Anda di halaman 1dari 2

Honeydew sengaut

Bahan-bahan ( agak2 10 mangkuk kecik )


1 biji tembikai susu (honeydew) 1 tin susu cair Ideal milk 1/2 tin kecik susu pekat (kalau honeydew anda dah manis, guna 1/4 tin susu je) 1 tin besar jagung Ligo manik sagu (sego pearls) - ikut suka anda extra tembikai susu potong dadu (potong kecik) - ikut suka

Cara-cara
1. Potong honeydew untuk dimasukkan ke dalam blender. Tapi bahagikan sikit untuk ditabur dalam jus tu nanti (potong kecik). kalau ada extra lagi elok. 2. masukkan honeydew + susu cair + susu pekat ke dalam blender. Blend kan. Selesai blend, masukkan ia ke dalam bekas dan ketepikan. 3. didihkan air di dalam periuk yang berasingan. Lepas tu, masukkan sego pearls. (jangan terlalu lama, takut sagu jadi hancur dan likat) 4. kacau sebentar dan kalau manik tu dah nampak cam transparent, angkat dan tapiskan. Cuci sepintas lalu dengan aliran air paip (air sejuk). 5. masukkan manik sagu ke dalam bekas yang berisi honeydew yg telah di'blend' itu tadi. 6. akhir sekali, campak lah jagung dan isi honeydew extra yang telah dipotong kecil itu tadi. 7. Selamat mencuba... (saya dah buat 2x, tapi salu terlupe nak amik gambar. Nanti saya uploadkan gambar ek? Keluarga sume puji sedap :-)

My 100plus Milk Shake

Bahan-bahan ( 1 jug )

1. 300gm aiskrim vanila( I guna lime swirl vanila flavoured tp kalu vanila je pun buleh) 2. 1 gelas fresh milk 3. 1/2 gelas air 100plus tangerin oren

Cara-cara
1. Campur kesemua bahan ke dalam blender dan blend kan 2. Bila siap, tuangkn ke dalam jug dan sedia untuk diminum.

Air Teh Dangdut

Bahan-bahan ( 1 gelas )

2 uncang teh 3 sb susu pekat 2 sb susu cair (option) air panas (ikut sukatan gelas)

Cara-cara
1. -rebus teh tu dengan setengah cawan air...pastikan teh tu pekat.. (pastikan teh tu jadi pekat, biasanya saya rebus setengah cawan air dan bila pekat air akan tinggal 1/3 cawan je...) 2. -1 cawan air panas,campur susu pekat dengan susu cair lepas tu tarik sampai berbuih 3. -lepas tu masukan susu ke dalam gelas sekali dengan buih-biuh tu.. 4. -akhir sekali baru masukan teh yg pekat tadi ke dalam susu.. masukkan teh tu slow2... 5. *sukatan air dan susu ikut suka kite sendiri nak manis atau tidak...sukatan air pun same....ikut saiz gelas kita...kalu nk senang kite sukat dulu air mengikut gelas yg kite nk guna...

Biskut Kacang Peas

Bahan-bahan

1 cawan gula halus 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi/ sagu 1 cawan tepung jagung 1 cawan tepung kastard 1 cawan tepung beras 160 gm serbuk kacang peas 1 biji telur ( kuning) Marjerin

Cara-cara
1. Ayak semua bahan kering dalam adunan. 2. Masukkan lemak dan potongkannya kecil kecik dengan pisau meja. 3. Gaul ramas lemak ke tepung dengan menggunakan hujung jari sambil mengangkat campuran tinggi daripada mangkuk untuk memerangkap udara. Gaul dengan cepat sehingga kelihatan seperti serbuk roti.