Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI EDU 3103 Alhamdulillah, pada minggu lepas kami masih berkesempatan untuk

mempelajari subjek ini meskipun pensyarah hanya masuk ke kelas pada hari Jumaat memandangkan beliau menghadiri kursus pada kuliah yang sebelumnya. Kami telah mempelajari satu tajuk yang menarik dan amat dekat dengan dunia kehidupan kita sebenarnya iaitu pendidikan dari perspektif Islam. Kali ini, saya seolah-olah sedang mendengar tazkirah daripada seorang ustazah apabila pensyarah menerangkan tentang pendidikan dari sudut Islam. Segala isi yang dilontarkan membuatkan saya berfikir. Beliau mengatakan bahawa pendidikan dari sudut Islam bermula daripada pemilihan suami dan isteri. Padahal sebelum ini saya hanya fikir bahawa pendidikan bermula semenjak kita berada dalam kandungan ibu sahaja. Hal ini merupakan suatu ilmu pengetahuan baharu dan ianya sangat berguna buat saya serta rakan-rakan sekelas yang lain memandangkan kami semua masih belum mendirikan rumah tangga. Pemilihan suami dan isteri mestilah mengikut empat perkara iaitu agama, keturunan, harta dan rupa. Bagi sesiapa yang dapat mengahwini gadis mahupun teruna yang mempunyai keempat-empat ciri tersebut, maka ia suatu bonus buat pasangannya. Setiap insan pasti ingin memiliki pasangan hidup yang baik hati budinya. Oleh itu, kita sendiri hendaklah memperbaiki kelemahan diri di samping

mensolehahkan diri agar Allah turut mengurniakan pasangan hidup yang soleh dan baik, insya-Allah. Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) (An-Nur 26) Namun, menurut pandangan saya, janganlah kita mensolehkan diri sematamata untuk mendapatkan isteri atau suami yang soleh, tetapi kita lakukan lah ia kerana Allah. Sebagaimana hadis pertama dalam hadis 40 iaitu yang berbunyi, Setiap perbuatan dimulai dengan niat Dan satu pesanan buat diri saya khususnya dan

semua umat manusia, kejar lah cinta Allah sebelum mengejar cinta insani, kerana Allah sentiasa mencintai orang yang mencintai-Nya. Subhanallah! Berdasarkan pendidikan dari sudut Islam juga, terdapat beberapa peringkat. Peringkat tersebut dimulai semenjak kita baru keluar dari rahim ibu. Ketika pensyarah menceritakan peringkat-peringkat tersebut, lantas saya imbas kembali pendidikan yang diterapkan oleh ibu bapa saya sejak saya kecil. Kecil-kecil lagi, emak sudah mengajar solat meskipun kadang-kadang pada masa itu saya sentiasa bermalas-malas untuk menunaikan salah satu rukun Islam tersebut. Biasalah, ketika itu saya masih kecil dan belum benar-benar memahami konsep solat. Saya juga teringat bahawa ibu bapa saya turut mewajibkan saya membaca Iqra, Muqaddam dan kemudiannya barulah al-Quran. Pada masa itu, saya hanya membaca mengikut tajwid tanpa mengetahui makna-makna setiap bait ayat cinta Allah tersebut. Namun sekarang, saya bersyukur sebab saya mampu mengetahui makna-maknanya memandangkan saya sudah memiliki senaskhah Quran tafsir semenjak di sekolah menengah lagi. Sekarang, hal yang sama berulang lagi terhadap adik bongsu saya yang berusia lapan tahun. Saya melihat dia solat dan mengaji malah kadang-kadang saya sendiri yang mengajarnya memandangkan emak saya sibuk di tempat kerja. Alhamdulillah, rupa-rupanya sejak dulu emak dan arwah abah saya telah menerapkan pendidikan Islam terhadap anak-anaknya sejak kecil. Meskipun begitu, saya masih melihat kekurangan yang perlu diperbaiki. Di rumah, tiada solat secara berjemaah, bertadarus al-Quran bersama-sama, saling memberi tazkirah atau melakukan usrah. Hal ini mengingatkan saya dengan suasana solehah dalam keluarga seorang kawan sekelas saya ini. Tempoh hari, saya dan beberapa orang rakan telah bermalam di rumah kawan sekelas saya. Terselit secebis perasaan kagum dengan cara yang telah dididik oleh ibu bapa mereka. Masakan tidak, setiap masuk waktu solat, anak lelakinya akan mengumandangkan azan. Kemudian, mereka akan solat secara berjemaah. Lazimnya, usai solat Subuh berjemaah, mereka akan membaca Yasin bersama-sama. Insya-Allah, saya akan cuba menerapkan suasana solehah dalam keluarga saya kelak. Doakan. Suasana ini sememangnya diimpikan oleh setiap mukmin

dan Muslim. Sesungguhnya, keluarga Rasulullah SAW sememangnya antara yang patut kita contohi. Selawat dan salam ke atas baginda. Allahumma salli ala Muhammad. Tuntas nya, didikan agama yang mencukupi sejak awal lagi mestilah dipupuk agar generasi-generasi akan datang akan menjadi insan kamil yang berguna buat agama, bangsa, dan negara. Apa-apa pun, terima kasih kepada Cikgu Norliza atas pengisian yang sangat bermanfaat dan saya amat suka dengan cara cikgu menyampaikannya. Dan apa yang saya pelajari untuk kuliah pada hari Jumaat tersebut benar-benar membuatkan saya koreksi diri semula. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai