Anda di halaman 1dari 2

Fertigasi (fertigation) berasal daripada perkataan “fertilizer” dan “Irrigation”.

Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang
lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon
akar melalui sistem pengairan titis.

Fertigasi adalah salah satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah
seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek,
Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

Beberapa media digunakan bagi tujuan menggantikan fungsi tanah seperti


cocopeat, sekam padi, rootwool, perlite, zeolite dan juga vermiculate dalam
kaedah tanaman fertigasi. Cocopeat dan sekam padi digunakan secara meluas
kerana harganya murah, ringan, berkualiti dan mudah digunakan.

Pokok ditanam di dalam bekas atau polibeg yang mengandungi media bukan tanah
yang sesuai. Media yang biasa digunakan adalah sekam bakar dan sabut proses
(ratio 50:50) yang mempunyai pH 6.5 – 6.8. Pembajaan yang diberikan mengikut
formulasi baja yang tertentu bergantung kepada jenis tanaman.

Selain itu, tanaman kebiasaannya ditanam di tapak penanaman yang mempunyai


struktur pelindung hujan dan serangga.

Kaedah Fertigasi ini bertujuan untuk mengelakkan serangan penyakit akar yang
disebabkan oleh serangga kulat seperti pythium, fusarium, rhizoton dan juga
penyakit serangan bakteria yang berpunca daripada tanah.

Kaedah Fertigasi mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan kaedah


konvensional:

• Pemberian nutrien lengkap yang boleh dikawal mengikut kehendak tanaman


berdasarkan jenis dan peringkat pertumbuhan sesuatu tanaman;
• Media tumbesaran dan persekitaran menjamin kebersihan dan menghindarkan
masalah penyakit;
• Mengatasi masalah tanah seperti tidak subur, perumah penyakit dan perosak;
• Meningkatkan hasil per unit kawasan dengan kepadatan tinggi;
• Tiada masalah merumpai sekali gus mengurangkan kos buruh;
• Kualiti hasil yang lebih baik;
• Penggunaan baja yang cekap. Mencapai 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%;
• Mengurangkan penggunaan racun keatas tanaman terutamanya jika jejaring kalis
serangga diguna pakai;
• Hasil lebih tinggi, boleh mencapai sehingga 700% atau tujuh kali ganda.
• Pengurusan tanaman yang lebih sistematik.

Anda mungkin juga menyukai