Anda di halaman 1dari 2

Teknologi pendidikan

Teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta bentuk, menilai dan mengurus penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat terkawal. Teknologi pengajaran juga boleh bermaksud sebagai alat atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran di samping guru, buku teks dan papan hitam. Secara mudahnya, teknologi pendidikan merujuk kepada proses pengajaran atau alatan yang dapat membantu guru ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Teknologi boleh jadi objek kebendaan seperti mesin atau perkakasan, tetapi ia juga boleh merangkumi maksud yang lebih luas, termasuk sistem, kaedah penyusunan, dan teknik.

Konsep Teknologi Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

Konsep Pengajaran Pengajaran mempunyai empat erti Menyampaikan maklumat Memindahkan maklumat Mendorong pembelajaran Membina manusia yang lebih baik

Namun, kebanyakkan orang akan menyebut tentang penggunaan alat-alatan seperti komputer, televisyen, video, CD-ROM, projektor overhed dan slaid dalam pengajaran.

Konsep Teknologi Pengajaran

Terdapat dua perkara dalam menerangkan maksud teknologi pengajaran. (i) Kekeliruan dengan teknologi pendidikan pendidikan merangkumi skop yang lebih luas daripada pengajaran. teknologi pengajaran adalah sub-set kepada pengajaran, manakala pengajaran adalah sub-set kepada pendidikan. matlamat pengajaran adalah seiring dengan matlamat pendidikan, iaitu membina manusia yang bercirikan manusia. Istilah teknologi pendidikan akan digunakan seerti dengan teknologi pengajaran.

(ii)

Konsep yang tidak statik Maksud dan istilah teknologi pengajaran sentiasa berubah menurut perubahan zaman. Secara umum, teknologi pengajaran adalah satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai