Anda di halaman 1dari 5

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

Zaman prasejarah, merupakan satu kegiatan harian seperti memburu. Manusia hidup dalam keadaan berpindah-randah dan memerlukan tahap kecergasan yang tinggi. Zaman Neolitik-manusia mengamalkan pertanian menggunakan tenaga manusia dan haiwan. Manusia sudah mengamalkan gaya hidup `sedentari`. Tamadun Kuno China dan India- falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti fizikal. Ketidakaktifan mula dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi organ.

Kung Fu diperkenalkan dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan yang meniru pergerakan haiwan. Di India, manusia ketika itu dihalang penglibatan dalam aktiviti berbentuk fizikal dan lebih tertumpu kepada spiritual. Walau bagaimanapun, yoga telah diperkenalkan yang bermaksud penyatuan akal, tubuh dan roh. Mereka percaya aktiviti ini dapat mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Di Timur Tengah pula pemerintahan politik dan tentera amat mementingkan tahap kecergsan yang tinggi. Pada usia muda kanak-kanak diajar berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing.

Zaman Greek masyarakat di Yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens mempunyai objektif yang berbeza berhubung penddikan jasmani iaitu di Sparta untuk menubuhkan kekeuatan tentera sedangkan di Athens adalah untuk pengukuhan prinsip demokrasi. Aktiviti gimnastik merupakan aktiviti yang penting. Psikologi sukan pula berkembang pada awal abad ke 20 an di Amerika Syarikat.

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Pada zaman pemerintahan British, latihan jasmani diajar di sekolah-sekolah Melayu dari darjah satu hingga empat. Bermula 1930an, pendidikan jasmani mula diperkenalkan di sekolah menengah. Zaman sebelum merdeka pula, usaha dijalankan untuk menggubal sukatan pelajaran bagi PJ. Pada tahun 1946, Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan. Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dilatih di Kirsby dan Brinsford.

Zaman selepas merdeka pula menyaksilan penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas yang memulakan Kursus Tambahan Setahun Pendidikan Jasmani. Diperluas kepada kaum wanita mulai 1961. Pada tahun 1971, pendidikan jasmani digabungkan dengan pendidikan kesihatan dan dijadikan sebagai mata pelajaran yang wajib diikuti oleh semua pelajar di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai