Anda di halaman 1dari 13

LAPORAN

KAJIAN TINDAKAN








Cik Ng Su Mui
SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor


Oktober 2011


Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Menghafal Sifir 9 Di Kalangan Murid-murid
Tahun 2 Dengan Teknik Pergerakan Jari

10
HaIaman Kandungan

si Kandungan Muka Surat

~ Penghargaan 1
~ Abstrak 2
~ Latar Belakang Kajian 3
~ Pernyataan Masalah 3
~ Metodologi Kajian 4

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 5
2.0 Fokus Kajian 6
3.0 Objektif Kajian 6
3.1 Objektif Umum
3.2 Objektif Khusus
4.0 Kumpulan Sasaran 6
5.0 Pelaksanaan Kajian 7
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
5.1.2 Temubual
5.1.3 Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
5.2.2 Analisis Temubual
5.2.3 Analisis Ujian Pra
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan
5.3.3 nstrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)
5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 10

~ Bibliografi 11


Penghargaan

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan Laporan Kajian Tindakan ini.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada En Tan Wei Yang yang selaku Ketua
Panitia Mata Pelajaran Matematik kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar serta dapat meluangkan masa untuk berdiskusi di sepanjang penulisan dan
pelaksanaa laporan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada En Teo Meng Kian
selaku Guru Besar SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor telah
memberikan sokongan padu dalam melaksanakan kajian ini.

Sekalung budi juga ditujukan kepada rakan-rakan sepejuangan di atas segala
kerjasama yang telah kalian berikan di sepanjang kajian ini. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
kerana banyak memberikan kerjasama, buah fikiran dan dorongan dalam kajian ini.
Semoga Allah dapat membalas segala jasa-jasa kalian.

" Sesungguhnya AIIah itu Maha pengasih dan penyayang















1
Abstrak

" Menghafal Sifir 9 merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam
tajuk " Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 . namun begitu, dari pemerhatian saya,
murid-murid masih menghadapi masalah untuk mengira soalan-soalan yang
berkaitannya dengan tepat. Respoden saya terdiri daripada 4 orang murid Tahun 2A.
Mereka ini merupakan murid-murid yang telah disaringi dari Program LNUS. Oleh yang
demikian, mereka ini memang kurang mahir membaca, menulis dan mengira. Oleh itu,
mereka sebenarnya menghadapi kesukaran untuk memahami konsep-konsep yang
akan disampaikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dibiarkan,
dikhuatiri masalah ini akan terbaa-bawa hingga ke yajuk yang melibatkan nombor-
nombor yang lebih besar.

Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi temubual antara guru kelas
dengan murid-murid, saya dapati mereka kurang berminat dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya jalankan. Mereka tidak faham dengan cara kiraan yang saya
gunakan iaitu Hafalan Sifir. Faktor ini menyebabkan mereka merasa bosan ketika dalam
kelas. Mereka tidak dapat menjawab latihan yang disediakan dengan tepat.
Berpandukan konsep soalan yang ada dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya telah menjalankan Ujian Pra untuk
mengenalpasti sejauh mana kelemahan mereka. Dari Ujian Pra, saya mendapati hanya
25% murid sahaja yang dapat menjawab soalan keseluruhan secara tepat.

Berdasarkan masalah yang telah saya kenalpasti ini, maka saya mengamil
keputusan untuk menggunakan teknik pergerakan jari sebagai pendekatan pengajaran
dan pembelajaran. ni kerana memang sikap kanak-kanak suka berada dalam suasana
yang riang gembira. Saya telah mngambil inisiatif dengan mencipta sebuah permainan
tanpa alatan (10 jari tangan). Selepas semua aktiviti ini dijalankan, saya minta murid
ulangkan permainan pergerakan jari semula yang telah mereka belajari semasa
menjawab soalan-soalan dalam Ujian Pos. Bagi Ujian Pos, peratus keseluruhan telah
meningkat sebanyak 50% iaitu dari 25% ke 75%. Bagi saya, ianya adalah satu
perubahan yang positif.

2
Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu kaedah
yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya
mencadangkan agar kaedah ini digunakan bagi meningkatkan kemahiran murid untuk
konsep " Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 dengan menggunakan nombor yang
lebih besar.





Latar BeIakang Kajian

Laporan Prestasi yang dihasilkan oleh guru mata pelajaran Matematik
merupakan maklum balas pemeriksa kepada kerja-kerja yang ditunjukkkan oleh murid di
atas kertas jawapan murid. Berdasarkan Laporan Prestasi Matematik dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid tahun 2A, jelas menunjukkan prestasi
murid dalam sifir adalah rendah dan mengecewakan. Oleh itu, beberapa kajian awal
telah dilakukan bagi menganalisis masalah menghafal sifir 9 yang dihadapi oleh murid
Tahun 2A. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Penolong Ketua Panitia Matematik,
Cik Ng Su Mui ke atas murid tersebut dalam kemahiran menghafal sifir 9 jelas
menunjukkan bahawa murid tersebut masih menghadapi kesukaran dalam menghafal
Sifir 9.





Pernyataan MasaIah

Sifir 9 adalah salah satu kemahiran mendarab yang sering digunakan dalam
kehidupan harian murid-murid dalam mengira. Sifir 9 ini membantu murid mengira dan
menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Tanpa menghafal sifir 9 dengan
baik dan betul, murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan
cepat dan tepat.
3
MetodoIogi Kajian
1. Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan
berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:
Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu masalah
penuasaan kemahiran menghafal sifir 9 di
kalangan murid Tahun 2A. Setiap masalah dicatat
dan dikaji bersama di kalangan guru Matematik.
Peringkat Langkah Kedua : Perancangan kajian cara menguasai kemahiran
menghafal Sifir 9 yang berkesan.
Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan tindakan.
Peringkat Langkah Keempa t: Pemerhatian.
Peringkat Langkah Kelima : Membuat refleksi atau renungan dan penilaian
kendiri.
. Sasaran Kajian
Kajian akan dijalankan ke atas murid Tahun 2A yang telah dikenal pasti
menghadapi masalah dalam menghafal sifir 9.
3. Batasan Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek sifir 9 dalam bentuk konseptual.
4. AIat Instrument Kajian
Bagi mengesan kesukaran murid dalam menghafal sifir 9, instrument berikut
digunakan:
a. Soalan ujian : Untuk menentukan tahap pencapaian dan pengtahuan murid
terhadap Sifir 9.
b. Temubual : Mendapat maklum balas terhadap pengajaran guru dan
kesukaran yang dihadapi oleh murid.
c. Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
mengenalpasti pembelajaran murid.
5. Teknik AnaIisis Dapatan Kajian
Hasil kajian soalan kajian akan dianalisis dengan mengira markah pencapaian
murid, temubual akan dianalisis dengan analisis isu dan dilema manakala
pemerhatian akan dianalisis dengan analisis secara perbincangan dan analisis
aspek-aspek yang tidak terduga.

4
1. RefIeksi Pengajaran dan PembeIajaran Yang LaIu

Dalam tajuk " Pendaraban DaIam Lingkungan 1 000 , terdapat satu kemahiran
asas yang mula-mula diperkenalkan iaitu " Pendaraban Dengan HafaIan Sifir 9 .
Bunyinya seperti mudahuntuk diajar tetapi rupa-rupanya ia merupakan satu kemahiran
yang sukar untuk difahami. Murid Tahun 2A tidak dapat memahami konsep ini walaupun
telah diterangkan secara berulang-ulang kali. Kaedah penerangan yang sama setiap kali
sesi pengajaran menyebabkan murid bosan, malas dan mengantuk untuk mendengar
apa yang saya ajar. Apabila mereka berasa bosan, maka mereka tidak akan dapat
memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Tahun 2A merupakan murid-murid yang telah disaring dari Program LNUS.
Mereka terdiri daripada murid-murid yang amat lemah dalam kemahiran membaca,
menulis dan sekaligus lemah dalam pengiraan. ni menyebabkan murid secara
keseluruhannya tidak faham apa yang dikehendaki semasa menjawab soalan-soalan
untuk kemahiran ini. 70% dari mereka hanya menggarukan kepala apabila diajukan
soalan yang bagi mereka amat sukar untuk diselesaikan.

Kemahiran ini merupakan pengenalan untuk tajuk " Pendaraban DaIam
Lingkungan 1 000 . Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini, maka
mereka tidak akan dapat mengaitkannya dengan kemahiran seterusnya. Kemahiran
yang seterusnya ialah membahagi ayat Matematik. Contohnya : 72 9 = 8. Sekiranya
konsep " Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 tidak dikuasai, maka mereka sudah tentu
tidak tahu bahawa apabila melihat perkataan "darab @ kali atau simbol " X ianya
membawa maksud " ulangan .

Saya bersama-sama murid-murid Tahun 2A setiap hari. Waktu pengajaran dan
pembelajaran bagi Matematik telah ditetapkan selepas rehat. Sebagaimana yang kita
ketahui, waktu rehat merupakan waktu bermain dan berseronok bagi murid Tahun 2A.
Tanpa disedari, apabila sesi kelas dimulakan selepas rehat, mereka akan mula
menunjukkan tanda-tanda keletihan dan kebosanan.

Justeru itu, saya ingin mengetengahkan idea ini agar proses pengajaran dan
pembelajaran saya lebih menyeronok dan berkesan.

5
. Fokus Kajian

Kajian saya ini berfokus kepada " Pendaraban DaIam Lingkungan 1 000 . di
dalam tajuk ini, murid saya keliru denga soalan yang dikemukakan sama ada perlu
menambah atau membahagi nombor yang diberikan. Ada juga di kalangan murid yang
menulis jawapan mengikut sesuka hati mereka sahaja.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka kesalahan ini akan
berterusan kepada tajuk yang akan datang terutama apabila ianya melibatkan nombor
yang lebih besar.



3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
bagi kemahiran " Pendaraban Dengan HafaIan Sifir 9 .
3.2 Objektif Khusus :
3.2.1 Menarik minat murid dengan permainan pergerakan jari bagi kemahiran ini.
3.2.2 Memberi peluang murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan
di dalam kelas.
3.2.3 Mengaplikasikan permainan semasa menjawab soalan yang telah disediakan.
3.2.4 Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan konsep
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.


4. KumpuIan Sasaran

Kumpulan sasaran saya teediri daripada 4 orang murid Tahun 2A. Mereka
merupakan murid-murid yang telah disaring dalam Program LNUS. Mereka sangat
lemah dalam membaca, menulis dan sekaligus menghadapi juga masalah dalam
pengiraan. Seorang murid kelas ini hasil ujiannya adalah di bawah paras normal. Atas
kekangan dari ibubapa, mereka tidak dihantar ke Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu,
saya juga melibatkan mereka dalam kajian ini.
6
5. PeIaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan MasaIah
5.1.1 Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian masalah ni berdasarkan latihan yang telah
mereka buat dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang telah dibekalkan oleh
Kementerian PeIajaran MaIaysia. ni kerana latihan-latihan yang
terkandung di dalam buku ini juga adalah menepati konsep yang dikehendaki
oleh Sukatan PeIajaran. Selain dari itu, saya juga membuat pemerhatian
melalui soalan lisan secara terus kepada murid.
5.1.2 Temubual
Saya juga telah meminta jasa baik guru kelas bagi menjalankan tinjauan
secara temubual bersama murid. Saya tidak menjalankan sendiri proses
temubual ini kerana saya bimbang tidak akan mendapat jawapan yang yang
ikhlas dari murid. ni kerana banyak faktor boleh boleh mempengaruhi
keadaan ini seperti murid malu atau takut kepada saya. Guru kelas ini telah
saya bekalkan dengan soalan pabduan yang akan ditanya kepada murid-
murid ini.
5.1.3 Ujian Pra
Untuk meninjau sejauh mana masalah yang dihadapi oleh mereka untuk
menjawab soalan, saya telah menjalankan Ujian Pra. Dalam ujian ini,
setiap murid dibekalkan dengan lembaran soalan. Setiap murid perlu
menjawab 10 soalan di dalam lembaran ini.
Contoh soalan adalah seperti:
a) 84 x 9 = ____ b) 53 x 9 = ____
84 darab 9 sama dengan... 53 darab 9 sama dengan...

5. AnaIisis Tinjauan MasaIah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Melalui proses pemerhatian di dalam Buku Latihan dan Aktiviti, 50%
latihan tidak dapat dijawab dengan tepat. Mereka hanya meletakkan
jawapan mengikut gerak hati mereka sendiri. 30% jawapan mereka
adalah hasil tambah manakala 40% lagi merupakan jawapan tekaan
sahaja. Hanya 30% sahaja menjawab soalan dengan tepat.
7
5.2.2 Analisis Temubual
Dari proses temubual di antara guru kelas dengan murid pula, saya
mendapati mereka tidak faham dengan kaedah penerangan saya yang
hambar. Selain itu, penerangan yang berulang-ulang juga menyebabkan
mereka berasa bosan. 80% dari murid ini telah mengakui keadaan
tersebut. Menurut mereka, saya membebel seorang diri.
5.2.3 Analisis Ujian Pra
BiI Murid Markah
1 Chua 3/10
2 Khoo 5/10
3 Tan 1/10
4 Tung 8/10


5.3 Tindakan Yang DijaIankan
5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang iaitu:
a. Aktiviti 1 : Memerhati demontrasi permainan pergerakan jari.
b. Aktiviti 2 : Mengikut dan mengingat pergerakan jari yang telah
didemontrasikan dengan sempurna.
c. Aktiviti 3 : Menunjukkan pergerakan jari sambil menghafal Sifir 9.
5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan
a. Aktiviti 1 : Jari Tangan guru
b. Aktiviti 2 : Nota catatan
c. Aktiviti 3 : Jari tangan murid-murid
5.3.3 nstrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian
a. Kajian saya dijalankan di dalam kelas 2A. kelas ini telah pun dibekalkan
dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi program EteMs
selengkapnya.
b. Kajian ini telah dijalankan pada 14 Oktober. anya dijalankan selama 30
minit mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
c. Aksi-aksi spontan murid di dalam kelas sepanjang kajian dijalankan telah
diambilkan dengan menggunakan kamera digital.
8
5.4 PeIaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Memperdengarkan murid-murid dengan hafalan " Sifir 9 sambil
memerhatikan demontrasi. Guru mendemontrasi sambil menggalakan murid
untuk turut menghafalkan sifir tersebut. Hafalan Sifir 9 dan demontrasi ini
diperhatikan sebanyak 3 kali supaya murid dapat menghafal den
mengikutikan dengan tepat.
Apabila demontrasi ditunjukkan bersama hafalan Sifir 9, murid mula
menunjukkan aksi mereka yang tersendiri. Ternyata mereka seronok melihat
demontrasi tersebut bergerak-gerak di hadapan mereka. Apabila mendengar
hafalan Sifir 9, mereka menggoyang-goyangkann jari tangan sambil
menganjuk Sifir 9 itu disebutkan.
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
Guru mendemontrasi teknik-teknik pergerakan jari. Guru menyebut
hafalan Sifir 9 sambil mengerakan jari satu demi satu hingga jat terakhr habis
dengan hafalan Sifir 9.
Kaedah ini diulangi sebanyak 2 kali supaya murid dapat mengenalpasti
bagaimana proses " pendaraban berlaku. Murid diajak menyebut bersama
dengan guru.
Pemerhatian :
Murid mula meminta keizinan untuk mengambil bahagian dalam proses
mengerakan kesepuluhan jari tangan di atas meja tulis mereka masing-
masing satu per satu.
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Guru memberi penerangan bagaimana mengenalpasti proses
" pendaraban dengan mengingati semula Sifir 9 yang telah diajarkan.
Proses mengingat semula Sifir 9 diaplikasikan semasa menjawab soalan
contoh.
Pemerhatian :
Murid mengajuk semula Sifir 9 secara perlahan semasa proses
menjawab soalan yang telah disediakan.



9
5.5 RefIeksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)
Untuk menilai pencapaian murid, saya telah menjalankan ujian pos. hasil
dari ujian pos adalah seperti berikut:
BiI Murid Markah
1 Chua 9/10
2 Khoo 9/10
3 Tan 2/10
4 Tung 10/10
Berikut adalah jadual perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos:
BiI Murid Ujian Pra Ujian Pos
1 Chua 3/10 9/10
2 Khoo 5/10 9/10
3 Tan 1/10 2/10
4 Tung 8/10 10/10

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Secara keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat
mencukupi konsep yang ingin disampaikan. Waktu yang diperuntukkan
bagi satu sesi aktiviti adalah 30 minit dan ini adalah bersesuaian dengan
jumlah waktu mengajar mata pelajaran Matematik setiap hari.
5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merasakan semua aktiviti ini dapat membantu meningkatkan
hafalan Sifir 9 penguasaan konsep yang saya kaji. Murid dapat belajar
dalam suasana ceria dan gembira. Guru juga tidak tertekan untuk
memahamkan murid tentang konsep yang ingin disampaikan.

6. Cadangan Kajian Seterusnya
Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu
kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya
mencadangkan agar kaedah ini akan digunakan bagi kemahiran yang lain
terutamanya kepada jumlah nombor yang lebih besar.

10
BibIiografi

1. Hj. Zainuddin b. Hj A. Kadir, (2006) ModuI Kajian Tindakan, Johor Bahru:
nstitut Perguruan Temenggong brahim.
2. Wong Wai Ching, (2006) PenyeIidikan Tindakan- Kertas Cadangan, Johor
Bahru : nstitut Perguruan Temenggong brahim.
3. Puan Melati binti Mohamad, (Mei 2006) Laporan Kajian Tindakan (Nyanyian:
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran "Find One Less Than A Number" Di
KaIangan Murid-murid Tahun 1Bijak) Johor : SK Parit Kadzi, Muar.
4. Leonard M.S. Yong dan Karen L. Biraimal, (1996) Guru Yang Kreatif, Kuala
Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.
5. CD Permainan Pergerakan Jari Kanak-kanak






















11

Anda mungkin juga menyukai