Anda di halaman 1dari 3

Spare the rod, spoil the child????

Memukul atau merotan merupakan hukuman fizikal. Ibubapa yang


menggunakan hukuman fizikal bertujuan menghentikan kerenah
anak yang tidak baik. Walaupun terdapat banyak kajian yang
membuktikan bahawa hukuman fizikal ini kurang berkesan malah
mendatangkan implikasi yang negatif, tapi bagi saya, masih ada
situasi tertentu di mana ibubapa perlu jugak merotan anak sebagai
hukuman, terutamanya dalam perkara yang membabitkan hukum
syari’ah. Dalam solat misalnya, Nabi Muhamad (saw) pernah
berpesan supaya mengajar anak bersolat ketika berusia 7 tahun
dan merotan(memukul) anak yang tidak bersolat ketika mereka
berusia 10 tahun. 3 tahun ialah jarak masa yang diambil untuk
mendidik anak bersolat melalui tunjuk ajar dan nasihat yang baik.
Dalam masa 3 tahun ini sepatutnya sikap anak boleh dibentuk
secara positif. Sekiranya mereka masih berdegil, maka ibubapa
boleh merotan sebagai usaha terakhir dalam mendidik mereka
menunaikan kewajipan terhadap Allah. Ketika anak-anak berusia
10 tahun, mereka telah mencapai tahap mumayyiz yakni boleh
membezakan di antara perkara yang baik dan tidak baik. Mereka
boleh memahami bahawa hukuman rotan yang diterima adalah di
atas sikap degil dan kesilapan yang mereka lakukan. Walaupun
begitu, sekiranya ibubapa mempunyai cara yang lebih efektif,
elakkan dari mengenakan hukuman fizikal terhadap anak-anak.

Adakah cara selamat untuk merotan atau memukul?

Merotan mungkin tidak mendatangkan kesan yang buruk jika


dilakukan oleh ibubapa yang “authoritative” dibandingkan dengan
ibubapa yang “autoritarian”. Hukuman fizikal yang dilakukan
sekali sekala oleh “authoritative parents” tidak menjejaskan
hubungan rapat di antara ibubapa dan anak-anak. Sebaliknya, jika
hukuman fizikal itu dilakukan oleh ibubapa yang autoritarian, ia
boleh menjadi batu penghalang kepada hubungan rapat antara
ibubapa dan anak-anak yang mengakibatkan semakin sukar bagi
ibubapa untuk mengenali dan mendidik anak-anak mereka.
Sebelum mengenakan hukuman fizikal ini, ibubapa wajar
memahami dan mengenali perwatakan dan sikap anak-anak.
Ibubapa juga perlu mengambil kira tahap hubungan mereka
dengan anak-anak.Sekiranya anak-anak mempunyai hubungan
yang rapat dengan ibubapa (closed bonding), maka hukuman
fizikal tidak akan menjejaskan emosi anak-anak.Sebaliknya jika
ibubapa tidak begitu rapat dengan anak-anak, hukuman fizikal
mungkin akan mengakibatkan emosi anak-anak terganggu seperti
menyimpan dendam, marah dan sebagainya.

Ibubapa perlu meneliti, samada hukuman fizikal itu dilakukan


secara reflex atau secara terancang. Hukuman fizikal yang
terancang ialah ibubapa mempunyai peraturan yang tertentu
misalnya anak-anak wajib menunaikan solat lima waktu, andainya
anak-anak tidak mengikut peraturan tersebut maka mereka
dikenakan hukuman fizikal. Pastikan anak-anak memahami
peraturan dan tahu akibat dari kedegilan mereka, mereka akan
menerima hukuman fizikal. Di sini, anak-anak diberi pilihan
samada mengikut peraturan atau menerima hukuman. Manakala
hukuman fizikal secara reflex pula ialah yang berlawanan dengan
hukuman fizikal terancang, tidak ada peraturan yang dibuat, asal
anak buat kerenah saja, ibubapa terus mengenakan hukuman
fizikal. Istilah yang biasa kita gunakan ialah ringan tangan. Ringan
tangan di sini bukan bermakna rajin tapi cepat sangat menampar
anak. Pantang silap sikit, anak-anak mesti kena, mungkin kena
penampar, mungkin kena cubit dan sebagainya. Inilah cara
pendidikan yang kurang berkesan kerana anak-anak kerap akan
mengulangi kerenah yang sama. Setiap kali ibubapa mengenakan
hukuman fizikal, pastikan kita memberi penerangan kepada anak-
anak kenapa mereka dipukul dan sebagainya. “Highlight” kan
kelakuan anak-anak yang tidak dapat kita terima. Buat peraturan
tentang perkara itu dan beritahu anak-anak, mereka akan
menerima hukuman yang sama setiap kali mereka berkelakuan
begitu.

Ibubapa juga harus memastikan bahawa mereka tidak dalam


keadaan marah ketika hukuman fizikal dilakukan. Sekiranya kita
merotan atau memukul dalam keadaan yang marah, mungkin
terjadi kes penderaan. Orang yang dalam keadaan marah tidak
dapat mengawal emosi dengan baik, dan melepaskan ledakan
emosi kepada anak-anak melalui hukuman fizikal. Sekiranya
disedari bahawa hati kita tengah panas, eloklah kita elakkan diri
daripada anak-anak sehingga kemarahan kita reda.

Ibubapa seharusnya tahu bagaimana cara merotan yang selamat


dan tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak. Merotan
anak-anak di tempat yang kurang sensitive seperti tapak tangan.
Jangan sesekali memukul dibahagian muka atau di tempat-tempat
yang boleh mendatangkan bahaya seperti di kepala atau perut.
Pukulan yang diberikan jangan terlalu kuat, cukup sekadar dapat
memberi pengajaran kepada anak-anak agar tidak mengulangi
kesalahan yang sama.

Sama seperti kita menjaga anak-anak daripada kecederaan fizikal


ketika merotan atau memukul, begitulah juga kita harus menjaga
anak-anak daripada kecederaan emosi. Jangan merotan di
khalayak ramai atau di depan kawan-kawan sehingga memalukan
mereka terutama pada anak-anak remaja.

Sebagai kesimpulan, selain dari hukuman fizikal, masih terdapat


banyak bentuk disiplin yang lebih positif dan efektif. Hukuman
fizikal mungkin sebagai langkah terakhir apabila cara-cara disiplin
yang lain tidak berkesan dan hendaklah dilakukan dengan cara
yang paling selamat agar tidak mendatangkan kecederaan kepada
anak-anak baik dari segi fizikal atau pun emosi.

InsyaAllah, saya akan sambung penulisan tentang disiplin yang


lebih positif dan efektif sekiranya ada kelapangan.

Anda mungkin juga menyukai