Anda di halaman 1dari 4

LeIaki SoIat Pakai Jeans, Wanita Tanpa TeIekung

Saya berkunjung ke Jakarta. Kebetulan disapa oleh sekumpulan cewek ala-ala Bunga Citra Lestari.
Berpakaian dengan mini skirtnya. Rambut curl. Ada yang hanya berbaju tali gantung. Dengan high
heels-nya. Seolah-olah saya sedang menyaksikan Drama Sinetron Bawang Merah Bawang Putih.
"Permisi Mas. Di mana tempatnya Musalla orang solat?" tanya salah seorang cewek kepada saya.
Mungkin barangkali mereka sangkakan saya ini orang Indonesia. Mahu sahaja saya beritahu saya ini
bukan Ashraff Sinclair. Tapi cuma Asyraf imam kampung.
"Oh. Kapannya di sebelah sana. Belakang parkir kereta," saya menjawab dengan berbahasa Indonesia
yang terkeluar dari skema Dewan Bahasa Dan Pustaka Indonesia. Mereka tertawa kecil dengan
jawapan saya.
Teman yang bersama saya ialah seorang mahasiswa di salah sebuah universitas di Jakarta. Dia
memberitahu saya bahawa, budaya orang di Indonesia berbeza dengan budaya di Malaysia. Tidak
menjadi sesuatu yang mustahil apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat masuk ke surau dan
memakai telekung yang disediakan lalu mengerjakan solat. Malah majoritinya tanpa rasa segan silu.
Walaupun ada pertanyaan di benak hati saya, namun saya melihat ianya dari sudut positif. MEREKA
TIDAK TINGGALKAN SOLAT!
Saya berkunjung di Brunei. Dalam satu program perkhemahan bersama remaja. Apabila tiba waktu
solat, saya dijemput mengimamkan solat. Di belakang saya ramai remaja lelaki dan perempuan. Yang
lelaki memakai jubah kebanyakannya. Saya sangat kagum. Namun selesai salam dan berpisah untuk
ke ruang makan, kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah mereka dan mengenakan seluar pendek.
Walaupun tidak semua, namun ianya satu lagi persoalan kepada saya. Walaupun begitu saya masih
mengambil yang positif. Dalam persoalan ibadah, MEREKA MEMENTINGKAN SUNNAH!
Saya berkunjung ke Berjaya Times Square Kuala Lumpur. Tanah airku. Ketika melalui surau di tingkat
lapan, ada sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau.
Saya yang sedang memakai kasut mula bertegur sapa. Saya bertanya kepada mereka, kenapa
mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain. Agak menakjubkan jawapan mereka. Si lelaki
mengatakan ia berseluar jeans. Kotor berpeluh. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si
perempuan pula berkata, "Saya tidak membawa telekung. Lagipun telekung di dalam surau tu dah
terlalu kuning lusuh warnanya."
Sekali lagi pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiran saya. Saya masih mengambil yang postitif.
MEREKA MEMENTINGKAN KEBERSIHAN UNTUK BERTEMU ALLAH!
Islam itu mudah dan ia tidak menyukarkan umatnya. Malah ianya meraikan semua golongan bangsa
dan warna kulit. Budaya sesuatu bangsa itu terbentuk hasil daripada sudut pandang nilai yang sama.
Kehidupan masa kini berbeza dengan suatu ketika dahulu. Perubahan zaman dengan corak kehidupan
yang lebih pantas dan memerlukan pergerakan yang lebih luas membuatkan beberapa isu budaya
yang perlu diubah. Masyarakat terutamanya wanita yang dilihat kini lebih banyak berurusan dengan
situasi kerja dan urusan harian membuatkan beberapa kesukaran terjadi akibat keterikatan dengan
budaya masa lampau.
Pemakaian Telekung di Nusantara

Pemakaian telekung adalah satu struktur budaya keagamaan yang dibentuk dalam komuniti
masyarakat Islam di Nusantara. Ianya terbukti sesuatu yang amat baik jika dilihat dari aspek
kesempurnaan ibadah. Para ulama Melayu dahulu amat teliti dalam memastikan kesempurnaan
ibadah umat ketika itu. Pemilihan bentuk telekung yang longgar, lebar dan mudah disarung
menjadikannya sesuai untuk semua generasi umur dan bentuk badan. Ini bersesuaian dengan arahan
Allah SWT di dalam al-Quran yang menghendaki kita memakai pakaian yang baik ketika mendirikan
solat.
Di dalam surah al-A'raaf ayat 31 yang bermaksud:
-_ - ~' - ' ~ = -- ~- = . ~~ = ' ' & ' - &
= - . ~ -
Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu (pakaian) yang indah disetiap kali kamu (memasuki) masjid,
makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
berlebih lebihan.
Menurut Sheikh Khatib Al-Syarbini dalam kitabnya Mughni Muhtaj telah menguatkan pendapat
daripada Ibn Abbas RA mengatakan bahawa maksud memakai pakaian yang indah setiap kali
memasuki masjid ini adalah merujuk kepada pakaian ketika sembahyang.
Ibnu Hazm pula memahami maksud 'perhiasan' disini adalah menutup aurat.
Manakala Imam Ibn Kathir, telah memetik riwayat Imam Muslim mengatakan bahawa ayat ini
merupakan bantahan atas tindakan orang-orang musyrik yang dengan sengaja mengerjakan tawaf di
Baitullah dalam keadaan telanjang. Ianya juga menunjukkan memberi pengertian lain iaitu
disunahkan menghias diri ketika hendak menunaikan sembahyang lebih-lebih lagi pada hari Jumaat
dan Hari Raya. Juga disunahkan memakai wangi-wangian kerana ia juga termasuk daripada
perhiasan.
Malah boleh juga kita mengenakan pakaian yang berjenama asalkan tidak mendatangkan rasa
takabur. Ini sepertimana yang diberitahu oleh Qatadah yang meriwayatkan dari Muhammad Ibnu Sirin
bahawa sahabat Nabi Muhammad SAW, Tamim Ad-Dari pernah membeli sebuah rida' (selendang atau
serban) dengan harga seribu, lalu ia mengerjakan sembahyang dengan mengenakannya.
Ulama Melayu dahulu amat bijak dalam membentuk budaya corak berpakaian yang baik kepada umat
Islam di Nusantara. Mereka juga telah memilih warna putih sebagai warna rasmi kepada telekung. Ini
juga bersesuaian dengan kehendak sunah yang amat disukai oleh Baginda Nabi SAW dalam memilih
warna pakaian yang terbaik. Sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Ibnu Abbas di
dalam hadis marfu', Rasulullah SAW bersabda :
"Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian
kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya."
Pembentukan budaya pemakaian telekung ini membuatkan Umat Islam di Nusantara agak janggal
untuk memilih pakaian yang berlawanan dengan adat budaya yang telah dibentuk sejak sekian lama.
Telekung Pada Masa Kini
Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan kesan yang agak negatif
kepada wanita Islam masa kini yang bergerak aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman
budaya tersebut telah disalahertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek ilmu Islam yang
sebenar.
Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah apabila tibanya waktu solat. Ada
sebahagian wanita yang mengabaikan solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli
belah, tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung. Ada juga yang
memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun surau itu agak kotor dan tidak sesuai.
Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. Bagaimana
keadaan wanita yang berada di luar daripada negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti
telekung. Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan pakaian wanita
Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur Tengah.
Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah
pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya
sembahyang.
Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat,
walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang
diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir
berpendapat, "Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu,
maka ianya dibolehkan.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana
batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada
pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada
pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju
kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna
putih.
Lelaki dan Solat
Manakala bagi lelaki pula, kebersihan, kecantikan dan wangi-wangian menjadikan sembahyang
mereka lebih baik pada zahirnya disisi Allah SWT. Ini kerana situasi menghadap Pencipta Yang Maha
Agung itu memerlukan lebih berketerampilan berbanding berhadapan manusia lainnya.
Namun, berpakaian yang elok itu tidaklah semestinya mewajibkan kepada mereka berkain pelekat,
berjubah, baju melayu dan sebagainya. Ada juga yang meninggalkan sembahyang kerana
beranggapan pakaiannya kotor dengan peluh. Kotor dengan minyak kereta kerana bekerja sebagai
mekanik. Kotor dengan lumpur kerana baru pulang dari kebun dan sebagainya.
Sedangkan, syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak
bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan
boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.
Di dalam kitab Fathul Bari karangan Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah mengambil riwayat dari Ibnu
Hibban mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Sufyan bahawasanya ia bertanya kepada saudara
perempuannya (Ummu Habibah), "Apakah Rasulullah pernah solat memakai pakaian yang digunakan
ketika berhubungan dengan isterinya?" Ummu Habibah menjawab, "Ya, apabila Baginda tidak melihat
sebarang kotoran di pakaian tersebut."
Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa, selagi pakaian yang dipakai itu tidak jelas padanya najis
yang boleh merosakkan solat, maka sah solat yang kita kerjakan dengan berpakaian biasa. Malah
remaja lelaki yang berpakaian serba fesyen terkini, samada berseluar jeans, baju yang pelbagai
bentuk warna juga boleh mengerjakan sembahyang tanpa merasakan janggal. Kerana Islam tidak
pernah menyusahkan untuk melakukan sembahyang.
Penutup
Ini bukan kempen 'tak pakai tudung takpa janji hati baik'. Ini juga bukan kempen menghapuskan
pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap
manusia.
Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal
keadaan hamba-hamba-Nya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada
dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian.
Sembahyanglah anda walau di mana anda
berada.

Anda mungkin juga menyukai