Anda di halaman 1dari 4

Sudah agak lama saya tidak menulis di blog ini kerana kekangan kerja yang banyak.

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai kelebihan menghafaz al-Quran. Sebelum ini saya ada berkongsi sedikit kelebihan membaca dan mendengar al-Quran. Bagi penghafaz alQuran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran al-Hafiz, akan mendapat 2 ganjaran :
y y

Ganjaran di dunia. Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
y

Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.

Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya. (Riwayat Ibnu Majah)
y

Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya. (Riwayat Muslim)
y

Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.

Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat. (Riwayat Bukhari)
y

Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim) Ganjaran di akhirat
y

Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
y

Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).(Riwayat Muslim)
y

Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi) Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurangkurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Saya ingin berkongsi bahan dari internet berkaitan kelebihan membaca dan mendengar al-Quran (tiada idea nak menulis mengenai ini) # Dapat menghilangkan kekotoran hati dengan banyak berzikir, banyak mengingati mati dan membaca al-Quran. # Orang yang membaca al-Quran dan berzikir akan dikunjungi para malaikat dan syaitan tidak akan memasuki rumah yang sentiasa didengari al-Quran dan berzikir. Ahli keluarga rumah tersebut akan dilindungi dari gangguan syaitan.

# Orang yang berzikir atau di dalam kumpulan dan ikhlas kepada Allah akan dipuji oleh Allah. Mereka juga akan dilimpahi rahmat oleh Allah. # Orang yang membaca, mendengar al-Quran, berzikir dan berkunjung di tempat-tempat pengajian atau ibadah, akan dilapangkan dadanya dan ditenteramkan hatinya daripada masalahmasalah dunia. # Orang yang membaca dan mendengar al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempattempat pengajian atau ibadah, nescaya Allah akan sentiasa bersamanya dan orang tersebut akan lebih khusyuk beribadah kepada Allah # Orang yang membaca dan mendengar al-Quran, berzikir, berdoa dan berkunjung di tempat pengajian atau ibadah dengan ikhlas hatinya, maka dia dapat mendidik nafsunya ke arah jalan kebaikan dan diredhai Allah. # Memperolehi pahala dan rahmat Allah dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Taala, Dalam masa yang sama Allah akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman orang tersebut.

# Membaca al-Quran dan berzikir merupakan penawar bagi hati yang paling mustajab.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu ustazah memohon maaf kpd pembaca yang sudi singgah dan melawat blog ustazah yg sudah lama tak di up date oleh kerana kekangan masa dan perkara2 yg tak dapat di elakkan. Pada kali ini ini suka ustazah berkongsi tajuk Kelebihan Membaca Al-Quran Antara kelebihan membaca Al-Quran ialah:1. Ibadah yang paliong utama dari segi bacaan 2. Pahala membaca satu huruf daripada Quran (menurut Ibn Majah digandakan 400x, Ibn AlJauzi digandakan 700x) 3. Balasan satu huruf yg dibaca ialah bidadari syurga, juga dikatakan balasan pokok di syurga

4. Mengikut Ibnu Abbas r.a pembaca Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus 5. Selamat dari api neraka-mendapat kedudukan yg tinggi dan mulia bersama malaikat 6. Pada hari Kiamat, Al-Quran akan menjadi pembela 7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga 8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat 9. Pembaca akan dimasukkan dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin 10. Menjadi cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit 11. Jika di baca di dalam rumah, ajan memberi cahaya kepada rumah itu 12. Membaca secara tadarus(bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi para malaikat. 13. Pembaca yang mahir dan baik bacaan, diutamakan menjadi imam solat 14. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran quran 15. Mempelajari satu ayat lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

Anda mungkin juga menyukai