Anda di halaman 1dari 1

Untuk memenuhi permintaan saudara, di sini saya akan bawakan penjelasan seorang ahli akademik dan ulama Islam

kini, Prof. Dr. Muhammad Abd Rauf, bekas pensyarah di Georgetown University, Washington, pernah menjadi Rektor Univ. Islam Antarabangsa Malaysia, Pengarah Akademi Pengajian Islam Univ. Malaya (APIUM), dan juga Penasihat Akademik Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Beliau menulis dalam bukunya, Ummah: The Muslim nation (terbitan DBP 1991, m.s: 1 - 26) satu bab tentang konsep negara Islam. Di sini saya akan memetik enam rukun negara Islam yg disebutkan oleh beliau, setelah memurnikannya daripada dalil2 alQuran dan hadis. Beliau berkata (ayat dalam kurungan adalah huraian saya berdasarkan penjelasan beliau sebelumnya), ".sebagai menjelaskan segala penerangan di atas, kita boleh katakan bahawa Allah s.w.t. -untuk tidak menyusahkan umat Islam- telah meninggalkan kepada mereka cara membentuk negara berdasarkan kebijaksanaan mereka dan bersesuaian dengan zaman dan suasana meraka (sama ada negara demokrasi, demokrasi berperlimen, raja berperlembagaan, republik atau sebagainya) selagi mereka memenuhi enam perkara asas yang dikira sebagai 'rukun' negara Islam, iaitu: Meletakkan seorang pemimpin yang adil, berani, dan mampu, cukup kuat ingatan/minda, berilmu pengetahuan luas (dunia dan akhirat), biasa dengan teknik-teknik peperangan dan mahir dalam pentradbiran. Dia adalah sebaikbaiknya dipilih, bukan dilantik (ditetapkan oleh pihak lebih atas). Tentang kewajaran dia dilantik, kebanyakan fuqaha' berpendapat (jika dilantik) bahawa dia hendaklah seorang yang dipatuhi dan ditaati ke tahap (jika dibangkang) dia boleh melaksanakan juga peraturan-peraturan syariah dan mentadbir secara bebas. Kewajaran ini adalah untuk mengelakkan kacau-bilau dan perpecahan di kalangan umat. Hak membuat hukum dalam sebuah negara Islam adalah milik Allah s.w.t. (bukan milik dewan perwakilan rakyat atau majoriti 2/3). Oleh itu, undangundang dalam negara Islam hendaklah didominasi oleh undang-undang yang diwahyukan Allah s.w.t. Syura hendaklah dipraktikkan secara sepenuhnya, membenarkan penglibatan rakyat dalam proses membuat keputusan dan menyediakan sistem 'checks and balances' (kerajaan dan pembangkang diberi peluang bersuara yang sama rata dan sama media) Keadilan untuk semua, persamaan di kalangan semua warganegara tanpa mengira puak, bangsa atau asal usul. (Dalam hal ini tiada bangsa yang berhak dapat keistimewaan khas atau tertentu sehingga menzalimi puak lain atau merampas hak bangsa lain. Namun dalam konteks Malaysia, hak-hak Melayu atau bumiputera adalah resolusi perjanjian kemerdekaan 1957 yang telah dimeterai dan dipersetujui oleh semua wakil bangsa Melayu, Cina dan India, maka tidak harus ia dipersoalkan semula kerana ia adalah perjanjian. Ini sama seperti juga perjanjian di antara Petronas Kerajaan Terengganu mengenai royalti minyak. Apatah lagi hak-hak Melayu itu tidak menghalang peluang bangsa lain. Sebaliknya bangsa lain telah diberi hak kewarganegaraan secara percuma ketika kemerdekaan 1957. Apa yang dibimbangi, orang Melayu (bukan bangsa lain) yang melaungkan hak Melayu itu yang menjual hak Melayu dengan kuasa yang mereka perolehi dari rakyat, walaupun hak itu telah termaktub dalam perlembagaan) Menghormati (dan melaksanakan prinsip) hak persamaan sesama manusia dan semua hak-hak asasi manusia. Mempunyai komitmen yang penuh terhadap syariah dan hukum-hakamnya."

Anda mungkin juga menyukai