Anda di halaman 1dari 3

MAN 'ARAFA NAFSAHU FAQAD 'ARAFA RABBAHU PEMBU AAN HATI E ALAM GHAIB

Pembukaan pintu hati terhadap ke Alam Ghaib ini berlaku juga dalam keadaan-keada an yang hampir dengan Wahyu enabian, di mana Intuisi atau Wahyu atau Ilham ter bit dalam fikiran tanpa di bawa melalui saluran-saluran deria(pancaindera) sebag aimana seseorang itu menyucikan dirinya dari pengaruh nafsu kebendaan dan menump ukan(konsentrasi) fikirannya kepada Allah. Maka semakin bertambah teranglah kes edarannya terhadap Intuisi atau Ilham sedemikian itu. Mereka yang tidak sedar t entang perkara ini tidak berhak menafikan hakikat tersebut. Intuisi(Ilham) ini bukanlah terhad bagi mereka enabian sahaja. Ibarat besi, j ika selalu digosok dan digilap akan menjadi berkilat seperti cermin. Begitu ju ga jiwa dan fikiran yang diasuh dengan disiplin sedemikian rupa akan dapat mener ima khabaran dari Alam Ghaib itu. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW. ada bersabda; "Tiap-tiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan Islam(fitrah), maka kemudia n ibu-bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi" Tiap-tiap manusia dalam kesedaran batinnya yang dalam itu pernah mendengar soal an; Bukankah aku ini Tuhanmu?" dan mereka menjawab; "Ya", sebenarnya" tetapi se setengah hati adalah ibarat cermin yang penuh berhabuk dan berkarat sehingga tid ak memberi bayangan apa-apa di dalamnya. Tetapi hati Ambiya dan Aulia meskipun mereka itu manusia biasa yang mempunyai perasaan seperti kita, mereka sangat se nang dan cepat menerima semua gambaran atau Ilham etuhanan Yang Maha Tinggi itu . Bukanlah kerana Ilmu yang didapati dari Ilham atau Wahyu atau Intuisi itu sahaja yang menyebabkan Ruh manusia itu boleh menduduki martabat pertama atau paling t inggi di kalangan makhluk, tetapi juga oleh kerana kekuasaannya(Ruh). Sebagaim ana Malaikat-malaikat menguasai atau memerintah unsur-unsur, maka begitu jugala h Ruh itu. Ia memerintah anggota-anggota badan. Ruh-ruh yang mencapai peringka t kekuasaan yang khusus bukan sahaja memerintah badan mereka sendiri tetapi jug a badan-badan yang lain. Jika mereka hendakkan orang sakit supaya sembuh, maka sembuhlah ia, atau orang yang sihat boleh disakitinya; atau jika mereka ingin kan seseorang supaya datang kepada mereka, maka datanglah orang itu. Oleh kera na kerja-kerja Ruh yang kuat ada dua macam; iaitu baik dan jahat, maka perbuat an mereka itu pun dibahagikan dua macam juga iaitu Mukjizat dan yang lagi satu S ihir. Ruh-ruh yang kuat ini berbeza dari Ruh-ruh orang biasa dalam tiga perkara: 1. Apa yang orang lain dapat lihat secara mimpi dalam tidur, mereka lihat dala m jaga. 2. Orang lain hanya dapat menguasai badan mereka sendiri sahaja. Mereka ini da pat menguasai badan-badan yang lain dari diri mereka juga. 3. Ilmu orang lain dapat secara belajar dan mengkaji bersungguh-sungguh. Merek a ini dapat Ilmu itu secara Ilham atau Wahyu. Bukanlah ini sahaja tanda yang membezakan mereka dari orang biasa. Ada lagi yan g lain. Tetapi itulah sahaja yang kita ketahui. Sebagaimana juga kita ketahui iaitu Allah itu sahaja yang mengenal DiriNya Yang Sebenar-benarNya, begitu jug alah hanya Nabi-nabi itu juga yang mengenal Hakikat enabian itu sebenarnya. I

ni tidaklah menghairankan. Sedangkan dalam kehidupan sehari-harian ini pun kita ada mengalami kesulitan untuk menerangkan keindahan sesuatu Syair atau Puisi ke pada orang yang tidak tahu dan tidak faham tentang Syair dan Puisi; atau keinda han warna pada orang buta. Di samping ketidakupayaan biasa itu, ada lain-lan lagi yang menghalang seseoran g itu mencapai Hakikat eruhanian. Satu daripadanya ialah Ilmu yang diperolehi dari luar. Sebagai ibarat, hati itu adalah sebuah telaga, dan lima deria iala h lima batang tali air yang sentiasa mengalirkan air ke telaga itu. Untuk menge tahui isi telaga itu sebenarnya, taliair itu hendaklah dihentikan mengalir ke d alam telaga itu untuk sementara waktu, dan sampah sarap yang di bawa oleh talia ir itu hendaklah dibuang dari telaga itu. Demikianlah ibaratnya. Sekiranya kita hendak mencapai Hakikat eruhanian yang suci itu, maka kita hend aklah sementara waktu mengenepikan Ilmu yang diperolehi dari proses luar(iaitu y ang datang dari luar seperti belajar, membaca dan sebagainya) yang mana selalun ya telah menjadi beku dan keras dan bersifat Prasangka Yang Dokmatik(Doqmatic Pr ejudice). Di samping itu ada pula satu kesilapan yang dilakukan oleh orang-orang yang sing kat IlmuNya, iaitu setelah mereka mendengar percakapan orang-orang Sufi, merek a pun merendah-rendahkan taraf ilmu. Ini adalah ibarat seorang yang bukan ahli dalam bidang Ilmu imia mengatakan, " imia itu lebih baik dari emas!", dan ia enggan menerima apabila emas diberikan kepadanya. imia lebih baik dari emas, tetapi ahli-ahli imia yang sebenar-benar pakar sangat sedikit bilangannya. Beg itu jugalah ahli-ahli Sufi yang pakar sebenarnya amat sedikit bilangannya. Orang yang hanya tahu sedikit sahaja berkenaan esufian adalah tidak lebih tingg i martabatnya dari orang-orang yang berpengetahuan. Begitu juga orang yang baru mencuba beberapa percubaan dalam bidang imia, janganlah hendak merendah-renda hkan orang yang kaya. Orang-orang yang melihat berkenaan hal ini tentu akan melihat betapa kebahagian itu adalah sebenarnya berkaitan dengan Mengenal Allah Subhanahuwa Taala. Tiaptiap anggota kita ini suka dan seronok dengan untuk apa yang sebenarnya ia dijad ikan. Misalnya hawa nafsu suka dengan apa yang dikehendakinya; marah suka hen dak membalas dendam; mata suka dengan benda yang indah; telinga suka mendengar muzik yang merdu dan sebagainya. Fungsi(tugas) Ruh manusia yang paling tinggi ialah Menyaksi atau Melihat Hakikat, dan di sanalah ia mendapat keseronokan da n kesukaannya. Seorang itu amat gembira diberi jawatan Perdana Menteri, tetapi kegembiraan itu akan bertambah jika Raja berkawan baik dengannya dan menceritak an kepadanya rahsia-rahsia negeri. Ahli Ilmu Falak(Astronomer) dengan ilmunya dapat membuat peta-peta bintang dan p erjalanan falaknya, akan merasai lebih seronok dari ilmunya itu daripada pemain catur dengan ilmunya. Tidak ada yang lebih tinggi dari Allah Subhanahuwa Taala . Alangkah besarnya keseronokan dan kebahgiaan yang didapati oleh seseorang itu hasil dari Makrifat Allah. Barangsiapa yang sudah hilang kemahuan untuk mencapaai Ilmu yang sedemikian ting gi itu, maka orang itu adalah ibarat orang yang telah seleranya untuk memakan m akanan yang baik-baik; atau pun seperti orang yang lebih suka memakan tanah dar ipada memakan roti. Semua selera badan kasar ini hilang sirnanya apabila mati ( bercerai nyawa dengan badan). Selera itu mati bersama badan kasar itu. Tetapi Ruh tidak mati dan ia tetap membawa apa juga Ilmu tentang etuhanan yang ada pad anya, bahkan menambahkan Ilmu itu lagi. Sebahagian penting berkenaan Ilmu kita tentang Allah adalah timbul dari kajian d an pemikiran kita tentang badan kita sendiri, yang membukakan kepada kita kekua saan, kebijaksanaan dan Cinta Tuhan Yang Menjadikan segalanya. ekuasaanNya me

nunjukkan betapa setitik air djadikan kita seorang manusia yang cukup lengkap. ebijaksanaanNya ditunjukkan dengan betapa rumit dan sulitnya anggota-anggota k ita dan saling persesuaian antara bahagian-bahagian anggota itu antara satu deng an yang lain. CintaNya ditunjukkan dengan urniaNya kepada kita bukan sahaja an ggota-anggota yang paling perlu untuk hidup seperti jantung, hati, otak, tet api juga anggota-anggota yang tidak paling perlu seperti tangan, kaki, lidah d an mata. emudian ditambah pula dengan perhiasan seperti hitam rambut, merahny a bibir, bulu mata yang melentik dan sebagainya. Maka sewajarnyalah manusia itu diibaratkan sebagai " ALAM ECIL" dalam dirinya sendiri bentuk dan susunan badan itu hendak dikaji bukan sahaja oleh mereka yang hendak jadi doktor tetapi juga hendaklah dikaji oleh mereka yang ingin mencapai MakrifatuLlah sebagaimana juga mengkaji dengan mendalam tentang susunan keindah an bahasa dalam Puisi yang agung membukakan kepada kita makin lama makin banyak kebijaksanaan pengarangnya. Bahawa Ilmu atau Mengenal Ruh itu memainkan peranan yang lebih penting untuk mem bawa kepada MakrifatuLlah; lebih penting dari mengenal badan dan tugas-tugasnya . Badan ini ibarat kuda tunggangan dan Ruh itu ibarat Penunggangnya. Badan itu dijadikan untuk Ruh, dan Ruh itu untuk badan. Jika seseorang itu tidak tahu d irinya yang mana adalah yang paling hampir dengan Dia, maka apakah gunanya ia m engenal yang lain? Ibarat pengemis; yang dirinya sendiri pun payah hendak mak an berkata pula ia boleh memberi makan kepada penduduk sebuah pekan. Dalam bab ini kita akan cuba sedikit-sebanyak membicarakan keagungan Ruh manusia . Orang yang tidak peduli kepada jiwa atau RuhNya dan membiarkan Ruh atau jiwa itu berkarat dan bergelap, maka rugilah ia di dunia dan di akhirat juga. eagu ngan seseorang manusia itu sebenarnya terletak pada keupayaan untuk Maju yang ke kal abadi. Jika tidak, dalam dunia fana ini, manusia itulah yang paling lemah dari segala makhluk kerana tertakluk kepada kepada lapar, dahaga, panas, sej uk dan dukacita. Perkara yang paling ia suka selalunya paling bahaya kepadanya, dan perkara yang memberi faedah kepadanya itu tidak dapat diperolehi tanpa usaha dan susah payah . Berkenaan dengan Aqalnya pula, kesilapan yang sedikit saja pada otak boleh m enyebabkan ia gila dan rosak. Berkenaan kekuasaan pula, gigitan nyamuk sahaja telah cukup menyebabkan ia resah gelisah dan tidak dapat tidur. Berkenaan denga n perasaan pula, dia rasa dukacita hanya dengan kehilangan beberapa sen wang. Berkenaan dengan kecantikan pula, dia tidak lebih dari perkara yang kotor dibal ut dengan kulit yang licin lunak. Tanpa dibasuh selalu, ia menjadi Ain dan tid ak menarik lagi. Pada hikikatnya, manusia itu dalam dunia ini adalah sangat lemah dan hina. Han ya di akhirat kelak manusia itu akan bernilai dan berharga. Jika dengan cara " imia ebahgiaan" dia meningkat naik dari peringkat binatang kepada peringkat Mal aikat. alau tidak, peringkat lebih hina dan rendah dari binatang yang akan ha ncur dan akan jadi tanah. Maka perlulah bagi manusia di samping sedar tentang k etinggian martabatnya dari semua makhluk, sedarlah hendaknya tentang lemah hina nya, kerana itu pun adalah satu daripada "anak kunci" membuka pintu Mengenal Al lah (MakrifatuLlah). Bersambung dalam tajuk MENGENAL ALLAH SUBHANAHUWA TAALA Indek imiya' As-Sa'adah

Anda mungkin juga menyukai