Anda di halaman 1dari 2

Tugasan ISL Minggu 3 (12 16 Julai 2010) Asas Grafik Dengan menggunakan reka bentuk visual yang dihasilkan

an semasa tugasan amali, nyatakan prinsip grafik atau elemen grafik yang terlibat dalam reka bentuk visual anda. Jelaskan juga bagaimana prinsip grafik/elemen grafik tersebut diaplikasikan dalam reka bentuk visual anda. Antara prinsip atau elemen grafik adalah: a) Kesatuan b) Penegasan c) Pergerakan d) Keseimbangan e) Kontra f) Harmoni Bagi tugasan ini, saya telah memilih untuk menghasilkan reka bentuk visual berdasarkan tajuk Rantai Makanan. Prinsip atau elemen grafik yang telah saya aplikasikan dalam reka bentuk visual ini adalah Kesatuan. Elemen-elemen yang digunakan dalam setiap reka bentuk visual haruslah bersesuian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Oleh kerana saya telah memilih tajuk Rantai Makanan, gambar yang saya pilih adalah berlatar belakangkan sawah padi. Saya juga memasukkan beberapa rajah haiwan yang terlibat dalam rantai makanan di sawah padi seperti tikus, belalang, katak, burung dan burung helang. Gambar-gambar yang telah saya pilih adalah sangat bersesuai dengan tajuk Rantai Makanan. Prinsip Penegasan juga diaplikasikan dalam reka bentuk visual ini. Penegasan boleh ditafsirkan sebagai pusat tumpuan atau fokus utama. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditampilkan dengan jelas agar dapat dilihat dan difahami maksudnya oleh audien. Item utama ini mestilah menguasai item-item lain untuk menyokongnya. Dalam reka bentuk visual yang telah saya hasilkan, objek utama yang saya tampilkan adalah paparan sawah padi di mana ia bersesuai dengan tajuk Rantai Makanan. Item-item lain yang

menyokongnya terdiri daripada gambar tikus, belalang, burung hantu dan burung helang. Prinsip Keseimbangan juga diaplikasikan di dalam reka bentuk visual ini. Keseimbangan memainkan peranan dalam sesuatu struktur binaan atau pun reka bentuk. Keseimbangan penting dalam rekaan grafik supaya tidak nampak janggal. Dalam reka bentuk visual yang telah saya hasilkan, saya memastikan gambar-gambar yang dimasukkan berada dalam kedudukan yang seimbang Saya juga turut mengaplikasikan prinsip Kontra dalam reka bentuk visual ini. Kontra terjadi apabila wujudnya dua elemen yang berbeza. Lebih besar perbezaannya bertambah besarlah kontranya. Tujuan pengggunaan elemen kontra adalah dengan menjadikan perbezaan-perbezaan itu nampak ketara. Empat kaedah yang lazim digunakan untuk mewujudkan kontra adalah dengan menggunakan saiz, nilai, warna dan fon yang berbeza-beza. Dalam reka bentuk visual yang telah saya hasilkan, saya telah memastikan warna bagi haiwanhaiwan yang terdapat di dalam gambar adalah kontra dengan warna latar belakang. Ini adalah untuk memastikan gambar-gambar tersebut tidak tenggelam dan agar ia jelas apabila dilihat. Saya juga turut membezakan saiz haiwanhaiwan tersebut supaya ia kelihatan kontra antara satu sama lain. Prinsip Harmoni juga turut diaplikasikan di dalam reka bentuk visual ini. Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Mata dan fikiran audien pula dapat mengikut perkembangan keseluruhan visual. Harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada audien kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Dalam reka bentuk visual ini, saya memastikan prinsip harmoni diaplikasikan dengan memilih warna yang sesuai supaya audien akan memahami dengan jelas apa yang ingin saya sampaikan dalam reka bentuk visual ini. Gambar-gambar yang berkesinambungan antara satu sama lain menunukkan prinsip harmoni telah diaplikasikan dalam reka bentuk visual ini.

Anda mungkin juga menyukai