w.t, malah kesemua langit dan bumi dan apa di dalamnya dan a pa yang melebihinya beribadah kepadaNya. Kerana semua tunduk dan berserah, ringk as Islam dengan keIslaman masing-masing. Patutkah sesudah itu, mereka mencari lain dari deen Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan suk arela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.(Surah 3:83) Kita sedia maklum bahawa Deen ini sebagai Islam. Manusia dan jin tidak terkecual i dari syariat ini, sedar atau tidak, dengan sukarela ataupun paksa, maka cuba k ita tidak tunduk taat pada hukum Ar-Rahman dengan tidak mahu bernafas ... berapa lama? Begitu juga sains moden yang mengambil iktibar bahawa seluruh alam semest a ini tidak lain adalah cuma satu fenamena rambang dalam barangkalian yang tidak terhad (random phenamena in an infinite probability). Satu andaian mudah untuk membolehkan mereka merobah-robah hypotesis demi hypotesis, teori demi teori dan sebagainya.... berapa lama? Seterusnya, bilakah Syariat Islam mula berkuatkuasa? Segala hukum langit dan bum i dan apa yang ada di antara nya dan melebihinya, mula dikuatkuasa apabila Tuhan berfiman, "KUN". Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi; dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah!" Lalu menjadila h ia. (Surah 3:117) Hakikat yang terpancar disegenap pelusuk alam semesta, dan akan terus terpancar hingga ke akhirat, di syurga dan neraka. Hukum yang TETAP lagi dinamik secara te mporal. Allah s.w.t menerangkan: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada se siapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ad a di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahui nya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang b asah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab yang tera ng nyata.(surah 80:59). dan seterusnya;

bahkan ialah Al-Quranul Majid; pada Lauh Mahfuz.(Surah 85:21-22) Itulah tujuan Muhammad s.a.w diutuskan dan untuk membuktikan kesahihan kejadian segala yang dilangit dan dibumi. Titiak tolak kesahihan pendirian ini, semuanya terletak pada pundak Muhammad s.a.w. Kesahihan Al-Quran itu sendiri terletak ata s penerimaan terhadap baginda dan kewibawaan baginda oleh sekelian manusia dan j in. Segala hukum kejadian alam ini pada Al-Quran, diturunkan kepada kemanusian agar manusia dan jin dapat mengenal. Disamping itu Al-Quran itu pula terpancar dalam bentuk kemanusiaan pada Rasullulah s.a.w agar manusia dan jin dapat mencontohi. Kesemua ini pula adalah benar, 'disalin' daripada apa yang telah tertulis di Lau h Mahfuz. Mustahil Al-Quran itu bersifat baharu. Tegasnya, segala yang datang me lalui dan daripada baginda baik wahyu, maupun sunnah adalah terjemahan SHARIAH i ni pada bentuk kemanusiaan. Sebaliknya, perlakuan alam semesta ini adalah perlakuan hukum ini juga. Ia adala h terjemahan shariah Islam dalam bentuk perlakuan alam sejagat. Perlakuan alam s emesta secara totaliti lah yang dikenali sebagai Hakikat Muhammad. Sementara Muh ammad s.a.w didzahirkan sebagai kemuncak peringatan, alam semesta ini adalah kej adian supaya Penciptanya dapat dikenali, justru peringatan yang hakiki. Kesemua ini tidak lain adalah peringatan terhadap kehambaan sejagat kepada Penciptanya d an hukum disebalik pengabdian ini yang dinamakan Islam. Justeru, tidak boleh AlQuran tanpa sunnah baginda, tidak boleh syahadah tanpa kerasulan baginda. Melalu i Muhammad, Allah dapat dikenali. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Ka mi) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percay a dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang, lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hila ng". Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit, dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Ma ka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tida k diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit, berkatalah dia: "Inikah Tu hanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: " Wahai ka umku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan. Sesungguhnya aku menghadapkan muka dan diriku kepada Yang menjadikan langit dan bumi, seang a ku tetap (pada dasar tauhid), dan bukanlah aku terdiri dari orang yang musyrik". (Surah 6:75-79) 5. Rumusan Kita tidak dapat nak mengaku yang kita boleh ketahui semua kesempurnaan Rasullul lah s.a.w, melainkan Allah s.w.t menyebut baginda sebagai 'nur'; dan pada masa y ang sama, baginda adalah seorang manusia. Setakat ilm' al yakin, yang terpancar dan nampak adalah 'nur' atau Hakikat Muham mad pada kejadian semesta alam dan perlakuannya dari awal kejadian hinggalah ke akhirat, mengikut lunas dan shi'ar Allah s.w.t yang kita kenali sebagai Islam. N ur ini tidak tepat ditakrifkan sebagai Islam kerana ia adalah perlakuan atau per laksanaan Islam itu sendiri atau "sunnah" hakiki. Sementara Islam itu pula bukan lah dijadikan ataupun bersifat baru tetapi kekal. Perlakuan dan perlaksanaan Islam dalam bentuk kemanusiaan pula tergaris jelas de ngan sempurna pada Rasullullah s.a.w. Baginda adalah hakikat kerasulan dan kenab ian, keimanan dalam iman, keislaman dalam islam dan keehsanan dalam ehsan, dan s unnah disebalik Al-Quran. Baginda adalah hakikat peringatan terhadap Yang Mencip ta, peringatan terhadap kejadian diri, peringtan terhadap pengabdian diri dengan mengibadahkan kejadian diri.

Titik permulaan dalam Islam ialah syuhud akan Allah s.w.t dan shuhud akan kerasu lan Muhammad s.a.w pada syahadah. Dimanakah yang lebih NAMPAK kerasulan Muhammad s.a.w jika tidak pada hakikat baginda? Dan apakah bukti kerasulan baginda jika tidak pada hakikat baginda sendiri, wallahu a'lam. Sebagai seorang individu, eloklah kita mengingati diri terhadap kejadian diri in i dan hakikat kejadian itu. Pada diri ada Hakikat Muhammad dan Nur yang terpanca r dari Allah s.w.t yang perlu dikenali. "Awal-awal ugama mengenal Allah," bagitu lah pendirian tasawwuf, suatu pendirian yang amat sederhana, mungkin kurang lagi , wallahu a'lam. Buah cempedak di luar pagar Ambil galah tolong jolokkan Saya budak baru belajar Kalau salah tolong tunjukkan Itulah cantiknya hakikat dengan syariat, ada pembayang dan ada maksudnya. Akan t etapi kalau syariat saja atau hakikat saja, mungkin pincang, dan bunyinya tak se sadap langsung

Sebarang kesamaran dan kemusykilan sebaiknya dirujuk kepada mereka yang ahli dal am ilmu ini LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Anda mungkin juga menyukai