Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Boria adalah sejenis teater tradisi di Malaysia.

Boria ini mempunyai sketsa, muzik, props dan pakaian tersendiri dan ia sangat sinonim dan popular di negeri di utara Malaysia terutama negeri Pulau Pinang. Dahulunya, Boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Pihak British pula berfahaman Syiah di bawa dari India ke Pulau Pinang seawal abad ke-19.

Ciri-ciri boria Boria mengandungi : 1. sketsa, 2. nyanyian, 3. props 4. pakaian

1. Sketsa Selalunya, sketsa yang dilakonkan mengisahkan tentang isu semasa dan isu keluarga yang berlaku dalam kehidupan seharian. Sketsa yang dilakonkan juga mempunyi unsur nasihat dan menyindir.

Nyanyian Boria Nyanyian

Menjadi wadah hiburan menggabungkan lakonan/sketsa, tarian (para sailor) dan nyanyian rangkap bersyair diketuai seorang penyanyi yang dikenali sebagai Tukang Karang. Peralatan muzik yang digunakan dalam persembahan boria tidaklah begitu khusus. Aspek yang penting ialah keupayaan para pemuzik untuk membawa irama yang dapat mengiringi nyanyian tukang karang.

Lantaran itulah kadang-kadang alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun, seandainya lebih banyak alat muzik yang dapat digunakan semakin menarik persembahan tersebut. Di antara alat muzik yang sering digunakan ialah violin, gambus, marwas, tabla, simbal, gendang, akordion, harmonika dan lain-lain.

Hubungan di antara pakaian, muzik, dialog dengan cerita yang dimainkan hendaklah sesuai, jika cerita Arab maka pakaian yang digunakan adalah ala Arab. Begitu juga dengan muzik dan tarian yang dimainkan juga mirip bentuk Arab termasuklah bahasa yang digunakan pun telor Arab. Sketsanya banyak unsur nasihat berdasarkan isu semasa/isu keluarga dalam mengharungi kehidupan seharian.

Boria Pulau Pinang


Tajuk : Kahwin Kump : Boria Anak Tanjung Dari : Kampung Melayu

Salam sejahtera kami ucapkan, Sekalian pendengar kami alu-alukan Berjabat tangan mai kita makan. Boria anak tanjung kami persembahkan.

Korus : Kahwin pasal kahwin kami ceritakan, Untuk pendengar diolahkan, Kahwin pasal kahwin kami persembahkan, Boria anak tanjung kami gayakan.

Pertemuan berlaku tak silap di tasik, Terus ke acara risik merisik, Kedua keluarga seronoknya asyik, Teruna dan dara usik mengusik.

[Korus]

Lama berkenalan terus bercinta, Sayang menyayang di hati bertakhta, Dua hati dua jiwa seia sekata, Apa yang dikata akan dikota.

[Korus]

Berlakulah pula adat bertunang, Ditipu-tipulah dengan adat meminang, Ibu dan bapa sangatlah senang, Seluruh kampung sudah tercanang.

[Korus]

Kedua belah pihak terima menantu, Gembiranya hati sudahlah tentu, Melayan tetamu satu persatu, Sampai terhantuk kepala di pintu.

[Korus]

Kedua pengantin nampak berseri, Maklum sajalah mereka punya hari, Sama sepadan pandai hangpa cari, Pinang di belah dua itu dah tak lari.

[Korus]

Suami isteri mesti sepakat, Yang remeh temeh jangan bagi lekat, Segala masalah sama-sama kena sekat, Baru la aman ha.. membawa berkat.

[Korus]

Panjangkanlah jodoh sampai bila-bila, Agar ibu bapa tak pening kepala, Biar sampai ke akhir yang sudah bermula, Sama berbincang menentukan hala.

[Korus]

Habis kenduri tinggal kendara,

Pingan dan mangkuk dibasuh segera, Berkumpul semua hai sanak saudara, Berborak sakan hati gembira. [Korus]

Berakhir sudah madah karangan, Salah dan silap disimpan jangan, Jari sepuluh menyusun tangan, Abadikan semua dalam kenangan.

[Korus akhir] Habis karangan menyusun jari, Cerita kami yang tidak terperi, Salah dan silap tanpa disedari, Ampun dan maaf pohon diberi.

Nyanyian : 1. Rangkap Tukang karang 2. Korus & korus akhir - Kelasi

Anda mungkin juga menyukai