Anda di halaman 1dari 6

3abda Rasulullah s.a.w.

ketika menggali Parit Khandaq:


".Constantinople [kini lstanbul} akan jatuh ke tangan tentera lslam. Rajanya adalah sebaik-baik raja,
tenteranya adalah sebaik-baik tentera."
[hadis riwayat lmam Ahmad}
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang
dijanjikan oleh Allah S.W.T di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang
dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di
zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi S.A.W iaitu
Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di
atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau
menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan
mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople". Begitulah teguhnya iman
seorang sahabat besar Nabi S.A.W.

Hadis Nabi S.A.W ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih,
khaliIah ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut
sebagai ~sebaik-baik raja dan~sebaik-baik tentera di dalam hadis tersebut
PENCENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki Bulgaria). Walau
bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya
kerana telah disebut sebagai 'sebaik-baik raja di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran
Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 1481). Baginda
merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen
peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda
mangkat kerana diracun.
PEN0|0|KAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya
adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A.. Di
dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda
oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan
ulung di zamannya yang Iasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki,
Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda, Sultan Murad II, dengan
tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik. Baginda yang baru berusia 12
tahun memangku jawatan KhaliIah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah
musuh.

KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersiIat tawadhu` dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda
membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri
terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat
menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka
tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN KOTA CONSTANTINOPLE

Peta Tua Wilayah Constantinople dan Laut Marmara


Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi
mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk
digunakan.

Baginda mengarahkan tenteranya membina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh
menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih
kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina
bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid
Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai
dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang
nanti.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat
jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan
dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di
belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS KOTA CONSTANTINOPLE

ardanelles_Gun_Turkish_Bronze_15c
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantine meminta
beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan
dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi
dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu
Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut
setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican


Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan
Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini
menaikkan semula semangat tentera Byzantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

avarinoButtle-Ottoman Sea Ship

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal
perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut
kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini
diakui sebagai antara taktik peperangan (warIare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat
sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan
Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan
semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah S.A.W. dan bersama-
sama berdoa kepada Allah S.W.T.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid.
Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengah hari.

Karisma Seorang Pemimpin


Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan
menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan
semangat tenteranya,
'Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di falan Allah.
Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku'`
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera
membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka
kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu
bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada
Islambol (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya SoIiya. Baginda dengan
tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah
Baginda diberi gelaran ~Al Fatih iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
$EA|K-A|K RAJA $EA|K-A|K TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam.
Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, ~Siapa di antara
kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk! Tiada
seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat Iardhu.
Baginda bertanya lagi, ~Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat
sunat rawatib sila duduk!Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, ~Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah
meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk! Kali ini semuanya duduk, kecuali
Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat Iardhu, Solat Sunat Rawatib
dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-
baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam Hadisnya itu.

MAQAM SULTAN MUHAMMAD AL-FAATIH

Makam Sultan Muhammad Al-fatih


MAQAM SAIDINA ABU AYYUB AL-ANSORI

Makam Abu Ayyub Al-Ansori di stanbul

Saidina Abu Ayyub Al-Ansori terlibat di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah
telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.
Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Kerana aku ingin
mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa
mereka membebaskan Constantinople". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi S.A.W.
Akhirnya terbuktilah kesahihan hadith nabi tersebut. Namun apa kan daya Kejatuhan KhilaIah Turki
Uthmaniyyah cukup pahit di lidah ku untuk menelan meresap ke dalam nurani ini.. Satu persatu wilayah
KhilaIah Islamiyyah dipecahkan untuk dibaham oleh BARISAN YAHUDI DAN KRISTIAN . Kita
agungkan agama mereka dalam kita tidak sedar. We must unite Ior Palestine

Anda mungkin juga menyukai