Anda di halaman 1dari 8

BAB 2

KA1IAN-KA1IAN LEPAS
Pengenalan
Kajian lepas merupakan satu analisis kajian yang berkaitan dengan permasalahan yang
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas yang mana ianya menjelaskan mengenai teori-teori
yang berkaitan disamping menunjukkan hasil yang diperolehi daripada kajian yang telah
dibuat serta saranan-saranan atau idea-idea baru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan
lagi kajian-kajian yang dibuat. Ia juga merupakan rujukan kepada para pengkaji yang ingin
melakukan kajian yang serupa dengan kajian yang pernah di lakukan sebelum ini.
2.1: Penggunaan internet
Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Johari Bin Hassan dan Norhayati Edje
(2010) adalah mengenai penggunaan internet di dalam mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran dalam kalanngan pensyarah Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan internet dalam
mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kalangan pensyarah
di Fakulti Pendidikan, UTM dimana seramai 46 orang pensyarah telah dipilih secara rawak
sebagai responden dalam kajian ini. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen
kajian. Kajian ini dibuat untuk mengetahui persepsi penggunaan internet dalam P&P, tahap
penggunaan internet, bentuk atau aplikasi internet, dan masalah yang dihadapi ketika
menggunakan internet dalam proses P&P. Hasil kajian menunjukkan persepsi pensyarah
mengenai penggunaan internet dalam P&P adalah positiI dengan nilai min purata 3.82 namun
tahap penggunaan internet dalam P&P adalah berada pada tahap yang sedehana dengan nilai
purata min 2.64. Selain itu, bentuk penggunaan internet yang sering digunakan dalam P&P
adalah memuat naik (upload) bahan pengajaran contohnya nota kepada pelajar (58.7)
manakala masalah yang sering dihadapi oleh pensyarah ketika menggunakan internet dalam
proses P&P adalah masalah pengurusan masa dan masalah talian internet.

2.2: Perkaitan faktor personal dengan penggunaan internet
2.2.1: Perkaitan faktor umur pelajar dengan penggunaan internet
Mengikut kajian lepas, umur seseorang individu mempengaruhi penggunaan internet
(Owen, 1999). Berdasarkan kajian Noor Ismawati JaaIar dan Ainin Sulaiman (2005) iaitu
kajian mengenai aktiviti dan penggunaan komputer di Utara Semenanjung Malaysia:
perbezaan umur dan pendapatan telah menunjukkan sebanyak 72.0 peratus remaja yang
berumur kurang daripada 20 tahun meluangkan masa dua jam sehari dalam penggunaan
komputer dirumah. Kebanyakkan penggunaan komputer digunakan sebagai media hiburan
serta di ikuti dengan melayari internet, kerja, dan ,993
2.2.2: Perkaitan faktor jantina pelajar dengan penggunaan internet
Berdasarkan jurnal artikel yang dijalankan oleh Sri Retno Andarwati dan Bambang S.
Sankarto (2005) iaitu kajian mengenai pemenuhan kepuasan penggunaan internet oleh
peneliti badan litbang pertanian di Bogor menunjukkan bahawa peratusan penggunaan
internet lelaki adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 58.3 berbanding perempuan 41.7.
Keadaan tersebut menunjukkan bahawa lelaki lebih banyak dalam penggunaan internet
berbanding perempuan. Di Asia PasiIik penggunaan internet masih didominasikan oleh lelaki
iaitu sebanyak 75.86 dan manakala 24.14 perempuan (Pusat Pengkajian dan Penerapan
Teknologi InIormasi dan Elektronika 2002). Ini menunjukkan bahawa penggunaan internet
bukan ditujukan untuk kaum lelaki sahaja bahkan untuk semua kerana internet merupakan
sumber mendapatkan inIormasi, pengetahuan dan media hiburan.
2.2.3: Perkaitan faktor estim diri pelajar dengan penggunaan internet
Menurut kajian yang di lakukan oleh Richard N. Landers dan John W. Lounsbury (2004)
iaitu kajian mengenai Big Five personality` dan trait-trait yang berkaitan dengan pengunaan
internet menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang negatiI antara penggunaan internet
dengan tiga ciri siIat daripada Big Five Personality` iaitu agreeableness`,
conscientiousness` dan extraversion` manakala optimism` dan work drive` pula
mempunyai hubungan positiI dengan penggunaan internet. Nilai kolerasi yang diperolehi
daripada kajian ini adalah 0.349 (P0,01). Ini juga menunjukkan bahawa individu yang
mempunyai estim diri yang rendah berkemungkinan lebih cenderung untuk berbohong
dengan individu disekelilingnya dalam menyembunyikan penglibatan mereka menggunakan
internet serta menjadikan internet sebagai medium penyelesaian masalah mereka berbanding
dengan individu yang mempunyai estim diri yang tinggi.

2.3: Perkaitan faktor keluarga dengan penggunaan internet

2.3.1: Perkaitan antara tahap pendidikan ibu bapa dengan penggunaan internet
pelajar.

Menurut kajian lepas yang dibuat oleh Gina C Lemos, Landra S. Almeida dan Roberto
Colom iaitu kajian mengenai Intelligence oI adolescents is related to their parents`
educational level but not to Iamily income(2010), tahap pendidikan orang tua dan
pendapatan keluarga telah berkaitan dengan perbezaan individu dalam perisikan. Namun,
sampel besar dan representatiI hampir tidak terdapat. Ini adalah dua contoh remaja muda dan
tua sebanyak 3233 anak lelaki dan perempuan menyelesaikan sebuah bateri perisikan yang
terdiri daripada subjek penalaran abstrak, berangka, verbal, mekanikal, dan spasial. Tingkat
pendidikan, pendapatan keluarga, dan remaja mengatakan bahawa kecerdasan umum secara
bersamaan yang bersangkutan dengan menggunakan SEM (model persamaan struktural)
analisis. Penemuan utama menunjukkan bahawa pendidikan orang tua sangat memprediksi
perbezaan pendapatan keluarga, pendapatan keluarga tidak berkaitan dengan remaja
'kecerdasan, dan orang tua pendidikan memprediksi kecerdasan remaja' terlepas dari
pendapatan keluarga. Kerana secara meluas diakui bahawa kecerdasan peribadi adalah
prediktor terbaik daripada perbezaan pendidikan, rantai berikutnya adalah disokong ibubapa
terang mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi, yang membolehkan mendekati
pekerjaan yang lebih baik, dan mereka dapat mencipta keluarga dengan pendapatan yang
lebih tinggi.

2.4: Pencapaian akademik


eo Kee Jar dan Lim Wai Wai (2008) telah mengkaji mengenai hubungan antara
kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian
biasa. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara
peruntukkan masa pelajar dalam menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah (latihan dan
persediaan) dan cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian akademik bagi 3 jenis mata pelajaran yang telah dipilih iaitu Matematik, Bahasa
Inggeris dan Sejarah. Seramai 120 orang pelajar tingkatan 2 telah dipilih secara rawak dari 3
buah sekolah menengah harian di sekitar Johor Bharu telah dijadikan samapel dalam
menjalani kajian ini. Instrument yang digunakan dalam kajian ini adalah Skala Likert
manakala data yang diperolehi pula dianalisis secara deskriptiI dan inIerensi. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan signiIikan yang lemah antara peruntukan masa
dalam kerja rumah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan Sejarah dengan pencapaian
akademik serta cara pengelolaan guru dalam kerja rumah Bahasa Inggeris dengan
pencapaiannya. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat kolerasi yang
signiIikan antara peruntukkan masa dalam kerja rumah Matematik, kerja rumah jenis latihan
dan persediaan bagi ketiga-tiga matapelajaran serta pengelolaan guru bagi matapelajaran
Matematik dan Sejarah dengan pencapaian akademik pelajar.

2.5: Perkaitan faktor personal dengan pencapaian akademik

2.5.1: Perkaitan faktor umur pelajar dengan pencapaian akademik
Mahyudin Bin Arsat dan Ahmad Farid Bin Mohd Ali (2006) telah mengkaji Iaktor
perbezaan pencapaian akademik pelajar lepasan diploma dan matrikulasi. Kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpastiIaktor-Iaktor ynag mempengaruhi perbezaan
pencapaian akademik bagi pelajar tahun emapt Fakulti Pendidikan di Jabatan Teknik Dan
Kejuruteraan (lepasan diploma dan matrikulasi) Universiti Teknoligi Malaysia. Terdapat
empat persoalan kajian iaitu persediaan pelajar dari segi usia, persediaan pelajar dari segi
motivasi, peranan sosial dan latar belakang pendidikan. Kajian ini menggunakan kaedah soal
selidik yang mana nilai pekali kebolehkepercayaan kajian ini adalah u 0.827. Hasil kajian
menunjukkan Iaktor persediaan pelajar dari segi usia, persediaan pelajar dari segi motivasi,
peranan sosial adalah berada pada tahap tinggi. Hanya Iaktor latar belakang pendidikan
sahaja berada di tahap yang sederhana bagi pelajar lepasan diploma. Bagi pelajar lepasan
matrikulasi pula, Iaktor persediaan pelajar dari segi usia dan peranan sosial berada pada tahap
tinggi. Manakala Iaktor persediaan pelajar dari segi motivasi dan Iaktor latar belakang
pendidikan sahaja berada di tahap yang sederhana.

2.5.2: Perkaitan faktor jantina pelajar dengan pencapaian akademik
Kajian berkenaan penggunaan E-Pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian
akademik pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia telah dilakukan oleh
Mohd Anuar B. Abdul Rahman dan Erda umiza Binti Ibrahim (2010). Kajian ini adalah
bertujuan untuk melihat perhubungan di antara penggunaan e-pembelajaran dengan
pencapaian akademik dan perbezaan penggunaan e-pembelajaran berdasarkan jantina dan
juga kursus. Seramai 130 orang pelajar yang dipilh secara rawak dijadikan sebagai responden
untuk kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item dan nilai alpha yang diperolehi bagi soal
selidik adalah 0.959. Hasil kajian menunjukkan sikap pelajar terhadap penggunaan e-
pembelajaran adalah pada tahap sederhana manakala kemahiran mengakses pelajar adalah
pada tahap tinggi. Hasil Ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan penggunaan e-
pembelajaran yang signiIikan berdasarkan jantina pelajar. Hasil ujian ANOVA pula
menunjukkan terdapat perbezaan penggunaan e-pembelajaran yang signiIikan berdasarkan
kursus. Ujian korelasi membuktikan bahawa terdapat hubungan yang tinggi dan kuat di
antara penggunaan e-pembelajaran dengan pencapaian akademik.

2.5.3: Perkaitan faktor estim diri pelajar dengan pencapaian akademik
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh eo Kee Jiar dan Siti Zamnah Hj. Paimin
(2010) adalah merupakan kajian mengenai hubungan antara harga diri dengan pencapaian
mata pelajaran Matematik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kajian ini dijalankan
adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap harga diri dan pencapaian Matematik pelajar
serta hubungan di antara kedua-dua pemboleh ubah ini. Kajian ini telah dijalankan ke atas
220 orang pelajar tingkatan 2 di dua buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat yang mana
populasi kajian dan sampel telah dipilih secara rawak. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan
pelajar mempunyai tahap harga diri yang sederhana. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang
signiIikan antara harga diri pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Pencapaian
matapelajaran Matematik kebanyakan pelajar berada pada tahap rendah. Selain itu, tidak da
perbezaan yang signiIikan antara harga diri pelajar yang mendapat pencapaian tinggi dengan
pencapaian rendah dalam Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperoleh menunjukkan
terdapat hubungan yang negatiI antara harga diri dengan pencapaian Matematik.

2.6: Perkaitan faktor keluarga dengan pencapaian akademik

2.6.1: Perkaitan tahap pendidikan ibubapa pelajar dengan pencapaian akademik
pelajar
Berdasarkan pada kajian yang di buat oleh Dr. Siti Nor Bt. aakob (1990)
menjelaskan bahawa terdapatnya perkaitan antara Iaktor latar belakang keluarga dengan
pencapaian akademik pelajar yang mana pelajar yang mempunyai ibubapa yang
berpendidikan dan mempunyai pendapatan yang tinggi adalah lebih cemerlang pencapaian
akademiknya berbanding dengan pelajar yang mempunyai ibubapa yang berpendidikan dan
berpendapatan yang rendah.

2.6.2: Perkaitan tahap pendapatan ibubapa pelajar dengan pencapaian akademik
pelajar
Kajian yang dijalankan oleh Elina Bt. Kahar Mohd Abd Kahar (2005) adalah
mengenai tinjauan dimensi sikap, status ekonomi keluarga dan pencapaian akademik
Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Semporna, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk melihat
perkaitan antara sikap dan status ekonomi keluarga dengan pencapaian akademik pelajar
tingkatan empat di beberapa buah sekolah menengah di sekitar Semporna, Sabah. Seramai
367 orang pelajar yang telah menduduki PMR yang dipilih secara rawak untuk dijadikan
responden pada kajian ini. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah
statistik deskriptiI dan inIerensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa dimensi sikap keluarga
dalam aspek bantuan material, sokongan moral atau motivasi, dan galakkan atau aspirasi
adalah tidak signiIikan dengan pencapaian akademik pelajar. Dapatan daripada kajian ini
boleh dijadikan landasan dalam menelah dimensi sikap keluarga bukan Iaktor penentu.
Manakala status sosioekonomi keluarga merupakan salah satu Iaktor dalam menentukan
peningkatan atau penurunan prestasi akademik pelajar.

2.7: Perkaitan antara penggunaan internet dengan pencapaian akademik pelajar
Jing Lei dan ong Zhao (2005) telah melakukan kajian mengenai penggunaan
teknologi dan pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai bagaimana
teknologi di gunakan oleh pelajar, apakah jenis penggunaan teknologi yang sering digunakan
oleh kalangan pelajar serta adakah penggunaan teknologi ini dapat membantu pelajar dalam
pencapaian akademik mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknologi
mempunyai perkaitan dengan pencapaian pelajar bergantung dengan cara pelajar
menggunakan teknologi tersebut.

Anda mungkin juga menyukai

  • Gaya Hidup Sihat
    Gaya Hidup Sihat
    Dokumen81 halaman
    Gaya Hidup Sihat
    shin jee joon (chici)
    86% (29)
  • Fyps
    Fyps
    Dokumen23 halaman
    Fyps
    shin jee joon (chici)
    100% (1)
  • Tahap Kepuasan Kerja (Soalan)
    Tahap Kepuasan Kerja (Soalan)
    Dokumen9 halaman
    Tahap Kepuasan Kerja (Soalan)
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Soalan Project Paper
    Soalan Project Paper
    Dokumen6 halaman
    Soalan Project Paper
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • CHPTR 1
    CHPTR 1
    Dokumen9 halaman
    CHPTR 1
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen5 halaman
    Bab 3
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Penggunaan Internet
    Penggunaan Internet
    Dokumen5 halaman
    Penggunaan Internet
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Resepi
    Resepi
    Dokumen2 halaman
    Resepi
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Komuniti
    Komuniti
    Dokumen14 halaman
    Komuniti
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Komuniti
    Komuniti
    Dokumen14 halaman
    Komuniti
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Decision Making
    Decision Making
    Dokumen10 halaman
    Decision Making
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • PENGENALAN
    PENGENALAN
    Dokumen10 halaman
    PENGENALAN
    shin jee joon (chici)
    Belum ada peringkat
  • Contoh Laporan Amali Psikologi Kanak-Kanak
    Contoh Laporan Amali Psikologi Kanak-Kanak
    Dokumen30 halaman
    Contoh Laporan Amali Psikologi Kanak-Kanak
    Mohd Raiz
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat
  • Dari Everand
    Belum ada peringkat