Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN

Kursus ini memberi pendedahan mengenai pandangan ahli falsafah dan kepentingannya dalam pendidikan muzik.Di samping itu, perbincangan mengenai matlamat dan fungsi muzik dalam pendidikan menekankan kepentingan muzik itu sendiri. Turut membincangkan perihal implikasi falsafah, faktor-faktor sosiologikal dan psikologi yang mempengaruhi tingkahlaku muzikal dikaji dan domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik dijelaskan dengan lebih spesifik.

ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN MUZIK

Dalam situasi bilik darjah pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, pendidik muzik perlu memahami asas falsafah dalam membantunya menjayakan P&P dengan lebih menarik dan berkesan. Pemahaman yang jelas terhadap falsafah akan dapat membantu pendidik muzik memahami isu asas dalam dalam kehidupan sama ada dalam @ luar bilik darjah. Falsafahpendidikan muzik ini membantu seorang pendidik muzik lebih berkeyakinan dan menjadikannya sebagai bahan rujukan dalam memahami situasi pelajar dan pembaharuan dalam aspek pengajaran di dalam bilik darjah. Melalui pengetahuan dalam falsafah juga membantu seseorang pendidik dalam membuat keputusan yang memerlukan mereka berfikir secara mendalam bagi mengelakkan kesan ke atas pelajarnya di masa hadapan.

PANDANGAN ASAS FALSAFAH PESTALOZZI UNTUK PENDIDIKAN MUZIK.

PENGENALAN

Johann Henrich Pestalozzi ( 1746-1827) seorang yang berbangsa Swiss yang mempengaruhi banyak rasional dan prinsip asas untuk pendidikan muzik hampir diseluruh dunia. Dalam tahun 1809 prinsip Pestalozzi yang bertajuk Principle of the Pestalozzi System Of music telah diperkenalkan di dunia.

6 PRINSIP PESTALOZZI 1. Mengajar bunyi sebelum tanda atau simbol (kaedah hafalan sebelum catatan ) para

pelajar didiedahkan dengan nyanyian sebelum mempelajari notasi muzik. 2 .Kaedah discovery learning dipraktikkan dengan memberi peluang pelajar menerokai

bunyi, meniru bunyi dan seterusnya membuat kesimpulan berkaitan bunyi yang didengar sama ada bunyi sekeliling atau bunyi yang diciptakan. 3. Pembelajaran mengikut peringkat yang sistematik iaitu memahirkan pelajar dengan aspek

tertentu sebelum bertukar ke aspek lain. Contohnya dalam aspek irama setelah pelajar menguasai aspek ini barulah bertukar ke aspek melodi dan seterusnya secara berperingkat. 4. Pembelajaran secara praktikal atau amali diberi penekanan apabila pelajar menguasai

aspek amali tersebut aspek teori dan prinsip berkaitan didedahkan. Pelajar digalakkan menghubungkaitkan amalan amali dengan aspek teori dan prinsip.ini dinamakan pembelajaran Heuristik. 5. Peluang latihan dan kajian berkaitan dengan elemen muzik dipraktikkan melalui usaha

sendiri dan seharusnya mencukupi dan iniberkaitan pendekatan berkonsep.

7.

Nama not untuk nyanyian dan muzik instrumental diselaraskan dengan dan nyanyian

solfa tidak digalakkan.

Bibliografi http://www.scribd.com/doc/25813889/Asas-Pendidikan-Muzik

Anda mungkin juga menyukai