Anda di halaman 1dari 6

Memahami Perkembangan Anak (0 - 2

bulan)

Perkembangan Otak (brain developmant)

Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada saiz otak orang
dewasa. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya
mendapat zat yang seimbang dari permakanan, dijaga dengan teliti
dari sebarang kecederaan fizikal dan diberi ransangan yang sesuai.
Bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Tidak semua
sel-sel ini berkembang. Hanya sel-sel yang mendapat nutrient dan
ransangan sahaja yang akan tumbuh berkembang dengan sempurna.

Bagaimana ibubapa dapat membantu

Ibu digalakkan memberi air susu ibu (breast feed). Di dalam air susu
ibu terdapat semua nutrient yang diperlukan oleh seorang bayi.
Sekiranya seseorang ibu tidak berupaya menyusu sendiri anaknya,
maka bolehlah memberi susu formula yang lengkap dengan nutrient
termasuk folic acid bagi membolehkan otak berkembang dengan baik
pada peringkat awal.

Perkembangan fizikal (physical development)

Kepala bayi mempunyai satu bukaan yang sementara (ubun-ubun)


untuk membolehkan otak berkembang. Otot-otot di leher bayi belum
cukup kuat untuk menyokong tulang belakang dan saraf tunjang yang
dihubungkan ke otak melalui leher.
Bila diletakkan dalam keadaan meniarap bayi akan cuba mengangkat
kepalanya. Tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam
sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badan seperti
tangan dan kaki.
Bagaimana ibubapa dapat membantu

Sentiasa berhati-hati dengan kepala bayi yang masih lembut.


Memegang dan menyokong kepala bayi ketika mengangkat dan
membaringkan bayi. Jangan biarkan kepala terlentuk ke depan atau
ke belakang. Elakkan melambung bayi yang masih kecil ke udara.
Jangan menggoyangkan bayi dengan kuat. Semua ini akan
merosakkan otak bayi. Bantu menguatkan otot-otot leher dengan
beberapa permainan. Ketika bayi dalam keadaan menelentang,
tunjukkan barang permainan. Ketika matanya sedang focus ke arah
barang permainan tersebut, gerakkan barang permaianan "ke atas
dan ke bawah" atau "ke kanan dan ke kiri"

Perkembangan Mental (mental development)

Deria penglihatan

Jarak penglihatan di antara 8 - 12 inci


Penglihatan bayi lebih fokus kepada benda yang bergerak
Dapat melihat pelbagai warna dan dapat membezakan warna terang
dan gelap

Deria pendengaran

Bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar pelbagai jenis bunyi dan
lebih peka kepada bunyi suara manusia. Bayi lebih menggemari
suara-suara yang sering didengarinya seperti suara ibudan bapanya.
Sebilangan pakar berkata, bayi yang berusia 4 hari boleh
membezakan bahasa percakapan dan mereka lebih peka kepada
bahasa yang digunakan oleh ibu dan bapa. Pada usia satu bulan bayi
mampu menghubungkan antara bunyi dan punca bunyi.

Deria sentuhan
Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan lebih-lebih lagi
sentuhan dari ibu dan ayahnya. Sentuhan dari ibu dan ayah dapat
menenangkan bayi yang dalam keadaan yang tidak selesa.

Deria rasa

Semasa dalam kandungan, deria rasa seorang bayi telah mula


berkembang. Cecair ketuban (amniotik fluid) yang mengelilingi bayi
ketika di dalam perut ibu memberi pengalaman pertama kepada janin
untuk mengenali rasa yang berbeza. Ketika dilahirkan bayi lebih
cenderung kepada sesuatu yang manis tetapi tidak suka kepada rasa
masam.

Deria bau

Deria bau juga berkembang ketika bayi masih berada dalam


kandungan ibu. Sebagaimana deria rasa, cecair ketuban juga
menyediakan pengalaman pertama untuk deria bau. Selepas
beberapa jam dilahirkan, bayi telah mampu bergerak balas terhadap
bau. Bayi lebih cenderung kepada bau yang sedap dan nyaman
seperti bau pisang dan vanilla tetapi tidak cenderung kepada bau
yang busuk seperti bau ikan. Bayi lebih suka bau ibu yang menyusu
(breast feed) dan cepat mengenali bau ibu sendiri dari perempuan
lain.

Bagaimana ibubapa dapat membantu

Merangsang deria penglihatan

Meluangkan banyak masa bersama bayi dan memandang mata bayi


(eye contact). Bayi gemar melihat muka ibu dan bapanya terutama
bahagian mata. Gerakkan kepala kita ke atas, ke bawah, ke kanan, ke
kiri supaya mata bayi dapat mengikut pergerakan itu.
Pegang barang permainan dalam jarak penglihatan bayi. Sebaik-
baiknya cari barang permainan yang berwarna kontras (seperti hitam
dan putih) dan berwarna terang
Banyakkan permainan "tracking" iaitu menggerakkan objek ke kanan
dan ke kiri. Bayi akan mengikut pergerakan objek itu dengan
matanya.
Berhenti sekiranya bayi telah penat (samada ia tidak memberi
perhatian atau menangis). Jangan memaksa bayi.

Merangsang deria pendengaran

Banyakkan bercakap dan bernyanyi kepada bayi walaupun dia tidak


memahami bahasa percakapan kita. Bayi dapat mendengar pelbagai
jenis bunyi yang berlainan dan akan memberi respon terhadap bunyi
tersebut. Percakapan, nyanyian dan membaca buku kepada bayi
adalah langkah permulaan untuknya memahami bahasa. Pada tahap
ini bayi lebih tertarik kepada bunyi, nada dan irama suara ibu dan
bapa (the music of language)
Berikan kepada bayi permainan yang mengeluarkan bunyi ketika
bergerak. Bunyi tersebut akan menarik perhatian bayi kepada
permainan itu dan tangannya yang memegang permainan tersebut.

Merangsang deria sentuhan

Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk


merangsang deria sentuhannya. Lakukan urutan ketika mandi,
menyalin lampin dan ketika menyusu. Jangan tinggalkan bayi terlalu
lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat
ransangan sentuhan.

Merangsang deria rasa

Bayi mampu membezakan beberapa rasa . Masukkan sedikit cecair


yang manis, masam, pahit dan masin ke dalam mulut bayi. Kita akan
dapat melihat perubahan pada airmukanya ketika kita memasukkan
cecair yang masam. Bayi hanya akan dapat merasa masin hanya
ketika mencapai umur 4 bulan di mana waktu itu kita telah mula
memberi makanan tambahan kepada bayi.
Merangsang deria bau

Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bayi lebih suka kepada
alat permainan yang berbau vanila daripada permainan yang berbau
erhanol atau yang tidak berbau. Berilah permainan yang
mengandungi pelbagai bau kepada bayi.

Perkembangan Sosial dan Emosi (social &


Emotional Development)

Bayi banyak meluangkan masa untuk mengenali bahagian tubuh


badannya sendiri seperti leka memerhati tangan. Bayi mula
menyedari bahawa dia adalah seorang individu yang lain dalam
persekitarannya. Selain dari itu, bayi mula belajar mengenali orang-
orang yang rapat dan sentiasa berada di sampingnya seperti ibu dan
ayah. Bayi menjadi terangsang apabila disentuh dan diagah oleh ibu
dan ayah. Pada tahap ini "tangisan" merupakan cara bayi
berkomunikasi dengan ibu dan ayah untuk memberitahu bahawa dia
lapar, tidak selesa, mengantuk dan lain-lain.

Bagaimana ibubapa dapat membantu

Ibu hendaklah segera memberi respon apabila bayi menangis. Penuhi


keperluannya samada perlu di beri susu, perlu disalin lampin, perlu
ditidurkan dan sebagainya dengan seberapa segera kerana ini akan
mendidik bayi bahawa dia juga merupakan seorang yang penting
dalam kehidupan keluarganya.

Lakukan banyak aktiviti bersama bayi tapi bayi juga perlukan rehat.
Ibu perlu peka apabila melihat bayi telah mula menunjukkan tanda-
tanda keletihan. Terlampau banyak ransangan tidak membantu
perkembangan otak bayi.

Aktiviti yang sesuai


Untuk bayi yang berusia 1 bulan

Bermain sambil belajar:


Melihat objek
Mengikut pergerakan objek dengan mata
Mendengar bunyi
Menggenggam objek dan melepaskannya

Belajar dengan kasihsayang:


Menggenggam jari ibu
Mendengar suara ibu yang lembut membelai
Merasakan selesa berada dalam pelukan dan sentuhan ibu
Melihat ibu tersenyum

Untuk bayi yang berusia 2 bulan

Menggabungkan keperluan asas bayi seperti kasihsayang dan


sentuhan dengan aktiviti yang mendidik:
• bahawa ada seseorang yang sedang menjaga dan bersedia
untuk memenuhi keperluannya
• bahawa ibubapa sangat menyayanginya
• bahawa persekitaran baru (di luar rahim ibu) amat
menyeronokkan
• bahawa dia dalam keadaan yang selamat (secure)
• Aktiviti di bawah boleh dilakukan ketika mandi, menyalin
lampin dan ketika menyusu:
• Bercakap dengan bayi dan bercerita tentang apa yang kita
sedang lakukan ketika itu (ketika memandikannya)
• Mengurut bayi (ketika menyapu pelembab di tubuh
badannya)
• Memeluk bayi (ketika menyusu)
• Bercakap dan tersenyum kepada bayi ketika menyalin
lampin

Anda mungkin juga menyukai