Anda di halaman 1dari 22

ANALISIS SOALAN MAKLUMAT UJIAN TAHUN TAJUK : 5 ADIL ( 5 AD ) : ASID DAN ALKALI BAHAGIAN B (SUBJEKTIF= 20 MARKAH)

SUBJEK : SAINS MARKAH : BAHAGIAN A (OBJEKTIF = 20 MARKAH)

BAHAGIAN A 1. Antara bahan yang berikut, manakah yang berasid?

A. Madu C. Ubat gigi


B. Cuka D. Serbuk penaik

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=cuka. Seramai 9 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 11 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Pengetahuan dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Walaupun soalan ini mempunyai aras kesukaran yang rendah, masih ramai yang tidak dapat menjawab soalan ini. Bagi saya, soalan ini adalah mudah difahami dan jelas maksudnya. Murid tidak dapat menjawab soalan ini mungkin kerana mereka tidak pasti sama ada cuka adalah sejenis asid atau alkali.
2. Antara bahan-bahan yang berikut, manakah yang tidak mengubah

warna kertas litmus biru dan merah?

A. Air garam

C. Jus nenas D. Serbuk pencuci

B. Syampu rambut

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah A=Air garam. Seramai 7 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 13 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Kefahaman dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Walaupun soalan ini mempunyai aras kesukaran yang rendah, masih ramai yang tidak dapat menjawab soalan ini. Murid tidak dapat menjawab soalan ini mungkin kerana soalan ini agak ringkas dan ditanya secara langsung tanpa bantuan gambar rajah. Murid menjadi tidak jelas dan keliru akan kehendak soalan. 3. Rajah 1 menunjukkan bahan X, Y dan Z. Kesemua bahan-bahan ini diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Rajah 1 Antara perubahan warna kertas litmus yang berikut, manakah yang diperhatikan? X Biru Merah merah biru Y Tiada perubahan Biru merah Z Merah biru A B C D Tiada perubahan biru

Tiada perubahan Biru Biru merah Merah

merah Merah biru

Tiada perubahan

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah C. Seramai 13 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 7 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Kefahaman dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Sederhana. Walaupun ramai murid yang dapat menjawab soalan ini dengan betul, namun bilangan murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul tidak boleh

diabaikan. Bagi saya soalan ini adalah jelas dan disoal secara langsung. Murid tidak dapat menjawab soalan ini mungkin kerana mereka tidak mengingati perubahan warna kertas litmus ke atas bahan yang berasid, beralkali atau neutral. 4. Sejenis bahan mempunyai sifat-sifat yang berikut. Mempunyai rasa masam Menukarkan warna kertas litmus biru menjadi

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang bahan ini? A. Bahan ini adalah neutral B. Bahan ini adalah berasid C. Bahan ini adalah beralkali D. Bahan ini adalah sejenis makanan

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=Bahan ini adalah berasid. Seramai 13 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 7 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Analisis dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Walaupun ramai murid yang dapat menjawab soalan ini dengan betul, namun bilangan murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul tidak boleh diabaikan. Bagi saya soalan ini adalah jelas dan disoal secara langsung. Murid tidak dapat menjawab soalan ini mungkin kerana mereka tidak mengangingati sifat-sifat bahan berasid. Murid tidak dapat menjawab mungkin kerana soalan ini tidak disertakan dengan gambar rajah menyebabkan mereka menjadi tidak jelas dengan kehendak soalan. 5. Rajah di bawah menunjukkan empat bahan.

Antara bahan berikut, yang manakah menukarkan warna kertas litmus biru ke merah?
A. K sahaja C. K dan L

B. L sahaja D. L dan M Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah A=K sahaja. Seramai 10 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 10 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Kefahaman dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Sederhana.Separuh daripada murid-murid dapat menjawab soalan ini manakala separuh daripada murid-murid tidak dapat menjawab soalan ini. Bagi saya soalan ini adalah agak sukar kepada murid-murid kerana mereka perlu mengenal pasti jenis-jenis makanan di dalam gambar yang ditunjukkan dan menganalisis pertukaran warna kertas kertas litmus apabila bahan-bahan tersebut diuji dengan kertas litmus.

6. Rajah 2 menunjukkan pemerhatian yang terhasil apabila bahan X diuji dengan kertas litmus biru dan merah.

Rajah 2 Antara yang berikut, manakah yang mungkin merupakan bahan X? A. Air pili
B. Jus limau

C. Air sabun D. Air mineral

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=Jus limau. Seramai 9 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 11 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Sintesis dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Sederhana. Jumlah murid yang salah pada soalan ini adalah lebih ramai

berbanding murid yang betul. Bagi saya soalan ini adalah agak sukar kepada murid-murid kerana mereka perlu mengenal pasti perubahan warna kertas litmus di dalam rajah yang ditunjukkan dan mensistesis apakah bahan X. 7. Seorang pesakit dinasihatkan oleh doktor supaya mengurangkan memakan makanan berasid. Antara makanan yang berikut, manakah yang perlu dielakkan oleh pesakit itu? I Jeruk III Minuman bergas

II Majerin A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja

B. I dan III sahaja D. I, II dan III

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=I dan III sahaja. Seramai 15 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 5 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Aplikasi dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Jumlah murid yang betul pada soalan ini adalah lebih ramai berbanding murid yang salah. Bagi saya soalan ini adalah agak mudah kepada murid-murid kerana walaupun soalan ini berbentuk soalan Aplikasi, namun soalan ini adalah ringkas dan menjurus terus kepada jawapan. 8. Rajah 3 menunjukkan bahan-bahan P, Q dan R.

Rajah 3 Antara yang berikut, manakah yang menerangkan mengenai bahan P, Q dan R dengan betul? P Berasid Neutral Beralkali Beralkali Q Beralkali Beralkali Berasid Neutral R Neutral Berasid Neutral Berasid

A B

C D Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=I dan III sahaja. Seramai 12 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 8 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Pengetahuan dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Jumlah murid yang betul pada soalan ini adalah lebih ramai berbanding murid yang salah. Bagi saya soalan ini adalah agak mudah kepada murid-murid kerana soalan ini adalah ringkas dan menjurus terus kepada jawapan.
9. Antara buah yang berikut, yang manakah menukarkan kertas litmus biru

kepada merah?

A. I, II dan III sahaja

C. II, III dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=I, III dan IV sahaja. Seramai 16 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 4 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Aplikasi dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Sederhana. Jumlah murid yang betul pada soalan ini adalah lebih ramai berbanding murid yang salah. Bagi saya soalan ini adalah agak mudah kepada murid-murid kerana walaupun soalan ini berbentuk soalan Aplikasi, namun soalan ini adalah ringkas dan menjurus terus kepada jawapan. 10. Jadual 1 menunjukkan dua kumpulan bahan.

Kumpulan 1 Lemon Yogurt M

Kumpulan 2 Peria Syampu N

Antara bahan yang berikut, manakah yang mewakili M dan N?

M Mangga Kopi Minyak masak

N Gula Jeruk Detergen A B C D

Minuman bergas Ubat gigi

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah D. Seramai 12 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 8 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Analisis dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Sederhana. Jumlah murid yang betul pada soalan ini adalah lebih ramai berbanding murid yang salah. Bagi saya soalan ini adalah agak mudah kepada murid-murid kerana soalan ini adalah ringkas dan menjurus terus kepada jawapan.

11. Antara bahan berikut, manakah yang akan mengubah kertas litmus merah kepada biru?

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah D. Seramai 14 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 6 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Analisis dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Jumlah murid yang betul pada soalan ini adalah lebih ramai berbanding murid yang salah. Bagi saya soalan ini adalah agak mudah kepada murid-murid kerana soalan ini adalah ringkas dan menjurus terus kepada jawapan. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa orang murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul Ini mungkin kerana gambar pada soalan tersebut tidak beberapa jelas dan mereka terlupa akan perubahan warna kertas litmus apabila diuji kepada makanan yang berasid, beralkali atau neutral. 12. Apakah persamaan antara bahan berikut? I Rasa pahit II Cuka Jus lemon Jus nanas Boleh digunakan untuk memasak

III Menukarkan kertas litmus biru menjadi merah A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. D. II dan III sahaja I, II dan III

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah C=II dan III sahaja. Seramai 10 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 10 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Sintesis dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Separuh daripada murid-murid dapat menjawab soalan ini manakala separuh daripada murid-murid tidak dapat menjawab soalan ini. Bagi saya soalan ini adalah agak sukar kepada murid-murid kerana mereka perlu mengenalpasti sifat-sifat bahan yang disenaraikan sama ada berasid, beralkali atau neutral dan mencari persamaan di antara bahan-bahan yang telah dinyatakan.

13. Antara bahan berikut, yang manakah menukarkan kertas litmus biru menjadi merah?

A. Ubat gigi C. Kicap


B. Asam jawa

D. Bubur nasi

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=I dan III sahaja. Seramai 12 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 8 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Pengetahuan dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Jumlah murid yang betul pada soalan ini adalah lebih ramai berbanding murid yang salah. Bagi saya soalan ini adalah agak mudah kepada murid-murid kerana soalan ini adalah ringkas dan menjurus terus kepada jawapan. Walaubagaimanapun, masih ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul. Ini mungkin kerana mereka masih keliru dengan pertukaran warna kertas litmus ke atas bahan yang berasid, beralkali dan neutral.

14. Rajah 4 menunjukkan kesan-kesan bahan X ke atas kertas litmus merah dan biru.

Rajah 4 Antara bahan berikut, yang manakah mungkin X? I Jus nanas III IV Jus limau Serbuk penaik

II Air garam

A. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah A=I dan III sahaja. Seramai 6 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 14 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Kefahaman dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Tinggi. Mengikut hasil analisis, soalan yang dikemukakan adalah agak sukar untuk difahami oleh murid-murid. Ini adalah kerana mereka perlu mengenalpasti apakah sifat bahan X sama ada ia berasid, beralkali atau neutral. Setelah itu, mereka perlu mengenalpasti apakah bahan X mengikut pertukaran warna kertas litmus. Ini menyebabkan mereka menjadi keliru dengan kehendak soalan. Sepatutnya, saya menyertakan sekali gambar pada soalan tersebut supaya mereka akan menjadi lebih jelas dengan kehendak soalan. 15. Rajah 5 menunjukkan suatu penyiasatan. Didapati kertas litmus biru dan kertas litmus merah tidak berubah warna.

Rajah 5 Apakah bahan K? A. Air kapur C. Jus asam jawa

B. Larutan garam D. Cecair pencuci pinggan

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah B=Larutan garam. Seramai 8 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 12 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Analisis dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul. Ini mungkin kerana rajah yang dinyatakan adalah kurang jelas dan tulisan juga agak kecil.

16. Rajah 6 menunjukkan suatu bahan.

Rajah 6 Apakah yang dapat diperhatikan apabila bahan ini diuji dengan kertas litmus? I Kertas litmus biru menjadi merah

II Kertas litmus merah menjadi biru III Kertas litmus biru kekal biru IV Kertas litmus merah kekal merah
A. I dan II

C. II dan III D. III dan IV

B. I dan IV

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah C=II dan III. Seramai 18 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 2 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Penilaian dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Tinggi.. Bagi saya soalan ini adalah jelas dan disoal secara langsung. Oleh sebab itu, ramai murid yang mampu untuk menjawab soalan tersebut dengan betul. 17.Emak kehabisan cuka semasa memasak. Antara berikut, yang manakah boleh digunakannya untuk menggantikan cuka?
A.

Gula

C. Jus lemon D. Minyak jagung

B. Susu

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah C. Seramai 13 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 7 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Aplikasi dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Walaupun ramai murid yang dapat menjawab soalan ini dengan betul, namun bilangan murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul tidak boleh diabaikan. Bagi saya soalan ini adalah jelas dan disoal secara langsung. Murid tidak dapat menjawab soalan ini mungkin kerana mereka tidak pasti sama ada cuka bersifat asid, alkali atau neutral. 18.Rajah 7 menunjukkan perubahan warna kertas litmus merah dan biru apabila dicelup ke dalam bahan P.

Rajah 7 Apakah sifat bahan P?


A. Berasid C. Neutral

B. Beralkali D. Berasid dan neutral

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah A=Berasid. Seramai 8 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 12 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Penilaian dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Walaupun aras kesukaran soalan ini adalah rendah, namun hasil analisis saya mendapati ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul. Ini mungkin kerana rajah yang dinyatakan adalah kurang jelas dan tulisan juga agak kecil. Ini menyebabkan murid menjadi agak keliru dan agak sukar untuk meneliti maklumat yang dinyatakan di dalam gambar rajah yang disediakan. 19. Maklumat berikut menunjukkan rasa bagi makanan M dan N. M- masam N - pahit

Manakah di antara berikut mewakili M dan N?

M Jus epal Cuka Ikan masin Jus limau Madu Kicap Sirap Kopi

N A B C D

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah C. Seramai 13 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 7 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Aplikasi dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Walaupun

ramai murid yang dapat menjawab soalan ini dengan betul, namun bilangan murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul tidak boleh diabaikan. Bagi saya soalan ini adalah jelas dan disoal secara langsung. Murid tidak dapat menjawab soalan ini mungkin kerana mereka tidak pasti sama ada cuka bersifat asid, alkali atau neutral. 20.Rajah 8 menunjukkan suatu bahan.

Rajah 8 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sifat-sifat bahan itu? I Tidak mengubah warna kertas litmus merah

II Menukarkan warna kertas litmus biru ke merah III Menukarkan warna kertas litmus merah ke biru IV Tidak mengubah warna kertas litmus biru
A. I dan II

C. II dan III D. III dan IV

B. I dan IV

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah A= I dan II sahaja. Seramai 10 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 10 orang murid salah. Soalan ini adalah aras Penilaian dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Tinggi. Separuh daripada murid-murid dapat menjawab soalan ini manakala separuh daripada murid-murid tidak dapat menjawab soalan ini. Bagi saya soalan ini adalah agak sukar kepada murid-murid kerana mereka perlu mengenalpasti sifat jus asam jawa sama ada berasid, beralkali atau neutral. Setelah itu, mereka perlu memilih sifat-sifat jus asam jawa pada jawapan yang disediakan. Walaupun soalan ini agak ringkas dan mudah difahami, namun ia

akan mengelirukan murid jika mereka tidak pasti apakah sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral.

BAHAGIAN B 1. Sekumpulan murid menjalankan satu penyiasatan terhadap makanan yang berlainan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

a) Apakah tujuan penyiasatan ini? ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ( 1 markah ) Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah untuk mengkaji makanan yang berasid, beralkali dan neutral. Soalan ini adalah aras Pengetahuan dalam Taxonomi Bloom dan aras kesukaran adalah Rendah. Seramai 9 orang murid telah menjawab dengan betul manakala 11 orang murid adalah salah. Ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul kerana kebanyakan daripada mereka tidak begitu memahami kehendak soalan. Setelah meneliti kembali soalan ini, saya mendapati ia agak sukar untuk dijawab oleh muridmurid. Kehendak soalan adalah kurang jelas menyebabkan murid menjadi keliru untuk menjawab. Ini adalah kerana mereka telah terbiasa dengan soalan Tujuan di mana format jawapannya adalah Untuk mengkaji hubungan antara MN dan BB. Dalam soalan ini, pemboleh ubah bagi MN dan BB adalah tidak jelas dan menyebabkan murid menjadi keliru dan tidak pasti untuk menjawab soalan ini.

a) Nyatakan pemerhatian apabila setiap makanan diuji dengan kertas litmus biru dan kertas litmus merah. P : ________________________________________________ Q : ________________________________________________ R : ________________________________________________ ( 3 markah ) Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah P= merah ke biru, biru ke biru Q= merah ke biru, biru ke biru R=biru ke merah, merah ke merah. Soalan ini adalah aras Analisis dalam Taksonomi Bloom dan aras kesukaran adalah

Sederhana. Seramai 12 orang murid berjaya menjawab ketiga-tiga soalan manakala 8 orang murid hanya mendapat 2 markah dan ke bawah. Walaupun soalan yang dikemukakan adalah ringkas dan jelas, terdapat juga segelintir murid yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Ini terjadi mungkin kerana dengan perubahan warna kertas litmus yang sepatutnya terjadi apabila bahan berasid, beralkali dan neutral diuji dengan kertas litmus. Ada juga dalam kalangan murid-murid yang tidak pasti perubahan warna kertas litmus yang sepatutnya berlaku apabila diuji dengan bahan yang berasid, beralkali dan neutral. c) Ramalkan rasa setiap makanan. P : ________________________ Q : ________________________ R : ________________________ ( 3 markah )

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah P=pahit, Q=tawar, R=masam. Soalan ini adalah aras Kefahaman dan aras kesukaran adalah Rendah. Seramai 14 orang murid dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan mendapat 3 markah manakala seramai 6 orang mendapat 2 markah dan ke bawah. Walaupun ramai murid yang dapat menjawab soalan ini dengan betul, namun bilangan murid yang mendapat 2 markah dan ke bawah dalam bahagian ini tidak boleh diabaikan. Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul mungkin kerana mereka tidak memahami kehendak soalan. Ada dalam kalangan mereka yang memberi jawapan contoh makanan yang lain sedangkan kehendak soalan yang mahukan jawapan daripada gambar yang telah disediakan.

d) Kenal pasti makanan yang manakah i. berasid _______________ ii. beralkali _______________ iii. neutral _______________ ( 3 markah ) Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah i=R/asam jawa, ii=P/peria, iii=Q/nasi. Soalan ini adalah aras Aplikasi dan aras kesukaran adalah Rendah. Seramai 14 orang murid dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan mendapat 3 markah manakala seramai 6 orang mendapat 2 markah dan ke bawah. Walaupun ramai murid yang dapat menjawab soalan ini dengan betul, namun bilangan murid yang mendapat 2 markah dan ke bawah dalam bahagian ini tidak boleh diabaikan. Kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul mungkin kerana mereka tidak memahami kehendak soalan. Ada dalam kalangan mereka yang memberi jawapan contoh makanan yang lain sedangkan kehendak soalan yang mahukan jawapan daripada gambar yang telah disediakan. Ini terjadi mungkin juga kerana kelemahan soalan yang saya sediakan di mana saya tidak menyatakan bahawa jawapan mestilah berdasarkan gambar yang telah disediakan. Ini menyebabkan murid-murid menyangka mereka perlu memikirkan jawapan yang lain sedangkan jawapan adalah daripada gambar yang telah disediakan oleh saya di dalam soalan.

2. Tiga jenis cecair P, Q dan R diuji dengan kertas litmus merah dan biru. Keputusan direkodkan dalam Jadual 1. Cecair Diuji dengan kertas litmus merah Diuji dengan kertas litmus biru

P Q R

Bertukar menjadi biru Kekal merah Tiada perubahan

Tiada perubahan Bertukar menjadi merah Tiada perubahan

a) Apakah tujuan penyiasatan ini? ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ( 1 markah ) Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah Untuk mengkaji jenis-jenis cecair dan perubahan warna kertas litmus. Soalan ini adalah aras Kefahaman dan aras kesukaran adalah Rendah. Seramai 4 orang murid dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan mendapat 3 markah manakala seramai 16 orang mendapat 2 markah dan ke bawah. Ramai daripada murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul kerana mereka tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan (MN) dan bergerak balas (BB). Ini mungkin kerana soalan yang tidak jelas menyatakan pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas (BB). b) Kenal pasti cecair yang mempunyai sifat-sifat berikut. i) ii) iii) Berasid : ________________

Beralkali : ________________ Neutral : ________________ ( 3 markah )

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah Untuk mengkaji jenis-jenis cecair dan perubahan warna kertas litmus. Soalan ini adalah aras Kefahaman dan aras kesukaran adalah Rendah. Seramai 4 orang murid dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan mendapat 3 markah manakala seramai 16 orang mendapat 2 markah dan ke bawah. Ramai daripada murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan betul kerana mereka tidak dapat

mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasikan (MN) dan bergerak balas (BB). Ini mungkin kerana soalan yang tidak jelas menyatakan pembolehubah dimanipulasikan dan pembolehubah bergerak balas (BB).

b) Kenal pasti cecair yang mempunyai sifat-sifat berikut. i) ii) iii) Berasid : ________________

Beralkali : ________________ Neutral : ________________ ( 3 markah )

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah i= Q, ii= P , iii= R. Aras kemahiran dalam soalan ini mengikut Taksonomi Bloom adalah Analisis manakala aras kesukaran adalah Rendah. Seramai 12 orang murid dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan mendapat 3 markah manakala seramai 8 orang mendapat 2 markah dan ke bawah. Bagi saya, soalan yang telah disediakan adalah mudah, jelas dan menjurus terus kepada jawapan namun masih ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini terjadi mungkin kerana kesilapan soalan yang saya sediakan di mana sepatutnya saya menyediakan gambar rajah supaya murid-murid akan lebih jelas kehendak soalan. Dalam soalan ini, saya hanya menyediakan jadual yang menyatakan perubahan warna kertas litmus apabila diuji dengan cecair P, Q dan R. Ini menyebabkan murid-murid sukar untuk membuat gambaran adakah cecair yang diuji bersifat asid, alkali atau neutral. c) Dalam penyiasatan ini, nyatakan pemboleh ubah : i) ii) iii) dimanipulasikan ( MN) : ____________________________ bergerak balas ( BB ) dimalarkan : ____________________________ : ____________________________ ( 3 markah )

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah i= jenis cecair ii= perubahan warna kertas litmus , iii= jenis kertas litmus. Aras kemahiran dalam soalan ini mengikut Taksonomi Bloom adalah Sintesis manakala aras kesukaran adalah Sederhana. Hanya seorang orang murid yang dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan mendapat 3 markah manakala seramai 19 orang murid yang lain mendapat 2 markah dan ke bawah. Bagi saya, soalan yang telah disediakan adalah mudah, jelas dan menjurus terus kepada jawapan namun masih ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini terjadi mungkin kerana kesilapan soalan yang saya sediakan di mana sepatutnya saya menyediakan gambar rajah supaya murid-murid akan lebih jelas kehendak soalan. Dalam soalan ini, saya hanya menyediakan jadual yang menyatakan perubahan warna kertas litmus apabila diuji dengan cecair P, Q dan R. Ini menyebabkan murid-murid sukar untuk membuat gambaran adakah cecair yang diuji bersifat asid, alkali atau neutral. Dengan bantuan gambar rajah, murid dapat mengenal pasti pemboleh ubah dimalarkan, dimanipulasikan dan bergerak balas dengan lebih mudah dan jelas.

a)

Beri satu contoh setiap cecair P, Q dan R yang biasa terdapat di rumah. Cecair P Q R Contoh

Dalam soalan ini, jawapan yang betul adalah P= sabun, Q= cuka, R=larutan garam. Aras kemahiran dalam soalan ini mengikut Taksonomi Bloom adalah Penilaian manakala aras kesukaran adalah Sederhana. Seramai 8 orang murid yang dapat menjawab semua soalan dalam bahagian ini dengan betul dan

mendapat 3 markah manakala seramai 12 orang murid yang lain mendapat 2 markah dan ke bawah. Bagi saya, soalan yang telah disediakan adalah mudah, jelas dan menjurus terus kepada jawapan namun masih ramai murid yang tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik. Hal ini terjadi mungkin kerana kesilapan soalan yang saya sediakan di mana sepatutnya saya menyediakan gambar rajah supaya murid-murid akan lebih jelas kehendak soalan. Dalam soalan ini, saya hanya menyediakan jadual yang menyatakan perubahan warna kertas litmus apabila diuji dengan cecair P, Q dan R. Ini menyebabkan murid-murid sukar untuk membuat gambaran cecair yang terdapat di rumah.

Anda mungkin juga menyukai