Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI MURID DAN ALAM BELAJAR, 1 Ogos 2011 Alhamdulillah, pada minggu lepas, saya dan rakan-rakan sekelas

telah mempelajari lebih banyak lagi teori-teori pembelajaran yang baharu dan insyaAllah ianya akan diaplikasikan semasa menjadi seorang pendidik kelak. Semasa sesi kuliah Murid dan Alam Belajar, ada segelintir pelajar kelas saya telah terpilih untuk membentangkan tentang sesetengah teori pembelajaran yang terdapat dalam silibus. Seseorang pembentang mempunyai cara-caranya yang tersendiri bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan diterima oleh pendengar. Saya melihat ramai ada dalam kalangan rakan-rakan saya yang sudah menguasai communication skill ini. Mereka mampu meluahkan idea yang bernas secara spontan. Namun, masih ada juga yang belum menguasainya. Golongan yang belum menguasai kemahiran komunikasi ini mesti sentiasa diberi peluang untuk berbicara dan memberi pendapat. Hal ini supaya mereka mampu berkomunikasi dengan baik serta boleh memupuk keberanian dalam diri sendiri. Dan mungkin sebab itulah pensyarah kami gemar bertanya soalan yang mencabar minda dan meminta kami menjawab dengan menggunakan bahasa ijazah. Saya melihat satu kelemahan saya di sini. Walaupun pensyarah pernah memberi peluang kepada saya untuk memberikan pandangan, tetapi saya sukar memberi jawapan yang sesuai. Hal bukan kerana saya seorang yang pengecut, walaupun tidak dinafikan bahawa saya juga merupakan seseorang yang berdarah gemuruh, namun kekurangan idea-idea yang bernas membuatkan saya buntu untuk memberi jawapan. Saya masih terfikir-fikir bagaimana segelintir daripada rakan-rakan sekelas yang sangat mempunyai banyak idea untuk diluahkan secara spontan. Terselit secebis perasaan kagum kepada mereka. Meskipun saya bukanlah salah seorang yang sentiasa mampu memberi idea bernas secara spontan, tetapi saya akan selalu cuba untuk menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas. Bukan untuk menarik perhatian sesiapa pun, tetapi ianya bertujuan untuk tidak bosan atau mengantuk di dalam kelas. Lagipun,

saya amat meminati cara pensyarah saya mengajar. Apabila beliau melihat ada segelintir daripada kami yang kelihatan mengantuk atau bosan, beliau pasti akan menceritakan pengalamannya atau menimbulkan sesuatu isu agar kami cergas dan cerdas kembali. Dan satu perkara yang paling suka tentangnya ialah beliau gemar meneroka, menimba pengalaman baharu dan bersedia menerima cabaran. Ini hanyalah pendapat peribadi saya tentang pensyarah tersebut. Mempelajari subjek ini membuatkan saya semakin mengenal dunia pendidikan dan perguruan. Mempelajari subjek ini membuatkan saya semakin tahu kaedah-kaedah atau teori-teori yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mempelajari subjek ini membuatkan saya imbas kembali semasa zaman persekolahan dahulu. Ya, guru-guru saya dahulu ada mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang sedang saya belajar sekarang. Misalnya, teori pembelajaran Ausubel iaitu cikgu saya pernah memberi lembaran nota untuk dibaca sebelum beliau mengajar. Malah, terdapat sesetengah teori pembelajaran yang pernah saya lalui semasa di rumah. Misalnya, teori peniruan Albert Bandura. Peniruan yang berlaku secara langsung iaitu saya pernah meniru tingkah laku emak saya. Emak menyapu sampah di luar rumah, saya pun ikut beliau ke luar rumah. Dan macam-macam lagi yang pernah dilalui. Tuntasnya, apa yang saya dapat saya simpulkan di sini ialah teori-teori pembelajaran yang kami pelajari ini merupakan sesuatu yang pernah dialami setiap insan sama ada kita sedar atau tidak. Perjalanan hidup ini mungkin masih panjang, pelbagai ilmu dan pengalaman yang mungkin akan ditimba, namun umur setiap manusia semakin singkat saban hari. Semoga setiap hari kita akan mempelajari sesuatu yang bermanfaat buat agama khususnya, insyaAllah.

Anda mungkin juga menyukai