Anda di halaman 1dari 6

Cara untuk buat Hyperlink dan menukar gambar latar(Background) Gambar Latar

Gambar di atas menunjukkan cara untuk menukar gambar latar dalam powerpoint. Pertama sekali,Klik kanan di Slide anda dan Pilih Format Background. Kemudian,tetingkap (window) baru akan keluar seperti gambar di bawah.

Apabila tetingkap baru keluar,tandakan bahagian Picture or Texture Fill. Kemudian tekan butang File dan tetingkap baru akan keluar lagi,seperti yang ditunjukkan dalam gmbar di bawah.

Dalam tetingkap baru tersebut, cari gambar yang anda inginkan untuk menjadi gambar latar(Background). Selepas menemuinya,tekan gmbar tersebut dan klik butang Insert. Kemudian, anda akan kembali ke tetingkap sebelumnya.

Seperti yang ditunjukkan dlm gambar diatas,klik butang Close dan gambar latar untuk pembentangan anda akan berubah.

HYPERLINK
Pertama sekali,kita mulakan dengan memilih bentuk yang anda inginkan untuk menjadi hyperlink.

Anda boleh memilih bentuk yang anda inginkan melalui butang Shapes. Untuk pengetahuan anda,hyperlink ini tidak hanya untuk

bentuk2 yang ada dalam shapes,anda boleh gunakan gambar sebagai hyperlink juga.

. Selepas anda memilih bentuk yang anda inginkan,Klik di mana2 bhgian dalam slide anda dan tarik ke bawah(tanpa melepaskan klik anda tersebut),seperti gambar di atas. Untuk menambah perkataan dalam bentuk pilihan anda,klik kanan di bentuk tersebut dan klik Edit Text

Untuk membuat Hyperlink,klik bentuk yang anda pilih tadi. Sesudah itu,pilih tab Insert yang berada di bahagian atas dan dalam tab insert tersebut, pilih Hyperlink. Kemudian, tetingkap baru akan keluar seperti gambar rajah di bawah.

Dalam tetingkap baru itu,klik Places in this Document,kemudian senarai Slide yang ada dalam pembentangan anda akan keluar. Di bahagian Slide Titles,saya akan memilih slide 3 untuk pembentangan saya. Setelah anda memilih slide tersebut, tekan butang OK.

Anda mungkin juga menyukai