Anda di halaman 1dari 12

2.

0 KONSEP PERGERAKAN ASAS

Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerak an boleh dilakukan.Cara ini dapat memudahkan murid -murid untuk mengetahui dan memahami asas-asas bagi konsep pergerakan tersebut.Konsep pergerak an melalui pelbagai aktiviti dan permainan boleh mendedahkan murid -murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman tentang pelbagai pergerakan badan. Konsep pergerakan asas terbahagi kepada empat iaitu:

1.Kesedaran tubah badan .

Kesedaran tubuh badan merangkumi pelbagai aktiviti bentuk badan yang boleh dilakukan oleh tubuh badan.Contoh yang boleh dilihat adalah melalui aktiviti pusing badan.Selain itu,keseimbangan badan dari sudut yang pelbagai juga merupakan kesedaran tubuh badan.Contoh a ktiviti adalah berdiri menggunakan sebelah kaki.Selain itu juga,kesedaran tubuh badan boleh dilakukan melalui aktiviti pindaan berat antara anggota tubuh badan.contoh aktiviti adalah berjalan.

2.Kesedaran ruang.

Kesedaran ruang pula melibatkan lokasi,arah,aras,laluan,dan ekstensi. y Lokasi :ruang diri dan ruang am. y Arah :atas-bawah,kiri-kanan,dan depan-belakang. y Aras :rendah sederhana dan tinggi. y Laluan :lurus,melengkung,dan zigzag. y Ekstensi:besar-kecil,jauh-dekat.

3.Beban.

Beban pula merujuk kepada kelajuan sesuatu pergerakan dan kekuatan.


y y y

Masa:cepat dan lambat Daya:kuat dan ringan Aliran:bebas dan terikat

4.Perhubungan.

Perhubungan pula merupakan perhubungan dengan objek dan manusia. y Perhubungan dengan objek:atas-bawah,dekat-jauh,keliling,dan sisi. y Perhubungan dengan orang:memimpin -ikut,cermin-padan,solo dan berkumpulan.

2.1 PERGERAKAN ASAS

Istilah pergerakan asas membawa erti yang agak baru dalam bidang pendidikan.Secara literalnya istilah ini bermaksud proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik -teknik menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan,penemuan,dan kreativiti.Manakala pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak untuk belajar. Pergerakan asas pula merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomoto,kemahiran persepsi motor,dan manipulasi alatan.

2.2 Kemahiran lokomotor.

Kemahiran ini memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu temapt yang lain.Ia terbahagi kepada dua iaitu lokomotor beritma seka ta dan lokomotor beritma tidak sekata.

Lokomotor Beritma Sekata. 1. Berjalan.

Berjalan ialah kemahiran yang paling asas kerana kita banyak melakukannya dalam kehidupan seharian kita.Ramai kanak -kanak mempunyai tabiat yanag salah.Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian badan yang lain selain kaki dan juga menggunakan tenaga berlebihan yang sepatutnya boleh dikurangkan.Imbangan badan yang betul semasa berjalan dan mekanisme yang sesuai boleh membuatkan seseorang itu berjalan dengan gaya yang b etul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang deng an memindahkan berat badan dari satu kakai kepada kaki yang lain.Semasa berjalan,hujung kaki hendaklah menghal lurus ke hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut satu garisan lurus.Tangan melenggang bebas berselang -seli mengikut arah kaki melangkah .Perlakuan seumapama ini dapat memberi imbangan badan sambil dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke hadapan.Terdapat ketikanya apabila kedua -dua tapak kaki menyentuh tanah,dan pada masa inilah satu tapak terpijak yang baru terhasil

bagi menahan anggota badan daripada rebah.Kedudukan badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam keadaan lega. Frasa pengajaran penting a) Ayun langkah dari paras punggung. b) Berpijak di tumit dan biarkan berat badan beralih pantas di sepanjang bahgian sisi luar tapak kaki sehingga ke hujung ibu jari. c) Ibu jari kaki menghala lurus ke hadapan. d) Berjalan dengan lembut. e) Muka dongak dan memandang lurus ke hadapan. f) Melenggangkan lenga n dan tangan secara bersahaja. Cadangan aktiviti: a) Berjalan seperti gergasi b) Berjalan seperti robot c) Berjalan dengan langkah yang besar,kecil dengan perlahan d) Berjalan bebas e) Berlari pantas dengan langkah besar dan langkah kecil

2.Berlari.

Pola berlari adalah sama dengan pola berjalan .Perbezaannya adal ah ketika semasa berlari ada ketikanya kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh aggota terangkat daripada mencecah bumi.Lutut lebih kerap diangkat dan dibawa ke hadapan .Tangan dibengkokkan d i bahagian siku sambil diayun ke hadapan dan belakang bertukar ganti denagn arah pergerakan kaki. Frasa pengajaran penting: a) Berlari di atas bebola kaki b) Bengkokkan siku dan lutut c) Ayun tangan ke hadapan d) Tegakkan kepala e) Berlari dengan gaya yang lembut Cadangan aktiviti: a) Berlari setempat,ayun tangan ke hadapan b) Berlari dengan perlahan,lutut diangkat tingggi c) Berlari berjengket d) Berlari memandang ke belakang e) Berlari pantas dan kemudian perlahan
6

3.Berlari serta berlonjak(LEAP)

Berlari serta melonjak hampir menyerupai pergerakan berlari.Perbezaannya hanya ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.Semasa berlar,lutut diangkat ke hadapan dan kemudian dihulur untuk mencecah tempat ber pijak.Kaki belakang bengkok serta terangkat daripada tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjuran untuk bergerak maju.Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan adalah di atas sebelah kaki yang lain.Kebiasaannya,lonjakan didahului dengan satu atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna. Frasa pengajaran penting a) Tolak ke atas hulur dan jejak b) Ayun tangan (lengan) ke atas dank e hadapan c) Lari,lari dan lompat(tekankan perkataan lompat untuk menandakan kekuatan dalam pergerakan)

Cadangan aktiviti: a) Lari beberapa langkah dan kemudian lompat b) Melompat seperti russa melompat pagar c) Melompat seutas tali di atas lantai d) Melompat tali yang ditinggikan sedikit e) Melompat menyeberangi dua utas tali yang menyerupai anak sungai

4.Lompatan.

Lompatan ialah pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua -dua belah kaki.Tujuan lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Frasa pengajaran penting: a) Mengayun tangan ke belakang dan ke hadapan,ke bawah dan ke atas b) Membengkokkan lutut dan buku lali dan melonjak dengan kuat c) Hulur dan jejak

Cadangan aktiviti: a) Lompat untuk jarak b) Melompat seperti kanggaru c) Melompat anak sungai d) Melompat sambil mengubah kea rah lompatan

5.Melompat ketingting.

Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja.Selepas itu,kaki yang sam akan mendarat semula.Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklah dibengkokkan supaya kakainya tidak mencecah tanah.Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu ,kemudian hujung kaki dan tumit di atas tanah. Frasa pengajaran penting: a) Ketinting ke udara dengan sebelah kaki dan menurun dan mendarat semula dengan kaki semula dengan kaki yang sama. b) Angkat tangan ke atas c) Kepala tegak d) Lutut bengkok

Cadangan aktiviti: a) Ketinting setempat ,tegak di atas sebelah kaki selama lima kiraan b) Ketinting dan pusingkan badan c) Ketinting meliputi pelbagai jarak d) Ketinting ke belakang ,ke hadapan ,kiri dan kanan

Lokomotor Beritma Tidak Sekata y y y

Lari skip Melongsor Galop

2.3 Kemahiran Bukan Lokomotor

Kemahiran ini kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang.

1.Membongkok.

Pergerakan ini membawa bahagian -bahagian badan rapat antara satu sama lain.Kapasiti bahagian badan yang boleh bongkok bergantung kepada struktur sendi yang terlibat.Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja.Jenis Sendi ini terdapat di jari -jari tangan,jari-jari kaki,siku dan lutut.Manakala sendi bola dan soket p ula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan ,ke belakang,ke kiri,ke kanan,dan dalam bulatan.Sendi jenis ini terdapat di paha,pinggul,dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.

2.Meregang.

Meregang ialah ekstensi dan hiperekstensi bahagian badan .ekstensi didefinisikan sebagai pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia diflesi atau dilipatkan .Hipererkstensi pula ialah rentangan melebihi 180 darjah.

3.Mengilas.

Mengilas ialah pusingan badan at u bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong .Mengilas hanya boleh berlaku dalam arah bulatan sahaja .Struktur sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas .Sebagai contoh badan boleh dikilas pada paksi panjang.

4.Memusing.

Memusing ialah pergerakan bahagian badan .Apabila seluruh badan berpusing,dasar menyokong berubah tempat.

5.Menolak.

Menolak ilah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan .menolak menjauhkan objek daripada badan atau menjauhkan badan daripada objek.pergerakan ini dilakukan denagn menggunakan tangan dan lengan,tapak dan kaki,bahu dan pinggul.

6.Menarik.

Menarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan.Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

7.Hayun.

Hayun ialah pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titik tengah yang tetap.

8.Berbuai-buai.

Pergerakan ke kiri dan ke kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan.

9.Rebah.

Badan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras rendah.Rebah mungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkan badan.Rebah yang tiba -tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengan cepat dan secar keseluruhan.Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau secara separa sahaja.Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasar menyokong.Sebaliknya,rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.
10.Bangkit.

Pergerakan bangkit ini adalh untuk bangun.Ba dan seharusnya mempunyai imbangan yang mempunyai dasar menyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.
10

2.4 Kemahiran persepsi motor.

Pendedahan kepada pelbagai aktiviti persepsi motor perceptual-motor adalah penting bagi pembinaan pergerakan berkodinasi.Pelajar perlu mempunyai rasa kewujudan dirinya dalam ruangan .Pelajar perlu mengenalpasti arah kiri dan kanan dan boleh memahami perkaitan bentuk dan corak.Perkembangan persepsi motor juga memainkan peranan dalam pencapaian akademik kanak -kanak.Kemahiran persepsi motor diperlukan bagi memebaca huruf isyarat decoding dan kemahiran ini merupakan sesuatu keperluan awal bagi kemahiran membaca. Berikut adalah kemahiran -kemahiran persepsi moto:
y y y y y y

Mengimbang Kesedaran badan Kesedaran ruang Kesedaran hala datar Kesedaran arah Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

1.Mengimbang.

Mengimbang boleh dibina melalui berdiri di atas sebelah kaki atau ketingting atau berjalan di atas palang pengimbang.Penggabun gan aktiviti-aktiviti mengimbang dengan permainan lebih menyeronokkan bagi pelajar.Pelajar berpeluang membayangkan diri merak seperti ahlli sarkas yang berjalan di atas tali.

2.Kesedaran badan.

Kesedaran badan merupakan persepsi tentang diri sendiri:


y y

Saiz Pengetahuan tentang bahagian -bahagian tubuh badan serta perkaitannya di antara satu dengan yang lain.

11

y y

Berupaya melakukan pergerakan membongkok ,melurus,memusing,mengilas,dan menggerakkan badan. Perasaan timbul ketika berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Kesedaran ini adalah penting bagi memahami potensi pergerakan.Ada banyak cara bagi membina kesedaran tentang kewujudan diri.Salah satu daripadanya ialah melalui aktiviti yang melibatkan bahagian -bahagian tertentu badan.

3.Kesedaran ruang.

Kita hidup di dalam ruangan dan tubuh badan kita mengisi ruang tersebut.Apabila kita bergerak,kita sebenarnya bergerak melalui ruang dan tubuh badan kita memenuhi ruang seperti juga benda -benda lain yang berada di persekitaran kita .Kita juga menyedari tubuh badan kita serta perkaitannay antara benda -benda di sekitar.Hal ini merupakan konsep asas yang perlu diterokai oleh pelajar supaya mereka boleh menyedari tentang keadaan zahir tubuh badan mereka yang sebenar.

4.Kesedaran hala datar

Hal ini merupakan kesedaran tentang wujudnya arah kanan dan kiri di sisi tubuh badanseseorang.Dengan ini seseorang dapat mengawal pergerakan daripada kedua-dua bahagian tubuh badan secara serentak atau secara berasingan. Sebarang latihan yang memerlukan kordinasi bahgian kiri dan kakan tubuh badan atau pergerakan yang bertentangan iaitu tangan atau lengan kanan dan kiri bersam sama digunakan akan menolong mengembangkan kesedaran hala datar seseorang.Permainan seperti Angels in the snow sesuai bagi tujuan ini.Dalam permainan ini ,pelajar disuruh menelentang di lantai dan menggerakkan kaki serta tangan membentuk gerakan membulat circular movement mengikut arahan yang diberikan oleh guru.

12

5.Kesedaran arah

Kesedaran arah ini membolehkan seseorang menyedari arah ke kiri ,kanan atas,bawah hadapan dan belakang di dalam ruang persekitarannya.Kesedaran arah ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Pelbagai jenis penerokaan pergerakan dapat mengger akkan perkembangan kesedaran arah ini.Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang,kekiri dan ke kanan,ke atas,ke bawah boleh menimbulkan kesedaran arah.Melalui pergerakan ini pelajar dapat membiasakan dan menyesuaikan pengalaman yang diperlukan apabila memerhati baris-baris perkataan di dalam muka surat bercetak iaitu semasa membaca.

6.Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Tujuan melakukan sesuatu pergerakan hanya akan tercapai jika kordinasi diantara pergerakan bahagian -bahagian badan disempurnakan dengan baik.Interaksi ini haruslah dilakukan dengan mudah,cekap,dan tepat.Ini melibatkan interaksi yang licin di antar kumpulan kumpulan otot imbangan yang sempurna dan turutan jangkaan yang betul. Permainan bola merupakan kordinasi tangan -mata yang amat baik.Pelajar melambung dan menyambut dengan kedua -dua belah tangan atau melambung denagn sebelah tangan dan menyambutnya dengan menggunakan tangan sebelah yanag lain.Permainan yang melibtkan sepakan pula adalah baik kordinasi kaki mata.Pelajar boleh menyepak bola ke arah sasaran yang tidak bergerak atau ke arah gawang gol.

13

2.5 Kemahiran manipulatif

Kemahiran manipulatif alatan hendak lah dibina di peringkat umur yang lebih awal.Kemahiran ini memerlukan penggunaan badan untuk mengawal,menangani,atau mengawasi sesuatu objek.

Kemahiran manipulatif berikut merupakan asas kepada pembinaan kemahiran diri seseorang pelajar:
y y y y y

Membaling Menyambut Memukul Menendang dan Menyepak Menggelecek

Kesemua kemahiran manipulatif di atas juga dapat mempertimbangkan perkembangan kordinasi tangan -mata dan kaki-mata.Disamping itu,kemahiran manipulatif ini dapat memberi keyakinan serta membentuk sikap pelajar untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam mene mpuh kehidupannya.

14

Anda mungkin juga menyukai