Anda di halaman 1dari 4

1.0 PENGENALAN Asas dalam memahami sesuatu teks ataupun pernyataan adalah daripada sebutan.

Bermula dengan sebutan, seseorang itu akan mula mencari makna ataupun maksud perkataan yang disebut. Hasil daripada fahaman terhadap makna perkataan tersebut maka pembinaan ayat dapat dibuat dan mula berkembang menjadi ayat yang lengkap. Menurut Fries (1962) dalam Mahzan Arshad (2009) menyatakan dalam tahun 1960 dan 1970-an, pakar-pakar dalam bidang bacaan mempercayai bahawa kemahiran bacaan adalah hasil terakhir dalam proses mendekod.

Kemahiran menyebut perlu dikuasi oleh kanak-kanak, hal ini adalah kerana ia merupakan asas kepada kemahiran bacaan. Setelah kemahiran sebutan dapat dikuasai oleh kanakkanak maka wujud pula proses mendekod. Menurut mahzan arshad (2009) mendefinisikan mendekod ialah satu proses menukarkan mesej kepada pelbagai lambang yang dapat difahami oleh penghantar mesej dan penerima mesej sahaja. Dalam asas kefahaman, mendekod adalah satu aktiviti yang sangat penting. Jika kanak-kanak ataupun sesiapa saja sukar memahami sesuatu istilah dan kesukaran ini tidak diselesaikannya maka kesannya semakin hari semakin mereka sukar untuk mereka memahami apa yang mereka baca. Hal ini adalah kerana mereka hanya mengetahui bahan yang dibaca di atas permukaan kertas pada peringkat pengenalan huruf sahaja dan tidak memahami bahan tersebut daripada makna yang terkandung di dalamnya. Pemahaman hanya akan berlaku jika pembaca dapat mengerti akan maksud yang hnedak disampaikan oleh penilis, membuat perhubungan antarn maklumat yang dibacanya dengan maklumat yang telah diketahuinya dan membuat aplikasi terhadap apa yang telah dipelajarinya dengan apa yang dilakukannya setiap hari.

Pada tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an, pendidik bahasa berpendapat bahawa cara yang paling baik bagi memahami bacaan adalah dengan mengenal pasti satu set kemahiran yang dikenali sebagai kemahiran kefahaman. Setiap orang mempunyai kemahiran kefahaman mereka sendiri dalam memahami sesuatu teks ataupun bahan itu, misalnya membaca lantang, mencari makna perkataan atau frasa, mencari maklumat yang terkandung dalam baha, menjawab soalan yang dikemukan dan lain-lain lagi. Pendidikan pada masa kini percaya bahawa kemahiran membaca bukan sahaja terhad pada kemahiran memahami sesuatu petikan semata-mata dan dapat menjawab pemahaman. Walaupun matlamat umum dalam pengajaran pemahaman tercapai tiaitu pelajar dalam memahami

petikan dalam teks tetapi secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kemahiran berbahasa.

Seseorang pembaca yang baik ialah pembaca yang dapat memahami apa yasng dibaca berlandaskan tujuan dan tindakan yang diambil sesuadah membaca akan membina makna berasakan pengalaman yang dipunyai, minat dan kecenderungan, kekuatan dan gaya pembelajaran. Dalam memahami sesuatu teks ataupun petikan, seseorang itu perlu mempunyai startegi tertentu bagi memudahkan proses memahami seterusnya mencapai matlamat membaca. Berasaskan model konstrukivis, pemahaman bacaan digerakkan oleh motivasi, tujuan, proses konstruktif dan terkawal. Mari kita lihat pemahaman yang berasaskan motivasi dan tujuan terlebih dahulu. Strategi pemahaman ini harusnya mempunyai motivasi dan juga tujuan. Menurut Mahzan Arshad (1993, 1998) kaitan motivasi dengan pencapaian dalam proses pembelajaran telah banyak dijalankan dan memang terdapat kaitan yang signifikasi antara pelajar yang berpencapaian tinggi dengan motivasi yang tinggi dan sebaliknya. Oleh hal demikian, seseorang yang ingin pemahaman yang tinggi terhadap sesuatu teks maka haruslah juga mempunyai motivasi yang tinggi dalam bahan yang dibacanya. Seterusnya bahan yang mudah difahami akan memberi motivasi yang tinggi kepada kita untuk membaca dan sebaliknya teks yang sukar dapat memberi cabaran untuk kita agar terus memahami dengan bermotivasi.

Selain itu pemahan juga boleh berasaskan kepada satu proses yang konstruktif. Pembaca yang baik dapat memahami dalam satu proses yang berterusan bukan hanya kepada satu titik sahaja. Oleh hal demikian pembaca akan terus mahu mengetahui apa yang belum diketahuinya menerusi apa yang telah dibaca. Walau bagaiamanapun kawalan pemikiran yang berterusan diperlukan bagi memindahkan satu bahagian maklumt dalam bahan bacaan ke bahagian maklumat yang lain berdasarkan keperluan pembaca. Manakala pemahaman berasaskan proses sokongan ini berbeza dengan yang lain. Dalam pemahanan sokongan ini, guru akan memabntu pelajar dalam menyokong di belakang dengan memberikan panduan dari satu unit kecil seperti perkataan sehinggalah kepada sebesarbesar unit yang berkaitan antara satu sama lain. Guru boleh menyokong pemahaman dengan mengunakan gambar rajah bagi memperlihatkan maksud secara bersepadu. Setelah mempunyai kemahiran yang kukuh untuk memahami, barulah pembaca tersebut dilepaskan untuk memahami bahan bacaanya tanpa bantuan guru.

2.0 TUJUAN

Dalam sesebuah intitusi pendidikan mempunyai ramai mahasiswa-mahasiswi yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Kebiasaanya mahasiswa cemerlang ini mendapat keputusan cemerlang bukan hanya beberapa kali sahaja tetapi ia berterusan. Oleh hal demikian, golongan ini mesti mempunyai cara ataupun kaedah tersendiri dalam memahami apa yang dipelajarinya. Di samping itu tahap kefahaman seseorang itu berbeza dengan individu lain. Walau bagaimanapun dalam kajian ini ingin melihat strategi membaca seseorang itu memberi kesan terhadap tahap kefahaman. Selain itu, dalam kajian ini juga ingin melihat berbeza mahasiswa yang berbeza tahap kecemerlangan iaitu dari segi keputusan peperiksaan dan hubungannya dengan strategi membaca. Seterusnya dalam kajian ini juga ingin melihat faktor lain yang dapat mempengaruhi seseorang itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.\

3.0 OBEJKTIF

Mengetahui startegi membaca yang digunakan oleh mahasiswa-mahasisiwa yang mendapat keputusan cemerlang. Membandingkn perbezaan startegi membaca di antara mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang dengan mahasiswa yang mendapat keputusan sederhana, Mengenal pasti faktor lain yang mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa mendapat keputusan yang cemerlang.

4.0 PERSOALAN Apakah startegi membaca yang digunakan oleh mahasiswa-mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang? Adakah terdapat perbezaan strategi membaca di antara mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang dengan mahasiswa yang mendapat keputusan sederhana?

Adakah terdapat faktor lain yang mempengaruhi mahasiswa-mahasiswa mendapat keputusan cemerlang?

Anda mungkin juga menyukai