Anda di halaman 1dari 18

1.

0 KAEDAH PENGA1ARAN

dalam dunia pendidikan terdapat pelbagai kaedah dalam menyampaikan sesatu ilmu
kepada seseorang. Kaedah pengajaran ini adalah penting kepada seseorasng guru dalam
menyampaikan pembelajarannya. Hal ini adalah agar maklumat yang disampai atau isi
pelajaran pada hari tersebut dapat memberi kesan pada pelajar. Sungguhpun demikian,
kita mengetahui kemampuan pelajar tidak sekata tetapi kepada beberapa model ia tidak
memberi masalah. Selain itu, suatu kaedah pengajaran yang dipilih adalah sangat penting
kerana mengambil kira aspek keberkesanannya kepada pelajar agar dapat diselaras di
seluruh sekolah. Hal ini adalah kerana mengelak guru mengunakan kaedah pengajaran
yang salah. Sungguhpun demikian, pada kali ini beberapa model kaedah pengajaran akan
diterang secara jelas. Antara model kaedah pengajaran ialah Masteri, Assure dan juga
inquiri.


2.0 PENDEKATAN KAEDAH PENGA1ARAN DAN PEMBELA1ARAN

Model kaedah pengajaran yang akan dijelaskan pada kali ini ialah yang berkaitan dengan
model kaedah pengajaran Masteri, Assure dan juga inquiri.

2.1MODEL KAEDAH PENGA1ARAN MASTERI


Konsep pembelajaran masteri telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Amerika
pada tahun 1920-an. Pada abad berikut kaedah pengajaran dan pembelajaran
masteri ini tersebar luas. Namun begitu, tanpa teknologi kaedah masteri ini
semakin pudar dari masa ke semasa. Sungguhpun demikan pada akhir-akhir abad
1950 pembelajaran masteri berseri semula iaitu dengan percubaan menyediakan
bahan-bahan yang membolehkan seseorang pelajar itu bergerak ke hadapan
mengikut keupayaannya sendiri dan dapat megetahui tahap penguasaan pelajar
tersebut daripada apa yang dipelajari. Pada era 1960 an, pembelajaran masteri
menjadi lebih kukuh dengan berpandukan oleh IalsaIah pembelajaran masteri.
Pada tahun 1968 Bloom telah diiktiraI sebagai pembentuk teori klasik terhadap
model pembelajaran masteri. Walau bagaimanapun pembelajaran masteri dilihat
sebagai yang utama. Maka hasilnya kaedah pembelajaran masteri ini tersebar luas
dan diaplikasikan di sekolah-sekolah kerana hasil daripada pembelajaran
mengatakan kaedah ini dapat meingkatakan pembelajaran dalam kelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan model masteri ini guru
menanggung sepnuhnya tanggung jawab. Jika berlaku kegagalan dalam
pembelajaran berpunca pengajaran guru bukan kerana ketidak upaya pelajar dalam
mengusai isi pelajaran. Dalam pembelajaran masteri ini cabarannya ialah suatu
jangka masa untuk mengunakan startegi-startegi pengajaran agar pelajar dapat
menguasai satu tahap yang sama. Setersnya dalam model masteri ini terdapat
beberapa elemen penting. Antara elemen tersebut ialah menentukan dengan jelas
apa yang akan dipelajari, bagaimana akan dinilai, membenarkan pelajar belajar
mengikut keupayaan masing- masing, menilai kemajuan pelajar, dan menyediakan
pemulihan atau tindak balas yang sesuai, dan menguji untuk melihat sama ada ada
kriteria pembelajaran telah dicapai atau tidak.

Pembelajaran dan pengajaran masteri mampu memberi kesan positiI kepada
pelajar kerana mempunyai beberapa perkara penting dalm model ini. Perkara
penting yang menyebabkan model ini berjaya jika dilaksanakan ialah dapat
menyatakan dengan jelas objektiI yang mewakili tujuan-tujuan pengajaran dan
kurikulum atau pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran kecil yang
setiap satunya mempunyai objektiI tersendiri. Selain itu bahan-bahan pembelajaran
dan startegi pengajaran dikenal pasti. Di samping itu setiap unit didahului dengan
satu ujian diagnostik yang ringkas atau penilian IormatiI manakala hasil ujian
tersebut digunakan untuk menyediakan pengajaran tambahan atau pembetulan
untuk membantu pelajar mengatasi masalah mereka. Masa untuk belajar mesti
boleh diubah suai untuk dipadankan dengan kecekapan. Pelajar tidak boleh
meneruskan suatu pembelajaran baru jika pembelajarna lama tidak dapat dikuasai
lagi.

Seterusnya mari kita lihat beberapa kekuatan dalam model pembelajaran dan
pengajaran masteri in. Antaranya ialah pelajar-pelajar mempunyai kemhiran asas
dalam meneruskan setersnya. Selain itu ia memerlukan guru melaksanakan tugas-
tugas analisis dan dengan itu ia menjadi lebih baik bagi guru-guru untuk mengajar
unit-unit pembelaharan. Seterusnya pelaksanaan model ini memerlukan guru
menyatakan obejktiI sebelum mereka membentuk aktiviti. Boleh memecahkan
pusingan kegagalan. Lihat jadual di bawah untuk lebih memahi perjalanan model
masteri ini,




Jika dilihat pada carta aliran di atas mennjukkan bagaimana model masteri ini
berjalan. Pada peringkat awal guru menentukan hasil pembelajaran yang akan di ajar
pada hari ini. Kemudian pilih isi pembelajaran dan susun mengikut keutamaan dan
memilih kaedah pengajaran dan pembajaran yang dapat beri kesan. Seterusnya pelajar
diberi penialaian untuk melihat tahap penguasaanya jika pelajar tersebut dapat
menguasai isi pembelajaran guru akan memberi aktiviti mengaya dan membenarkan
meneruskan isi pembelajaran seterusnya. Manakala jika sebaliknya pelajar tidak dapat
menguasai isi pembelajaran tersebut pelajar akan melakukan aktivti pemulihan dan
seterusnya dinilai semula untuk melihat pelajar tersebut dapat menguasai atau tidak.
Begitulah model masteri ini beroperasi.


2.2 MODEL ASSURE

2.2.1 DEFINISI TEKNOLOGI

Seterusnya mari kita lihat model yang kedua juga merupakan antara model yang
popular dan sangat sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran hari ini. Hal
ini adalah kerana model Assure ini mengunakan teknologi. Sebelum kita pergi lebih
mendalam dalam model ini mari kita lihat dulu apa itu teknologi. Dalam laman web
wikipedia mendeIinisikan teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai
lebih daripada satu takriIan. TakriIan tersebut ialah pembangunan dan penggunaan
alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Manakala
dalam kamus dewan edisi ketiga memberi dua pegertian iaitu teknologi ialah aktiviti
atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri,
pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan manakala pegertian kuduan ialah
kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal.
Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan
Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:
O Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang
ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu
proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik,
kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
O Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil
dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan
Iilm, (perisian) adalah hasil teknologi.


Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan
oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja, tetapi
meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintiIik. Bagi Saettler (1990), teknik lebih
penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Proses
pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Model ini memberi tumpuan pada perancangan persekitaran bilik darjah
menggunakan media dalam keadaan sebenar. Model ini adalah sebagai petunjuk kepada
proses, sistem dan reka bentuk pengajaran. Model ASSURE digunakan oleh guru bagi
merancang pengajaran setiap hari di dalam bilik darjah dengan menggunakan media.
Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang boleh
dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan pemilihan sesuatu media pengajaran.
Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A -
analyze learners (menganalisis pelajar), S - state objectives (menyatakan objektiI), S -
select methods, media and materials (memilih kaedah, media dan bahan sumber), U-
utilize media and materials (menggunakan media dan bahan), R -require learner
participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E - evaluate and revise (melakukan
penilaian dan pengubahsuaian).

A - ANALYZE LEARNERS (MENGANALISIS PELA1AR)
Langkah pertama dalam model Assure ini ialah menganalisis pelajar. Guru memain
peranan penting dalam model Assure ini. Terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat
oleh guru dalam langkah pertama ini ialah menganalisis ciri-ciri pelajar, pengetahuan
dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Dalam
proses menganalisis ciri- ciri pelajar, guru perlulah mengenal pasti ciri-ciri umum yang
terdapat pada seseorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran
petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraI ekonomi. Ciri-ciri umum ini
boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama
persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Data-data pelajar dapat membantu guru dalam menlicinkan pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas.

Dalam sesebuah kelas, tahap keupayaan pelajar atau tahap penguasaan seseorang
pelajar dengan pelajar lain tidak sama. Selain itu setiap pelajar mempunyai pengalaman
dan pengetahuan tersendiri dalam sesebuah kelas. Oleh hal demikian dengan
menganalisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu
guru menyediakan pengajaran yang bermanIaat kepada murid-murid. Seterusnya
membantu guru dalam mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang
dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang
seterusnya. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan
dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru
mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab.
Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan
gaya individu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan
persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan
untuk individu menguasai pembelajaran. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi
cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Sesuatu
perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan
menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan.

S - STATE OB1ECTIVES (MENYATAKAN OB1EKTIF)
Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektiI pembelajaran secara khusus, guru perlu
menyatakan objektiI pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak
pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. ObjektiI-
objektiI pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas agar pelajar dapat
dipimpin dan dipandu pada satu hala serta menepati kehendak. Contoh :
O Siapa yang hendak mencapai obejktiI ini?
O Apakah objektiI yang hendak dicapai?
O Bagaiamanakah langkah dalam mencapai objektiI?

S - SELECT METHODS, MEDIA AND MATERIALS (MEMILIH KAEDAH,
MEDIA DAN BAHAN SUMBER)

Seterusnya langkah ketiga dalam model ini ialah memilih kaedah pengajaran
yang sesuai, media dan bahan, terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu
dijalankan. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Sesuatu kaedah yang
sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid, pengetahuan sedia ada, gaya
pembelajaran serta objektiI. Kedua ialah Iormat media yang dipilih. Sebelum kita pergi
dengan lebih mendalam lagi mari kita lihat apakah yang dikatakan media. Media ialah
penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan (Heinich et al, 1981). Selain
itu media juga dapa didenIinisikan peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan
dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan
pembelajaran (Yusup, 2000, 2001).

Seterusnya kita lihat pula jenis-jenis media yang terdiri daripada pelbagai dan boleh
dugunakan dalam kelas. Antara jenis-jenis media yang digunakan dari dulu hingga kini
ialah media cetak, media tayang, media bukan tayang, media audio dan video, komputer
dan multimedia dan proses teknologi. Dalam pengajaran dan pembelajaran penggunaan
media sebenarnya dapat memberi kesan yang posotiI. Oleh hal demikian Pemilihan media
adalah mengenai bentuk Iormat media yang akan digunakan seperti gambar, Ioto, slaid,
audio, video serta video interaktiI. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan
pelajar, keupayaan, objektiI serta maklum balas yang akan diberi. Ketiga ialah memilih,
mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan
sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang diIokuskan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.





U- UTILIZE MEDIA AND MATERIALS (MENGGUNAKAN MEDIA DAN
BAHAN)
Langkah keempat dalam model ini ialah menggunakan media dan bahan, persoalan
penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanIaatkan oleh guru
dan pelajar. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan
sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. Antara langkah-
langkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber
sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang
penggunaan bahan sumber, sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan
dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan
proses pengajaran dan pembelajaran.

R - REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (MEMERLUKAN PENGLIBATAN
PELA1AR)
Manakala untuk langkah seterusnya dalam model ini ialah iaitu penglibatan pelajar
dalam pembelajaran dalam kelas. Dalam pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan
pelajar secara aktiI akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan
penglibatan pelajar. Penggunaan gambar, gambar bersiri video dan animasi dapat
mencetuskan perbincangan kumpulan, penjanaan idea dan penglibatan aktiI pelajar.
Contoh penglibatan aktiI pelajar adalah seperti membuat latihan, simulasi, perbincangan,
latih tubi, kuiz, mengadakan sesi pemerhatian, perbincangan serta komen. Guru perlulah
memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai,
eIektiI serta menarik minat pelajar.

E - EVALUATE AND REVISE (MELAKUKAN PENILAIAN DAN
PENGUBAHSUAIAN)
Langkah keenam iaitu langkah terakhir dalam model ini ialah melakukan penilaian
dan pengubahsuaian, sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi
mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Oleh itu,
sesuatu sesi reIleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan
murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan secara individu. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti
kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar
penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Antara Iungsi penilaian yang
lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti :
O Adakah objektiI akan tercapai?

O Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran?

O Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul?

O Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusiI.



.0 KAEDAH PENGA1ARAN DAN PEMBELA1ARAN


.1 Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran.

Terdapat beberapa pandangan yang mengatakan pengunaan media dan juga
teknologi harus dalam pengajaran dan pembelajaran. Heinich, et al (1989) telah
memberi tiga rasional kenapa pengunaan media digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pertama ialah pengunaan media dalam pembelajaran dan pengajaran
adalah untuk menghasilakn instruksi dan pembelajaran berkesan. Kedua instruksi
harus dirancang secara sistematik mengunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori
pembelajaran dan komunikasi. Alasan yang ketiga ialah media boleh menyumbang
dan memudahkan perkembangan intelektual. Sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita
lihat beberapa istilah yang berkaitan dengan penggunaan media dan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI MEDIA
Media adalah Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima,
(Heinich et al, 1981). Manakala Yusup (2000,2001) yang mendeIinisikan media ialah
Peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan
maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran. Menurut R.M.W Travers (1970),
'istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau
media Iilem bergerak. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih
sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik.

DEFINISI MUTIMEDIA

Multimedia adalah salah satu daripada media yang terangkum dalam teknologi
instruksional. Ia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktiI yang
dikawal oleh komputer sepenuhnya yang menggabungkan teks, graIik, audio, visual
(gerak dan kaku) dan imej animasi untuk menghasilkan bahan P & P.

.2 Panduan umum mengguna media secara berkesan

Dalam pembelajaran dan pengajaran sesebuah kelas penggunaan media sangat
memberi kesan yang positiI kepada pelajar. Walau bagaimanapun penggunaan
media yang tidak sesuai akan memberi masalah kepada pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Oleh hal demikian terdapat beberapa panduan umum dalam
mengguna media secara berkesan. Antara panduan tersebut ialah media mesti
bersesuaian dengan topik dan objektiI pengajaran dan pengajaran. Selain itu,
media mesti mesti sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasar iaitu kumpulan
besar, kumpulan sederhana dan juga pelajar individu dan dapat pertimbangan
kepada aspek-aspke perkakasa, perisian, kesesuaian, kemahiran tenaga pengajar
dan khidmat sokongan.





. 1enis Media Dan Teknologi

YusuI Hashim (1997) menyatakan bahawa 'media pengajaran yang biasa
digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu:
1. Media tayang kaku (transparensi, slaid, mikroIilem dll)
2. Media tayang gerak (video, Iilem, cakera dll)
3. GraIik (lukisan, poster, kartun dll)
4. Gambar kaku (gambar Ioto, kad imbasan, poskad dll)
5. Media pameran (model, boneka, diorama dll)
6. Media paparan (papan kapur, papan Ilanel, papan berita dll)
7. Media audio (tutur, pita audio, cakera padat dll)
8. Media cetak (modul pengajaran, buku teks, akhbar, majalah dll)

Sungguhpun demikian, terdapat dalam sebuah laman web yang telah
menyenaraikan beberapa jenis media dan teknologi yang digunakan dalam
kelas sejak dahulu hingga sekarang. Antara media dan teknologi tersebut iala:

O Media cetak.
O Media tayang.
O Media bukan tayang.
O Media audio dan video.
O Komputer dan multimedia.
O Proses teknologi.

.4 Kelebihan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran



Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang dibantu dengan penggunaan
media sebenarnya memberi kelebihan tersendiri. Kelebihan ini bukan sahaja
dirasai oleh pelajar tetapi juga kepada guru. Antara kelebihan pengunaan media
dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat meningkatkan motivasi pelajar,
penggunaan media dapat meningkatkan semangat pelajar untuk lebih belajar
dengan bersungguh-sungguh. Selain itu media juga dapat mewujudkan suasana
baharuan dan beraneka. Jika selalunya pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
hanya melibatkan pen, kapur, papan hitam, dan kertas sahaja tetapi dengan
kehadiran media dalam kelas telah memberi suasana baru kepada pelajar-pelajar
dalam kelas. Seterusnya melalui media dapat menarik perhatian pelajar.
Penggunaan media dalam kelas sememangnya menarik perhatian pelajar kerana ia
melibatkan graIik dan juga audio. Setelah penggunaan media dalam kelas dapat
menarik perhatian pelajar-pelajar sudah pastilah dapat mengalakkan penyertaan
pelajar secara aktiI. Penglibatan pelajar secara aktiI adalah sesuatu yang positiI
kerana dapat membina pelbagai kemahiran dalam diri pelajar. Di samping itu,
penggunaan media dalam pembelajaran dapat mengelakkan pembelajaran daripada
menjadi soalan bosan. Jika dilihat kembali begitu banyak sekali kelebihan
penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran.



.5 Fungsi Media

Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan
pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu
dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun.
Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai
dan kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan objektiI pembelajaran.
Selain itu berbagai media yang didapati,dari segi pembelajaran memang memberi
maklumat seperti TV pendidikan dan radio, Iilem, slaid dan sebagainya maka
media adalah sebagai memberi maklumat. Sesuatu perkara yang perlu dipelajari
tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar Ioto, video
atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah.
Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana
perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke
kelas.
Di samping itu, media seperti Iilem boleh memperkayakan pengalaman murid.
Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji, satu Iilem yang ditayangkan
menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid,
seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu. Seterusnya
pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Dengan melihat
Iilem, televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Ini akan
menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah
steril. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,
perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya
pembelajaran berlaku. Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi,
guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh
menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak
perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Yang terakhir
pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan
pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Murid tidak perlu
menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut
tahap kebolehan murid.




4.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGA1ARAN DAN PEMBELA1ARAN

Setelah kita lihat pendekatan pengajaran model Masteri dan juga Assure mari kita lihat
pulsk kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pada dasarnya kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbgai langkah
sungguhpun demikian aspek tertentu perlu diambik kira agar ia berkesan. Antara kaedah-
kaedah pengajaran ialah:
KULIAH

Kaedah ini sebenarnya sejak dulu lagi digunakan. Kaedah kuliah ini tidak sesuai digunaka
sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Waktu kuliah yang menggunakan
kaedah ini biarlah pendek, selain itu pastikan pelajar yang mengikuti pelajaran dengan
kaedah ini mengetahui cara mengambil nota. Seterusnya mari kita lihat beberapa panduan
untuk kaedah kuliah ini berkesan.

O Pengenalan kepada kuliah supaya menarik minat
O Nyatakan rangka isi kuliah
O Beri deIinisi kepada terminology yang tidak biasa dengan pelajar
O Mesti Ileksibel, beri ruang pelajar komen, kemukakan soalan
O Sususn maklumat kuliah mengikut susunan logic
O Sediakan contoh bagi menjelaskan idea utama
O Gunakan alat bantu
O Elakkan bercakap tanpa henti melebihi 15 minit dalam satu masa
O Perhatikan bahasa tanpa lisan yang ditunjukkan oleh pelajar
O Buat kesimpulan diakhir kuliah



PERBINCANGAN

Teknik perbincangan dideIinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas
pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan Iikiran
dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).Teknik ini adalah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dilakukan dikalangan pelajar
dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Selain itu, teknik ini Melibatkan aktiviti
perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-
masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, Iorum,
seminar, bengkel, bahas dan debat.Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan
ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa Iormal. Latihan
sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan
pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.manakala Peranan guru akan
berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.Teknik perbincangan
boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
O Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
O Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih
seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek
perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
O Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara
berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
O Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
O Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-
mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.

FORUM
Kaedah atau teknik Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan
beberapa ahli panel untuk mencanai Iikiran dan mengemukan pendapat tentang
sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara Iormal.Teknik ini merupakan salah satu
aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan
pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan
Iikiran dengan jelas, objektiI, kreatiI dan rasional.Dalam menjayakan aktiviti ini,
tajuk Iorum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Oleh hal demikian,Persediaan
yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

SIMULASI
Teknik simulasi ditakriIkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau
tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar
seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu
dan mencatat isi-isi penting.Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi
pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan
peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami
sendiri situasi dan masalah. Selain itu,Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca
dan menulis. Di samping itu,dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang
menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.

DRAMA
Kaedah drama ini sering digunakan dalam kaedah komunikatiI dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktiI iaitu kaedah terus, elektiI dan audiolingual.Tujuan
utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik
(jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan
lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.Pelajar pulak
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi
sesuatu.Kaedah drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu
alat bantu pengajaran dan pembelajaran.Melalui kaedah drama ini ia dapat
menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping
dapat menyuburkan sahsiah pelajar.


KUIZ
Kaedah atau tekni ini diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan
Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan
dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di
sekolah-sekolah Melayu. Setersnya mari kita lihat tujuan kuiz.
O Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
O Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
O Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-
soalan secara teka-teki.
O Pelajar dapat belajar kaedah cara berIikir yang baru.
O Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
O Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu
O Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
O Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dalam dunia
pendidikan. Pelbagai kaedah ini adalah untuk tujuan meningkatkan motivasi pelajar,
memberi keIahaman lebih dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan
positiI pada pelajar-pelajar.





5.0PENUTUP
Dalam pembelajaran dan pengajaran di sesebuah kelas memerlukan beberapa perkara
yang penting agar pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar seterusnya
memberi kesan yang positiI kepada pelajar-pelajar. Antara perkara-perkara yang berikut
seperti yang tertera pada huraian di atas iaitu pendekatan kaedah pengajaran, teknik atau
kaedah pengajaran dan penggunaan media dalam pengajaran harian. Hal ini adalah
perkara-perkara yang penting dan mempengaruhi tahap penguasaan seseorang pelajar.
Kesimpulannya, seorang guru perlu memilih pendekatan yang sesuai dengan menitik
beratkan aspek kesesuaiannya dengan pelajar-pelajar. Kemudian seorang guru juga perlu
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi kesan positiI kepada
pelajar seterusnya tahap pengusaan isi pelajaran semakin bertambah. Kaedah pengajaran
akan lebih berkesan bukan sahaja kepada pelajar malh kepada guru jika dibantu oleh
peralatan media dan teknologi. Media dan teknologi juga merupakan aspek yang penting
dapat membantu pelajar dalam memotivasikan dirinya, dan juga kepada guru iaitu dapat
melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, dengan pemilihan
pendekatan kaedah pengajaran yang betul, menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai kemudian dibantu oleh peralatan media dan teknologi sudah
pasti akan memberi kesan yang positiI kepada pelajar.
8MW 1ravers 1eknologl enga[aran kuala Lumpur uewan 8ahasa dan usLaka 1994
?usuf Pashlm Medla enga[aran unLuk endldlkan dan LaLlhan Shah Alam Slrl endldlkan la[ar
8akLl 1997

Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and
Media Ior Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005

Anda mungkin juga menyukai