Anda di halaman 1dari 3

20 Perkara Membatalkan Syahadah Sekiranya seseorang itu melakukan 20 perkara berikut, maka batallah Iman mereka.. 1.

Bertawakkal dan bergantung selain Allah S.W.T. 2. Mengingkari nikmat Allah S.W.T., sama ada nikmat yang kelihatan atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khusus. 3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain Allah S.W.T. 4. Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. 5. Mentaati selain Allah S.W.T. tanpa keredhaan-Nya. 6. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah S.W.T. atau tidak menggunakan hukum Allah S.W.T. sebagai rujukan dalam semua masalah. 7. Tidak beriman kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya. 8. Menyintai dunia lebih dari akhirat. 9. Menghina salah satu dari ajaran Al-Quran atau Sunnah, mempersenda orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok hukum-hukum Allah S.W.T. 10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh-Nya. 11. Tidak beriman sepenuhnya kepada sumber hukum iaitu Al-Quran dan Sunnah. 12. Mengangkat orang kafir dan munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang Islam dan orang Mukmin. 13. Tidak beradab dalam bergaul dengan Rasulullah s.a.w. 14. Rasa takut dan lemah hati dalam menegakkan Tauhid dan merasa senang dan terbuka di dalam menegakkan syirik. 15. Menyatakan bahawa Al-Quran mempunyai pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya. 16. Tidak mengetahui marifat Allah S.W.T. dengan pengenalan yang benar dan jelas, serta mengingkari sifat-sifat ketuhanan dan mengingkari nama-nama-Nya. 17. Tidak mengetahui Rasulullah s.a.w. secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w. ialah contoh tauladan yang baik bagi seluruh umat manusia. 18. Mengkafir orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mangkafirkan

orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka. 19. Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah S.W.T., seperti menyembelih bukan kerana Allah S.W.T., sujud dan ruku bukan kerana Allah S.W.T., atau tawaf di sekeliling lain dan Kabah dengan niat bukan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. 20. Berperasaan riya. http://eikorina1.blogspot.com/2007/11/20-perkara-membatalkan-syahadah.html KONSEP DAN PENGERTIAN SYAHADAH

Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syed Qutb menjelaskan: Sesunguhnya cirr pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah, (sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Alllah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah). Ia merupakan rukun yang pertama dari dasar Islam, bahkan rukun yang lain tidak akan tegak sekiranya syahatain ini tidak berdiri dengan sempurna. Seluruh anggota tubuh manusia yang hidup tidak akan berfungsi sekiranya nyawanya tidak ada. Begitu juga kalimah syahadah merupakan roh setiap aspek ajaran Islam. Setiap amal atau ibadah seorang Muslim yang bukan kerana Allah ibarat menanam benih yang mati. Oleh sebab itu setiap amal kebajikan orang-orang fakir dianggap tidak ada harga di sisi Allah. Firman Allah SWT :

Ertinya : Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka itu kerjakan daru jenis amal (yang mereka pandang baik ), lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang berterbangan. (al-furqan) Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu engan apa yang diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan. Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan mewujudkan zat Allah , ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan. Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan, pengakuan keyakinan. Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu meyakinkan kebenaran apa mereka akui di dalam hatinya. Sekiranya akuan di lidahnya bertentangan dengan apa diakui oleh hatinya maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai pengakuan dusta kepada Allah. dan yang yang yang

Allah SWT berfirman:

Ertinya: Apabila orang-orang Munafik datang kepada mu (wahai Muhammad), mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau, sebenarnya Rasulullah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa enkau sebenar-benarnya Rasulullah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau sebenarnya ialah Rasulnya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Dengan ini pengertian syahadah ialah pengakuan, pemberitahuan, pengiktirafan, menerangkan, dan menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah yang wajib disembah dan mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah.

Anda mungkin juga menyukai